Archive | Archives RSS feed for this section

Aura Siti

24 Apr

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

SEPANJANG tempoh 14 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian, penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui pelbagai pahit getir sudah ditempuhinya.

Selepas memegang status isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K dan tampil dengan imej bertudung, nama Siti tetap tidak terlepas dikaitkan dengan kontroversi dan gosip tak berasas yang cuba mencalit nama baiknya.

Apapun gosip dan kontroversi dikaitkan dengannya, ternyata ia tidak sedikit pun menjejaskan sokongan padu peminat setianya.

Malah, nama Siti terus gah di persada seni tanah air dengan terus mempertahankan trofi Penyanyi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008) selama 12 tahun berturut-turut.

Tidak cukup dengan itu, bingkisan album barunya, Lentera Timur yang baru menjengah pasaran mendapat sambutan menggalakkan dalam kemelut ekonomi global ketika ini.

Bagi Siti pula, rezeki dalam bidang seni yang dikecapinya dari dulu sampai sekarang adalah anugerah Tuhan.

“Saya tetap reda dengan apa saja yang berlaku dalam hidup. Apa pun yang dilakukan, orang tidak pernah berhenti bercerita mengenai saya sejak dulu.

“Saya juga bersyukur, undangan persembahan tidak pernah putus diterima sampai sekarang. Apa yang penting, saya hanya kekalkan prestasi persembahan yang baik dan meningkatkan prestasi sedia ada dalam aspek nyanyian dari semasa ke semasa.

“Tapi, kalau saya sudah tidak ada rezeki lagi dalam bidang seni, mungkin saya akan fikirkan untuk buat kerja lain pula selepas ini,” katanya.

Ditanya sama ada dia selesa ditemani suami ketika menjayakan persembahan, Siti mengakui dia tidak ada masalah dalam soal itu.

 

 

“Sebenarnya, suami pernah bertanya sebanyak 10 kali sama ada dia boleh menemani pada persembahan yang dijayakan kerana bimbang dengan cakap-cakap orang nanti.

“Bagi saya, ia terpulang kepada suami untuk menemani saya atau tidak kerana saya juga faham dengan situasinya sebagai ahli perniagaan.

“Sebagai penyanyi, saya juga tiada batasan di pentas dengan peminat. Suami juga faham dengan kerjaya saya sebagai penyanyi.

“Setiap kali menonton persembahan saya, dia akan beri komen membina untuk saya memperbaiki kelemahan,” katanya.

Pada masa sama, Siti juga mengakui dia sebenarnya bukan sengaja tertinggal nama suaminya ketika berucap di pentas selepas menerima trofi Penyanyi Wanita Popular ABPBH2008, baru-baru ini.

“Saya terkenang Allahyarham bapa, Tarudin Ismail ketika itu. Justeru, apabila turun dari pentas, saya cepat-cepat meminta maaf kepada suami dan nampaknya dia memahami keadaan saya ketika itu,” katanya.

Siti berkata, sejak bapanya meninggal dia kerap pulang ke kampung untuk menziarahi ibunya.

“Emak memang lebih selesa tinggal di kampung kerana saudara-mara kami masih ramai di sana. Emak juga lebih tenang dengan menziarahi kubur arwah bapa setiap pagi dan petang.

“Bagaimanapun, saya bercadang membawa emak bercuti bersama-sama kami nanti, sekali gus melupakan kesedihannya seketika,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Siti sibuk merencanakan konsert solonya di Istana Budaya Jun ini.

“Setakat ini, kami sudah ada dua penaja yang berminat ingin membantu menjayakan konsert ini nanti. Saya juga akan teruskan konsert ini dengan bajet yang ada.

“Konsepnya sudah ada cuma pengisian dari A hingga Z itu belum ada lagi. Saya juga belum dapat judul konsert ini lagi. Saya juga akan buat sidang akhbar mengenai konsert dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Siti juga bakal muncul dengan projek albumnya bersama penyanyi popular dari Indonesia, Kris Dayanti.

“Album ini adalah projek album gabungan dua negara yang juga projek syarikat saya. Album ini mengandungi lagu duet kami berdua.

“Perkara ini masih dalam perbincangan, tapi Siti sudah mempunyai material untuk album ini dan hanya menunggu bahan dari pihak Kris saja,” katanya.

Siti yang anggun dengan busana rekaan pereka muda, Amir Luqman ditemui ketika menjayakan persembahan Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality City Centre di Pusat Konvensyen dan Pameran Matrade, Jalan Duta, kelmarin.

Mengenai persembahannya petang itu, Siti berkata, sebenarnya sudah dua tahun dia tidak buat persembahan sempena sambutan Minggu Setiausaha yang diraikan setiap April.

“Saya berasa puas apabila dapat bersama penonton dalam kelompok berbeza kerana kali ini persembahan saya untuk golongan yang berbeza sedikit iaitu berbilang usia dan karier. Fokus persembahan juga menghiburkan bos dan setiausaha mereka.

“Saya juga dapat menyanyi lagu daripada album baru, lama dan malar hijau dalam persembahan selama dua jam ini,” katanya.

Secara peribadi, Siti berkata, dia memang rindu untuk menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha tahun ini.

“Persembahan pada sebelah siang ini berbeza berbanding malam, tetapi saya tiada masalah untuk menyanyi pada kedua-dua waktu itu.

“Saya juga gembira kerana dapat bermesra dengan peminat walaupun hanya sekejap kerana inilah masanya mereka dapat bertemu dengan artis pujaan dengan lebih dekat. Mereka yang datang juga membesar dengan lagu saya,” katanya.

Siti berkata, dia akan terus bekerjasama dengan Hotel Quality pada sambutan Minggu Setiausaha yang akan datang.

“Ini tahun keenam saya bekerjasama dengan Hotel Quality. Saya setia bersama hotel ini kerana senang bekerjasama dengan mereka.

“Saya juga tidak ada masalah untuk menjayakan persembahan Minggu Setiausaha bersama hotel ini tahun depan. “Namun, ia terpulang kepada keadaan. Jika saya tidak terbabit dengan sebarang projek dan perut tidak memboyot (mengandung) ketika itu, pasti saya kembali membuat persembahan nanti,” katanya.

Siti berkata, dia juga tampilkan vokalis Koda, Fahimi untuk berduet dengannya menerusi lagu Inggeris, Lucky dendangan Jason Mraz kerana vokalnya sesuai.

“Saya tampilkan Fahimi kerana ingin memperkenalkan kumpulan Koda kepada peminat dan pada masa sama, Koda adalah kumpulan yang bernaung di bawah syarikat Siti Nurhaliza Productions (SNP).

“Saya tidak kisah jika orang kata nak promosi artis sendiri kerana bagi saya tiada salahnya beri peluang kepada mereka,” katanya.

Pada petang yang cukup bermakna dan dihadiri lebih 1,000 penonton itu, Siti menyampaikan rangkaian lagu popularnya seperti Pada Cintanya, Ku Mahu, Bukan Cinta Biasa, Aku Cinta Padamu, Wanita, Cinta Ini, Biarlah Rahsia dan Di Taman Teman.

Selain itu, lagu Ketahuan (Matta) dan lagu malar hijau seperti Asmara, Jikalau Abang Merindu dan Kan Ku Jelang.

Barisan pemuzik yang mengiringi persembahannya petang itu ialah Jenny Chin (pengarah muzik, Amir (perkusion), Norman (bass), Fendi (dram ) dan Aji (gitaris).

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Jomheboh Edisi Istimewa

24 Apr

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap
BERBEZA dengan bandar utama yang pernah dikunjungi, Karnival Jom Heboh anjuran TV3 berlangsung esok dan lusa (25 dan 26 April) agak istimewa apabila penganjurannya dilakukan dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ia dilaksanakan bersempena sambutan jubli perak TV3 (ulang tahun ke-25) dan TLDM meraikan jubli intan (ulang tahun ke-75).

Sehubungan dengan itu, untuk lokasi ketiga Karnival Jom Heboh, TV3 akan berkampung di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin dalam kenyataan dikeluarkan, berkata Karnival Jom Heboh kali ini lebih istimewa memandang TLDM turut mengadakan Hari Terbuka ARMADA.

“Selain daripada beriadah bersama keluarga, pengunjung Karnival Jom Heboh berpeluang melihat dengan lebih dekat pelbagai aktiviti menarik dan acara yang akan dilakukan sendiri pihak TLDM.”

“Masih berkonsepkan rekreasi dan riadah khusus untuk seisi keluarga, Karnival Jom Heboh kali ini turut menekankan kepentingan tabiat ‘bijak berbelanja’ selaras dengan promosi jualan barangan keluaran tempatan besar-besaran di karnival kali ini.

“Keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan bukan saja membabitkan rakyat tempatan tetapi seluruh dunia merasai kesannya. Oleh itu kita haruslah beringat untuk berjimat cermat dan bijak dalam perbelanjaan seharian.

“Melalui Karnival Jom Heboh, TV3 menyediakan landasan untuk pengunjung berbelanja dengan lebih berhemah. Semua gerai penaja menawarkan harga berpatutan dan lebih rendah berbanding pasaran biasa.

“Selain dari itu, kempen belilah barangan buatan Malaysia turut diadakan bagi mempromosikan produk-produk tempatan,” katanya.

Karnival yang sudah menjangkau tujuh tahun penganjurannya terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu karnival terbaik dilakukan TV3.

 

 

Pelbagai aktiviti dan acara menarik telah disusun sepanjang dua hari Karnival di Lumut ini. Pengunjung turut berpeluang beramah mesra dengan artis dan personaliti terkenal yang sudah memberikan pengesahan bagi menjayakan karnival diadakan.

Antara artis terbabit termasuklah Intan Ladyana, Fizz Fairuz, Wahid, Noor Hanis (Comel), Hafiz, Almy Nadia, Anita Baharom, Fezrul Khan, Ellyas Abdullah, Kanchana Dewi dan Shahaizy Sam.

Barisan personaliti TV3 yang turut turun padang antaranya Siti Hasffiza, Nurul Syuhada, Sasha Basir, Teh Syuhaida, Maria Tunku Sabri, Ally Iskandar, Aidid Marcello, Tabah Sazwan, Irin Putri Azmi, Ahmad Fedtri Yahya dan Azliyanti.

Karnival Jom Heboh di Lumut ini turut dijadualkan bakal mendapat kunjungan istimewa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang turut meninjau suasana di tapak Karnival Jom Heboh.

Turut dijadualkan hadir Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Abdul Mutalib Datuk Seri Mohamed Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Datuk Farid Ridzuan.

Pastinya acara kemuncak dan dinanti-nantikan pengunjung adalah Konsert Jom Heboh, turut disiarkan secara langsung pada Ahad jam 9.00.

Pangkalan TLDM akan digegarkan dengan persembahan hebat daripada barisan artis terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Siti Saerah, Siti Saidah, Aizat, Misha Omar, Kumpulan Meet Uncle Hussein dan Jinbara.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Kris Terharu

23 Apr

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap

MULA dikenali menerusi lagu Menghitung Hari, diam tak diam penyanyi Indonesia, Kris Dayanti sudah memahatkan namanya di persada seni suara tempatan sejak sedekad lalu.

Ketika kunjungan pertamanya di negara ini, wanita berusia 34 tahun yang mesra disapa Kris, KD atau Yanti ini sedang berbadan dua mengandungkan anak sulungnya, Titania Aurelie Nurhermansyah, 11. Sejak itu acap kali Kris bertandang ke Malaysia menjalankan promosi album dan memenuhi undangan persembahan.

Selasa lalu, Pusat Persidangan dan Pameran Matrade, Jalan Duta, Kuala Lumpur sekali lagi menjadi saksi betapa utuhnya jenama KD di jiwa peminat sehinggakan terus mendapat kepercayaan Hotel Quality bagi menjayakan Sambutan Istimewa Minggu Setiausaha buat kali kelima.

“Sebentar tadi ketika di pentas, saya jadi terharu. Bagai tidak percaya sudah 10 tahun saya membina nama di sini (Malaysia). Sebagai penyanyi luar dari seberang, harus saya akui sokongan yang diberikan masyarakat Malaysia dengan harapan tinggi yang diberikan mereka memacu serta memudahkan percaturan karier saya di sini.

“Meskipun kemunculan ramai bintang muda menawarkan sesuatu yang baru dan menyeronokkan, saya bersyukur sekali kerana masih mampu bertahan selain karakter muzik masih diterima.

“Tanpa disedari sejak 1998, sudah lebih 10 tahun saya mencipta nama di sini. Kenalan artis, jurusolek dan teman media di sini sudah dianggap sebagai sahabat. Meskipun menetap dan berada jauh di Jakarta, kita tidak pernah lupa kirim SMS untuk bertanya khabar,” katanya.

Muncul di pentas sekitar jam 2.05 petang dengan gaun kembang hitam, boleh dikatakan kebanyakan rangkaian lagu disampaikan Kris adalah lagu konti daripada persembahan tahun lalu. Bezanya, gubahan muzik diberi nafas baru oleh Andi Rianto dan disempurnakan Jenny Chin selaku pengarah muzik untuk persembahan petang itu.

Antara lagu disampaikan dalam persembahan satu jam 15 minit itu ialah Rembulan, Menghitung Hari, Di Persimpangan Dilema (lagu Nora yang dirakam kembali), Joget, Cinta, Cobalah Untuk Setia, I’m Sorry Goodbye serta medley Pilihlah Aku dan Mahadaya Cinta.

Selain sibuk membuat persiapan untuk menjayakan konsert dinamakan Krisdayanti Live At Esplanade di Esplanade Concert Hall, Singapura pada 9 Mei ini, Kris juga akan bergabung dengan Datuk Siti Nurhaliza menghasilkan album duet.

Sebelum ini Kris dan Siti disebut-sebut membintangi filem Tiga Dara terbitan aktres Christine Hakim yang turut menampilkan Dian Sastrowardoyo sebagai pelakon utama. Bagaimanapun, disebabkan beberapa kesulitan ia senyap begitu saja.

 

 

“Mahu berlakon sama tidak bisa kerana beberapa kesulitan. Makanya, kita bikin saja album duet. Kebetulan semuanya menjadi lebih mudah sekarang kerana masing-masing tidak lagi terikat dengan syarikat rakaman. Album ini harus dijalankan tahun ini dan kami merancang merakamkannya sekitar Oktober.

“Terdapat empat lagu baru, dua daripada komposer Malaysia manakala dua lagu Indonesia. Dua adalah lagu lama yang dinyanyikan semula,” katanya.

Pada temu bual sama, bakat kelahiran Malang, Jawa Timur, yang lahir daripada program Asia Bagus itu turut menjelaskan kepada media statusnya dengan syarikat rakaman Warner Music.

“10 tahun bersama ‘major label’, tempoh terlalu lama. Saya sedar bernaung di bawah syarikat rakaman lebih selamat dan untung kerana mampu menyediakan promosi lebih besar. Namun, pesan suami, sudah sampai masanya untuk saya belajar dan berdiri di atas kaki sendiri serta mengambil tahu selok-belok industri.

“Apatah lagi zaman sekarang pendengar tidak lagi berminat membeli cakera padat (CD) sebaliknya lebih suka muat turun nada dering. Suka atau tidak, kita harus terima kenyataan atau hakikat kerana inilah masalah sedang dihadapi semua artis.

“Justeru, dalam keadaan begini, setiap artis perlu persiapan. Lalu saya bersama suami putuskan untuk menubuhkan sebuah produksi dan label KD Records yang bukan saja bertujuan menghasilkan album, tetapi menerbitkan program hiburan, drama TV dan filem,” katanya.

Dua puluh tahun melayari dunia seni, jelas sekali kedudukan adik kepada penyanyi Yuni Shara ini sukar digugat popularitinya meskipun dengan kemunculan ramai artis baru berbakat besar mutakhir ini.

Barangkali, apa yang diperoleh adalah berkat kesabaran dan usaha kerasnya selama ini. Namun, sejarah membuktikan semakin menginjak usia seseorang artis itu, bakti dan perjuangan mereka turut dilupakan. Apakah Kris bersedia menghadapi keadaan itu?

“Jelas sekali sebagai manusia, saya harus sedar tidak selamanya muda tambahan pula dunia artis akan silih berganti dengan wajah baru. Suami saya sering bilang kalau tidak mampu, otak dan wajah tidak lagi ‘cun’ bersara saja daripada menyanyi.

“Namun, sebaliknya selagi diberi peluang saya mahu terus berjuang. Tidak apa-apa kalau tidak depan mungkin belakang, kanan dan kiri, selagi ada ruang untuk berbakti pada dunia seni saya akan terus lakukan meskipun di belakang tabir kerana seni sudah sebati dengan saya,” katanya.

Menjadi diva nombor satu Indonesia seperti Kris Dayanti, bermakna hidup yang dilaluinya amat sukar dan penuh tekanan lebih-lebih lagi apabila kehidupan peribadinya menjadi tatapan umum.

Beberapa kali rumah tangganya sengaja diduga apabila Kris dituduh menjalin hubungan sulit dengan aktor Dicky Wahyudi, kemudian pemuzik Tohpati dan Ari Sigit.

Semua gosip liar itu disangkal Kris malah dia memaklumkan hubungannya dengan Anang baik-baik belaka. Pada 11 Ogos 2006, Kris dan Anang yang mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 1996 menyambut ulang tahun pernikahan mereka yang ke-10.

Sebagai hadiah ulang tahun pernikahan mereka, pasangan yang dikurniakan dua cahaya mata, Titania Aurelie Nurhermansyah, 11, dan Azriel Akbar Hermansyah, 9, melancarkan album duet berjudul Aku Milikmu.

Penghujung tahun lalu, Kris dan Anang sekali lagi melancarkan album duet mereka sekali gus menyaksikan perkahwinan mereka bertahan selama 12 tahun.

“Alhamdulillah, rumah tangga kami aman sampai sekarang. Pergaduhan kecil yang berlaku dalam rumah tangga itu adalah perkara biasa yang sebenarnya mengeratkan lagi hubungan suami isteri jika kita mahu belajar untuk mengerti perasaan dan apa yang diinginkan pasangan.

“Saya juga bertuah, selain mempunyai suami penyayang, anak juga memahami tugas ibu bapanya. Saya harap suami akan terus mencintai saya dan dapat menjadi ibu yang baik serta memberi lebih perhatian kepada anak yang makin membesar,” katanya.

>Profil

Nama: Krisdayanti

Panggilan: Kris, Yanti dan KD.

Tarikh lahir: 24 Mac 1975

Bintang: Aries

Umur: 34 tahun

Asal: Batu, Malang, Jawa Timur, Indonesia.

Suami: Anang Hermansyah

Anak: Titania Aurelie Nurhermansyah, 11 dan Azriel Akbar Hermansyah, 9.

Pendidikan: Perhubungan Awam

Hobi: Melancong dan membeli belah

Penyanyi pujaan: Whitney Houston, Mariah Carey dan Madonna

Pereka fesyen kegemaran: Sally Koeswanto, Gucci

Antara Album: Cahaya, Jatuh Cinta Lagi, Cobalah Untuk Setia dan Aku Milikmu.

Antara Drama: Abad 21 dan Doaku Harapanku 1 dan 2.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Borak Lokasi: Pat Ketengah Pesona

23 Apr

Rap
BERTUAH apabila peserta OIAM3 dapat bekerjasama dengan pereka tari terkenal, Pat Ibrahim yang sudah banyak bekerja dalam produksi besar.

Antara pengalaman diraih mentor persembahan pentas ini adalah mengatur persembahan pentas untuk konsert Datuk Siti Nurhaliza di Dewan Albert Hall, London, Britain dan Datin Seri Tiara Jaquelina.

Menjelaskan mengenai tugas yang diberikan kepadanya, Pat menjelaskan dia bukan bertindak sebagai pereka tari untuk persembahan dilakukan setiap peserta OIAM3. Sebaliknya sebagai pemerhati dan memberikan khidmat nasihat membabitkan kesesuaian pergerakan pentas dilakukan peserta.

“Saya di sini bukan untuk mengajar sebaliknya memberikan nasihat. Pada saya apa yang penting untuk peserta ini adalah menjadi diri sendiri apabila beraksi di atas pentas.

“Kebanyakan peserta ini apabila pertama kali ketemu, saya lihat mereka masih lagi mentah. Bagaimanapun perubahan ketara dapat dilihat setiap minggu apabila kebanyakannya berjaya menguasai pentas dengan baik. Perkembangan itu cukup membanggakan saya,” katanya.

Begitupun jelas Pat hampir sepuluh minggu bersama dengan peserta ini dia nampak ada antara mereka yang tidak perlu diberi tunjuk ajar membabitkan seni persembahan kerana mereka tahu apa yang harus dilakukan sebaik saja naik ke atas pentas.

“Kalau diperhatikan sebenarnya setiap peserta ini mempunyai cara dan gaya tersendiri sehingga menyebabkan persembahan dilakukan mereka mudah diingati penonton.

“Ini juga yang saya tekankan bahawa pentingnya untuk mereka membina identiti diri apabila beraksi, kerana perkara itu yang akan membawa mereka pergi jauh dalam industri,” katanya.

 

 

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Artis Bantu Program HIV/AIDS

22 Apr

KUALA LUMPUR, Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Fahrin Ahmad antara selebriti yang terbabit “Program Selebriti Reben Merah 2009/2010” anjuran Majlis AIDS Malaysia bagi mengikis sikap prejudis masyarakat terhadap pesakit HIV/AIDS serta mendidik mereka mengenai penyakit itu.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif majlis itu, Dr Soraya Azmi berkata, program itu dilancar memandangkan wujudnya stigma dan diskriminasi rakyat terhadap pesakit HIV positif yang amat membimbangkan di samping mewujudkan persekitaran sokongan terhadap pesakit HIV/AIDS.

“Prejudis dan diskriminasi terhadap pesakit HIV akan mengakibatkan mereka disisih masyarakat,” katanya.

Selebriti lain turut terbabit Umie Aida, Ayu, Dayang Nurfaezah, Shah Shamsiri, Zainal Alam Kadir, Owen Yap, Fish Leong, Aanantha dan Uthayaa.

 

 

“Kami yakin dengan bakat, populariti serta keprihatinan mereka terhadap HIV/AIDS dapat membantu majlis itu dan Yayasan AIDS Malaysia menyampaikan mesej berkenaan kepada masyarakat,” kata anggota Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan AIDS Malaysia Datuk Maznah Abdul Jalil yang turut hadir di majlis pelancaran program itu di sini, semalam.

Antara kegiatan program ini kunjungan ke rumah perlindungan pesakit HIV/AIDS serta menyediakan iklan bagi menyedarkan masyarakat terhadap HIV/AIDS.

Dianggarkan 85,000 orang di negara ini dikenal pasti menghidap HIV positif dan antara 10 dan 15 orang dijangkiti virus itu setiap hari. – Bernama

Harian Metro

Azharina Dan 20 Lelaki Kacak

21 Apr

Rap
MINGGU Setiausaha yang berlangsung sepanjang April ini bukan saja menghargai setiausaha yang menjadi tulang belakang kejayaan bos mereka, malah memberi ruang kepada peminat berhibur dan bertemu lebih dekat dengan penyanyi pujaan mereka.

Bukan calang-calang penyanyi menjadi pilihan penganjur kerana harga tiket yang mahal dan menjaga nilai eksklusif acara itu. Antaranya Anuar Zain dan Anita Sarawak bersama Faizal Tahir mengadakan persembahan di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada 7 dan 8 April lalu.

Sementara itu, Datuk Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti menjadi pilihan Hotel Quality untuk menjayakan persembahan di Matrade Exhibition & Convention Centre, Jalan Duta pada 21 dan 22 April.

Hotel Istana pula memberi kelainan dengan menampilkan Azharina bersama 20 artis lelaki popular Malaysia dan Indonesia di Ballroom Grand Mahkota, Hotel Istana, esok, jam 11 pagi hingga 4 petang.

Dua penyanyi lelaki, Faizal Tahir dan Imran Ajmain juga diundang menghiburkan tetamu dan bakal digamatkan lagi dengan kehadiran tiga pengacara, AC Mizal, Afdlin Shauki dan Ally Iskandar.

Ternyata Azharina juga tidak keseorangan dikelilingi kumbang kerana bakal diserikan Jaclyn Victor. Apa yang menarik, Azharina bakal berduet dengan penyanyi Indonesia, Rio Febrian. Turut membuat persembahan, Delon (Indonesian Idol) dan Irwansyah.

Persembahan itu akan disiarkan secara langsung dalam program Wanita Hari Ini di TV3. Harga untuk seorang, RM350++ dan RM290++. Sajian hari itu, makanan Padang dari Sumatera Barat. Untuk tempahan hubungi 03-21419988 sambungan 3667.

Bill Bora selaku wakil publisiti untuk persembahan itu menerbangkan Rio Febrian, Delon, Irwansyah, Ariffin Putra, Samuel Rizal dan Didi Riyadi dari Seberang.

Aktor popular tanah air pula diwakili Fahrin Ahmad, Farid Kamil, Awal Ashaari, Aaaron Aziz, Ashraf Muslim, Iqram Dinzly, Aqasha, Kamal Adli dan Fizo. Mereka semua akan menggayakan kostum rekaan Lord’s Tailor.

Bill Bora berkata, artis Indonesia itu akan menyanyikan lagu ciptaan komposer tanah air kerana dalam pemilihan lagu, pihaknya berkeras untuk menyanyikan lagu gubahan komposer tempatan.

 

 

“Mereka datang membuat persembahan di sini, jadi mereka kenalah ikut cara kita. Negara kita juga mempunyai ramai komposer ternama,” katanya.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Estranged Julang Indie

20 Apr

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

Rap

KEJAYAAN lagu Itu Kamu yang diangkat sebagai Lagu Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) dua tahun lalu masih meninggalkan kenangan manis bagi kumpulan Estranged.

Sebelum diumumkan juara AJL22, mereka menang kategori Pop Rock mengalahkan dua pesaing kuat iaitu Datuk Siti Nurhaliza yang mempertaruhkan Destinasi Cinta dan Mawi menerusi Angan Dan Sedar.

Di sebalik kemenangan tercipta, kumpulan ini dikatakan pencetus pada kebangkitan band indie atau bebas yang mula menarik perhatian khalayak. Kemunculan band indie sebenarnya bukan baru dalam persada hiburan tempatan kerana sebelum ini, kumpulan seperti OAG dan Butterfingers sudah bertapak. Namun, dari aspek kemenangan menerusi pertandingan anugerah seperti AJL22, Estranged terlebih dulu membuka dimensi baru pada fokus peminat muzik semasa.

Jika kumpulan legenda rock Search pernah mencetuskan fenomena apabila menang pertandingan sama pada 1989 menerusi Isabella, Estranged juga mampu berbangga dengan pencapaian yang diraih. Bagi empat anggota kumpulan ini iaitu Rich selaku vokalis, Andy (dram), Hanafi (gitar) dan Din (gitar), mereka tidak terlalu mendabik dada dengan status sebagai kumpulan popular.

Kata Andy, segala kejayaan dan pujian yang diterima menjadi galakan pada anggota kumpulan ini untuk berusaha lebih gigih. Sungguhpun kemunculan banyak band indie lain yang mula mencipta nama antaranya Meet Uncle Hussain (MUH), Bunkface dan Hujan, mereka menganggap ia satu perkembangan positif untuk muzik tempatan.

“Sambutan peminat pada kami masih kuat dan kami bersyukur kerana muzik kami masih diminati ramai. Walaupun segelintir peminat menganggap kami popular tetapi kami tidak mahu terlalu bangga dengan apa yang dikecapi. Hingga kini, kami tetap bersemangat untuk menghasilkan lagu baru dan terus mengadakan persembahan untuk peminat yang tidak jemu memberi sokongan.

“Walaupun kami tewas pada kumpulan MUH untuk kategori Duo/Berkumpulan Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2008) yang lalu tetapi kami tidak berasa kecil hati. Kami turut akui MUH adalah kumpulan popular yang mempunyai ramai peminat.

“Soal menang atau kalah, ia adat pertandingan dan kami terima keputusan itu dengan terbuka. Untuk aktiviti baru, kami masih meneruskan promosi album kedua kami, Remain Unknown yang sudah berada di pasaran sejak Oktober tahun lalu.

“Selepas single Yang Pernah dan Aurora, kami bercadang promosikan lagu baru Inggeris, In No Time. Apa yang kami harapkan lagu kami terus diterima positif peminat. Dalam pada itu, kami masih mencari penaja untuk mengadakan promosi secara jelajah.

“Bagi kami, sepatutnya kumpulan indie diberi peluang untuk terbabit dalam promosi jelajah kerana ia dapat memperkenalkan kumpulan berkenaan dengan lebih dekat bersama peminat. Buat masa ini, album kedua kami mendapat sambutan positif. Biarpun jualan album tidak memberangsangkan tetapi untuk pasaran digital seperti nada dering, ia juga memberikan pendapatan yang menguntungkan,” katanya.

 

 

Bagi Rich pula yang pernah popular menerusi program realiti, Akademi Fantasia 4, dia dianggap ‘watak utama’ pada perjalanan kumpulan ini. Malah, jika ketiadaan Rich dalam agenda promosi kumpulan ini, ia dikatakan menjejaskan sambutan peminat.

Berbanding anggota lain, hanya Rich yang sudah berkahwin pada 5 Disember lalu dan komitmennya pada isteri, Velvet Lawrence Aduk secara tidak langsung mempengaruhi fokus kumpulan ini.

Rich berpendapat, ia bukan isu yang merenggangkan hubungan antara anggota kumpulan. Katanya, dia tetap beri sepenuh komitmen pada kumpulan dan bersikap bijak membahagikan masa antara peribadi dan karier seni.

“Komitmen pada karier tidak boleh kurang kerana ia punca pendapatan saya dan anggota kumpulan lain. Sepatutnya, saya perlu kerja lebih gigih untuk menanggung diri dan isteri. Pada saya, bidang hiburan kita masih memerlukan artis tempatan bekerja keras untuk mencipta kejayaan.

“Selalunya apabila tiada persembahan, kami semua memberi fokus pada latihan dan mencipta lagu. Ada ketika, kami duduk berbincang bersama mencari lagu baru yang sesuai untuk album akan datang. Ada juga lagu baru yang dicipta secara individu tetapi kami tetap berbincang bersama apabila berjumpa.

“Dalam soal mencipta lagu, kami memberi kebebasan pada setiap anggota untuk menggunakan imaginasi dan idea mereka sendiri. Bagi kami, mencipta lagu memberi kepuasan pada diri, apatah lagi kami menyanyi lagu sendiri ketika persembahan yang turut memberi kepuasan pada peminat,” katanya.

Kekecewaan di ABPBH2008 hanya sementara, sebaliknya Estranged mampu berbangga apabila mereka mendapat lapan pencalonan untuk Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM16) pada tahun ini.

Kata Hanafi pula, pencalonan besar ini adalah penghargaan pada perjuangan mereka dalam bidang muzik sejak 2001, khusus pencapaian peribadi album kedua.

Mereka berjaya mencalonkan empat lagu daripada album kedua iaitu Yang Pernah, Aurora, Dances Of The Spirit dan In No Time untuk AIM16 menerusi kategori Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Lagu Rock Terbaik (untuk lagu Aurora dan Yang Pernah), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (untuk lagu Dances Of The Spirit dan In No Time), Album Inggeris Tempatan Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (menerusi lagu Aurora).

“Kami tidak terfikir hasilkan album semata-mata untuk menang anugerah. Bagi kami, kepuasan sendiri dan peminat diutamakan. Malah, kami menceburi bidang muzik kerana minat yang mendalam.

“Berdasarkan pengalaman dalam muzik, kami merasakan tekanan tetap ada untuk kami berikan terbaik. Bukan mudah untuk kami tampilkan lagu baru yang memberi perbezaan daripada lagu sebelumnya. Seperti peminat, kami juga tidak mahu lagu seperti Aurora sama seperti Itu Kamu.

“Dalam berkarya, kami tidak terlalu memikirkan tekanan yang hadir. Ia suatu yang lumrah apabila ada peminat yang suka dan tidak suka dengan sesebuah lagu. Bagaimanapun, kami tetap berikan yang terbaik untuk peminat,” katanya.

Untuk perancangan selepas ini, Estranged mempunyai impian mengadakan persembahan di luar negara.

Kata Andy lagi, mereka pernah terbabit dengan persembahan untuk acara Sound Revaline, Julai tahun lalu. Ketika itu, mereka turut berpeluang berkunjung ke Pekan Baru dan Medan, Indonesia.

“Kami melihat sambutan peminat muzik di sana juga tertarik untuk mengetahui lebih lanjut artis baru seperti kumpulan indie dari Malaysia. Apabila kami berkesempatan berbual ketika itu, mereka sebenarnya menantikan artis kita ke sana kerana sebelum ini, mereka hanya kenal artis seperti kumpulan Search dan Siti Nurhaliza.

“Atas respons itu, kami percaya muzik kita mempunyai peluang untuk ke sana. Selepas ini, kami berharap mendapat peluang lain untuk persembahan di luar negara. Mungkin suatu hari nanti, kami berpeluang membuat persembahan di Eropah seperti London.

“Bagaimanapun, memikirkan keadaan ekonomi yang gawat, agak sukar untuk kami merealisasikan impian ini tetapi tidak salah untuk kami menyimpan impian,” katanya.

PROFIL

RICH
NAMA: Richael Lawrence Gimbang
NAMA KOMERSIAL: Rich
ASAL: Kota Kinabalu, Sabah
UMUR: 27
PENCAPAIAN SENI: Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 4

ANDY
NAMA: Azwin Andy
NAMA KOMERSIAL: Andy
ASAL: Petaling Jaya, Selangor
UMUR: 26
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Perniagaan, Kolej Universiti Help, Kuala Lumpur

HANAFI
NAMA: Nor Hanafi Noor Hadi
NAMA KOMERSIAL: Hanafi
ASAL: Ampang, Selangor
UMUR: 27
PENDIDIKAN: Tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Susunan Muzik, Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM), Kuala Lumpur

DIN
NAMA: Solihuddin Hormat
NAMA KOMERSIAL: Din
ASAL: Kuala Lumpur
UMUR: 25

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Siti Belum Sedia Bertudung

20 Apr

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nur haliza Tarudin meminta peminat memberi masa ke padanya untuk memakai tudung sepenuhnya.
Siti Nurhaliza, 29, mengakui sejak pulang menunaikan ibadat haji pada 27 Disember lalu, peminat amat berharap dia memakai tudung, bukan sekadar selendang untuk menutup rambut.
“Saya harap beri sedikit masa kerana saya masih aktif dalam bidang ini (industri hiburan).
“Isu ini sudah saya jawab bahawa saya hanya berselendang bukan memakai tudung selepas bergelar hajah,” katanya.

 

 

Harian Metro

Jarum Emas: Nabil Usah Kalut

18 Apr

Oleh Adam Salleh

Rap
BARU setahun jagung, Ahmad Nabil Ahmad (ANA) melakar sejarah muncul Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH 2008). Bukan mudah meraih anugerah berprestij itu, rata-rata artis maklum hakikat ini.

Ada yang berlakon sejak kecil, tidak kurang pulun keliling, dalam erti kata berlakon filem, drama dan teater, tetapi usahkan menjadi bintang paling popular, nama tersenarai top lima pun sakit.

Peminat, terutama pembaca, ada pilihan dan cita rasa tersendiri. Ini yang dikata rezeki untuk insan terpilih seperti Nabil menikmatinya. Kejayaan Nabil mengulangi sejarah Saiful Apek kerana lazimnya peminat kita retorik memilih kelompok artis kalangan penyanyi dan pelakon saja.

Kejayaan pelawak, itu dikira ‘rezeki tercampak’. Cuma saya menanti giliran juruhebah radio yang mutakhir ini glamor sakan mengalahkan artis, walhal peranan mereka dengan bidang saya sama saja.

Masing-masing bertugas menyebar berita dan maklumat kepada pembaca. Berbanding juruhebah radio dan pengacara televisyen (TV), pengacara TV ada potensi untuk meraih ABPBH. Sebab itu melalui kolum ini minggu lalu, jika tidak Nabil, pilihan kedua saya adalah Aznil, apatah lagi dia juga juruhebah radio.

Cuma dibandingkan Nabil dan Mawi pula, saya menilai aura Mawi lebih hebat daripada Nabil. Sejarah ABPBH sukar menidakkan, artis yang asasnya menyanyi ada kelebihan mempertahankan anugerah berkenaan untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi sepertimana dinikmati Datuk Siti Nurhaliza.

Mawi mempunyai aura, justeru tidak hairan sebaik dia melangkah ke Arena Of Stars, Genting Highlands ramai meneriak namanya, tetapi Nabil pula spesies artis yang bekerja keras. Lihat saja dia menguasai banyak program di televisyen dan filem lakonannya juga bersusun, Mawi masih dengan Aduh Saliha.

Namun tiada jaminan apakah Nabil boleh mempertahankan anugerah ini seperti Siti mahupun Mawi kerana segala-galanya bergantung pada tingkah laku Nabil.

Jika Nabil masih diterima peminat untuk terus menyimpan anugerah itu, bermakna dia mengatasi Saiful Apek. Bukan tidak mustahil, tetapi Nabil perlu panjang akal merangka strategi popularitinya.

Dalam dunia hiburan tanah air, Nabil harus sedar tingkah laku dan status selebriti itu diambil kira peminat fanatik mereka. Insiden Nabil memeluk Irma Hasmie sejurus diumumkan Bintang Paling Popular ABPBH 2008 tidak seharusnya terjadi kerana siapa tahu ada yang meluat melihat aksi itu.

 

 

Selang sehari meraih anugerah itu, Nabil diundang ke Malaysia Hari Ini (MHI). Melalui siaran secara langsung dari TV3 itu, Nabil mengambil kesempatan memohon maaf di atas insiden memeluk Irma.

Kebetulan saya turut menjadi tetamu apabila pihak TV3 melalui Ahmad Fedtri Yahya mahukan pandangan bukan dari Berita Harian selaku penganjur. Bagi saya, sama ada mohon maaf Nabil diterima rakyat Malaysia atau tidak, yang pasti dia membuat kesilapan besar kerana membawa ‘kekasih’.

Bagi saya, terlalu awal untuk Nabil bermain dengan gosip. Yang untung dalam hal ini adalah Irma kerana tempias artis paling popular dirasainya. Selepas ini tidak mustahil ada filem mereka berdua.

Sekadar contoh kemenangan Rosyam Nor dan Saiful Apek melalui ABPBH. Ketika kedua-duanya meraih anugerah itu, mereka tidak ditemani wanita yang boleh dilabelkan media sebagai kekasih. Kita maklum status Rosyam Nor yang mengasingkan isteri dari dunia seninya, Saiful Apek pula duda.

Langkah kedua-duanya menerima anugerah itu nampak cantik tanpa kontroversi jelek. Sekalipun kita sedar kehidupan artis berbeza dengan masyarakat biasa, cuma artis generasi baru seperti Nabil harus sedar, berpeluk dengan bukan muhrim di khalayak ramai masih tidak boleh diterima mereka.

Bukan berniat menyinggung perasaan Nabil, tetapi sudah ada yang memperli kemalangan yang menimpa Nabil di simpang Bukit Jelutong, Shah Alam, diibarat balasan di atas apa dilakukan. Memang pedih jika ada pihak sembur kita begini, tetapi inilah harga yang perlu dibayar Nabil bila sudah popular.

Nabil belum merasai pahit getir menjadi anak seni. Dalam tempoh dua tiga bulan ini, sememangnya dia akan sentiasa ceria kerana statusnya selaku bintang paling popular tetapi harus diingat, Nabil usah kalut dengan pujian, populariti dan glamor kerana segala-galanya boleh hilang dengan sekelip mata.

Secara peribadi, kalaupun bintang Nabil pudar selepas ini, tidak ada yang mengejutkan saya kerana sebelum Nabil lahir, saya sudah berdamping dengan AR Badul, R Jaafar, Hamid Gurkha dan Mr Os.

ADAM: Terkejut, terpeluk, terbaring – nasib baik tidak terpejam!

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

'Apek Tetap Idola Saya'

18 Apr

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

SELANG sehari selepas meraih trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, bintang yang dicungkil menerusi program Raja Lawak musim kedua, Nabil atau nama sebenar Ahmad Nabil Ahmad, 26, menjadi tetamu dalam program bual bicara TV3, Malaysia Hari Ini (MHI).

Seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi, Nabil juga mempunyai auranya tersendiri. Justeru, tidak hairanlah dia juga sentiasa mencuri perhatian ramai termasuk diserbu 80 peminat kanak-kanak dari Tunas Budaya Sabah dan Pahang yang turut membuat persembahan untuk MHI pagi itu.

Sebenarnya kanak-kanak itu beraksi di pekarangan Sri Pentas, tetapi sebaik mengetahui Nabil diundang secara langsung, mereka menyerbu studio menjadikan suasana hiruk-pikuk dibuatnya.

Bagai dijangka, Nabil memberikan kerjasama yang baik dan melayan semua peminatnya sebaik mungkin terutama kanak-kanak yang mahu bergambar dengannya sebagai kenangan.

Secara peribadi, Nabil berkata, dia sendiri tidak menyangka mengalahkan nama besar seperti Siti Nurhaliza dan Mawi untuk merebut trofi Bintang Paling Popular, ABPBH 2008.

“Saya juga tidak sangka jumlah undi begitu tinggi dan meninggalkan saingan terdekat yang juga nama besar dalam industri hiburan kerana pembabitan saya masih baru dalam bidang seni.

“Malah, saya tidak mensasarkan sebarang anugerah pada malam itu kerana semua saingan hebat. Saya masih baru dan tidak berani membuat sebarang ramalan kerana undi peminat tidak dapat dijangka.

“Kalau orang tanya dari segi aura pula, saya hanya tampilkan diri yang sebenar dan ‘tidak plastik’. Apa yang anda lihat ini adalah diri saya sendiri,” katanya.

Baru setahun jagung bergelar anak seni, Nabil mengakui sudah berhadapan pelbagai ujian. Selepas insiden ‘terpeluk’ teman istimewanya, Irma Hasmie, Nabil juga terbabit dalam kemalangan jalan raya di Simpang Bukit Jelutong, Shah Alam, petang Selasa lalu.

“Saya bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan ringan. Cuma, insiden saya ‘terpeluk’ Irma Hasmie itu masih diperkatakan orang. Saya minta maaf kerana terlalu teruja ketika itu. Apapun, saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa saja cabaran dalam dunia seni.

 

 

“Saya juga menganggap Saiful Apek sebagai sifu kerana dia banyak membantu dalam kerjaya seni. Saya menang bukan bermaksud menewaskan Apek, tetapi ia kemenangan kami berdua. Dia tetap idola saya dalam industri seni dan saya cuma menyambung perjuangannya dalam dunia lawak,” katanya.

Terus terang, kata Nabil, dia sendiri tidak menyangka rezekinya dalam bidang seni semakin mencurah sekarang. Nabil percaya, rezeki akan datang jika betul-betul ikhlas dengan kerja dilakukan.

“Semoga saya tidak akan berubah atau lupa diri dengan tawaran berlakon, mengacara dan jurucakap produk yang mencurah ini kerana ada harga yang perlu dibayar atas semua itu,” katanya.

Nabil berkata demikian ketika ditemu bual pengacara Ahmad Fedtri Yahya berkaitan topik Analisis ABPBH 2008 yang disiarkan secara langsung menerusi MHI di Sri Pentas, baru-baru ini. Turut menjadi tamu undangan itu, Pengarang Hiburan Adam salleh.

Sementara itu, Adam berkata ABPBH boleh diibaratkan medan artis beraksi ala wakil rakyat untuk memancing undi. Justeru, selebriti atau artis popular, perlu bijak menambat hati peminat dan menjaga hubungan baik dengan media untuk terus bertahan.

“Selebriti popular tanah air yang mempunyai pengaruh yang besar dan terus mendapat kepercayaan pihak media dan peminat sampai hari ini ialah Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Aznil Nawawi dan Rabbani.

“Ia terbukti apabila masing-masing terus mempertahankan gelaran pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008) baru-baru ini.

“Jika Siti terus mempertahankan trofi Penyanyi Wanita Popular selama 12 tahun berturut-turut, Rabbani (Penyanyi Nasyid Popular lapan tahun berturut-turut) dan tidak ketinggalan, Aznil Nawawi (Pengacara TV Lelaki Popular selama enam tahun berturut-turut),” katanya.

Adam berkata, artis juga perlu mesra media kerana publisiti sangat penting buat mereka. Katanya, ada artis lama bergiat di bidang seni, tapi kurang mesra media dan wartawan tidak dapat menulis perkembangan karier mereka.

“Antara artis yang sangat mesra media ialah Siti Nurhaliza, Rosyam Nor, Rabbani dan Que Haidar. Hubungan artis dan wartawan perlu erat kerana mereka saling bekerjasama.

“Harus diingat di belakang penulisan seseorang wartawan itu, ada jutaan pembaca yang menatap kisah seseorang artis itu. Wartawan cuma perantaraan antara artis dengan peminatnya, ” katanya.

Adam berkata, artis perlu memasang pelbagai strategi untuk memancing undi peminatnya.

“Saya difahamkan ada artis yang dicalonkan pada peringkat awal ABPBH dulu buat majlis tahlil, melawat ke rumah anak yatim dan sebagainya untuk meraih undi peminat.

“Bagi saya, ia strategi mereka untuk mendapat publisiti dan ia sama seperti ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya. Cuma ‘tempoh berkempen’ golongan artis lebih lama,” katanya.

Kata Adam lagi, artis perlu menganggap mereka sebagai produk untuk berjaya dalam bidang seni.

“Sebelum kemuncak ABPBH 2008, ramai wartawan membuat ramalan masing-masing. Saya sendiri meramalkan Nabil atau Aznil bakal menang trofi Bintang Paling Popular. Bagaimanapun, pada malam anugerah, saya lihat siapa yang menang lebih daripada satu anugerah, dia dapat membawa pulang trofi itu.

“Saya melihat Nabil sebagai contoh yang baik. Dia menguasai skrin televisyen ketika ini. Filem lakonannya juga berderet menanti masa untuk ditayangkan. Dia juga bijak mempromosi dan meletakkan dirinya pada tempat dan waktu yang sesuai.

“Pada masa sama, Nabil juga bebas daripada kontroversi yang boleh membunuh kariernya. Memasarkan diri dengan tepat dan pada masa sama tidak hanyut dengan populariti yang diraih,” katanya.

Kata Adam, ada artis yang berasa dirinya disanjung begitu tinggi dan ia juga boleh membahayakan mereka.

“Artis perlu ada mentor seperti rakan artis atau wartawan senior berpengalaman yang mampu berkongsi tip penting atau panduan untuk berada lebih lama dalam dunia hiburan supaya langkah tidak sumbang.

“Ramai artis yang datang dan pergi dalam dunia seni, tapi semuanya bergantung kepada cara mereka membawa diri,” katanya.

Mengenai masa depan pelawak pula, Adam berkata, sebelum kemenangan Apek, dia melihat pelawak atau artis komedi diletakkan pada kelas yang tidak begitu berprestij.

“Status atau imej mereka agak terasing berbanding penyanyi dan pelakon. Kemenangan Apek dan Nabil menunjukkan pelawak boleh diterima masyarakat. Ia senario yang baru dan bagus untuk masa depan dunia lawak kerana mereka sudah menaikkan prestij pelawak pada status lebih baik,” katanya.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Rezeki Kotak Kian Terbuka

17 Apr

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap
DI SAAT industri muzik seberang dilanda deman lagu pop ‘leleh’, satu kumpulan yang ditubuhkan menerusi pertandingan Dream Band 2004, Kotak cuba menentang arus apabila menghasilkan album yang kental dengan konsep rock.

Begitupun, percubaan pertama mereka menemui kegagalan apabila album itu kurang mendapat sambutan. Hakikat ini menimbulkan masalah sehingga menyebabkan penyanyi utamanya Pere, menarik diri.

Tidak mahu berputus asa, anggota yang tinggal iaitu Mario Marcela Handhika Putra (Cela-gitar) bersama Haposan Harianto Tobing (Tobing-drum) meneruskan perjuangan.

Mereka bergabung tenaga dengan pemenang Dream Band 2005, Swasti Sabdastantri (Chua-bass) dan Tantrisyalin Dri Ichiasari (Tantri-vokal).

Ternyata usaha mereka kali ini menampakkan sinar apabila album kedua menampilkan lagu popular Beraksi dan Masih Cinta sudah terjual hampir 20,000 unit di seberang.

Hendak dinilai dari sudut jualan di seberang ternyata album kedua Kotak ini masih lagi berada dalam tahap rendah.

Kerana sambutan baik terhadap album dihasilkan seharusnya mencecah setengah juta unit jualannya di sana.

Namun apa yang membuatkan kumpulan ini yakin dengan karya dihasilkan aialah apabila muat turun menerusi telefon bimbit untuk single kedua Masih Cinta sudah mencecah setengah juta.

Ditemui di sidang akhbar promosi album mereka di Hard Rock Cafe, baru-baru ini, Tobing menjelaskan sewaktu mereka menghasilkan album pertama, nama kotak masih lagi baru.

“Walaupun kami dipilih dari pertandingan Dream Band dan kemudian digabungkan tetapi konsep muzik yang cuba Kotak ketengahkan pengaruhnya tidak besar.

 

 

“Berbeza dengan kumpulan sedia ada kami cuba mengetengahkan muzik rock dalam industri. Kami mahu mempopularkan jalur muzik itu di sana, tetapi penerimaan peminat agak perlahan. Dalam erti kata lain kami cuba memberikan sesuatu berbeza kepada pendengar.

“Cuma sekarang ini barulah ada pendengar yang sudah boleh menerima apa yang ingin kami persembahkan, begitupun ia tidak sepantas seperti kumpulan lain yang mengetengahkan muzik popular dan memang dikehendaki pasaran.

“Pada saya lebih baik lambat penerimaannya tetapi sampai satu tahap kami dapat bertahan lama. Begitupun dalam waktu sama kami percaya apa yang berlaku, rezekinya sudah ditentukan. Cuma sebagai satu kumpulan muzik kami tidak boleh putus asa dan mesti terus berusaha,” katanya.

Di seberang sekarang ini dapat dilihat penampilan wanita dalam kumpulan muzik sudah menjadi satu kemestian dan ia dikatakan menjadi antara faktor penting dalam menarik perhatian peminat. Adakah kemunculan Tantri dan Chua dalam Kotak kerana kumpulan itu harus mengikut keadaan semasa?

“Sebenarnya tidak kerana memang dari asalnya kumpulan Kotak ditubuhkan memang anggotanya dua orang lelaki dan dua orang perempuan.

“Apabila dua anggota meninggalkan kumpulan ini jadi kami membuat keputusan untuk memilih wanita juga sebagai pengganti. Kebetulan apabila pertandingan Dream Band musim keduanya turut menampilkan pemenang wanita jadi kami berasakan lebih baik kami bergabung saja dengan mereka,” kata Tobing lagi mewakili rakan yang lain.

Walaupun baru bergabung setiap anggota kumpulan Kotak tidak berhadapan dengan masalah dalam berkarya.

Jelas Tantri pula setiap daripada mereka mempunyai cita rasa tersendiri dalam muzik, dan sepertinya dia lebih gemar dengan muzik pop dan balada termasuklah yang dipersembahkan Sheila Majid dan Datuk Siti Nurhaliza.

“Kalau Tobing pula dia suka modern rock, Cella suka hard rock atau muziknya yang lebih gelap seperti apa yang dibawakan Marilyn Manson, sementara Chua lebih gemar muzik yang agak sederhana.

“Apabila menghasilkan lagu biasanya kami akan ‘jamming’ bersama dan waktu itu semua idea akan dikeluarkan. Walaupun ada perselisihan sewaktu proses rakaman dijalankan tetapi kami tahu ianya untuk kebaikan.

“Biasanya sebagai satu kumpulan kalau timbul masalah kami lebih senang menghadapinya dengan tenang. Biasanya ada antara ahli kumpulan akan membawa mereka bermasalah keluar untuk membolehkan masalah diluahkan. Biasanya kami tidak akan pastikan perselisihan berlaku berpanjangan,” katanya.

Kehadiran album kedua Kotak di sini, dianggap satu impian menjadi kenyataan. Malah jelas Tantri mereka berasa berbesar hati apabila syarikat rakaman Suria Records (SRC) Sdn Bhd sudi mengedarkan album mereka.

“Pengarah Urusan SRC, Edwin Tan yang menyatakan mahu mengedarkan album Kotak di sini. Sebagai artis baru kami melihatnya sebagai satu peluang besar.

Kami tidak minta banyak, cukup sekadar permulaan muzik kami dapat diterima di sini. Lagipun saya difahamkan irama rock sangat kuat pengaruhnya di sini,” katanya.

Kumpulan ini juga dijadualkan akan menjalani penggambaran klip video untuk single ketiga, Tinggalkan Saja di sini dan mereka berada di Kuala Lumpur bermula 11 April lalu dan akan pulang ke Jakarta pada 17 April ini.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Artis Raikan Sentuhan Tenun

14 Apr

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap

JIKA sebelum ini Anugerah Bintang Popular Berita Harian mengetengahkan Batik Glam sebagai tema ABPBH07, kali ini Sentuhan Tenun yang melambangkan kehebatan budaya Melayu diangkat sebagai tema.

Atas dasar tanggungjawab memartabat dan mempopularkan kembali pemakaian kain tenun yang tercatat dalam sejarah sebagai persalinan golongan istana, Berita Harian selaku penganjur mengambil inisiatif mempopularkan kembali warisan ini. Untuk memeriahkan lagi tema ini, Fiesta Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) turut diadakan menjelang ABPBH08.

Majlis yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang, malam kelmarin menyaksikan artis dan selebriti popular bergaya hebat mengikut tema. Ia dipermudahkan lagi dengan bantuan pereka fesyen yang sudah dimaklumkan lebih awal mengenai tema tahun ini.

Antaranya Datuk Siti Nurhaliza nampak memukau dengan rekaan Riezman Ruzini, Maya Karin (Albert King), Sazzy Falak (Anizam Yusuf), Jaclyn Victor (Khairi Sufi), Atilia (Butik Puri Pesona) dan Iqram Dinzly (Michael Shu).

Maya yang merampas trofi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular yang pernah dimenanginya pada 2005, mengatakan cukup teruja dengan keunikan rekaan yang dipilih kebanyakan selebriti wanita malam itu.

“Siapa kata songket dan tenunan tidak boleh dijadikan ‘high fashion’. Pada malam ini, saya lihat busana yang diperagakan kebanyakan artis cukup menarik dan hebat,” katanya.

Apa yang menarik, ada dalam kalangan selebriti yang tidak mendapat tajaan, namun membuat percubaan berani melalui hasil kreativiti sendiri.

Penampilan Zizie Ezette memperagakan busana rekaan Siti Nur Syuhada Shaharuni menarik perhatian juri terdiri daripada editor fesyen, sekali gus diiktiraf Pakaian Wanita Terbaik manakala perincian dan keunikan sentuhan Hatta Dolmat untuk kot panjang digayakan peserta One In A Million, Iz mengungguli Pakaian Terbaik Lelaki.

Pemenang, artis dan pereka fesyen berkongsi hadiah barangan kemas tajaan Rafflesia bernilai RM10,000.

Zizie berkata, dia hadir untuk menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai penyampai yang diamanahkan penganjur. Selebihnya, mahu berseronok dan memberi sokongan kepada semua artis yang terbabit sama ada yang membuat persembahan, calon akhir mahupun pemenang.

 

 

“Justeru, saya sangat terkejut apabila diumumkan Pakaian Wanita Terbaik kerana saya lihat ramai selebriti yang hadir malam ini melaram sakan dan rekaan mereka hebat-hebat semuanya.

“Sebenarnya, ini kali pertama saya memakai baju Sya selepas diperkenalkan Bill Bora. Jika kebanyakan artis lebih tertumpu kepada pereka fesyen yang sudah ada nama, saya pula gemar mencuba rekaan pereka fesyen muda kerana bagi saya idea mereka lebih segar dan kreatif,” katanya.

Rekaan untuk Zizie, Syuhada memilih biru tua kerana ia adalah warna sedang menjadi ikutan sekarang. Rekaannya juga tidak terlalu tradisional atau terlalu moden, tetapi mengekalkan ciri-ciri kemelayuan tenunan itu dengan rekaan sopan, tetapi praktikal.

Bagi Hatta, kejayaan seumpama ini bukan pertama diraihnya di ABPBH kerana sebelum ini gaun yang diperagakan Erra Fazira tiga tahun lalu muncul Pakaian Terbaik Wanita. Tahun lalu, Hatta menerima pengiktirafan cukup peribadi sepanjang pembabitannya dalam industri fesyen apabila dianugerahkan gelaran Pereka Fesyen Paling Popular menerusi pakaian diperagakan model dan pelakon muda, Julia Ziegler.

Kali ini Hatta lebih teruja kerana pertama kali hasil rekaannya untuk selebriti lelaki mendapat pengiktirafan di ABPBH.

“Orang sering menganggap fesyen untuk lelaki sangat terhad dan dapat kita lihat di majlis anugerah seperti ini kebanyakan selebriti lelaki tertumpu pada tuxedo mahu pun sut yang pada saya terlalu biasa.

“Disebabkan itu, tahun ini saya tampil kelainan dengan mengetengahkan konsep bercirikan antarabangsa, moden dan terkini iaitu kot ‘trench’ atau kot panjang. Kemudian digabungkan sedikit songket pada bahagian tertentu untuk menyerlahkan gaya si pemakai.

“Ditambah dengan perincian aksesori seperti manik dan batu untuk kelihatan ‘blink blink’. Jika menggunakan songket sepenuhnya, ia tampak sarat dan terlalu tradisional,” katanya.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Nabil Menyinar, Siti Bertahan

14 Apr

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

BARU setahun jagung dalam industri, tetapi Ahmad Nabil Ahmad, 26, yang dicungkil bakatnya menerusi program Raja Lawak musim kedua mencatat kejayaan besar pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang berlangsung gilang-gemilang di Arena of Stars, Genting Highlands malam kelmarin.

Nabil bukan saja menang Artis Baru Lelaki Popular dan juga Pelakon Komedi Lelaki Popular malah anak muda dari Mambau, Negeri Sembilan ini mengalahkan nama besar dalam industri untuk Bintang Paling Popular sekali gus mengetepikan Raja SMS, Asmawi Ani atau Mawi yang mengunggulinya tiga tahun berturut-turut sejak 2005 dan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Bagi Nabil, anugerah itu cukup bermakna kerana ia pengitirafan paling besar dalam kerjayanya sebagai anak seni. Sepanjang pembabitannya, Nabil membintangi tujuh filem iaitu Sifu dan Tongga, Lu Pikirlah Sendiri The Movie, Kecoh Betul, Notti, Pisau Cukur, Momok The Movie dan Eee…Hantu.

Selain itu, dia juga menjadi pengacara dalam program Lu Pikirlah Sendiri dan gandingannya dengan Raja Azura dalam Ewah-Ewah.

“Saya sedar kejayaan ini mendadak sekali kerana dalam tempoh setahun saya dapat tiga trofi sekali gus.

Justeru, sama ada saya mampu mempertahankan trofi Bintang Paling Popular ini pada penganjuran akan datang, semuanya saya serahkan 100 peratus kepada peminat.

“Sebagai artis, saya hanya pastikan sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa saya lakukan,” katanya.

Katanya, kejayaan itu khusus buat keluarga, teman istimewa, Irma Hasmie dan peminat yang menyokongnya.

“Ia menyuntik semangat kepada saya untuk bekerja lebih keras dalam memantapkan prestasi lakonan dan pengacaraan dari semasa ke semasa.

“Kejayaan itu tidak sekali-kali menjadikan saya lupa diri dengan populariti dikecapinya. Saya masih Nabil yang dulu. Saya juga tidak akan ‘demand’ atau menaikkan harga untuk tawaran mengacara atau berlakon semata-mata sebab sudah menang anugerah.

 

 

“Dalam krisis ekonomi sekarang, sebenarnya, saya masih boleh pertimbangkan dengan bayaran mengacara serendah RM1,000 atau RM2,000 dalam satu persembahan,” katanya.

Mengenai perancangan masa depan, Nabil yang mengagumi pelawak ‘stand up comedian’ seperti Harith Iskander dan Afdlin Shauki berkata, dia bercita-cita menempa nama sebagai pelawak di peringkat antarabangsa.

“Jika Datuk Siti berjaya mengharumkan nama negara dalam bidang nyanyian di Royal Albert Hall, London pada 2005, saya juga bercita-cita mengharumkan nama negara sepertinya tetapi sebagai pelawak. Cuba bayangkan, orang asing yang tidak tahu bahasa dan budaya kita mendengar lawak jenaka saya.

“Selain itu, saya juga ingin mengembangkan cabang lakonan sedia dalam misi menjadi pelakon versatil pada masa depan. Malah, saya bercadang mengikuti kelas bahasa Inggeris untuk meningkatkan tahap penguasaan sedia ada,” katanya.

Jika Nabil menyinar dalam tempoh setahun jagung, Siti yang meraikan ulang tahun ke-14 dalam dunia seni April ini, belum mampu digugat sesiapa untuk Penyanyi Wanita Popular.

Dalam majlis yang disiarkan secara langsung di TV3 jam 9 malam itu, penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang pada 11 Januari 1979 ini mempertahankan gelaran buat kali ke-12 sejak 1996.

Ternyata kontroversi dikaitkan dengan Siti dan status isteri tidak menggugat populariti pasangan kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini sampai sekarang.

Bagi Siti yang anggun dengan busana dari pereka terkenal, Iszal Ismail dan Rizman Ruzaini pada malam itu, dia mampu mempertahankan trofi itu sekian lama kerana kepercayaan peminat.

“Kejayaan ini kerana kerja keras peminat setia yang tidak pernah berbelah bagi menyokong kerjaya seni dari belakang. Sekalipun format pengundian ABPBH sudah berubah tahun ini, nampaknya peminat terutama ahli kelab peminat, CT Zone tetap setia mengundi saban tahun.

“Sebagai penyanyi, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membaiki aspek persembahan dari semasa ke semasa untuk kepuasan diri dan peminat. Pada masa sama, saya pastikan peningkatan dari segi kualiti album yang dihasilkan saban tahun.

“Contohnya, bingkisan album terbaru, Lentera Timur mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat sejak menjengah pasaran dan fokus saya untuk mempromosikan album ini dengan lebih giat lagi dengan teknologi terkini sedia ada menerusi syarikat sendiri,” katanya.

Siti juga sebak ketika menerima anugerah pada malam itu mengenangkan arwah bapanya, Tarudin Ismail yang meninggal dunia pada usia 67 tahun pada 15 Februari lalu.

Mengenai kejayaan Nabil yang mengungguli trofi Bintang Paling Popular ABPBH08, Siti berkata, Nabil berhak mendapat anugerah itu kerana kerja kerasnya sejak setahun lalu.

“Nabil banyak berlakon filem dan banyak buat program sejak tahun lalu. Saya juga menonton program lawak yang dikendalikannya dan menyukai lawak jenakanya,” katanya.

Pada malam anugerah itu menyaksikan kejutan bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular kerana menyaksikan kemenangan berpihak pada pelakon Que Haidar apabila menewaskan sifunya dalam bidang lakonan, Rosyam Nor yang mengungguli gelaran itu selama tujuh kali sejak 1997. Mungkin tuah pengantin baru dan bakal bergelar ayah.

Bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular, pelakon Norkhiriah berjaya mengambil alih trofi yang dipertahankan pelakon Sheila Rusly sejak 2003, tetapi tahun ini Sheila tidak masuk dalam senarai Top 5 sebaliknya menyaksikan saingan dengan Amyza Adnan, Sheila Mambo, Ruminah Sidek dan Kencaha Dewi.

Bagaimanapun, Norkhiriah yang memikat peminat melalui siri Pepaya, tidak hadir untuk menerima trofi dimenangi begitu juga Dynas yang menang Pelakon TV Wanita Popular untuk dua tahun berturut-turut.

Kategori lain tidak banyak berubah iaitu Mawi mempertahankan trofi Penyanyi Lelaki Popular buat kali keempat sejak 2005, Rosyam (Pelakon TV Lelaki Popular) sejak 2004, Aznil Nawawi (Pengacara TV Lelaki Popular) buat kali keenam sejak 2003 dan Fara Fauzana (Penyampai Radio Wanita Popular), (Pengacara TV Wanita Popular) dan Rabbani (Penyanyi Nasyid Popular) tujuh kali sejak 2001.

Kategori Pelakon Filem Wanita Popular pula menyaksikan kemenangan berpihak kepada Maya Karin yang pernah memenanginya pada 2005 manakala Faizal Ismail dua kali berturut-turut menang Penyampai Radio Lelaki Popular. Kategori lain, Artis Baru Wanita Popular (Stacy) dan Penyanyi Duo/Berkumpulan Popular (Meet Uncle Hussain).

Penyanyi Jamal Abdilah menerima anugerah khas, Anugerah Sepanjang Hayat kerana kecemerlangannya sebagai penyanyi sejak menjuarai Bintang RTM 1979.

Secara keseluruhannya, majlis dikendalikan dua pengacara popular, Sharifah Shahirah dan Adlin Aman Ramlie dengan tema Sentuhan Tenun itu menghiburkan. Antara yang menarik ialah persembahan Siti dengan lagu dari album Lentera Timur, Di Taman Teman.

Kumpulan Kristal berkolaborasi dengan artis Pop Yeh Yeh, Datuk A Rahman Hassan dengan lagu Tak mengapa, L Ramlie (Ayahku Kahwin Lagi) dan Datuk Jeffrydin (Kenanganku).

Selain itu, persembahan segmen khas untuk Jamal melalui Siti Sarah (Kekasih Awal dan Akhir), Diddy (Azura) dan Ayu OIAM (Perjalananku). Sarah dan Ayu juga berduet dengan Jamal menerusi Sandarkan Pada Kenangan (Sarah) dan Kehebatan Cinta (Ayu). Tidak ketinggalan, persembahan penutup Faizal Tahir dengan lagu Bencinta. Persembahan lain, Diva Anita Sarawak dengan lagu Akhirnya Kini Pasti, Stacy (Gagap), Aizat (Hanya Kau Yang Mampu), Farah Asykin (Hello) dan Hujan (Dugaanku).

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Depan Mata: Berubah Jadi Lebih Baik

13 Apr

Oleh Hartati Hassan Basri

Rap
BAGI mereka yang tidak perasan, hari ini sebenarnya akhbar nombor satu di Malaysia, Harian Metro berubah wajah. Apa yang penting, perubahan menjadi lebih baik bertujuan memberi kepuasan kepada pembaca. Ia juga sesuai dengan usianya mencecah 18 tahun pada 25 Mac lalu.

Sedar tidak sedar, sudah 16 tahun saya bersama Harian Metro. Dulu tempat kami hanyalah di satu sudut kecil di belakang tempat rakan Berita Harian di tingkat empat kemudian berpindah ke tingkat tiga dan sejak Ogos tahun lalu, kembali ke tingkat empat. Harian Metro di sayap kiri manakala Berita Harian sayap kanan.

Sempena ulang tahun yang ke-18 yang diraikan Khamis lalu, ia disambut bersama 300 kakitangan kumpulan akhbar The New Straits Times Press (M) Sdb Bhd (NSTP) dan wakil syarikat korporat. Hadir sama, Pengerusi NSTP, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail, Timbalannya, Mustapa Omar dan Pengarang Eksekutif Harian Metro/Metro Ahad, Abdul Ghafar Ismail.

Tambah meriah apabila detik manis itu turut dikongsi bersama selebriti, artis, produser serta wakil stesen televisyen dan radio. Antaranya, Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima,Seelan Paul, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (karyawan), Freddie Fernandez, Pengarah Urusan Metrowealth Movies Production (MMP), David Teo, Pengurus Besar Astro Awani, Rozina Bakar, Ketua Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan & Komunikasi Korporat TV9, Noor Amy Ismail serta rakan-rakan dari Jabatan Komunikasi Korporat TV3, ntv7, 8TV, TV9, Astro dan Hot FM bersama selebriti mereka.

Tambah meriah apabila mereka bermurah hati membawa buah tangan dan kebetulan ramai pula membawa kek cawan pelbagai corak dan warna. Ada juga membawa pulut kuning bersama rendang. Puncak Niaga pula membawa cenderahati ikan laga seorang seekor bersama air mineral. Panjang lebar pula cerita ulang tahun itu.

Dalam kegawatan ekonomi ini, ramai mengambil langkah berjimat-cermat dan hanya berbelanja untuk barang keperluan harian. Tetapi harapan saya, walaupun harga barang naik, jangan lupa membeli Harian Metro setiap hari.

Mungkin ada berasakan harga RM1.50 mahal tapi apalah sangat berbanding rokok yang dibakar setiap hari. Sedangkan belanja anak ke sekolah kurang-kurang RM2 sehari dan ada lebih lagi. Tapi satu akhbar boleh dikongsi seisi keluarga.

Seperti saya katakan tadi, perubahan dilakukan untuk menjadikan akhbar ini lebih baik. Sememangnya kita perlu memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa bukan saja penampilan, perangai dan juga taraf ekonomi.

Senario hiburan tanah air juga perlukan perubahan. Selepas bertahun-tahun industri muzik kita lesu hingga penyertaan lagu di Anugerah Juara Lagu (AJL) dan juga Anugerah Industri Muzik (AIM) berkurangan manakala lagu yang diputarkan di radio terpaksa bergantung kepada lagu luar.

Akhir-akhir ini sudah menampakkan perubahan dengan kemunculan band indie hingga menguasai AJL menerusi kejayaan Estranged dan Meet Uncle Hussain serta artis solo seperti Faizal Tahir dan Yuna.

 

 

Ketika rancak berbual dengan David Teo, produser popular ini juga menekankan perubahan. Katanya, karya filem perlu berubah menjadi lebih baik dan tidak terikat dengan konsep sama untuk beberapa karya. Kalau tidak nanti penonton bosan kerana sudah boleh mengagak corak persembahan.

“Hasilkan pelbagaikan genre daripada horor, aksi sehingga komedi seperti Ahmad Idham berjaya melalui Remp-It, kemudian seram (Jangan Pandang Belakang) dan juga komedi (Senario The Movie Episod 1),”katanya.

David adalah contoh produser yang dekat dengan media dan tahu menghargai media. Walaupun produksinya sibuk menghasilkan satu demi satu filem dan drama hingga ada berjalan dua tiga judul serentak, apabila ada majlis membabitkan media, David tidak pernah lepaskan peluang untuk hadir.

Khamis lalu juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak umumkan Kabinet baru. Kementerian Penerangan bukan saja dapat menteri baru, Datuk Seri Dr Rais Yatim malah disatukan dengan dua kementerian lain, Komunikasi serta Kesenian dan Kebudayaan.

Diharap ia turut membawa perubahan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang kini mencecah usia 63 tahun supaya lebih dekat di hati masyarakat dan juga media. Tambah-tambah pula mendapat Ketua Pengarah Penyiaran baru, Datuk Ibrahim Yahya dan baru saja memasuki era digital.

Malam tadi berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08). Walaupun akan ada keputusan mengejutkan, saban tahun banyak keputusan sama diumumkan, kalau tidak masakan Datuk Siti Nurhaliza pegang gelaran Penyanyi Wanita Popular sampai 10 kali, Rosyam Nor tujuh kali Pelakon Filem Lelaki Popular, Aznil Nawawi lima kali, Pengacara TV Lelaki Popular, Sheila Rusly lima kali Pelakon Komedi Wanita Popular, Mawi tiga kali Penyanyi Lelaki Popular.

Yang bertukar saban tahun hanyalah Artis Baru Popular kemudian naik gred dan kalau nasib tidak baik terus hilang tiada pencalonan lain tahun berikutnya.

Tahniah kepada semua yang dianggap sebagai penyanyi, pelakon, pengacara TV dan penyampai radio popular semoga tingkatkan usaha dan bekerja keras untuk menjadi lebih baik.

Namun, satu perkara diharapkan tidak berubah iaitu kedudukan akhbar ini diharapkan terus kukuh dan utuh di tangga teratas, seterusnya memberi keuntungan kepada syarikat.

Sebagai ganjaran, kakitangan Harian Metro setiap tahun menerima ganjaran bonus lebih daripada rakan-rakan di akhbar lain dan juga dapat mengikuti rombongan ke luar negara. Bulan depan, destinasi dipilih ialah Ho Chih Min, Vietnam selepas Bandung, Bangkok dan Bali.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Aksi Bakal Bintang Hambar

13 Apr

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap
PADA minggu kelima konsert Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam kelmarin sepatutnya peserta sudah mampu memberikan persembahan memberangsangkan seolah-olah mereka bakal bergelar juara.

Bagaimanapun, apa yang berlaku sebaliknya apabila pengkritik tetap juga komposer Edry Hashim menjelaskan, pada malam itu kebanyakan persembahan tidak memenuhi piawaian yang diperlukan untuk bergelar bintang.

Jika minggu sebelumnya mereka diberi lagu popular dua penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search, minggu ini pula mereka digandingkan dengan juara AF dan juga bintang AF terdahulu.

Kenyataan itu diberikan Edry sewaktu peserta terakhir dan tersingkir, Mohd Rashidi Mohamad Isa (Sidi) selesai mengadakan persembahan duet bersama Juara Akademi Fantasia Musim Kedua (AF2), Zahid mendendangkan lagu Cinta Yang Sempurna. turut bertindak sebagai pengkritik malam itu, Datuk Khatijah Ibrahim dan penyanyi dan pelakon, Adibah Noor.

Kata Edry, kenyataan itu diberikan mewakili penonton yang menyaksikan konsert itu dan orang berpengalaman dalam industri muzik.

“Sebagai orang yang pernah memegang jawatan A&R (pembangunan dan reputasi artis) di syarikat rakaman dan menerbitkan banyak album, saya lihat kebanyakan peserta ini mempunyai potensi, tetapi untuk bergelar bintang masih belum cukup.

“Impian saya mungkin tinggi terhadap peserta AF7 ini dan saya mahukan yang terbaik daripada mereka. Saya lihat mereka ada apa yang dicari tetapi ia terlalu samar, walaupun konsert sudah masuk minggu kelima.

“Ini membuatkan saya berasa kecewa. Seharusnya pada malam ini (kelmarin), mereka sudah memberikan persembahan yang memukau dan orang sudah mula mengenali siapa mereka sebagai penyanyi.

“Walaupun ada peningkatan, peserta ini masih belum mampu ‘pukul’ juara Akademi Fantasia musim keenam iaitu Stacy,” katanya.

Pada masa sama, sewaktu mengkritik persembahan dilakukan Ismaliza Ismail (Isma) yang mendendangkan lagu Kau Mawarku bersama suami, juga penerbit album, Zulkifli Majid (Zul 2 By 2), Edry turut menegur undian tinggi diterima peserta itu dan meminta pengundi menilai kembali undian dibuat.

 

 

Katanya, dia bercakap atas kapasiti pengalaman dan berasakan Isma belum cukup untuk bergelar juara rancangan realiti TV popular itu.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan Isma. Jika penonton berasakan dia layak bergelar juara, terpulanglah kerana mereka menentukan pemenangnya. Saya bercakap kerana mahu melihat dia pergi jauh.

“Saya dapat rasakan Isma boleh melakukan lebih baik daripada persembahannya malam ini, tetapi dia perlu ada satu rangsangan untuk membolehkan dia melakukan lebih daripada sepatutnya,” katanya.

Sementara itu, Adibah Noor yang pertama kali diundang duduk di kerusi pengkritik berkata, dia melihat walaupun sebahagian besar peserta masih lagi bermasalah untuk melakukan persembahan, secara keseluruhan kebanyakan mereka dapat menghiburkan penonton.

“Apabila bercerita mengenai persembahan, yang saya nampak boleh masuk ke pertandingan akhir ada dua orang. Begitupun sebagai pengkritik, apa yang kita cakap bukan digunakan 100 peratus oleh pengundi.

“Penonton bukan peduli kalau peserta menyanyi sumbang atau tidak. Kalau sudah suka, mereka mesti undi. Ada yang mendengar kritikan sebab hendak belajar tetapi mereka ini tidak mengundi. Perkara ini saya turut jelaskan kepada Edry.

“Begitupun, secara jujur pada malam ini, saya nampak ada dua bintang yang bersinar iaitu Mohd Hafiz Mohd Suip yang mendendangkan lagu Terlanjur Bercinta bersama juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Mila dan Khairil Azam Pilus (Aril) menyanyikan lagu Aku dan Dirimu berduet dengan Marsha,” katanya.

Mengenai konsep persembahan dilakukan produksi apabila memanggil bekas juara dan beberapa pelajar Akademi Fantasia musim lalu berduet dengan peserta tahun ini, Adibah mengatakan ia turut mempengaruhi persembahan dilakukan.

“Mengambil contoh Sidi yang berduet dengan Zahid. Sebaik persembahan bermula, dia sudah tenggelam kerana kehadiran juara AF2 itu di pentas terlalu kuat untuk dia sehingga susah untuk berada setara.

“Ada peserta yang ‘hanyut’ dibawa pasangannya seperti Mohd Qhaud Abdul Rashid (Qhaud) menyanyikan lagu Di Bius Cinta duet dengan Heliza. Apabila Heliza sendiri sudah sumbang apabila menyanyi, sudah tentu ia memberikan masalah kepada peserta AF7 itu.

“Sebagai orang baru, Qhaud masih tidak tahu bagaimana hendak menangani masalah ini dan sepatutnya dia mendengar nada suara sendiri untuk mengikut melodi lagu, seperti apa yang saya perjelaskan kepadanya sewaktu mengkritik persembahannya.

“Begitupun, ada juga peserta yang saya nampak berjaya ‘pukul’ bintang AF terdahulu seperti Hafiz, berjaya menenggelamkan Mila dan Mohd Yazid Ibrahim (Yazid) walaupun masih ada sedikit masalah vokal sewaktu menyanyikan lagu Terharu, tetapi masih dapat meletakkan dirinya setara dengan rakan duetnya, Yazer,” katanya.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Nabil Ketepi Mentor

13 Apr

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmatro.com.my

SEDONDON...Nabil bersama teman wanitanya, Irma Hasmie.
SEDONDON…Nabil bersama teman wanitanya, Irma Hasmie.

GENTING HIGHLANDS: Juara Raja Lawak musim Ke-2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 26, menerima pengiktirafan tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008) apabila dinobatkan Bintang Paling Popular.

Anugerah itu secara rasminya menjadi milik Nabil sebaik namanya diumumkan penerima gelaran berkenaan, malam tadi, menerusi acara gilang-gemilang di Arena Of Stars, Genting Highlands.

Kejayaan pertama dilakar Nabil itu sekali gus mengenepikan Raja SMS, Mawi, yang mengungguli gelaran itu selama tiga tahun berturut-turut.

Nabil membawa pulang pelbagai hadiah lumayan termasuk kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

 

 

Keputusan itu bukan sesuatu mengejutkan jika menyingkap sejarah pembabitannya dalam arena seni sejak bergelar Raja Lawak tahun lalu apabila terus laris dan menjadi rebutan produser filem serta stesen televisyen bagi mengendalikan program popular seperti Melodi dan Ewah-Ewah.

Malah, dalam tempoh setahun berkecimpung sebagai anak seni, pemuda ini sudah membintangi tujuh filem, Sifu dan Tongga, Lu Pikirlah Sendiri The Movie, Kecoh Betul, Notti, Pisau Cukur, Momok The Movie dan Eee…hantu.

“Kemenangan ini tidak dijangkakan kerana saya masih baru dalam industri hiburan tanah air. Pembabitan saya baru mencecah satu tahun satu bulan…ini rezeki daripada Allah dan ia tidak mungkin saya peroleh tanpa usaha serta sokongan peminat dan keluarga.

“Mengenepikan mentor saya, Saiful Apek bukan bererti dia tewas sebaliknya saya sebagai penyambung kepada perjuangannya selama ini,” katanya.

Penyerahan anugerah tertinggi ABPBH2008 itu disempurnakan Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun sambil disaksikan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdaus Bujang.

Anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini juga berhadapan laluan mudah untuk mengetepikan artis kelahiran Akademi Fantasi (AF) seperti Nubhan dan Riz, serta Aiman dan Fizo dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular.

Selain itu, dia membolot anugerah Artis Komedi Popular yang membariskan nama besar dan jauh berpengalaman seperti AC Mizal, Afdlin Shauki, Saiful Apek dan Zizan Raja Lawak.

Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza terus gah sebagai Penyanyi Wanita Popular yang dipegangnya selama 12 tahun berturut-turut tanpa sedikitpun goyah kepada pencabarnya Jaclyn Victor, Mila, Elyana dan Stacy.

Ini terbukti biduanita negara cukup dihormati itu tiada galang gantinya meskipun kini memegang status isteri serta dihambat pelbagai kontroversi berhubung kisah rumah tangganya.

“Kemenangan ini saya tujukan kepada peminat yang bertungkus-lumus mengundi saya sepanjang pembabitan dalam ABPBH. Saya terkilan kerana tidak dapat meraikan kemenangan ini dengan arwah abah, (Taruddin Ismail). Biasanya, jika abah tidak dapat datang dia akan menghubungi saya untuk mengucapkan tahniah,” katanya sebak.

Meskipun gagal meraih anugerah tertinggi, sekali gus mengekalkan gelaran sebagai Bintang Paling Popular, Mawi mempertahankan kedudukannya sebagai Penyanyi Lelaki Popular dengan menundukkan calon lain, Amy Search, Adam, Nubhan dan Aizat.

Bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular menyaksikan keputusan mengejutkan apabila Que Haidar yang bersaing dengan Rosyam Nor, Farid Kamil dan Rusdi Ramli mendominasi kategori itu.

Pelakon, Maya Karin kembali merampas anugerah Pelakon Filem Wanita Popular yang pernah dimenanginya pada 2005 sekali gus mengenepikan calon hebat seperti Erra Fazira, Vanidah Imran serta dua bintang muda, Liyana Jasmay dan Sharifah Amani.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan, namun tidak dapat dinafikan Pelakon TV Lelaki dan Wanita Popular antara kategori yang menjadi perhatian ramai kerana menyaksikan kebangkitan pendatang baru.

Bagaimanapun, pemenang tahun lalu, Rosyam Nor yang juga satu-satunya pelakon senior terus mempertahankan kedudukannya bagi ketogeri lelaki menundukkan Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Ashraf Muslim dan Aqasha.

Bagi kategori wanita pula menyaksikan penguasaan yang lebih kurang sama apabila Dynas yang memenangi anugerah itu tahun lalu sekali lagi muncul sebagai pemenang.

Harian Metro

Gaya Kaftan

12 Apr

Oleh NORAINON OTHMAN

MUNGKIN masih ada yang tidak yakin untuk menggayakan kaftan panjang kerana pakaian itu lebih sinonim dengan pakaian tidur atau lebih dikenali sebagai baju kelawar.

Membayangkan potongannya yang longgar dan kurang menyerlah, pada anggapan sesetengah pihak, pakaian ini tidak mampu menyerlahkan gaya.

Namun, jika diberi sentuhan berbeza, sudah tentu pakaian ini mampu menarik minat penggemar fesyen beralih kepada gaya yang mampu menyerlahkan feminin.

Kaftan semakin mendapat perhatian di kalangan wanita tempatan apabila penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menggayakan pakaian itu ke majlis Makan Malam Berita Harian, beberapa tahun lalu.

 

 

Butik Faiz di Jalan SS 15/2A, Subang Jaya, menampilkan himpunan kaftan yang kebanyakannya menggunakan fabrik lembut dan jarang seperti sifon, sutera crepe, sutera satin dan opel.

Koleksi ini sesuai digayakan untuk mereka yang bertudung kerana pemakaiannya turut dilengkapi baju lengan panjang dan seluar di bahagian dalam.

Bagi mencantikkan potongan kaftan, Butik Faiz turut mereka tali pinggang boleh diikat di bahagian dalam kaftan. Kaftan asas ditampilkan dengan kelainan di bahagian leher dan lengan.

Harian Metro

Jarum Emas: Antara Nabil Dan Aznil

12 Apr

Oleh Adam Salleh

Rap
DEBARAN orang politik sudah berakhir. Siapa dan siapa barisan kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diumumkan dengan tujuh muka baru dilantik sebagai menteri, jumlah 28 menteri membabitkan 25 kementerian. Malam ini di Arena Of Stars, Genting Highlands, giliran artis pula berdebar, siapakah di antara mereka bakal meraih Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP-BH).

Pelbagai kategori yang dipertaruhkan, tumpuan pastilah pada kemuncaknya Bintang Paling Popular. Apakah Datuk Siti Nurhaliza boleh kembali merebut takhta itu? Tidak mustahil kerana pengaruh Siti masih ada, siapa tahu ada undi simpati padanya mengenang Siti kini berstatus anak yatim?

Usah pula perkecilkan Mawi. Sekalipun tidak bujang lagi, Mawi masih ada auranya tersendiri. Melalui Harian Metro semalam, wartawan RAP, Ramlah Zainal, meletak juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad, 26, boleh menggugat Siti dan Mawi.

Saya meletak ramalan secara 3 + 1, iaitu beri tumpuan pada Aznil, Nabil dan Faizal Tahir. Ketiga-tiga selebriti ini bagi saya mempunyai ‘kelebihan’ untuk membuat kejutan.

Jika Nabil atau Faizal meraih anugerah Bintang Paling Popular itu, ia dikira biasa sebab pelawak dan penyanyi sebelum ini pernah mendapat anugerah itu, umpamanya Saiful Apek dan Mawi.

Ia akan menjadi istimewa jika Aznil yang memperolehnya kerana untuk ABP-BH kali ini, Aznil berentap untuk dua kategori iaitu Pengacara TV Lelaki Popular dan Pengacara Radio Popular.

Kemenangan Aznil kelak menyuntik semangat pengacara TV dan radio. Apapun, ia sekadar telahan saya. Namun usah menidakkan keupayaan kumpulan Meet Uncle Hussein, siapa tahu band indie boleh membuat kejutan.

ADAM: Selamat Pengantin Baru buat juara Gadis Metro, Noor Lailatul Marini Datuk Kamal Amir dan Ahmad Syauki Md Afandi.

 

 

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Kau Mawarku Satukan Cinta Isma-Zul

11 Apr

Teks oleh Ellyna Ali

KUALA LUMPUR, 9 MAC 2009: Hampir setiap minggu, Isma atau Ismaliza Ismail, 30, masih kekal menjadi pelajar yang meraih undian tertinggi tinggi dalam program realiti Akademi Fantasia Musim 7 (AF7).

Dari situ, timbullah desas-desus yang mengatakan kononnya Isma telah mendapat tajaan daripada pihak tertentu yang melaburkan banyak wang untuk menghantar undian secara SMS. Sejauh mana kebenarannya?

Suami Isma, Zul yang dulunya adalah bekas vokalis kumpulan 2 By 2 memberitahu, dia sendiri pun tidak tahu menahu dari mana datangnya undian tertinggi yang diperolehi isterinya dalam setiap konsert mingguan AF7 itu.

“Sebenarnya saya sendiri pun terkejut bila setiap minggu melihat Isma berada di tangga yang teratas hingga berjaya mengatasi pelajar-pelajar lain yang jauh lebih muda daripadanya. Tapi saya tak nafikan kami memang berkawan baik dengan keluarga diraja di Brunei. Sebab, saya dan Isma pun masih selalu buat show di sana. Mungkin, mereka yang mengundi Isma setelah melihat Isma menyertai AF7.

“Mungkin juga sokongan yang diberikan itu datangnya dari pihak TUDM, Polis Trafik serta Telekom. Sebab, Isma sendiri pernah menyanyi dalam ketiga-tiga kombo pasukan beruniform itu.

“Seperkara lagi, saya juga berasakan bahawa sokongan buat Isma juga datangnya dari golongan ibu-ibu. Tapi, kalau ditanya tentang soal taja-menaja atau minta-meminta, saya rasa semua itu mengarut sama sekali,” katanya kepada murai.com.my.

Sungguhpun begitu, kata Zul, sebagai suami, dia sebenarnya berasa sangat bangga melihat pencapaian Isma di AF7.

“Bagi saya dia seorang ibu yang cekal dan berani. Saya tahu dari sudut hatinya yang begitu mendalam sekali, dia amat rindukan anak-anaknya. Tapi, demi cita-citanya, dia kuatkan hati untuk belajar di akademi.

“Sebenarnya terus-terang saya katakan, saya tidak begitu risau tentang nyanyian. Sebab saya tahu sejauh mana kebolehan dia selama ini. Cuma saya risau akan ketabahan hatinya. Saya takut dia tidak kuat untuk menangani macam-macam lagi cabaran yang mendatang,” katanya.

Zul Anggap Isma Cuma  Belajar Di AF7

Tentang status Isma sebagai ibu kepada anak lima, Zul yang kini memegang jawatan sebagai Pengurus A & R Suria Records berkata, dia sebenarnya tidak terlalu memikirkan sangat tentang soal itu.

“Waktu Isma mula-mula minta izin untuk menyertai AF7, apa yang saya bayang ketika itu, dia mahu masuk akademi kerana mahu  belajar. Seolah-olah seperti dia menjalani  kursus untuk belajar vokal dan melengkapkan dirinya menjadi seorang penyanyi atau penghibur.

“Biar dia tahu bagaimana hendak belajar teknik dan pernafasan dengan betul. Biar dia belajar menggunakan ahasa Inggeris dengan lebih baik lagi.

“Bagi saya semua ini adalah satu perkembangan yang bagus untuk dirinya. Tentang apa orang hendak cakap, terpulanglah. Walaupun apapun, orang tetap akan kritik dia. Tapi, semuanya berbalik pada nawaitu kita.

“Nawaitu saya izikan dia belajar. Rasa geram juga bila dengar orang cakap atau tuduh dia macam-macam. Sebabnya, hanya saya dan Isma saja yang tahu apa yang membuatkan dia hendak ke situ (AF7),” katanya.

Mengimbas semula perkenalannya  dengan Isma, Zul berkata, ianya bermula sewaktu 2 By 2 sering diundang untuk membuat persembahan di Telekom.

“Setiap kali diundang, pasti ada saja pihak yang meminta saya menyanyikan lagu Kau Mawarku. Malangnya, Siti Nurhaliza (ketika itu belum Dato’ Siti) selalu tiada bersama untuk membuat persembahan.

“Sebagai gantinya, Isma yang ketika itu residen penyanyi di Kombo Telekom seringkali digandingkan dengan saya untuk membawakan lagu Kau Mawarku. Bila dah selalu digandingkan bersama, akhirnya kami saling jatuh cinta.

“Waktu itu, Isma sudah dapat tawaran untuk buat album daripada Ambang Klasik tapi kami sudah ambil keputusan untuk bertunang pada bulan September 1997 dan kemudian berkahwin pada 18 April 1998.

“Tak sangka, sudah makin dekat pula hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-11 tahun ini. Makin terasalah rindu saya terhadap Isma nanti. Saya juga terkilan kerana tidak dapat mengucapkan hari ulang tahun perkahwinan kami itu nanti padanya,” kata Zul.

Jelas Zul lagi, perkahwinan mereka yang dilangsungkan enam bulan selepas itu turut mempunyai cerita serta sejarahnya yang tersendiri.

“Ia bermula setelah saya berasa tercabar dengan kenyataan pihak Ambang Klasik kerana apabila mereka dapat tahu saya dan Isma sudah bercinta, mereka rasa bahawa pertunangan kami itu mungkin tidak akan kekal lama.

“Geram dengan kata-kata itu, saya terus berkahwin dengan Isma. Masa itu, album Isma sudah pun disiapkan. Tapi, ia tidak dapat dikeluarkan dengan alasan Isma sudah pun berkahwin.

“Sedih juga saya apabila dapat tahu alasan Ambang Klasik itu. Pada peringkat awal, saya hendak juga ketengahkan Isma waktu  bekerja dengan Suria Records (SRC).

“Tapi, susah juga masa itu sebab dia sudah kahwin. Lagipun saya tak mahu gunakan kedudukan saya sebagai suami untuk popularkan dia. Disebabkan rasa bersalah, saya jadikan adik Isma iaitu Tomok sebagai artis rakaman,” katanya.

Hasil perkahwinan mereka selama 11 tahun, Zul dan Isma telah dikurniakan 5 cahayamata iaitu Aiman, 11; Aidil, 10; Aida, 8; Awin, 5, serta Marcella, 1.

 

Murai

Zon Abie: Menjaga Impak Eksklusif

11 Apr

abie abdullah

Rap
ASSALAMUALAIKUM! Penganjuran Minggu Setiausaha sepanjang April ini begitu ketara tidak serancak yang diadakan pada tahun-tahun sebelumnya. Saya pernah menulis artikel mengenai penganjuran ini yang boleh dianggap perlahan di Selebriti, Metro Ahad baru-baru ini.

Kalau dulu, teman-teman media saya bagaikan tak menang tangan memenuhi undangan kerana sana sini, sehingga ada penganjur melajakkan acara ke sebelah malam. Minggu Setiausaha yang biasa dengan menu tengah hari bertukar kepada makan malam.

Tahun ini memang perlahan. Mungkin ramai penganjur yang terlalu berhati-hati dengan situasi ekonomi global dan negara kita, bimbang untuk mengambil risiko yang dianggap tinggi itu.

Perlahan atas faktor semasa, tetapi bagi saya, Minggu Setiausaha tahun ini belum hilang sendunya dengan persembahan yang bagus dan berkualiti. Nama yang dipilih bukan calang-calang – Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Anita Sarawak, Faizal Tahir dan Krisdayanti yang sentiasa menjadi ‘crowd puller’ untuk program ini.

Kalau sebelum ini, terlalu ramai artis yang menjayakan acara ini sehingga saya samar melihat di mana letaknya eksklusiviti Minggu Setiausaha yang mengenakan harga ratusan ringgit untuk satu kepala. Kadang-kadang ada juga artis yang mengambil undangan dua tiga tempat untuk acara yang dianjurkan sebulan sepanjang April.

Teringat dua tiga belas tahun lalu ketika saya masih hingusan dalam dunia kewartawanan ini, Anita Sarawak (Kak Nita) setiap tahun diterbangkan dari Las Vegas ke PJ Hilton untuk Minggu Setiausaha. Benar-benar nampak impak eksklusifnya sehingga hotel itu sentiasa penuh dengan peminat superstar itu.

Teringin sangat untuk menyaksikan persembahan anak Melayu antarabangsa ini, tambahan dengan hebahan media yang meluap-luap memuji Kak Nita.

Rezeki saya, dapat tengoklah sekali apabila diajak teman senior ketika itu. Memang benar apa yang ditulis dalam akhbar dan majalah, malah saya terasa bangga berada di dalam dewan Minggu Setiausaha itu.

Sekarang lain. Terlalu ramai yang menaiki pentas sehingga saya terpaksa memilih. Cuma dengan situasi ekonomi dunia yang kurang selesa ini ada impak baiknya dalam saya memperkatakan mengenai penganjuran Minggu Setiausaha. Lebih memilih!

Sebab itu juga saya katakan Minggu Setiausaha ini tidak sendu kerana hanya yang terbukti bagus di atas pentas saja yang bertahan untuk diulang panggil penganjur seperti nama yang saya sebutkan di atas.

 

 

Kelmarin saya berkesempatan memenuhi undangan Sime Darby untuk menyaksikan Anuar Zain. Seperti biasa, dewan Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara itu penuh dengan peminat Lelaki Ini. Ya, Anuar ada auranya kerana saya melihat Ketulusan Hatinya menghiburkan peminat yang rata-rata wanita.

Tidak perlu saya ulas mengenai persembahan Anuar yang saban tahun saya perkatakan di dalam Zon Abie kerana kepuasan yang sukar digambarkan. Cuma momentum persembahan kali turun sedikit, mungkin kerana kesihatan Anuar yang sedikit terjejas tetapi semangatnya tinggi. Bagaimanapun kelasnya masih tersendiri.

Kadang-kadang hiburan bagi saya bukan datangnya daripada nyanyian cinta Anuar saja, malah gelagat peminatnya termasuk yang berpangkat ibu, menjerit-jerit keseronokan apabila didekati Anuar turut membuatkan ia bagaikan sebahagian pakej hiburan.

Sayangnya saya tak berkesempatan menyaksikan sekali lagi tenaga Kak Nita di atas pentas awal minggu ini, tetapi melalui rakan-rakan, wanita itu tidak pernah putus tenaga. Tenaga seorang penghibur!

Apa yang ingin saya simpulkan di sini, Minggu Setiausaha tahun ini nampaknya lebih berprestij dengan pemilihan artis-artis eksklusif saja.

Bukan menidakkan mereka yang lain yang pernah membuat persembahan Minggu Setiausaha malah bagus kerana berpeluang menunjukkan kebolehan menghibur peminat secara ‘live’.

Bagaimanapun, menghibur secara kasarnya bukan sekadar menyanyi atas pentas, tunjuk muka cantik saja, ya! Ia bukan acara Zoom In di RTM atau rakaman Muzik Muzik!

Malam esok juga, insya-Allah saya akan menyaksikan eksklusifnya persembahan artis yang menjayakan kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 di Genting Highlands. Kepada yang tersenarai dalam Top 5, selamat berjaya! Siapa nak ke Genting untuk tangan kosong saja, dik?

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro