Archive | 2002 RSS feed for this section

Kolaborasi Anggun Siti.

29 Dec

Sorry, the contents you are searching had moved here.

CLICK HERE TO SIGNUP FOR WEBHOSTINGBUZZ.COM NOW.

Kolaborasi Anggun Siti.

29 Dec

Sorry, the contents you are searching had moved here.

CLICK HERE TO SIGNUP FOR GLOBAT.COM NOW.

Siapkan Album di Indonesia.

24 Dec

Sorry, the contents you are searching had moved here.

CLICK HERE TO SIGNUP FOR BLUEHOST.COM NOW.

Rizal Mantovani Menggarap Video Klip Siti Nurhaliza.

20 Dec

Sorry, the contents you are searching had moved here.

CLICK HERE TO SIGNUP FOR WEBHOSTINGBUZZ.COM NOW.

Persiapan Album Baru Siti Nurhaliza.

18 Dec

Sorry, the contents you are searching had moved here.

CLICK HERE TO SIGNUP FOR BLUEHOST.COM NOW.

Siti ‘terbang’ lagi ke Jakarta.

17 Dec

KETIKA 2002 hampir melabuhkan tirainya, penyanyi wanita paling popular, Siti Nurhaliza, terus dihambat kesibukan. Dalam persediaan untuk muncul bersama album baru, dia kembali memperkukuhkan namanya di negara seberang menerusi siri promosi jelajah Indonesia.

Siti juga sanggup mengenepikan kegembiraan menyambut Syawal bersama keluarga, apabila berangkat ke republik itu, Sabtu lalu. Pemergian penyanyi lagu Bicara Manis Menghiris Kalbu itu sebagai memenuhi jemputan stesen penyiaran di sana, Trans TV.

Kesempatan itu juga digunakan untuk menjayakan penggambaran klip video lagu terbarunya, Bukan Cinta Biasa ciptaan bersama Siti dengan komposer Indonesia, Dewiq.

Dalam persembahan yang berlangsung Ahad lalu, Siti, penyanyi tunggal negara yang dijemput menjayakan konsert itu bersama penyanyi popular Indonesia termasuk Krisdayanti, Vina Panduwinata, Sheila On 7 dan Element.

Dia memilih lagu Jali-Jali, Betapa Aku Cinta Padamu, Warna dan berduet dengan Krisdayanti dan Vina Panduwinata menyampaikan lagu irama Malaysia popular, Cindai.

Hampir seminggu di sana, Siti yang ditemani Pengarah Urusan SRC, Tan Su Loke, dan pengurusnya, Rozi Razak dan abangnya, Saiful Bahari Tarudin (Ayie), turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan album pop terbarunya yang bakal berada di pasaran 11 Januari depan.

Ia adalah album solo kesembilan Siti. Lebih memberi makna, buat kali kedua, album Siti dipasarkan ketika hari ulang tahun kelahirannya. Sebelum ini, album Safa juga dilancarkan pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-22, tahun lalu.

Untuk tujuan itu, pihak Universal Muzik Indonesia mengaturkan beberapa sesi temu bual bersama media tempatan, sehari selepas konsert itu berlangsung. Pada sidang media itu, Siti menggunakan kesempatan berkenaan untuk memperkenalkan lagu Bukan Cinta Biasa selain menyanyikan lagu popularnya, Percayalah.

“Ia adalah lagu pertama ciptaan komposer Indonesia yang saya rakamkan. Saya berterima kasih kepada Dewiq yang memberi kepercayaan untuk membawakan lagu yang cukup istimewa ini.

“Walaupun padat dengan pelbagai atur cara, saya tidak pernah mengeluh kerana apa yang dilakukan ini adalah untuk kelicinan kerjaya saya juga. Sokongan hangat yang sentiasa diberikan menguatkan semangat untuk terus menghasilkan yang terbaik,” kata Siti.

Album itu akan dilancarkan SRC serentak di Malaysia dan Indonesia. Dalam kesibukan itu, Siti juga memperuntukkan waktu untuk melakukan penggambaran klip video lagu berkenaan di bawah pengarahan Rizal Montovani.

“Saya terpaksa mencuri masa untuk penggambaran klip video ini. Berlari-lari mengejar waktu kerana pada hari penggambaran, saya juga akan ditemubual pelbagai media. Memang kalut. Namun, semua itu sudah biasa.

“Promosi awal penting supaya peminat dapat tahu perkembangan album terbaru saya. Sebaik pulang dari Jakarta, saya kembali bergegas ke studio rakaman untuk menyempurnakan rakaman. Ada beberapa lagi lagu yang belum dirakamkan,” katanya.

Habis rakaman album, Siti perlu menyiapkan diri untuk Juara Lagu 2002 yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, 12 Januari ini. Menerusi acara tahunan terbitan TV3 itu, Siti mempertandingkan Bicara Manis Menghiris Kalbu (kategori Balada) dan Nirmala (irama Malaysia).

http://www.emedia.com.my/

17 Dec

Sorry, the contents you are searching had moved here.

CLICK HERE TO SIGNUP FOR WEBHOSTINGBUZZ.COM NOW.