Archive | Others RSS feed for this section

Zon Abie: Selebriti Kita 'Tak Berkira'

25 Apr

Oleh Abie Abdullah

Rap
SIAPA kata artis kita ‘demand’? Tak baik tuduh artis kita bukan-bukan soal bayaran. Bukan saja tidak letak harga, malah bagi khidmat percuma lagi. Semua demi peminat walaupun yang membayar untuk ‘bersama’ mereka itu bukan seringgit dua.

Ini berlaku di Minggu Setiausaha anjuran Hotel Istana dan Lord’s Tailor, Rabu lalu. Pelik bin hairan juga, sebab biasanya, keraian yang diadakan sepanjang April ini adalah bulan untuk artis menambah isi dalam akaun bank masing-masing selain bertemu peminat.

Malah bayaran untuk persembahan makan tengah hari atau malam, bukan sedikit yang dibayar kepada penghibur negara. Tidak cukup artis Malaysia, Kris Dayanti saban tahun tidak terkecuali daripada acara ini. Bukan seribu dua ringgit bayaran artis.

Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Anita Sarawak dan Ning Baizura, bukan kecil anak pengalaman mereka dalam dunia nyanyian, jadi bukan kecil juga jumlah yang harus dibayar buat mereka. Ini bukan soal ‘demand’ tak bertempat tetapi ‘demand’ kerana hak mereka.

Lain pula yang berlaku depan mata saya. Bukan nak mempertikaikan keluhuran hati lebih 20 lelaki yang didatangkan khas untuk menyedapkan mata setiausaha apabila dikatakan mereka berkhidmat percuma selama hampir sehari suntuk di majlis itu.

Situasi itu membuatkan hati saya terdetik, baik sungguh mereka! Tidak hanya mereka, penyanyi yang diundang seperti Jaclyn Victor, Sarah Raisuddin, Azharina Azhar dan Shila ND Lala turut sama membuat ‘amal’.

Walaupun ada antara mereka yang terpaksa mengosongkan jadual daripada rutin kebiasaan di lokasi serta ada yang bergegas dari majlis lain atau ke majlis lain selepas itu, artis ini sangat komited. Mereka menyanyi percuma!

Semua artis wanita mengenakan gaun merah, sesuai dengan tema barangkali. Baju pula rekaan pereka muda, kecuali Jaclyn yang terpaksa membuka almari sendiri. Bagaimana dengan bayaran mekap? Opps, mungkin ada yang taja, baguslah!

Fahrin Ahmad, Farid Kamil, Aqasha, Awal Ashaari, Fizow Omar, Iqram Dinzly, Ashraf Muslim, Adi Putra dan Nazril Idrus antara yang menjadi tatapan hadirin. Malah artis Indonesia turut dijemput seperti Irwansyah, Ariffin Putra, Samuel Rizal, Ello, Rio Febrian, Delon dan Didi Riyadi.

Puaslah peminat yang rata-ratanya wanita mengabadikan gambar mereka bersama bintang kacak ini. Sebelum majlis bermula, mereka berlegar sekitar muka pintu ‘ballroom’ untuk memberi layanan kepada peminat. Kemudian dipanggil ke dewan, tamat sesi perkenalan di pentas, mereka perlu keluar.

 

 

Keluar ke mana? Sebenarnya kembali ke ruang legar depan pintu masuk dewan tadi. Dah mati kutu, tidak tahu apa nak buat sebab hadirin semuanya sedang menikmati celoteh Adflin Shauki dan AC Mizal selalu pengacara majlis serta ayam goreng garing keras yang menjadi antara menu hidangan Padang untuk makan tengah hari itu.

Sebelum saya dan rakan-rakan masuk ke dewan itu, mula terdengar daripada teman yang membawa artis kerana mereka tidak disediakan kerusi atau meja, jauh sekali untuk sama-sama makan. Detik hati, mungkin penganjur sudah sediakan tempat khas.

Bagaimanapun, pertanyaan hati itu semakin bertambah apabila beberapa artis jantan pemanis majlis mundar-mandir dalam dewan, bagaikan pelayan yang tidak membawa dulang. Senyum tetap di bibir, jauh sekali untuk dibuang daripada tatapan peminat.

Dalam gelak dek lawak si pengacara, Afdlin sempat menyuruh orang menghantar makanan ke belakang pentas sebab masing-masing kelaparan. Biasalah Afdlin, bijak sungguh gurauannya!

Kasihan melihat artis pemanis majlis itu yang ‘dikoreografikan’ seperti kehilangan arah, saya bersama teman seperti bendul mengajak mereka turut sama menjamu selera yang kebetulan ada tempat kosong di meja kami. Ada yang menolak, tidak kurang juga yang tidak mempedulikan protokol kerana perut makin rancak berkeroncong.

Sememangnya telahan saya meleset mengenai meja, kerusi, makanan dan minuman. Semua itu tidak disediakan kerana tugas mereka hanya memaniskan muka sepanjang majlis berkenaan. Bayaran? Seperti yang saya katakan tadi, mereka pemurah beramal.

Setahu saya, sesetengah majlis amal pun, artis dibayar secara token kalau tidak sepenuhnya. Namun, dalam kes tadi, mereka sudah berpuas hati dengan sepasang persalinan yang diberikan Lord’s Tailor.

Cuma malangnya, ada juga yang terkebil-kebil tidak tahu apa yang mereka sedang lakukan. Tidak tahu pun mereka perlu hadir untuk Minggu Setiausaha. Lawak sungguh artis kita, nampak sangat mudah dipergunakan mereka yang sememangnya kaki pengguna!

Bukan saja yang datang berseorangan, malah artis yang memasang pengurus juga ‘buta huruf’ pasal majlis ini sehingga mereka tersentak apabila melihat gambar dan nama mereka di dalam akhbar dan kain rentang di hotel berkenaan.

Syabas buat artis ini kerana sanggup beramal sehingga begitu rupa! Cuma kami di Harian Metro tidak sanggup berbuat begitu kerana memikirkan keringat dan periuk nasi masing-masing. Walaupun akhbar sering memberi publisiti untuk golongan ini, bayaran tetap bayaran!

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Memey & Siti Nurhaliza Jadi Perhatian

23 Jan

[
Tonton video ]

KUALA LUMPUR,  23 JAN 2008:  Lama menyepi sejak musim pertama, Miss Propa dah kembali semula pada musim ini.  Tahniah  Miss Propa kepada murai.com.my yang sudah mencecah lebih 8 juta pageviews, baru-baru ini bagi tempoh sebulan, iaitu pada Disember, lalu.

Sepanjang penghujung tahun 2008 dan menjelma pula 2009, Miss Propa nampak ada 2 nama selebriti wanita yang sering bermain d ibibir pengikut iindustri hiburan tanah air. 

Siapa lagi kalau bukan Dato’ Siti Nurhaliza kita dan pendatang baru Memey. Masing-masing nampaknya punya cerita kontroversi masing-masing.

Dato’ Siti sensasi dengan gosip pergolakan rumahtangganya dengan Datuk K manakala si cantik Memey pula ‘berani mati’ muncul dalam hidup Norman Hakim dan Abby Abadi. Dari kes khalwat dengan Norman hinggalah dituduh menjadi punca Norman bercerai dengan Abby.

Apa pun, Miss Propa nak ucapkan tahniah kepada kedua-dua mereka. Syabas Dato’ Siti atas kelahiran album terbarunya yang berkonsepkan tradisional kontemporari, Lentera Timur. Kepada Memey pula, tahniah atas keberanian anda berhadapan semula dengan pihak media dan masyarakat.

Kepada pembaca murai.com.my, kalau ada sebarang pertanyaan berkenaan dunia hiburan atau artis kesayangan anda, e-melkan pertanyaan anda itu ke webmaster@murai.com.my. Insya-Allah Miss Propa akan tolong jawabkan. Eee… Propa-Lah!

[Klik di sini untuk menonton episod terbaru Miss Propa]

Murai

Mawi & Ikin Rahsia Majlis Risik

28 Sep

Oleh NIEZAM ABDULLAH
& WANDA IDRIS

MAWI dan Ekin! Selagi merpati dua sejoli ini tidak disahkan sebagai suami isteri, selagi itulah kisah mereka sentiasa menjadi bahan dan sensasi. Itulah hakikat yang terpaksa dibayar oleh tuan punya nama Asmawi Ani,27, ini apabila memilih gadis senegerinya, Nora’asikin Rahmat, 29, sebagai bakal isteri.

Hari ini timbul macam-macam spekulasi mengenai kedua pasangan tersebut. Pelbagai desas-desus mengenai tarikh dan konsep majlis perkahwinan hangat diperkatakan. Heboh dan kecoh di sana sini apabila orang asyik bertanya bilakah kedua-dua mereka hendak mendirikan rumah tangga?

Seperti kata Ekin dan dipersetujui Mawi, biarlah segalanya diumumkan pertengahan Syawal nanti semata-mata mahu berlaku adil kepada semua.

Itu keputusan Mawi dan kita harus menghormatinya. Untuk mendapatkan sesi fotografi kedua mereka pun bukannya mudah.

Tetapi kali ini sebagai membuktikan kasih dan sayang mereka, maka Mawi dan Ekin memenuhi permintaan untuk bergambar berdua dengan semua media.

Membilang hari-hari bahagia, ada orang kata kedua mereka bakal disatukan pada 20 Disember akan datang. Ada pula yang meneka pada 21 Disember majlis sanding di sebelah perempuan dan seminggu selepas itu di pihak lelaki.

Macam-macam tarikh diberikan tetapi Mawi tetap mengunci rapat mulutnya itu.

“Opss… tarikhnya dah ada tapi biarlah saya beritahu lepas raya. Barulah adil kepada semua,” ujarnya.

Bukan saja spekulasi tarikh tersebut sebaliknya ada yang mendakwa kononnya mereka berdua sudah mengikuti kursus kahwin yang diadakan secara eksklusif di sebuah hotel yang hanya dihadiri kedua-dua mereka sahaja beberapa beberapa bulan lalu.

Saat ditanya daripada mulut Ekin mengenai perkara itu, katanya ia cerita yang tak betul.

Malah macam-macam khabar angin orang sebarkan selepas mereka membuat pengumuman rasmi menjadi pasangan kekasih dan akan mendirikan rumah tangga penghujung tahun ini. Hari ini wajah bakal pengantin ini bersinar bak bulan mengambang.

Saat diundang untuk melakukan sesi fotografi di PNB Darby Park, Kuala Lumpur kedua mereka dilihat pasangan yang cukup serasi.

Benarlah kata Mawi sebelum ini, mereka berdua sebenarnya “satu kepala”. Sebab itulah hubungan itu boleh kekal sehinggalah bakal menjadi suami isteri. Mawi sering mengusik Ekin tetapi jika ada sesuatu yang tidak digemarinya, mulalah Mawi “tarik” muka.

“Dia tak suka lipstik merah ni. Merah sangat dia kata. Lebih baik kita tukar warna lain,” bisik Ekin kepada jurusolek Najeeb yang mulanya mencalit lipstik warna merah menyala.

Bukan itu saja ketika diminta menyarungkan Baju Melayu berwarna putih, Mawi awal-awal lagi minta untuk tidak mahu memakainya kerana ia kelihatan seperti orang yang hendak pergi menikah.

Bukan banyak “songeh” tetapi ujar jejaka ini petua orang lama-lama jangan ditolak tepi kerana segala-galanya boleh berlaku jika bakal pengantin terlalu ghairah dengan pakaian seperti untuk naik atas pelamin.

– Majlis risik yang sederhana
Ketika berborak panjang, banyak benda yang tidak mahu diceritakan Mawi. Tetapi selepas dipujuk akhirnya Mawi mengakui dia sudah merisik Ekin pada bulan Jun lalu.

Majlis risik itu diadakan secara sederhana dan agak rahsia tanpa pengetahuan pihak luar sebaliknya dihadiri keluarga terdekat kedua pihak sahaja.

Di pihak lelaki, rombongan hanya terdiri daripada ibu, kakak dan adik beradik Mawi. Begitulah di pihak perempuan yang hanya dihadiri keluarga terdekat mereka.

Bukan sengaja mahu berahsia tetapi kata Mawi dia tak mahu majlis itu nanti dieksploitasikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Lagipun memikirkan ia hanya majlis risik, tidak perlu dihebohkan satu Malaya kerana takut nanti ada yang tak kena atau tak menjadi.

Lagipun majlis merisik tersebut tidak dilakukan dengan perancangan rapi sebaliknya hanya keputusan pada saat-saat akhir.

Kerana terlalu ringkas, hanya ibu Ekin sahaja yang menyediakan makan tengah hari tanpa ada tempahan masakan dari mana-mana katering.

Bagi Ekin pula, majlis tersebut amat bermakna kerana ia membuktikan cinta mereka yang berada pada tahap “bukan main-main lagi”.

Pada majlis itu ujar Ekin, dia menerima sebentuk cincin yang disarungkan ibu Mawi sebagai tanda seriusnya perhubungan mereka. Bukan cincin belah rotan tetapi sebentuk cincin platinum bertatahkan tiga butir permata di atasnya.

“Ia bukan majlis yang kami jangkakan. Kebetulan masa Ekin balik Johor tiba-tiba sahaja kami merancang untuk mengadakan majlis itu,” ujar Ekin. Tidak ada wang hantaran, jelas Ekin perkara itu akan dibincangkan apabila tarikh bersejarah mereka nanti hampir tiba.

– Ada siaran langsung
Bukan sahaja perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza sahaja yang akan mencatat sejarah kerana akan disiarkan secara langsung tetapi juga majlis perkahwinan kedua-dua mempelai ini.

Tidak menafikan desas desus tersebut, kata Mawi buat masa ini banyak permintaan dari stesen televisyen yang berminat menyiarkan majlis pernikahannya itu.

Tanpa mahu menyebut stesen mana yang bertuah, keputusan itu sudah dibuat dengan teliti selepas mengambil kira beberapa perkara.

Dan Mawi sendiri akan memaklumkannya pada sidang media selepas Hari Raya nanti kerana buat masa ini pihaknya masih berbincang mengenai perkara itu.

Dengan adanya siaran langsung tak ada masalah untuk peminat-peminat Mawi melihat sendiri bagaimanakah perkahwinan mereka itu dilakukan. Ia juga sebagai hadiah Mawi untuk mereka yang banyak menyokong kerjaya seninya sehingga berjaya menjadi bintang popular pada hari ini.

Biarpun masih berahsia mengenai tarik keramat hari bersejarah mereka, Mawi bercadang mengadakan satu majlis yang meriah sebelah pengantin lelaki nanti.

Kata beliau, peminat juga dijemput datang tetapi terima sahajalah apa juga keadaannya nanti kerana jika terlalu ramai orang, beliau mengakui tidak dapat melayan semuanya dengan sama rata.

Padang bola Felda Taib Andak, Kulai, Johor, akan menyaksikan majlis itu yang dijangka meriah dengan adanya acara kuda kepang untuk tontonan umum.

– Hati semakin berdebar
Mengira hari-hari bahagia yang bakal dilalui itu, tidak menafikan sedikit sebanyak debaran itu kian terasa. Ekin tentunya bersyukur ketika melewati usia 29 tahun, ada juga insan yang sudi melamarnya untuk diangkat sebagai isteri.

Malah dia juga dapat membayangkan betapa gembiranya perkahwinan itu nanti kerana memperoleh keluarga yang saling faham memahami. Sementara bagi Mawi, debaran itu kerana beliau menempuh satu benda baru iaitu sebuah alam perkahwinan dan bakal menjadi ketua keluarga.

Tetapi tidak dinafikan semakin hampir hari itu, semakin banyak dugaan yang melanda membuatkan kadang-kala Mawi menjadi bingung memikirkan perkara tersebut.

Bukan sahaja fitnah tetapi pelbagai andaian buruk orang perkatakan mengenai cintanya terhadap Ekin tetapi dia tidak mahu ambil serius perkara itu.

“Saya membuat keputusan nak kahwin dengan Ekin, biarlah segalanya saya tanggung kerana saya lebih mengenali siapa Ekin daripada orang lain.

“Memang dugaan hubungan saya dengan dia terlalu kuat disebabkan mulut orang. Tapi saya tak ambil pusing kerana hasrat saya baik iaitu untuk mendirikan masjid,” ujar Mawi.

Menyambut Hari Raya di kediaman barunya pada tahun ini Mawi memilih untuk membawa ibu dan ahli keluarganya merasai suasana beraya di Kuala Lumpur.

Bukan mahu lari daripada peminat tetapi inilah niat untuk dia melihat keluarganya gembira dengan kejayaan yang dikecapinya selepas bergelar artis. Dan yang paling penting tidak lama lagi berakhirlah episod bujang dalam diri Mawi selepas melalui beberapa frasa hidup daripada seorang anak felda yang tak punyai apa-apa sehinggalah menjadi ternama.

Kepada Mawi dan Ekin selamat menempuh gerbang perkahwinan kerana kahwin itu adalah pelengkap kepada sebuah kasih sayang.

Utusan Malaysia

MTV Asia Awards 2008 : Cara SMS paling berkesan

18 Jul

Cara yang paling baik adalah dengan SMS kerana, undian SMS adalah sebanyak 75% dan undian cara online hanyalah 25%. Caranya :

Dato’ Siti Nurhaliza – MY4

SMS di telefon bimbit

MAA<space>MY4 ke 33776(peminat Malaysia)

MAA<space>MY4 ke 9200(peminat Indonesia)

MAA<space>MY4 ke 79000 (peminat Singapura)

'Kami Tidak Zalim'

25 May

TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN


BANGLO RM6 juta di Bukit Antarabangsa yang kini didiami Siti. Kediaman baru Tengku Zawyah sedang dibina di Kemensah, Hulu Klang.

“SITI dan suami tidak sezalim itu,” demikian tegas penyanyi tersohor Datin Seri Siti Nurhaliza, menolak dakwaan mengatakan dia menjadi penyebab kepada ‘pengunduran’ bekas isteri Datuk Seri Khalid Jiwa (Datuk K) dari sebuah banglo yang terletak di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

Menurut Siti, dia akur dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya selepas membuat keputusan menjadi penghuni banglo mewah bernilai lebih RM6 juta itu bermula awal Mei lalu.

Sebelum ini banglo berkenaan didiami oleh bekas isteri Datuk K, Tengku Zawyah Tengku Izham bersama anak-anak selepas pasangan itu bercerai pada tahun 2005.

Bagaimanapun awal tahun lalu, Tengku Zawyah memilih untuk meninggalkan rumah berkenaan dan Siti dihimpit dengan pelbagai tuduhan tidak berasas mengatakan dia sebagai punca keadaan itu berlaku.

“Siti faham apa yang orang akan anggap. Apa yang orang akan kata bila Siti masuk ke sini. Salah satunya orang akan kata Siti ni zalim dan kejam. Tetapi realitinya bukan macam itu,” kata Siti mohon dimengertikan.

Menurut Siti dia dan suami bukan seburuk yang difikirkan orang apabila membuat keputusan untuk ‘kembali’ ke banglo tersebut.

Sebaliknya atas dasar timbang rasa dan prihatin, dia bersetuju untuk menjadi penghuni baru di kediaman berkenaan.

Sementelah sebagai isteri dia perlu sesekali melihat keadaan kesihatan bapa mentuanya, Mohammad Jiwa Abdullah yang juga menetap di rumah berkenaan.

“Siti lega bila duduk di rumah ini bersama dengan keluarga mentua. Tak ada apa-apa masalah lain. Tak perlulah orang luar pula yang buat spekulasi macam-macam bila Siti masuk ke rumah itu sebab Siti hanya menurut permintaan suami,” katanya.

TENGKU ZAWYAH

Siti juga menolak dakwaan mengatakan dia begitu ‘teringin’ menduduki rumah berkenaan semenjak awal perkahwinan dengan suaminya itu.

Sebaliknya, kata penyanyi popular ini, dia perlu mendahulukan segala keinginan suami.

“Kalau hendak bersikap pentingkan diri sendiri boleh saja. Tetapi bila Siti sudah berkahwin kenalah ikut cakap suami. Bila suami mahu Siti selalu di sini (banglo) menjenguk mak dan ‘pak’ (bapa Khalid), Siti kenalah ikut.

“Sampai sekarang, kami selalu berulang alik antara rumah ini dan rumah yang kami diami sebelum ini,” katanya.

Sementara itu suaminya, Datuk K pula meminta supaya semua pihak tidak terus membuat pelbagai spekulasi buruk dan cakap-cakap negatif mengenai kehadiran Siti di rumah berkenaan.

Secara peribadi Datuk K juga memberitahu VAZZ, dia hairan kenapa orang masih mempersoalkan hal berkenaan sedangkan mereka hidup tenteram.

“Bukan Siti yang suruh Tengku Zawyah keluar. Bukan. Kalau ikutkan Siti dia lebih suka tinggal di kondominium kami saja.

“Selesa dan selamat. Tetapi bila emak dan ayah saya tinggal di sini, sebagai anak kami perlulah menjengah. Masa saya buat rumah ini pun beberapa tahun dulu, hajat saya ialah untuk membawa bersama kedua ibu bapa saya. Nampaknya sampai juga rezeki ibu dan bapa saya tinggal di sini,” katanya.

Mengenai bekas isterinya yang membuat keputusan berundur dari rumah berkenaan, kata Datuk K itu adalah atas permintaan Tengku Zawyah sendiri.

Apa yang penting, dia tidak pernah meminta bekas isterinya itu untuk berbuat sedemikian.

“Saya tidak pernah suruh dia keluar. Tetapi katanya dia perlukan ruang yang lebih kecil sebab anak-anak sudah besar dan belajar di luar negara.

“Insya-Allah hujung tahun ini, dia akan masuk ke rumah baru di Kemensah. Rumah yang saya fikir lebih selesa dengan situasi dia dan anak-anak sekarang,” katanya.

VAZZ! difahamkan rumah baru yang akan diduduki Tengku Zawyah di Kemensah itu juga bakal dibina dengan kos jutaan ringgit dan dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

Kosmo

Hafiz Hamidun Bertunang 31 Ogos

22 May

“Tanggal 31… Bulan Lapan… 57…” Tiba-tiba saja Murai Baru asyik menyanyikan lagu Arwah Sudir itu. Bukannya apa, ia ada kaitan dengan cerita bekas penyanyi kumpulan nasyid, UNIC, yang kacak, Hafiz Hamidun.

Sekarang Murai Batu tengok Hafiz sudah berjaya bergerak secara solo. Lebih daripada itu, Hafiz sudah mendapat beberapa kejayaan terutama pada malam MACP lalu. Ia memang berbaloi sangat sebab Hafiz dah kalahkan nama besar lain termasuk Dato’ Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu, daripada satu sumber, Murai Batu dengar, Hafiz rupanya sudah ada teman wanita bernama W. Cerita terbaru yang didengar, Hafiz sudah pun memilih tarikh pertunangan mereka iaitu kemungkinan besar pada 31 Ogos ini!

Hmmm, sebab itulah dari tadi mulut Murai Batu ini asyik menyanyikan lagu Merdeka aje.

“Ketika ini pihak Hafiz masih lagi menunggu jawapan daripada pihak perempuan. Mereka masih mencari kata putus sama ada sesuai diadakan pada 31 Ogos ini atau tarikh lain.

“Tapi yang kita dengar-dengar, hubungan mereka sudah masuk setahun menjelang Ogos ini. Paling penting, keluarga mereka sudah lama merestui percintaan mereka berdua,” cerita sumber itu.

Murai Batu cuba korek-korek lagi, siapa W. Penyanyi Waheeda tu ke? Rupanya dia bukan artis. Difahamkan, Hafiz mula jatuh cinta dengan W ketika dia mengadakan satu show di tempat W belajar. Amboi, cinta kampus le tu?

“Hafiz bercinta dengan W pun disebabkan dia kesunyian dan ingin mencari seorang teman hidup untuk menguruskan hal peribadinya. Kalau tak silap, Hafiz sebenarnya dah merancang untuk berkahwin September tahun depan (2009). Kalau korang nak kan kepastian, pergilah tanya Hafiz sendiri tentang gosip ni,” kata sumber itu.

MURAI BATU: Suka bau-bau nasi minyak ni. Tak sabar nak tunggu pengumuman tarikh rasmi kahwin Maya Karin & Jejaka Itali serta Ajai & Liza.


Murai

Faizal, Siti Nurhaliza Dominasi AIM15

4 May


Teks oleh Haswari Ali & Razif Rosdi

KUALA LUMPUR, 4 MEI 2008: Meskipun dilanda pelbagai kontroversi, nasib masih menyebelahi bintang realiti TV sensasi, Faizal Tahir, apabila membolot 4 anugerah utama pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Albumnya, Aku.Muzik.Kamu juga dinobatkan sebagai Album Terbaik AIM15, selepas menyerlah dengan 3 kategori iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki), Artis Baru Terbaik dan Album Rock Terbaik.

Menerusi anugerah Album Terbaik itu, Faizal mengalahkan saingan terdekatnya iaitu Dato’ Siti Nurhaliza yang turut menyerlah dengan 3 anugerah.

Kemantapan vokal Siti sekali memberi kelebihan untuk penyanyi wanita handalan memenangi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) untuk kali kesembilan.

Siti turut membawa pulang trofi kejayaan bagi kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) menerusi lagu Cintamu dan diikuti anugerah Album Pop Terbaik.

Banyak perubahan berlaku pada penganjuran AIM15, termasuk 4 kategori baru iaitu Album Cina dan India Tempatan Terbaik yang menjadi milik Andrew Tan, Susunan Muzik Terbaik Dalam Album – Bukan Bahasa Malaysia (Hafiz Hamidun) dan Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Artis Luar Negara (Rossa).

Bagaimanapun masih terdapat beberapa kategori sedia ada masih dikekalkan, selain satu kategori dimansuhkan iaitu Album Indonesia Terbaik yang digantikan dengan kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Artis Luar Negara.

Proses penjurian AIM15 terbahagi kepada 2 peringkat. Penilaian pertama telah dijalankan pada 2 Mac lalu dan proses kedua pada 21 Mac lalu.

Tahun ini, 200 juri terpilih yang terdiri dari kalangan karyawan iaitu penerbit, pencipta, penggubah lagu, komposer, wartawan hiburan dan pengetua AF6, Ramli MS bertindak selaku ketua juri.

AIM15 mendapat penyertaan 39 album daripada syarikat tempatan dan 9 daripadanya adalah album indie. Setiap pemenang membawa pulang trofi dan sijil penghargaan.

Acara kemuncak AIM15 dihoskan oleh Adlin Shauki dan Adibah Noor. Ia menampilkan persembahan oleh artis seperti Anuar Zain, Hazami, Atilia, Karen Kong, Pop Shuvit, Dayang Nurfaizah dan Estranged. Rancangan itu diterbitkan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) dengan kerjasama Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Keputusan Rasmi AIM15:

Lagu Terbaik


# Mahakarya Cinta – Faizal Tahir
# Menanti Pasti – Dato’ Siti Nurhaliza
# Sekian Lama – Dato’ Siti Nurhaliza

# PEMENANG: Izinku Pergi – Kaer Azami
# Itu Kamu – Estranged

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Lelaki)

# Aliff Aziz
# PEMENANG: Faizal Tahir
# Hazami
# Kaer Azami
# Sohaimi Mior Hassan

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita)

# Atilia
# PEMENANG: Dato’ Siti Nurhaliza
# Dayang Nurfaizah
# Elyana
# Karen Kong

Artis Harapan

# Candy
# Dafi
# Fiq
# Heliza
# PEMENANG : Suki

Artis Baru Terbaik

# Atilia
# Estrange
# PEMENANG: Faizal Tahir
# Kaer Azami
# Karen Kong

Kulit Album Terbaik (Pereka)

# Ajin (Singletarcakmind)
# Anthony Ho (Dayang Nurfaizah)
# Anuar Sujud (Dato’ Siti Nurhaliza)
# Emir Azwa (Ash Nair)
# PEMENANG: Jenny Sun (Liang)

Rakaman Album Terbaik (Juru Rakam)

# Audi Mok & Nick Lee (Faizal Tahir)
# Greg Henderson (Ash Nair)
# Greg Henderson, Hanafi Hamidun, Fazli Fauzy & Marzuki (Spider)
# JD (Pop Shuvit)
# PEMENANG: Nick Lee, JD Wong & Illegal (Liang)

Video Muzik Terbaik (Pengarah)

# Ajin (Elyana)
# Julian Oh & Hue Visualabs (Ash Nair)
# Nam II Cho (Pop Shuvit)
# Reshmonu (Reshmonu)
# PEMENANG: Sean Chan (Atilia)

Album Pop Etnik Terbaik

# Jatuh Cinta Pandang Pertama (Azfar)
# PEMENANG: Melodi Ahlaan (Waheeda)

Album Nasyid Terbaik

# Al-Asr A Moment (Mua’adz)
# Hafiz Hamidun (Hafiz Hamidun)
# PEMENANG Maulana (Rabbani)

Album Rock Terbaik

# PEMENANG: Aku.Muzik.Kamu (Faizal Tahir)
# Bintang 12 (Spider)
# Mpire (Mpire)
# Nada (Niskala)
# Patah Pusing (Jinbara)

Album Pop Terbaik

# Dayang 2007 (Dayang Nurfaizah)
# PEMENANG: Hadiah Daripada Hati (Dato’ Siti Nurhaliza)
# Imagin (Liz Hanim)
# Menjelma (Kaer Azami)
# Semuanya Ada Di Sini (Farawahida)

Album Inggeris Tempatan Terbaik

# After 8 (Liang)
# PEMENANG: Electiciasm (Melissa Indot)
# Freakshow Vol 1: Tales of The Travelling Tunes (Pop Shuvit)
# Hey (Singletrackmind)
# Silentscream (Silentscream)

Album Cina Termpatan Terbaik

# Danny 2.0 (Danny Wan)
# PEMENANG: Here Come (Andrew Tan)
# Showtime (Karen Kong)
# Smile (Kwok Fai Chan)
# Unavoidable (Daniel Lee)

Album India Tempatan Terbaik

# Asthivaram (The Villanz)
# PEMENANG: Martin Zamigano Kanmani (Martin Zamigano)
# Naana Neeya (Naana Neeya)
# Satriye Sambrajyem (Boomerang X)
# Vallavan (Vallavan)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Artis Luar Negara

# Gigi
# Keris Patih
# Kris Dayanti
# PEMENANG: Rossa
# Ungu


Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) – Penggubah

# Audi Mok – Ingin Kumiliki (Dayang Nurfaizah)
# Azlan Abu Hassan – Sekian Lama (Dato’ Siti Nurhaliza)
# Irwan Simanjuntak – Tinggalkan Aku (Anuar Zain)
# PEMENANG: Nai Kong – Cintamu (Dato’ Siti Nurhaliza)
# Sharon Paul – Hati (Dato’ Siti Nurhaliza)

Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Bukan Bahasa Malaysia) – Penggubah

# Audi Mok – La Da Di Dum (Faizal Tahir)
# PEMENANG: Hafiz Hamidun – Last Breath (Hafiz Hamidun)
# Mac Chew – Love Surreal (Melissa Indot)
# Sundra/Fasy – Anbey Sagiye (Boomerang X)
# Z-wan/Jason Voon – Welyana (Betty Banafe)


Murai

Saida Dedah Kenapa Selalu Menangis

24 Apr

Teks & Foto: Razif Rosdi

Bukan mudah untuk menjadi kakak kepada penyanyi handalan Dato’ Siti Nurhaliza. Itulah tanggungjawab berat yang terpaksa digalas bekas pelajar Akademi Fantasia 6 (AF6), Siti Nursaida Tarudin, 32, atau Saida yang tersingkir pada konsert ke-5, Sabtu lalu.

Walaupun berbekalkan bakat dan imej yang berbeza dengan Siti, Saida yang lebih mesra panggilan Ida, tetap dibandingkan dengan penyanyi tersebut. Perbandingan ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya untuk meneruskan perjuangan dalam AF6.

Ketika singgah di pejabat murai.com.my, baru-baru ini, Saida meluahkan rasa hatinya…

“Ida dan Siti adalah dua individu yang berbeza. Walaupun kami adik-beradik, bukan bermakna Ida boleh buat apa yang Siti buat. Mengenai persembahan yang tak konsiten itu bukanlah salah sesiapa tetapi salah Ida sendiri kerana tidak dapat mengawal perasaan takut dan malu.

“Malah, Ida rasa Ida terkena badi fobia pentas. Ida masih lagi lemah, insya-Allah Ida akan cuba belajar daripada Siti sendiri,” ujarnya.

Yang nyata, gelagat Saida dalam diari AF6 sentiasa mendapat perhatian penonton lebih-lebih lagi sikapnya yang suka menitiskan air mata tanpa diketahui sebabnya. Tangisan ini juga sering berlaku apabila Saida mendengar lagu berentak sedih dan slow. Buktinya, Saida turut menangis sewaktu Stanly mendendangkan lagu Umi nyanyian asal Datuk Shake.

Akhirnya Saida mendedahkan sebab kenapa dia selalu menangis. Dia sebenarnya amat merindui 4 anaknya iaitu Siti Nurul Nyssa, 11; Anas, 9; Khalid, 5; dan Siti Nurul Mashita, 2, selain suami tersayang, Mohd Ghazali Zikri Yahya, 39,

“Ida nangis bukan sebab tension. Sebenarnya, Ida rindukan anak-anak dan suami. Sebelum ini, Ida jarang berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang begitu panjang. Suami Ida ada juga out station tapi Ida tidak pernah berjauhan daripada anak-anak.

“Ida memang seorang yang sangat sensitif lebih-lebih lagi kalau mendengar lagu sedih. Sewaktu Stanly nyanyi, Ida sebak kerana Ida juga ibu dan mempunyai ibu mentua yang sakit sama seperti ibu Stanly.

“Apapun, Ida terkilan sebab tak dapat teruskan perjuangan dalam AF6. Apatah lagi, Ida tak dapat teruskan harapan semua penyokong dan sanak keluarga,” jelas Saida yang begitu teringin mendendangkan lagu Azlina Aziz, Mencari Mimpi.


Suami sedia bantu kerjaya artis Saida

Hakikatnya, Saida kini sentiasa ditemani suaminya sendiri, Ghazali. Kenapa Ghazali?

Sebabnya, Ghazalilah yang akan membantu Saida dalam menguruskan jadualnya sebagai artis kelak. Difahamkan, Saida akan terikat selama 6 bulan dengan Maestro Talent & Management.

Walau pun berjiwa lembut, Saida sebenarnya lasak kerana suka bermain futsal. Dia juga pernah aktif menjadi pemain hoki dan bola jaring. Jadi, jika kelapangan, Saidaakan turun ke gelanggang futsal.

Ditanya apakah perancangan selepas ini, Saida terus mencelah mahu fokus pada nyanyian berbanding lakonan atau pun pengacaraan. Malah dia turut menyimpan hasrat berduet dengan Siti jika berpeluang.

“Selepas 2 hari pergi uji bakat AF6, barulah Ida beritahu Siti. Sebagai adik, Siti cuma nasihatkan Ida agar bertanya kepada suami Ida dulu mengenai penyertaan itu.

“Jadi, sampai 3 kali Ida bertanya kepada Abang Ghazali dan meminta izin dan pendapatnya. Syukurlah, dia dan keluarga izinkan dan pesan agar buat betul-betul.

Apakah yang menyeronokkan dalam AF6?

“Ida rindu sangat kelas tarian. Dulu, Ida tak tahu menari langsung, tapi selepas mengikuti kelas tarian Ida sudah tahu menari sikit. Malu Ida ni pun sikit-sikit dah hilang,” katanya .

Bagaimana pula tuduhan mengatakan Saida diberi layanan kelas istimewa dalam AF6 berbanding pelajar lain kerana dia kakak Dato’ Siti?

“Masa mula-mula Ida masuk AF, Ida perasan ada pelajar takut-takut nak dekat dengan Ida. Mungkin mereka ingat Ida ni kekwat sebab Ida kakak Siti. Lama-kelamaan barulah semua faham benda itu semua tak betul. Yang penting, bila tengok Alif , ia mengingatkan Ida kepada adik lelaki Ida iaitu Ali. Perangai manja Naim pula macam sorang lagi adik Ida iaitu Hafiz. Jadi rasa macam keluarga pula.

“Bagi Ida layanan dalam AF6 sama rata saja,” ujarnya.


Mana datangnya tagline – Oke La Tuu… ?

Hari ini tagline Saida semakin popular. Malah, Ida sendiri akui terkejut apabila anak bongsunya sudah pandai mengikut gayanya dalam AF6.

“Kalau nak tahu, suami Ida yang bagi tagline tu. Dia dan kawannya rasa, tagline tu sesuai sangat dengan Ida. Lenggok gaya bulatan itu pula, Stanly yang cadangkan! Lama-lama, Ida pun seronok dengar orang lain ikut cakap Oke La Tu…

Menjawab soalan siapa calon juara AF6 pilihannya, Saida berkata: “Selepas 5 minggu bersama, Ida tengok Stacy boleh jadi juara. Persembahan Stacy setiap minggu paling ketara bagus. Macam mana pun, persembahan Nadia pun menonjol juga. Kalau lelaki, Rizlah, dia pun not bad,” jelasnya.

Apa yang nyata, seperti pelajar AF6 lain, Saida turut melawat pejabat murai.com.my dan menjawab beberapa komen di blog kelab peminatnya. Paling menarik, ada di antara ahli FC Saida itu datang dari peminat Dato’ Siti juga.


Murai

Saida Mangsa Permainan AF6?

21 Apr

Oleh FAIZAL SAHARUNI


TERCAPAI hasrat Saida untuk pulang berjumpa suami dan anak-anak tercinta.

SUDAH tertulis takdir Saida bukan dilahirkan sebagai juara Akademi Fantasia 6 (AF6). Sejak dari awal lagi, ramai yang membuat rumusan, kemasukan Siti Norsaida Tarudin atau Saida, 32, ke dalam AF6 sekadar satu permainan.

Dari satu sisi lain, terima kasih buat Saida kerana hadirmu di AF6 berjaya mencoretkan satu kelainan. Kelainan nyata bahawa AF kali ini diserikan dengan wajah isteri dan ibu yang sudah beranak empat.

Sayangnya, kelainan sekadar tinggal kenangan. Kehadiran Saida bak umpan untuk menarik tontonan ramai, malah kemunculannya tiada satu pun impak yang boleh dibanggakan. Hendak dibandingkan dengan adiknya, Datuk Siti Nurhaliza, jauh sekali.

Barangkali, itulah yang sebenarnya menjadi agenda utama Astro. Kedatangan Saerah dan Saida ke sesi uji bakat AF6, Januari lalu, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.

Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, peluang keemasan itu terus disambar Astro memandangkan dua beradik ini, Saida dan Saerah awal-awal lagi bakal meraih tumpuan media dan khalayak.

AKSI gedik Nadia dengan lagu Kalis Rindu benar-benar menjadi dan mendapat sorakan gemuruh daripada penonton.

Dari segi suara, sukar dinafikan adik-beradik kepada penyanyi nombor satu negara ini memang dianugerahkan bakat semulajadi.

Tidak adil rasanya menghukum Saida secara luaran. Dia memang boleh menyanyi, tetapi pentas nyanyian dan pertandingan seumpama AF bukan liga untuknya. Okay la tu!

Kelibat Saerah pula sudah terlalu ‘biasa’ di kaca TV. Kalau diperhatikan, Saerah tidak pernah berhenti harap melantunkan vokalnya mencuba nasib dalam mana-mana pertandingan yang terdapat di Malaysia.

Umum mengetahui, dia sekadar berhasil menempatkan diri dalam Malaysian Idol dan One In A Million, namun belum ada rezeki yang berpihak buat Saerah untuk dihormati sebagai bintang.

GAYA lincah dan nakal Stacy membuatkan dia ibarat makhluk Tuhan paling seksi dalam akademi.

Dan konsert minggu kelima Sabtu lalu menyaksikan Saida bebas daripada segala belenggu, tekanan dan tanggungjawabnya sebagai pelajar AF6 setelah meraih undian sistem pesanan ringkas (SMS) terendah .

Bohong kalau Saida dikatakan tidak sedih gara-gara terpaksa menamatkan perjuangan dalam AF6 sekali gus bergelar juara, tapi jauh di sudut hati, Saida gembira kerana dapat pulang semula di pangkuan suami dan anak-anak tercinta yang sedia menanti.

Sebagai orang luar yang duduk di kerusi komentar undangan minggu lalu, Hetty Koes Endang turut merasai perkara sama. Mana mungkin naluri seorang ibu untuk menidakkan perasaan yang tidak berbelah-bagi terhadap keluarga.

“Saya kurang mengerti kemasukan golongan ibu dalam program ini. Biasanya orang yang sudah berkeluarga akan hilang fokus akibat teringatkan suami dan anak-anak.

“Apa pun saya puji Saida yang terus bertahan hingga minggu kelima walaupun adakalanya dia hilang tumpuan disebabkan merindukan keluarga.

“Saya lihat suaminya turut memberi sokongan. Itulah yang menyebabkan Saida ada semangat dan kekuatan,” kata Hetty memberi pandangannya ketika ditemui sejurus konsert mingguan ke-5 AF6 di Dewan Sivik, Petaling Jaya hujung minggu lalu.

Dalam pada itu, pendirian Hetty sama dengan pengkritik tetap lain, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Ning Baizura yang menganggap Saida berjaya memperlihatkan persembahan yang baik, cuma emosinya tidak kesampaian.

“Saya setuju dengan komen Ogy dan Ning. Saida menyanyi dengan penuh emosi, malang penjiwaannya kosong.

“Ekspresi Saida memang bagus, cuma dia harus berusaha lebih gigih untuk memantapkan diri,” luahnya tanpa berselindung.

Terus membutir pendapat peribadinya, Hetty menganggap sesebuah pertandingan tidak mengira soal tua atau muda.

MAMA RINA tetap menang di hati peminat.

“Saya tak boleh nak komen lebih-lebih tentang peringkat umur yang masuk AF6 ini.

“Apa yang penting, niat utama peserta adalah ingin menambah ilmu dan pengalaman dalam proses bergelar penyanyi.

“Pada saya kalau orang yang umur dah meningkat, dia akan jadi lebih matang dan menunjukkan teladan yang baik,” kata Hetty yang popular dengan lagu Kasih.

Kecelaruan fesyen, pelajar bak badut

Dari awal pelayaran AF6 sejak sebulan lalu, rasanya peminat dapat menyaksikan sendiri gaya dan busana para pelajar yang rata-ratanya kurang bersesuaian.

Bagaikan ‘bencana’ besar sehinggakan peserta yang naif dan tidak berdosa ini dilihat tiada identiti serta menjadi mangsa fesyen.

Dari minggu ke minggu, ada yang diperdebat dan dikritik dengan keras. Bukan sahaja audiens berani membuat penilaian, malah ada pengkritik yang lantang bersuara tidak menggemari pemakaian sesetengah peserta AF6 dalam konsert mingguan.

Andai kita perhatikan, sebelum ini Adlin Aman Ramli pernah mempersoalkan pakaian peserta yang tersingkir dalam minggu empat, Lufya.

Badi itu bagaikan terus berputar apabila Hetty turut memberikan komen terhadap kostum pelajar hujung minggu lalu yang disifatkan tidak mengikut kesesuaian lagu.

NUBHAN dilihat tidak memahami karakter fesyen dan lagu yang disampaikan. Sekejap macam Justin Timberlake, sekejap ibarat Izwan Pilus.

Kita tidak boleh meletakkan kesalahan ini kepada peserta. Mereka hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap konsert. Tentang soal pakaian, mereka punyai pakar yang akan menentukan baju mana yang sesuai digayakan.

Barangkali Hetty tidak arif dan kurang mengetahui tentang AF6. Pakaian yang disarungkan di pentas pada konsert sebenarnya disediakan perunding fesyen terkenal, Jasmi Rejab.

Hetty menyarankan agar peserta memakai baju yang sesuai dengan lagu akan dibawakan kelak. Kalau boleh bincang dengan perunding imej baju apa yang sesuai digayakan.

“Gaun labuh Saida membuatkan dia kurang selesa menyanyi di pentas,” komennya ringkas.

Mungkin sudah tiba masanya buat Jasmi untuk lebih bijak memilih apa yang perlu disarungkan ke tubuh pelajar-pelajar AF6 yang masih lagi meneruskan perjuangan di minggu ke-6 dan seterusnya.

Jangan sampai nanti pelajar AF6 dianggap sebagai badut yang menjadi eksperimentasi si perekanya.

Apa pun, selepas persembahan pelajar-pelajar AF6 yang sebelum ini dikritik teruk, persembahan majoriti daripada mereka pada minggu ini bagaimanapun menunjukkan sedikit peningkatan. Mungkinkah ia disebabkan pelajar-pelajar AF6 yang lemah telah terkeluar?

Kosmo

Artis Malaysia Monopoli APM08

20 Apr

Oleh Haswari Ali & Razif Rosdi

Foto: Nor Aida Ismail

KUALA LUMPUR, 20 APRIL 2008: Artis Malaysia terus mengungguli malam kemuncak Anugerah Planet Muzik 2008 (APM08) apabila membolot 8 anugerah bagi kategori popular dan terbaik menerusi majlis berkenaan.

Majlis gilang-gemilang yang diadakan di Exhibition Hall 1 & 2, Kuala Lumpur Convention Centre, di sini malam tadi, menyaksikan kejayaan Farah Asyikin, Faizal Tahir, Meet Uncle Hussain, Anuar Zain, Estranged dan Dato’ Siti Nurhaliza.

Nama Dato’ Siti terus bertakhta di hati peminat Malaysia, Singapura dan Indonesia apabila mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular selama 8 tahun berturut-turut.

Bagaimanapun Siti gagal mengekalkan kedudukannya sebagai Artis Wanita Terbaik yang dimenangi rakan karibnya dari seberang, Kris Dayanti.

“Saya akan kenang kesetiaan anda semua yang terus menyokong saya sampai,” kata Siti ringkas ketika merangkul anugerah tersebut. Malam tadi Siti juga mendendangkan lagu Fantasia Bulan Madu yang ditujukan kepada Search.

Begitupun, kenangan paling manis buat kumpulan Estranged, apabila nama mereka dipanggil untuk menggondol anugerah bagi kategori Lagu Paling Popular (Itu Kamu) dan juga kategori Duo/ Kumpulan Paling Popular.

Paling mengejutkan buat pendatang baru tanah air, Faizal Tahir yang merangkul anugerah bagi kategori Artis Lelaki Terbaik dan Artis Lelaki Paling Popular, sekaligus menewaskan Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2007 (ABPBH07), Asmawi Ani atau Mawi.

Anuar Zain pula menyerlah dengan Anugerah Artis Lelaki Terbaik, manakala Farah Asyikin buat pertama kalinya memenangi kategori Artis Wanita Baru Terbaik.

Sebanyak 17 kategori dipertandingkan kali ini, masing-masing dengan 11 Kategori Terbaik, 6 Kategori Popular, selain 2 anugerah istimewa iaitu Anugerah Khas dan Anugerah Cinta Planet Muzik.

APM08 buat pertama kali diterajui secara solo oleh pengacara berkaliber dari Indonesia, Sarah Sechan dibantu beberapa hos undangan antaranya deejay radio dari Singapura dan Malaysia.

Anugerah turut diserikan dengan persembahan artis Malaysia seperti Elyana, Sofaz, Meet Uncle Hussain, Mila, Farah Asyikin, Anuar Zain, Mawi, Ajai, Dayang Nurfaizah dan Dato’ Siti.

Singapura menonjolkan Taufik Batisah, Aliff Aziz, Ahli Fiqir, Ferhad dan Hady Mirza manakala Indonesia dimeriahkan dengan aksi penyanyi baru dan lama termasuk Kris Dayanti, Bunga Cinta Lestari, Ehsan dan Judika.

Penyampai trofi pula termasuklah Nasha Aziz, Maya Karin, Erra Fazira, Noryn Aziz dan Jennifer Thompson.

Anugerah Khas Planet Muzik tahun ini diberikan kepada kumpulan Search manakala Anugerah Cinta Planet Muzik disampaikan oleh Zainal Abidin diberikan kepada trio adik beradik terkenal, KRU.

APM08 turut ke udara secara langsung di Astro Ria dan Global TV Indonesia selain Radio Era dan MediaCorp Singapore Radio. Ini adalah kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah selepas 2003.

Berikut ialah keputusan rasmi APM08


KATEGORI TERBAIK

1. Album Terbaik – Gigi (Peace, Love & Respect)

2. Lagu Terbaik – Nakal (Gigi)

3. Artis Wanita Terbaik – Kris Dayanti

4. Artis Lelaki Terbaik – Anuar Zain

5. Duo/ Berkumpulan Terbaik – Gigi

6. Dua/ Berkumpulan Baru Terbaik – Meet Uncle Hussain

7. Artis Baru Terbaik (Wanita) – Farah Asyikin

8. Artis Baru Terbaik (Lelaki) – Faizal Tahir

9. Album Terbaik (Singapura) – Ceritera Awan (Cradle)

10. Artis Singapura Terbaik (Solo/ Berkumpulan) – Taufik Batisah

11. Lagu Terbaik (Singapura) – Ayu (Cradle)


KATEGORI POPULAR

1. Artis Wanita Paling Popular – Dato’ Siti Nurhaliza

2. Artis Lelaki Paling Popular – Faizal Tahir

3. Kumpulan Paling Popular – Estranged

4. Lagu Paling Popular – Itu Kamu (Estranged)

5. Artis Singapura Paling Popular – Taufik Batisah, Kumpulan Sleeq & Hardi Mirza

6. Lagu Singapura Paling Popular – Berserah (Taufik Batisah), Sayang Sayang (Aliff Aziz) & Seribu Kenangan (Didi Caslin)


Murai

Berakhirnya Afundi Saida…

19 Apr

Foto: Nor Aida Ismail

PETALING JAYA, 19 APRIL 2008: Perjuangan Saida yang juga kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza di Akademi Fantasia 6 (AF6) berakhir apabila beliau menjadi pelajar ke-6 tersingkir pada Konsert Minggu ke-5 yang berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Saida atau nama sebenarnya Siti Nursaida Tarudin, 32, mencipta populariti sejak awal penyiaran musim keenam AF berdasarkan statusnya sebagai kakak kepada penyanyi wanita handalan negara itu. Kemasukannya ke dalam AF6 sebagai salah seorang dari 14 pelajar menambahkan lagi kontroversi yang sedia ada ditambah pula dengan kritikan-kritikan dari pelbagai pihak.

Saida menyampaikan lagu Bila Bunga Berguguran nyanyian asal salah seorang pengkritik tetap iaitu Fauziah (Ogy) Ahmad Daud gagal menambat hati pengundi serta bagaikan terkena badi lagu itu apabila beliau benar-benar ‘gugur’. Persembahannya turut dikritik oleh juri kerana masih gagal membuang ‘tabiat lama’ seperti dalam persembahan konsert-konsert terdahulu serta gagal menampilkan emosi yang bersesuaian dengan lagu.

Saida kini mengikut jejak pelajar-pelajar yang tersingkir dalam konsert terdahulu iaitu Yana, Ika, Naim, Lufya dan Faisal. Pemergian Saida diiringi tangisan pelajar-pelajar yang kelihatan begitu sukar menerima kehilangan seorang teman tempat mereka bermanja.

Dengan tersingkirnya Saida, bermakna tinggal 8 orang pelajar lagi untuk meneruskan perjuangan mereka di konsert yang akan datang iaitu Alif yang tadi beraksi dengan lagu Hai nyanyian asal Adam AF, Stanly (Umi/ Dato’ Shake), Rina (Sorga & Neraka/ Hetty Koes Endang), Toi (Beautiful Girl/ Sean Kingston), Nubhan (Kembali Senyum/ Izwan Pilus), Nadia (Kalis Rindu/ Elyana), Stacy (Makhluk Tuhan Paling Seksi/ Mulan Jameela), dan Riz (Time Is Running Out/ Muse).

Konsert kelima ini juga menyaksikan persembahan hebat dua pelajar favourite iaitu Stacy dan Riz sehingga mendapat tepukan gemuruh dari penonton-penonton di auditorium. Turut menyerlah ialah Nadia yang kelihatan selesa dengan watak manja ketika menyampaikan lagunya.

Konsert turut menyaksikan penampilan istimewa Adam AF2 yang muncul untuk membantu Alif membuat persembahan namun Alif dilihat gagal memanfaatkan peluang yang tersedia apabila kelihatan ‘tersangkut’ beberapa kali ketika menyampaikan lagu.

Konsert tadi menyaksikan penghibur terkenal dari seberang, Hetty Koes Endang tampil sebagai pengkritik jemputan di samping 2 pengkritik tetap iaitu Ogy Ahmad Daud serta Ning Baizura.


Murai

Hafiz Hamidun Tewaskan Datuk Siti

19 Apr

KUANTAN, 19 APRIL 2008: Orang baru dalam industri muzik, Hafiz Hamidun dengan lagu ciptaan dan nyanyiannya, Kau Yang Satu merangkul 2 anugerah sekaligus menundukkan lagu Hati, nyanyian Datuk Siti Nurhaliza menerusi kategori Lagu Terbaik dalam Pertandingan Juara Kepada Juara (JKJ) yang belangsung di Auditorium Penyiaran RTM, di sini, malam tadi.


Hati
, nyanyian Siti, susunan Sham Kamikaze itu juga tidak mampu mengatasi kumpulan Silent Scream untuk membawa pulang trofi Vokal Terbaik dan terpaksa akur dengan hanya memenangi satu kategori iaitu Susunan Muzik Terbaik.

Silent Scream dengan lagu Revolution pula menggondol 2 trofi menerusi Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik. Mereka
membawa pulang wang tunai RM6,000 manakala penulis liriknya, John Oommen meraih RM3,000 serta trofi apabila menang kategori Lirik Terbaik.

Malam tadi Kau Yang Satu turut menyandang juara pada kategori Melodi Terbaik membolehkan Hafiz membawa pulang jumlah keseluruhan RM13,000.

Hafiz, 23, yang juga pengacara dan bekas ahli kumpulan nasyid UNIC, terharu kerana penyanyi yang membawa lagu berunsur nasihat atau nasyid turut dipandang tinggi oleh pencinta seni.

“Sebelum ini saya hanya dikenali oleh rakan di sekolah dan universiti. Hari ini kali pertama saya memegang anugerah untuk diri saya sendiri dan ingin terus mara ke depan.

“Saya yakin ramai di luar sana inginkan lagu-lagu yang berunsurkan nasihat. Saya mengharapkan pihak media dapat membantu saya dalam mempromosikan lagu-lagu nasyid seperti ini,” katanya.

Selepas hampir 2 bulan menilai 1,500 lagu yang diterbit dan direkodkan diantara 1 Januari 2007 hingga 28 Februari 2008 hanya 5 finalis yang berjaya masuk ke pertandingan akhir.

Dari 5 lagu yang bersaing malam tadi hanya Izinku Pergi nyanyian Kaer, komposer Azlan Abu Hassan, lirik sulu Sarawak dan The Stage ciptaan Ash Nair sahaja terpaksa pulang tangan kosong.

Tidak seperti anugerah muzik lain, JKJ sebenarnya bertujuan untuk menghargai lagu yang benar-benar berkualiti dengan mengetepikan populariti artis yang menyanyi lagu tersebut.

JKJ yang diadakan buat kali pertama ini juga adalah bertujuan untuk memeriahkan lagi majlis yang digabungkan bersama
Anugerah Music Author’s Copyright Protection (MACP). Mereka diadili oleh 4 juri profesional iaitu Adnan Abu Hassan, Ramli Imam, Nasser Abu Kasim, Professor Rahman Saari serta Fauzi Marzuki.

Majlis yang berlangsung selama 2 jam itu turut diserikan dengan persembahan seperti Ziana Zain, Ramlah Ram, Meet Uncle Hussein, Nassier Wahab, Noryn Aziz, Mohaizam, dan Alif Azfar.

Turut hadir sebagai penyampai hadiah ialah M Nasir, anggota Spider, Hattan, Fredo, Farah, Zubir Ali, Juwita Suwito, Noryn Aziz, Anne Ngasri dan Pak Ngah.

Mereka yang turut mendapat pengiktirafan berdasarkan sumbangan kepada industri adalah M Nasir, Manan Ngah dan Allahyarham Loloq. Rancangan itu disiarkan secara langsung menerusi RTM 1.

Keputusan Anugerah MACP 2008

Kategori persembahan Terbanyak

Lagu Bahasa Inggeris
Lagu: Party Like This
Penyanyi: VE
Komposer: Shah VE, Damian VE
Lagu: Lah VE

Lagu Bahasa Cina
Lagu: Tong Hua
penyanyi Michael Wong
Komposer: Michael Wong
Lirik: Michael Wong

Lagu Bahasa Melayu
Lagu: Aduh Saliha
Penyanyi: Mawi
Komposer: M Nasir
Lirik: Loloq

Luar Negara
lagu: Paakaatha
Penyanyi: Tippu
Komposer: G Devi Sri Prasad
Lirik: N Muthu Kumaran

Kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi

Lagu: Tong Hua
Penyanyi: Michael Wong
Komposer: Michael Wong
Lirik: Michael Wong

Komposer Muda Berpotensi
Nurfatima

Penulis Lirik Dengan Pendapatan Tertinggi
Allahyarham Loloq

Komposer Dengan Pendapatan Tertinggi
M. Nasir

Anugerah Nadi Cipta
Manan Ngah

Keputusan Pertandingan Juara Kepada Juara (JKJ)

Susunan Muzik Terbaik
Lagu: Hati
Nyanyian: Datuk Siti Nurhaliza
Susunan: Sham Kamikaze

Lirik Terbaik
Lagu: Revolution
Nyanyian: Silent Scream
Lirik: John Oommen

Melodi Terbaik
Lagu: Kau Yang satu
Nyanyian: Hafiz
Pencipta: Hafiz

Vokal Terbaik
lagu: Revolution
Nyanyian: Silent Scream

Persembahan Terbaik
Tajuk: Revolution
Nyanyian: Silent Scream

Lagu Terbaik
Lagu: Kau Yang Satu
Pencipta: Hafiz


Murai

Celine Peramah, Saida Pemalu – Siti

15 Apr

KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2008: Tiada yang lebih menggembirakan Dato’ Siti Nurhaliza apabila akhirnya mendapat peluang keemasan untuk bertemu dengan idola pujaannya, Diva Celine Dion.

Pertemuan bermakna itu terjadi di hotel butik The Ritz-Carlton Kuala Lumpur, pada petang Ahad lalu selepas Celine bertemu wartawan tempatan dalam sidang media di hotel tersebut.

Difahamkan, ia diaturkan oleh pihak penganjur dan anggota keluarga mereka (YTL) yang kebetulan mengenali suami Siti, Dato’ Khalid MuhammadJiwa (Datuk K).

Kata Siti, dia tiba lebih awal di hotel itu dan kemudian menunggu hampir 20 minit dalam sebuah bilik khas sebelum mendapat isyarat untuk bertentang mata dengan penyanyi pujaannya itu. Selain Datuk K, anak bongsu mereka, Mohd Aazief, 10, juga ada bersama manakala Celine pula sentiasa ditemani suami merangkap pengurusnya, Rene Angelil.

“Macam tak percaya Siti akhirnya dapat berjumpa Celine. Maklumlah, Siti minat Celine sejak zaman sekolah lagi. Realitinya, dia memang peramah dan sudi bergambar dengan Siti beberapa kali pada petang itu. Kesempatan itu juga Siti gunakan untuk menghadiahkan album terbaru Siti, Hadiah Daripada Hati kepada Celine dan dia menerimanya dengan senyuman.

“Walaupun pertemuan kami itu singkat, ia sangat bermakna dan Siti akan kenang sampai bila-bila,” kata Siti kepada murai.com.my awal malam tadi. Dia sebenarnya sedang sibuk membeli-belah di KLCC.

Mengulas mengenai konsert Celine di Stadium Merdeka, Siti berkata dia amat mengkagumi vokal penyanyi kelahiran Quebec itu yang disifatkan sebagai belum ada tandingan.

“Siti suka cara dan spirit Celine ketika dia menyanyi kerana ia dilontarkan dengan penuh perasaan,” kata Siti lagi.


Komen Siti Tentang Saida

Menjawab pertanyaan lain, Siti akui dia cukup berbangga melihat perubahan dalam diri kakaknya, Saida yang kini sedang bertanding dalam program realiti TV paling popular, Akademi Fantasia 6 (AF6).

“Bagi Siti yang lebih kenal siapa Kak Ida (Saida), dia sudah banyak berubah sejak berada dalam AF6. Kalau dulu janganlah harap Kak Ida nak menyanyi depan orang ramai kecuali ada adik beradik kami ada di sekelilingnya.

“Sikap pemalu Kak Ida memang ketara sejak kecil lagi. Mimik dan raut mukanya memang begitu, macam orang sedih,” kata Siti sambil tertawa kecil.

Yang jelas, Siti meminta supaya janganlah masyarakat terus membanding-bandingkan dirinya dengan Saida kerana cara mereka melangkah ke dunia seni nyata berbeza. Lebih dari itu, suara dan personaliti masing-masing pun tidak sama.

“Suara Kak Ida lebih besar. Kalau hendak minta komen Siti terhadap mutu persembahan Kak Ida, apa yang Siti rasakan, Kak Ida kena betulkan teknik nyanyiannya, jaga pernafasan supaya jangan semput dan kena buang lagi perasaan malu-malu itu kalau di atas pentas.

“Satu lagi Siti sendiri pun rimas melihat tangan kiri Kak Saida asyik naik ke atas. Entahlah, mungkin itu cara dia mengatasi gementar agaknya,” kata Siti.

Siti faham Saida memerlukan masa untuk membina nama dan identitinya sendiri dan dia yakin satu hari kelak, impian Saida itu akan berjaya dengan sokongan semua pihak.

Dalam isu lain, Siti bagaimanapun menafikan dia telah memperuntukkan wang yang banyak dan khusus untuk mengundi Saida sepanjang bertanding dalam AF6.

“Bohonglah kalau Siti cakap Siti tak pernah Afundi Kak Ida langsung tapi tidak benar pula gosip Siti memancing undi dan berhabis-habisan wang untuk Kak Ida. Siti tahu Kak Ida ada fan base sendiri dan merekalah yang menyokongnya dari belakang.

“Siti lebih suka memberikan sokongan moral kepada Kak Ida kerana Siti sedar peminat AF sudah matang dalam memilih siapa yang mereka suka,” jelas Siti.


Murai

Celine Dion Will Go On …

15 Apr

Divas of the world, be warned. Celine Dion and her colossal voice are taking over the universe – one country at a time – with her Taking Chances world tour. Well, most countries besides Singapore, that is.

The 39-year-old singer – with her manager-husband Rene Angelil, 81-year-old mother and seven-year-old son in tow – was in Kuala Lumpur on Sunday to show 10,000 fans, celebrities and politicians why she is one of the best-selling female artistes of all time. KL was her only stop in South-east Asia.

Perhaps no one told her our observation wheel is, like, totally bigger than theirs. Putting aside national pride, it wasn’t difficult to see why the ballad queen is as popular as she is.

In person, Dion is pretty much what you get with her songs – pleasant. Her well-rehearsed PR spiel, delivered in an ethereal speaking tone as if she were singing right at you, bordered on the contrived but was never offensive.

Like her trademark big hits, most of what she said veered on the side of mushy and sentimental. The Grammy winner said the reason she agreed to her recently-concluded five-year Caesars Palace deal in Las Vegas so she could “go home to be a 100-per-cent mother”. She said things such as “I only choose to do songs that I love and to please my fans” and how her son “is ready to run so we want to run with him”. And nobody gagged.

In fact, photographers clamoured to snap the best shots of a tudong-clad Dion playfully posing draped in batik shawls. Such is the power of Celine Dion – the incredible ability to make the bland incredibly palatable.

Demonstrating that power at the Stadium Merdeka later that night, the Canadian singer won over fans, singing 23 songs over an hour-and-a-half.

Her gangly sequin-and-leather-clad frame took centrestage in front of her band, six dancers and three backup singers, and she belted out signature hits such as Power of Love, It’s All Coming Back to Me and All By Myself.

Her live singing voice was distinctly lower in register than her studio recordings, but the audience enthusiastically lapped it up.

The Malaysian press reported that Deputy Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor; former Prime Minister Mahathir Mohamad and his wife Siti Hasmah Mohd Ali; singer Siti Nurhaliza; and Malaysia’s royal family were all at the concert.

When Dion asked the audience to sing the last line of Because You Loved Me for her, the closet Celine Dion fan in this reporter found a buried voice suddenly singing along – with goosebumps forming on my arm. That’s what an impeccable voice singing familiar love ballads will do to you.

Including only five songs from her new album Taking Chances, Dion ended her performance with the inevitable encore of My Heart Will Go On in a flowing yellow gown – complete with her customary scrunched-up facial expression as she hit the high notes.

Watching her perform live, you experience first-hand how surprisingly-tasty bland can be. –

Powered by Channel News Asia

From MediaCorp To RTM

3 Apr

SINGAPORE : MediaCorp artiste Maiya Rahman, who was the first runner-up in last year’s Anugerah 2007 competition organised by Suria, has been invited to perform at Radio Televisyen Malaysia’s (RTM) 52nd anniversary concert on Saturday.

This prestigious event typically features artistes from countries around the region such as Malaysia, Singapore, Indonesia and Brunei.

This year’s celebration is no different.

“At first, I was shocked and honoured because I’m singing together with all the big stars,” said Maiya, who landed in Kuala Lumpur at 4am yesterday and was in rehearsals by noon.

“I’m new to the business, so I hope I can perform on the same level as the rest of them,” she said of the roster of stars that includes Siti Nurhaliza.

“I’m happy to be here, but at the same time, I’m a bit nervous. I take it one day at a time to improve.”

“I’ve always loved to sing at home, at community centres and at weddings,” said the 19-year-old singer, who started singing in public when she was 14.

“It was my parents who encouraged me to try for the Anugerah competition.”

She will be performing a duet with Malaysian singer Izwan Pillus, as well as in a “girl group” segment with singers from Malaysia, Indonesia and Brunei. Among the other talents performing are popular Malaysian singers Izwan Pillus, Misha Omar, Adibah Noor and Elyana.

Maiya will also have a solo spot performing Nongkrong, which means “chill out” in Malay – not something she’s able to do at the moment. “I can’t chill out, what with all the nerves!” she said. “I hope I can do Singapore proud.” –

Channel News Asia

Rahsia Saida Akhirnya Terbongkar!

25 Mar

KL, 26 MAC 2008:Selepas pelajar-pelajar Akademi Fantasia6 (AF6) diperkenalkan kepada penonton dalam konsert pertama minggu lepas,makabarulah personalitimereka mula dikenali oleh peminat dan pengundi.

Bagaimanapun, kemampuan merekaitubelum lagi 100 peratuskerana lebih banyakpenontonakanlihat dan ketahuimenerusi laporandiari harian dan juga Konsert Mingguan setiap Sabtu di Astro Ria.

Kali ini Murai Batuhendak memaklumkan satu khabar yang Murai Batu dengar. Ia tentangsatu rahsiasensasi mengenaisalah seorang pelajarAF6, Nor Saida Tarudin, 32, yang juga kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza .

Khabar iniadalah mengenai satu penyakit yang dialami oleh Saida yang sebenarnya merisaukan dirinya sendiridan orang lain di sekeliling. Pada awalnya, Murai Batu hanya dengar-dengar rahsia daripada orang lain tetapi selepas diimaklumkan oleh mereka yang rapat dengannya, maka mulalah kita punturut risau.

Rileks dulu, korang janganlah panik pula. Sebenarnyapenyakit yang dialami Saida itutidak ada kena mengena dengan penyakit kronikseperti stroke, darah tinggi,kencing manis dan sebagainya.

Sebaliknya, ia adalahpenyakit gugup dan gementar Saida yang boleh membuatkan dia mudah terlupalirik lagu dengan tiba-tiba!

“Penyakit ini selalumenimpaSaida terutamasepanjang diamembuat latihan di dalam akademi. Patutlah ahli keluarga Saida risau sangat apabila Saida muncul di pentas dan menyanyi secara live.Mereka bimbangkalau-kalau dia terlupa terlupalirik apabilalemah semangat dan terlalu gementar berdepan penonton dan pengkritik,” kata satu sumber.

Dalam hal ini, Murai Batu berharap cikgu-cikgu di AF6 akan cuba membantu Saida mengatasi masalah ini dan menambahkan rasa keyakinan terhadap diri sendirinya.

Murai Batu cukup faham tekanan psikologi yang sedang dialami oleh Saida itu kerana aura Datuk Siti terlalu membayangi dirinya.Semua orang mengharapkan keajaiban segera berlaku pada Saida sepertimana Datuk Siti,walhal mereka berdua tidak sama malahberlainan karektor.

Dengan erti kata lain, Saida sedang berperang denganrasa inferiority complex (rendah diri, malu, segan, tidak yakin) agar dapat menempuh setiap konsert dengan tabah dan menonjolkan imejnya yangtersendiri.

Moral dalam gosip ini, menjadi kakak atau adik kepada Datuk Siti Nurhaliza bukan berrmakna mereka juga boleh dan perlu menyanyi sepertipenghibur terkemuka itu. Masing-masing adakelemahan dan kelebihan tertentu. Terimalah Saida seadanya…

MURAI BATU:Drama-drama menarik AF6 sedangberlaku, jaditunggulahmacam-macam lagi kisahsensasiyang sedang dikemaskinikandalam Fail Sulit Murai Batu!


Murai

Seleb A – Z

21 Mar

NAMA SEBENAR: Siti Nurhaliza Taruddin

TARIKH LAHIR: 11 Januari 1979

TEMPAT LAHIR: Kuala Lipis, Pahang

PROFESION: Penyanyi & pelakon teater

STATUS: Berkahwin

SUAMI: Datuk Khalid Mohd Jiwa

ALBUM: Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, Cindai, Adiwarna, Seri Balas, Shahmura, Konsert Live Siti Nurhaliza, The Best of Siti Nurhaliza, Safa, The Most Won Artist, EMAS, Prasasti Seni.

PENCAPAIAN: Antaranya – Persembahan Terbaik Bintang HMI 1996, Artis Baru Paling Popular Anugerah Muzik Popular 1996, Juara Lagu 96 Jerat Percintaan, Lagu Terbaik AIM 97, Persembahan Terbaik & Juara Kategori Balada menerusi Aku Cinta Padamu Juara Lagu 97, Penyanyi Wanita Paling Popular & Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Paling Popular 98, Juara Lagu 98 Cindai, Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album & Album Terbaik AIM 99, Bintang Paling Popular 99.


Klik Di Sini Untuk Menonton Aksi Datuk Siti Nurhaliza Di Dalam Aksi Murai


Murai

Magis Perias Wajah

16 Mar

Oleh Maliah Surip


NURUL (kiri), Sai dan Baby tidak memilih kasta untuk mencantikkan seseorang.

Panel 1 Azhari Hassan atau lebih mesra sebagai Baby Elle meneroka dunia mencantikkan kaum hawa sejak tahun 1992. Bermula sebagai jurusolek pengantin di kampung halaman di Sungai Koyan, Pahang, rezeki terbuka buatnya hasil usaha gigih untuk merias wajah para selebriti. Pernah ‘lama’ dengan Nasha Aziz, dia beralih kepada Misha Omar. Pemilik Butik Baby El’s & Mira Zaidy di Kota Damansara ini mendampingi Ning Baizura selain merupakan jurusolek dan koordinator pakaian di Al-Jazeera, Malaysia.

Panel 2 Sebagai seorang jurusolek cukup terkenal – Nurul Shukor, profilnya diisi dengan merias wajah-wajah artis tempatan dan kerabat diraja. Memulakan kerjaya lebih 15 tahun lalu dengan Haiza, artis pertama yang menerima sentuhan tangannya, pemilik Nurul Shukor Touch ini sinonim sebagai jurusolek kegemaran dan peribadi Datin Seri Siti Nurhaliza sejak lima tahun lalu. Terdahulu, Nurul pernah bekerja sebagai pembantu di warung mi soto dan petugas di restoran KFC.

Panel 3 Merupakan kakak kepada penyanyi tersohor, Ella, Saidatulnisa Aminuddin atau dikenali sebagai Sai memulakan langkah awal sebagai jurusolek pada tahun 1984 selaku mak andam dan tahun 1990 sebagai jurusolek artis. Telah memberi sentuhannya kepada ribuan wanita di Malaysia, pemilik Butik Saidatulnisa di Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor ini dikenali sebagai jurusolek diraja – terutama di kalangan kerabat Brunei Darulsalam.

Satu pertemuan yang penuh warna – gelak, canda dan kesedihan yang bersulamkan sebuah perkongsian pengalaman.

Temu janji dengan tiga jurumekap tersohor tanah air, Nurul Shukor, Baby Elle dan Saidatulnisa diadakan pada lewat malam kerana kesibukan masing-masing.

Pun saya harus akur dan bernasib baik kerana berjaya mengumpul mereka sementelah Nurul sibuk menguruskan kelas solekan.

Tak menang tangan merias wajah kliennya, Saidatulnisa pula kerap benar berteduh di Brunei dan kadangkala di London sebagai jurumekap peribadi diraja Brunei.

Begitu juga Baby Elle yang sibuk di Al-Jazeera (khabarnya dibayar mencecah RM7,000 sebulan) selain menjalankan butiknya yang baru dibuka.

Kenapa mereka? Tanpa mereka yang merias, merapi dan mendandan para selebriti yang pada awal kemunculan begitu naif dengan alat solek, barangkali mereka semua umpama lukisan hitam putih tanpa warna.

Ringkasnya, bagaimana boleh terjebak dalam dunia ini?

NURUL SHUKOR (N): Sewaktu bekerja di sebuah hotel di Singapura saya bekerja sebagai seorang jurusolek secara tidak langsung. Semuanya terjadi selepas teman saya memberi kepercayaan untuk saya menyolek dia pada hari perkahwinannya, sedangkan saya tidak pernah menyolek orang.

Kalau dikenang semula memang lucu sebab alat solek pun saya pakai dia punya dan ada yang diberi teman (senyum). Kemudian saya balik ke Malaysia, bekerja di salon Emma G4O, buat rambut dan saya terus asah bakat sebagai jurusolek pada masa sama.

Alhamdulillah, rezeki, saya bekerja untuk iklan komersial sebelum Raja Malik membawa saya ke Metrojaya untuk menyolek. Dari mulut ke mulut, pintu saya terbuka apabila diambil Pony Canyon sebagai jurusolek rasmi mereka. Di situlah saya membina nama.

BABY ELLE (B): Saya bermula daripada minat ingin melihat orang cantik. Saya suka cantikkan orang. Dulu di kampung, kalau ada orang kahwin, sayalah orang pertama yang akan sibuk nak tengok muka pengantin disolek. Sehinggalah ada orang percaya saya boleh menyolekkan orang.

Kemudian pergi ke Kuala Lumpur, ikut ‘mak ayam’ (ketawa) Azman Razali. Dia yang membuka peluang saya menyolek artis tempatan. Saya bermula dengan menyolek Nasha Aziz untuk filem Kad Cinta dan kemudian, alhamdulillah, rezeki berkembang.

SAIDATULNISA (S): Asalnya saya dulu merupakan seorang penari kebudayaan.

N: Hah, dia dulu perempuan kabaret (ketawa).

S: (Ketawa) Hah tulah. Bila jadi penari, saya kerap menyolek diri sendiri, kemudian teman-teman. Dari situ saya mula buat solekan untuk orang kahwin sebelum perlahan-lahan terlibat dalam industri. Tapi bukan Ella artis pertama yang saya solek, saya pun tak ingat siapa.

Apa kata keluarga tentang pekerjaan kalian terutama Nurul dan Baby?

N: Keluarga saya menentang habis, terutama arwah ayah. Dia pandang rendah saya dan pekerjaan ini. Dia tak suka saya jadi macam ini, macam pondan.

Tiga tahun saya tak bertegur dengan ayah sebab pekerjaan ini. Tapi saya tekad, saya mahu buktikan pada dia bahawa ini pekerjaan yang betul. Yang boleh buat duit dan saya juga tak sakitkan sesiapa.

Namun lama-kelamaan dia boleh terima, sebab saya tetap anak dia. Lagi-lagi selepas ramai orang kampung kata, sayalah orang yang selalu mencantikkan penyanyi Siti Nurhaliza tu (ketawa). Kiranya saya tumpang Siti juga.

Alhamdulillah, sebelum dia meninggal dunia, dia sudah boleh terima keadaan dan pekerjaan saya. Katanya, saya ini Harimau Kertas dan dia bangga dengan saya.

B: Alhamdulillah, keluarga saya amat memahami. Hanya tentangan datang daripada orang kampung yang menghina saya. Tapi keluarga tetap menyokong sebab mereka tahu saya minat dalam bidang ini dan saya buktikan saya boleh berjaya.

S: Saya juga tiada masalah sebab keluarga tahu saya memang suka bidang ini.

mereka bertiga menyimpan banyak rahsia artis tanah air.

Bayaran pertama yang diterima?

B: RM15. Tapi itu pun dah rasa besar sangat masa tu sebab baru lepas sekolah. Rasa dah macam diva kampung sebab berjaya menyolek pengantin dan dibayar pula (ketawa).

N: RM50, daripada kawan yang saya cerita tadi.

S: RM25, juga hasil solek orang kahwin.

Bayaran sekarang?

N: Alamak, nak kena cakap ke? Tak payahlah ya. Tapi masih masuk akal (ketawa).

B: Betul, tak payahlah cakap harga kami. Yang penting, semua orang masih mampu membayar dan kami juga bukannya cekik darah sangat hanya kerana nama sudah ada (ketawa). Yang penting individu itu menilai bayaran kami setimpal dengan hasilnya.

S: Ya, sebab yang penting khalayak menghargai kerja kami. Kemudian baru datangnya harga kerana kerja jurusolek ini juga satu seni dan kreativiti. Jadi orang patut menilai kreativiti ini terlebih dahulu berbanding bayarannya.

N: Saya pun nak tambah. Sebenarnya kami bukan kejar duit saja ya. Kita buat benda ini sebab minat dan tahu ada bakat. Macam Sai cakap tadi, ini kerja seni kami. Jadi nilainya harus setimpal dengan seni yang diberi.

Adakah sekarang selektif menyolek orang? Maksudnya orang biasa mungkin agak sukar mendapat sentuhan magis kalian?

N: Taklah. Saya masih menyolek sesiapa sahaja yang mahukan khidmat saya. Tak kira darjat dan pangkat. Malah saya juga masih ambil job pengantin yang tinggal di rumah setinggan. Saya masih memberi khidmat kepada semua yang memerlukan.

S: Ya, saya juga. Malah sampai sekarang, saya masih memandu seorang diri pergi menyolek pengantin sebab saya memang suka mencantikkan orang. Ditipu tidak dibayar pun pernah. Tak kisahlah siapa pun nak dapatkan khidmat saya, jangan takut kerana harga untuk kerabat dan orang biasa berbeza.

B: Saya pun masih menyolek pengantin. Tak kisah sebab kami memang minat mencantikkan orang.

Macam mana boleh mendapat kepercayaan keluarga diraja?

S: Terus terang, sebenarnya ini semua bantuan media dan cakap dari mulut ke mulut. Media sebab selalu beri kredit kepada kami kalau menyolek artis. Daripada situ orang mula kenal, oh ini solekan saya, Baby atau Nurul. Kalau kami menyolek pengantin pula ia akan tersebar dari mulut ke mulut.

B: Media memang banyak membantu kami memperkenalkan diri kepada khalayak dan terus mendapat kepercayaan bukan sahaja golongan diraja tetapi juga orang biasa.

N: Kerana keikhlasan kita dalam bekerja (senyum).

DUNIA solekan memberi pulangan lumayan.

Dan menjadi teman akrab artis, mesti simpan banyak sangat rahsia mereka kan?

N: Oh, sangat banyak. Dulu, sebelum Siti berkahwin, saya rasa menyimpan rahsia dia seperti satu beban (ketawa). Bayangkan, saya pernah ditawarkan wang ringgit oleh seorang wartawan hanya untuk mendapatkan maklumat daripada saya. Namun saya berpegang pada prinsip bahawa saya tidak akan mengkhianati perhubungan yang telah kami jalin atas dasar hormat.

S: Banyak sangat rahsia artis-artis kita yang ada dalam tangan kami sampai tak larat dah nak simpan rahsia lagi (ketawa). Tapi sekali pun saya tidak pernah bocorkannya kerana saya tak sampai hati. Sudahlah saya dibayar, dilayan dengan baik, jadi mengapa tidak membalasnya dengan menghormati apa yang telah dikongsi sebagai satu rahsia?

B: Saya tak akan tutup periuk nasi saya kerana tidak pandai menyimpan rahsia dan menghormati hubungan yang telah dibina. Sebenarnya, tidak menjaja cerita artis atau sesiapa sahaja yang rapat dengan kita adalah kunci bagaimana orang mempercayai dan selesa bekerja dengan kita.

Kalau saya kata kalian ini sama taraf popularnya dengan artis?

N: (Ketawa) Gila sama taraf. Taklah, mana ada. Tapi saya percaya untuk keadaan sekarang, saya sudah selesa. Mungkin glamor yang kejar kami (ketawa). Alhamdulillah, ini jalan hidup kami.

S: Tak rasa glamor langsung.

B: Popular pada saya tidak penting kerana apa yang penting, kami memberi kepuasan kepada orang. Bila orang puji hasil kerja kami, itulah datangnya erti glamor. Rasa kembang (ketawa).

Adakah saya akan melihat kalian dalam jangka masa 10 tahun lagi sebagai jurusolek?

N: Jujurnya dalam masa terdekat, saya akan settle down kerja-kerja menyolek orang. Mungkin akan buat, tetapi tidak sekerap sekarang sebab saya ingin memberi fokus kepada perniagaan saya. Saya tak boleh tamak. Saya ada misi menukar profesion ini kepada sebuah empayar perniagaan, insya-Allah.

B: Macam Nurul, menyolek pasti ada sebab ini kecintaan kami. Tapi mungkin pada waktu itu akan lebih fokus terhadap perniagaan kami.

S: Sama seperti mereka (ketawa).

Kosmo

Siti Jadi Ibu Tumpang

14 Mar

Oleh MALIAH SURIP


SITI teruja mahu melihat aksi kakaknya, Saida di AF6.

BANYAK persepsi yang lahir saat kakak kepada penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Siti Norsaida Tarudin berjaya melayakkan dirinya sebagai 25 peserta Akademi Fantasia 6 (AF6).

Ramai yang tertanya-tanya mengapa wanita berusia 32 tahun dan mempunyai empat anak ini menyertai pertandingan realiti televisyen ini.

Dan bagaimana pula, Siti melihat penyertaan kakak kesayangannya itu dalam program yang tidak akan berkompromi tentang statusnya sebagai kakak kepada artis berprofil tinggi tanah air.

Saat diajukan soalan tersebut, Siti hanya tersenyum manis sebelum menjawab: “Siti teruja nak melihat aksi kakak. Dia itu pemalu sebenarnya. Sebab sewaktu zaman kami menjual kuih dahulu, dia sanggup buat kuih daripada keluar menjaja. Sebab dia malu.

“Jadi bila dia masuk AF, Siti teruja nak melihat sikap dia yang pemalu dan juga akan cepat panik itu.”

Tambah penyanyi yang baru muncul dengan album Hadiah Daripada Hati ini lagi, biar tidak mengetahui Saida telah terpilih sebagai antara peserta akhir, dia akan tetap memberi galakan dan doa buat kakaknya.

Usia dan status Saida, kata Siti bukan penghalang. Jika dia berbakat, yakin dan memang dilorongkan rezeki ke arah ini, Saida pasti berjaya. Bagaimanapun dia tidak berani meramalkan adakah kakaknya itu akan bertahan sehingga ke akhir rancangan.

“Semua peserta mempunyai kelebihan dan kelemahan sendiri. Semoga usahanya berjaya. Kami sentiasa menyokong dia dari belakang,” ujar Siti yang juga memberitahu Saida ada meminta tips daripadanya untuk menjalani karier seorang anak seni.

Sedikit pun tidak berasa tergugat dengan percubaan kakaknya menembusi industri, Siti sebaliknya melihat hal ini sebagai kesinambungan darah seni yang mengalir dalam keluarganya.

Ia seperti menyambung legasi dari darah seni yang ada pada ibunya, Siti Salmah. Kemudian mengalir kepada semua anak-anaknya termasuk dia, abangnya Ayie (bekas penyanyi), Saerah (adik) juga Saida.

“Seronok,” katanya yang kemudian memberitahu empat orang anak Saida iaitu Siti Nurulnisa, 11, Anas, 9, Khalid, 5, dan Siti Nurulmashitah, 1 tahun kini dipelihara secara bergilir antara dia dengan pembantu rumah kakaknya.

“Tidak sukar menjaga mereka dan kami memang rapat. Lagipun mereka tahu ibu mereka masuk pertandingan nyanyian,” katanya yang kemudian pantas memberitahu media: “Siti belum mengandung lagi. Doakan ya.”

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terkininya, Siti kini sedang memberi fokus terhadap konsert sulungnya yang bakal diadakan di Dewan Esplanade, Singapura pada 21 Mac ini.

Teruja menanti membuat persembahan di dewan berprestij tersebut, dia yang akan diiringi oleh pemuzik-pemuzik kesayangannya di bawah pimpinan Aubrey Suwito akan membawakan 15 buah lagu dalam bentuk akustik.

“Mengadakan persembahan sulung di dewan ini adalah satu penghormatan buat Siti. Sementelah ia dilakukan dalam bentuk akustik, Siti pasti ia lebih menarik kerana lebih santai,” katanya yang bakal membuat persembahan pada malam Anugerah Bintang Popular (ABP) hujung Mac ini.

Kosmo

Saida Gembira Bercampur Sedih

10 Mar

KL, 10 MAC 2008: Sebelum apa-apa, Murai Batu nak ucapkan tahniah buat kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza iaitu Siti Norsaida Tarudin, 33, kerana berjaya tersenarai dalam peringkat pemilihan 25 peserta akhir Akademi Fantasia musim keenam (AF6).

Sebelum ini, murai.com.my sendiri ada menyiarkan berita Saida dan adiknya, Saerah pergi mencuba nasib dalam uji bakat AF6 tapi sayangnya, hanya nama Saida saja yang tersangkut.

Sungguhpun begitu daripada sumber-sumber sahih, Murai Batu dengar Saida mula-mula rasa sedih dan serba salah apabila nama Saerah tercicir dalam senarai peringkat pemilihan 25 peserta akhir itu.

Tapi hendak nak buat macam mana, dah rezeki Saida untuk pergi lebih jauh lagi dalam bidang ini manakala rezeki Saerah mungkin ada di tempat lain.

Apabila puas memikirkan hal itu, mahu takk mahu terpaksalah Saida meneruskan perjuangannya itu seorang diri bersama rakan-rakan baru dalam AF6 lain. Saerah sendiri memberikan sokongan padu kepada kakaknya itu.

Apa yang menariknya, waktu mula-mula Saida hadir uji bakat bersama Saerah dulu, Siti memang langsung tidak tahu menahu akan hal tersebut. Ia sememangnya dianggap sebagai satu kejutan buat Siti. Apatah lagi apabila Saida berjaya melepasi uji bakat yang dibuatnya itu.

Murai Batu difahamkan, Siti dan Datuk K pun turut memberi sokongan yang cukup padu kepada Saida. Begitu juga anggota keluarga yang lain, termasuklah suami Saida sendiri.

Apa yang membanggakan, demi menyokong perjuangan dalam AF6, suami Saida sanggup mengambil alih tugas untuk menjaga tiga orang anak mereka sepanjang ketiadaan Saida di rumah

Jadi sekarang tibalah masanya kita semua menyaksikan bagaimana Saida mempersiapkan dirinya dengan setiap tugasnya pada setiap minggu. Adakah dia akan meraih undi yang mudah hanya kerana dia kakak Siti Nurhaliza?

Murai Batu: Tak sabar nak tengok apa agaknya lawak dan kejutan AC Mizal dalam AF6. Kak Mah tu dah memang dah terbukti slamber, gila-gila dan best!


Murai