Archive | Metro RSS feed for this section

Siti Bantu Kakak, Adik

1 Aug

Oleh Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Rap

SELEPAS 12 tahun menceburi dunia seni, nama Siti Nur haliza sudah begitu kukuh bukan saja di negara sendiri malah melangkaui negara jiran, Indonesia hingga ke Jepun dan Taiwan.

Dengan rekod artis paling banyak mengumpul anugerah iaitu lebih 120 selama 12 tahun, kini tiada apa lagi yang dikejar Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 29, selain meneruskan kelangsungan kerjaya seninya dengan menghasilkan album baru.

Malah penyanyi yang popular dengan lagu Ku Mahu daripada album Hadiah Daripada Hati yang dipasarkan akhir tahun lalu, mahu membantu mengembangkan bakat seni adik- beradiknya yang berbakat dan berminat menceburi nyanyian.

Kakaknya Siti Saida menyertai Akademi Fantasia musim keenam (AF6) baru-baru ini begitu juga adiknya, Siti Sairah pernah menyertai program realiti One In A Million musim pertama tahun lalu.

“Saida dan Sairah kini menjadi artis Siti Nurhaliza Pro duction (M) Sdn Bhd (SNP). Sebagai permulaan, SNP menerbitkan album mereka berdua secara bersama, me muatkan tiga lagu solo masing-masing serta dua lagu duet.

“Single Sairah, Hero Wayang sudah siap dan kini diedarkan kepada stesen radio manakala single Saida, Sedalamnya Cinta akan menyusul tidak lama lagi.

“Konsep muzik yang mereka tampilkan juga berbeza kerana Sairah lebih menjurus kepada pop moden manakala Saida konsep pop. Saya juga memberi kebebasan kepada mereka memilih konsep muzik yang ingin diketengahkan asalkan ia sesuai dengan suara mereka dan keadaan semasa.

“Saya juga sedar dalam keadaan ekonomi sekarang, ke utamaan masyarakat bukan lagi membeli album sebaliknya perkara lain yang disifatkan lebih penting. Apa yang saya tekankan, pemilihan lagu yang sedap didengar.

“Bagi saya penyanyi perlu tampil dengan album kerana daripada itu akan datang peluang untuk menjayakan per sembahan pentas dan juga program televisyen,” kata Siti.

Dia juga tidak menafikan cuba membantu mereka mendapat publisiti dan peluang menyanyi secara pakej bersamanya. Antaranya menjayakan persembahan Laman Santai di Istana Budaya pada 21 Jun lalu serta menjayakan program khas hari raya untuk TV3, Teratak Siti Nurhaliza atau fotografi bersama mereka.

Katanya, program raya yang disiarkan selama satu setengah jam itu berkonsep tradisional dan turut mengundang Saida dan Sairah sebagai artis undangan. Rakaman program itu diadakan di Shah Alam, semalam, jam 9 malam.

“Saya rasa ia bukan satu isu malah tidak salah saya menolong Saida dan Sairah dengan mengundang mereka menjayakan program yang saya jayakan. Bila lagi nak tolong mereka. Lagi pun kalau bukan saya yang menolong mereka, siapa lagi.

“Saya ada peluang, apa salahnya bantu mereka dengan mencadangkannya kepada penganjur atau penerbit tele visyen. Tapi saya sekadar mencadangkan, jika mereka terima, Alhamdulillah.

“Kalau mereka menolak, saya tidak pula memaksa. Tapi nampaknya mereka bersetuju apabila dicadangkan nama mereka berdua ketika persembahan Laman Santai begitu juga program raya itu,” katanya.

Mengenai album baru, Siti yang baru menerima anugerah Artis Profesional Malaysia di Anugerah Kecemerlangan Balai Ikhtisas Malaysia 2008 anjuran Balai Ikhtisas Malaysia (BIM) pada 23 Julai lalu, kini dalam proses rakaman album baru berkonsep tradisional dan dijangka masuk studio rakaman pada bulan puasa nanti.

Ia dijangka dipasarkan akhir tahun ini atau awal tahun depan, sebagai kelangsungan album pop, Hadiah Daripada Hati yang dipasarkan akhir tahun lalu.

Katanya, kehadiran album baru begitu penting supaya dia tidak dilupakan peminat. Ini ditambah pula dengan kehadiran ramai artis baru, sudah tentu kehadiran album baru mem buktikan dia masih terus menyanyi.

“Selagi mampu, saya akan terus menghasilkan album baru. Maklumlah, buat album keluar duit sendiri ditambah pula keadaan ekonomi sekarang yang tidak begitu menggalak kan.

“Saya juga sedar tumpuan masyarakat kini bukan pada album sebaliknya mengamalkan jimat cermat dengan ber belanja sesuatu yang dirasakan lebih penting.

“Pada waktu sama penyanyi perlu muncul dengan album baru supaya kehadiran mereka tidak dilupakan. Insya- Allah album baru berkonsep tradisional akan berada di pasaran akhir tahun ini,” katanya.

Siti yang akan meraikan ulang tahun perkahwinan kedua pada 21 Ogos ini, mengakui tiada apa yang perlu dirungutkan kerana kehidupannya kini cukup bahagia dan gembira ber sama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan anak.

Katanya, masanya kini banyak terluang berbanding sebelum kahwin apabila sibuk dengan tuntutan kerja sekali gus mampu melakukan perkara yang sebelum ini tidak berpeluang di lakukan.

“Saya kini ada masa menonton wayang bersama suami dan anak-anak pada hujung minggu atau bercuti bersama ke luarga. Baru-baru ini saya juga berpeluang bercuti di Pulau Pinang dan mencuba parasailing. Ia aktiviti yang sudah lama ingin saya lakukan tetapi tiada peluang,” katanya.

>Profil

Nama sebenar: Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin

Tarikh lahir: 11 Januari 1979

Tempat lahir: Kampung Awah, Temerloh, Pahang.

Bintang: Capricorn

Keluarga: Anak kelima daripada lapan beradik

Status: Berkahwin

Suami: Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa

Warna kegemaran: Hijau dan pastel

Muzik kegemaran: Pop, alternatif, R&B, ttradisional

Anugerah: Johan Setia Mahkota (JSM), Paduka Mahkota Perak (PMP), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), Setia Ahmad Shah (SAP) dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP yang membawa gelaran Datuk)

Harian Metro

Respirasi Muzik: Intan Tulis Lirik Sendiri Dalam Album Salut

22 Jul


Rap

MENILAI pembabitan pelakon drama terkenal Indonesia, Intan Nuraini atau Intan dalam industri muzik serantau tidaklah begitu mengagumkan. Malah di tanah kelahirannya dia masih berusaha untuk menempatkan diri dalam kelompok penghibur disegani.

Walau album pertamanya kurang sambutan tetapi ia tidak bermakna gadis berasal dari Jakarta ini tidak perlu terus berusaha. Dalam kesibukannya berada di lokasi, Intan sempat menghasilkan album kedua, Salut.

Menarik kebanyakan lagu dan lirik dimuatkan dalam album ini dihasilkan Intan sendiri seperti Salut, Jauh, Cinta, Menunggu dan Gubrak sementara pengurusnya P Intan S bertindak sebagai penerbit.

Selaku penerbit P Intan S mengambil langkah bijak apabila menggunakan khidmat beberapa komposer terkenal seberang seperti Tohpati dan Pongky Prasetyo yang pernah menghasilkan lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza juga Edmond Franky untuk menyusun kembali muzik dihasilkan.

Ternyata kebanyakan lagu dimuatkan dalam album kedua ini lebih baik berbanding album sebelumnya. Tambahan pula apabila beberapa pemuzik terbaik seperti Yoyo dari Kumpulan Padi turut menyumbangkan bakatnya dengan bermain untuk lagu dihasilkan.

Berkonsepkan pop sepenuhnya, kebanyakan lirik dihasilkan Intan berkisar soal cinta sesuai dengan usia dan penampilan.

Bagi mengingatkan kembali peminat terhadap kerjaya seni nyanyian Intan, Salut turut memuatkan kembali tiga lagu dipetik dari album pertama seperti Delima, Aduh dan Menyesal yang dianggap mempunyai kekuatan tersendiri.

Album: Salut

Artis: Intan

Harian Metro

Winnie Berani Hadapi Risiko

16 Jul

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

PENYANYI tempatan yang sudah ada nama pun, sukar menembusi pasaran muzik Indonesia. Kalau ada pun, memang boleh dikira dengan jari seperti penyanyi nombor satu tanah air, Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan Ratu Jazz, Sheila Majid.

Namun pendatang baru dalam industri muzik Melayu, Winnie Kok atau kini ingin dikenali sebagai Winnie K, 27, berani mengambil risiko berkenaan. Semuanya demi menjayakan impiannya melebarkan sayap ke negara seberang itu.

Demi album solo Melayunya juga, Winnie atau nama sebenarnya Kok Mui Kuan sanggup berulang-alik selama tiga bulan termasuk menguasai bahasa Indonesia sekali gus mencuri perhatian penggemar muzik di sana.

“Sejak awal lagi, semua orang sudah bertanya kenapa saya melancarkan album di Indonesia lebih awal dan selepas itu baru di tanah air sendiri?

“Maklumlah, bukan sedikit cabaran untuk saya menjual album di sana. Selain tidak fasih berbahasa Indonesia, pasaran album di Indonesia juga jauh lebih besar daripada di sini. Malah, sepanjang mempromosikan album di sana, rata-rata orang sana hanya kenal Siti dan Sheila.

“Apatah lagi, dalam kegawatan pasaran album ketika ini, ramai artis kita putus asa untuk bikin album. Tapi saya pula semakin bersemangat dan berusaha sedaya upaya untuk menyahut cabaran dalam bidang muzik sekarang.

“Apapun pandangan orang, saya lebih suka melihat dari sudut positif kerana saya juga tampilkan lagu dan muzik segar.

“Saya sedar artis baru seperti saya mengambil masa yang panjang untuk mendapat tempat di Indonesia. Saya anggap diri masih baru dalam industri muzik Melayu dan lebih suka bersaing dengan cara yang sihat dengan mereka,” katanya.

Kehadiran Winnie yang mendapat jolokan ‘Siti Nurhaliza versi Mandarin’ di Indonesia pada Mac lalu bukan dengan tangan kosong sebaliknya penyanyi jelita ini mempertaruhkan album solo Melayunya, Kau Ada Di Mana yang dilancarkan di sana.

Selepas Indonesia, album solo Winnie menjengah pasaran Malaysia pada 26 Jun lalu. Jika diikutkan, kata Winnie, dia sudah lama memasang impian untuk mempunyai album solo Melayu sejak dulu lagi.

Sejak berkecimpung sebagai penyanyi sejak 1999 sampai sekarang, Winnie sudah mempunyai tiga album solo berbahasa Cina dan album terakhirnya pula diterbitkan pada 2003.

“Saya sudah lama berhasrat merakamkan album Melayu tapi tidak ada peluang. Semangat saya semakin membara untuk buat album Melayu kerana sambutan lagu Kau dan Aku, ciptaan Ajai yang juga percubaan pertama untuk menembusi industri muzik Melayu tidak lama dulu.

“Akhirnya, impian itu terlaksana juga apabila syarikat rakaman Warner Music menawarkan peluang itu. Apapun, saya bersyukur dengan pencapaian setakat ini kerana perjalanan kerjaya seni saya juga sukar dan tidak mudah seperti disangka,” katanya.

Winnie yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Warner Music berkata, dia mengakui tidak kisah mengambil masa yang lama (dua tahun) untuk buat album solo Melayu itu.

“Saya difahamkan penerbit mengambil masa lama untuk buat album ini kerana mereka susah cari lagu sesuai untuk saya. Saya sabar menanti sekian lama kerana ingin hasilkan yang terbaik buat peminat,” katanya.

“Apa yang menariknya, album ini mendapat sentuhan komposer Malaysia dan Indonesia. Bagi versi Indonesia, lima lagu dirakamkan semula untuk pasaran Indonesia seperti Kau Ada Di Mana, Kekasih Gelapmu dan Tak Bisa Memilih. Antara komposer Indonesia terbabit dalam pembikinan album ini ialah Dewiq dan Yudis Dwikorana.

“Komposer tempatan pula Ramli MS, Ajai, Cat Farish, Audi Mok, Tam Spider dan Siew. Versi Indonesia mengandungi 10 lagu dan pasaran Malaysia pula ada 11 lagu,” katanya.

Katanya, dia juga menimba pengalaman berharga bekerja dengan komposer dari seberang. Bagi Winnie, cara kerja mereka sama saja dengan komposer kita.

“Kalau boleh, mereka ingin saya menyanyi seperti artis mereka (Indonesia) tetapi pada masa sama, mereka juga beri kebebasan pada saya juga,” katanya.

Sekalipun menghasilkan album Melayu, Winnie tidak melupakan perancangannya untuk menghasilkan album Cina. Katanya, selepas ini dia akan buat album bahasa Cina dan bahasa Melayu lagi.

Selain kerjaya nyanyian, Winnie yang juga jurucakap pusat pelangsingan badan Cenosis dan pernah beraksi dalam filem Potret Mistik pada 2004 juga berhasrat mengembangkan bakatnya dalam bidang pengacaraan dan lakonan pada masa depan.

“Saya banyak dapat tawaran buat drama tapi terpaksa menolaknya kerana penggambarannya membabitkan masa yang panjang. Maklumlah, ketika itu saya sibuk buat album dan memenuhi undangan persembahan.

“Jika ada tawaran berlakon selepas ini, saya ingin beraksi dalam filem komedi dan romantik pula,” katanya.

Mengenai gosip hangat hubungannya dengan gitaris kumpulan Ungu, Oncy, Winnie berkata, mereka memang berkawan rapat dan tidak lebih daripada itu.

“Secara kebetulan, saya dan Oncy bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama di Indonesia, Trinity Optima Production yang mengedarkan album saya di sana.

“Hubungan kami rapat kerana sepanjang tiga bulan di sana, kami sering buat persembahan dan menghabiskan masa bersama. Apapun, saya belum mempunyai teman istimewa selepas putus cinta lebih setahun lalu.

“Bukan saya tidak mahu mencari pengganti tapi kerana komitmen pada kerja menyebabkan saya tidak ada masa untuk semua itu,” katanya.

>Profil

NAMA SEBENAR: Kok Mui Kuan

TARIKH LAHIR: 16 Mac 1982

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

PENDIDIKAN: Diploma Lanjutan dalam jurusan Pengurusan Perniagaan

STATUS: Bujang

PROFESION: Penyanyi dan model

ALBUM: Lian Ai Kuai Le (Mandarin-1999), Change (Mandarin-2001) dan Chang (Mandarin bersama satu lagu Melayu berjudul Kau Dan Aku-2003)

PENCAPAIAN: Juara Asia Bagus di Singapura (1993), Top Ten Artis Cina Malaysia selama lima tahun berturut-turut sejak 2001 dan Anugerah Best Artist dan Malaysia Most Highly Supported Best Artis Global Chinese Golden Art Award (2005)

IKLAN KOMERSIAL: Model Duta Pepsi (2001), Coklat Cadbury (2002) dan

produk kesihatan di China (2003). Lain-lain Cool Fever, Follow Me, Yoko

Yoko dan Gardenia

Harian Metro

Peluang Keemasan Saya!

10 Jul

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap

BERWAJAH cantik dan memiliki suara gemersik, mem buatkan penyanyi Norazmahwati Abd Aziz, 32 atau Noryn Aziz cepat mencuri tumpuan peminat muzik tempatan. Sekalipun namanya tidak ‘gah’ seperti Datuk Siti Nurhaliza atau Mawi namun kerjaya seninya tetap berkembang baik.

Buktinya, sebaik membuat kemunculan kembali dengan album Alam Maya selepas lapan tahun menyepi, Noryn tidak ‘menang tangan’ dengan pelbagai aktiviti terutama men jayakan persembahan makan malam.

Noryn turut mengakui kehidupan sebagai penyanyi berubah apabila orang sudah mula melihat bakat dimiliki. Ia jauh berbeza dengan zaman remajanya ketika muncul bersama duo Sister Sister.

Begitupun kejayaan diraih membuatkan ada pihak kurang senang terhadapnya. Agak mengejutkan ada yang menuduh penyanyi kelahiran Shah Alam, Selangor ini cuba meng ganggu pasaran artis lain apabila mengenakan bayaran rendah untuk setiap tawaran menyanyi.

Kata mereka, sebagai penyanyi yang mempunyai reputasi baik dalam mengadakan persembahan terbuka, Noryn ma hupun pihak pengurusannya perlu bertindak bijak dengan tidak menerima bayaran rendah.

Apabila hal ini terjadi, ia secara tidak langsung membuatkan penyanyi lain terutama yang sudah ‘mantap’ kedudukannya di persada seni tanah air berhadapan dengan pelbagai masalah memandangkan mereka sudah menetapkan harga tertentu terhadap tawaran bagi mengadakan persembahan.

Noryn ditemui di majlis pengumuman artis mewakili negara di World Championship of Performing Arts (WCPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini, sedar dengan rungutan teman penyanyi lain.

Untuk menjelaskan mengenai perkara itu, Noryn me negaskan sebagai artis yang baru hendak kembali bertapak dia tidak boleh ‘meletak harga’.

“Saya terima teguran mereka dengan hati terbuka dan sebaik mungkin tidak mahu mengulas mengenai perkara ini. Ia agak sensitif dan bimbang jika saya memberikan sebarang ke nyataan mengenainya, bakal ada hati terguris.

“Bagaimanapun, sebelum dakwaan itu dibuat ada baiknya pihak terbabit menilai dulu pembabitan saya dalam industri seni.

“Ketika muncul dengan album Alam Maya saya sudah jelaskan bahawa saya harus berusaha semula membina kerjaya nyanyian seperti artis baru lain. Tambahan pula hampir lapan tahun saya menyepikan diri daripada industri seni dan orang sudah lupa siapa Noryn Aziz.

“Siapa saya hendak meletak harga. Saya bukan Datuk Sharifah Aini yang hampir 40 tahun membabitkan diri dalam bidang seni. Saya juga bukan Siti Nurhaliza yang sudah mengharumkan nama negara menerusi kerjaya seninya dan memenangi lebih 100 anugerah di dalam atau luar negara.

“Setakat ini saya hanya memperoleh satu anugerah iaitu Artis Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik tahun lalu. Pencapaian kecil itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk saya menaikkan harga apabila menerima tawaran mengadakan persembahan.

“Pada saya harga dikenakan terhadap khidmat untuk meng hiburkan orang ramai berpatutan. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Sesuai dengan tahap pencapaian saya sekarang.

“Begitupun saya turut berharap dan berdoa agar rezeki akan berubah seperti penyanyi lain yang sudah mantap kedu dukannya dalam industri seni tempatan. Bukankah setiap orang dalam dunia ini mahu kehidupannya akan menjadi bertambah baik pada masa akan datang,” katanya.

Mengenai pembabitannya dalam pertandingan WCPA, kata Noryn dia ‘besar hati’ apabila dipelawa Pelancongan Malaysia dan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) untuk menyertai pertandingan berprestij bertaraf antarabangsa itu.

“Saya menganggap penyertaan dalam WCPA sebagai pe luang keemasan untuk menimba pengalaman. Inilah yang saya tunggu dan nantikan. Saya menjadikan pertandingan itu sebagai medan untuk menguji kemampuan diri,” katanya.

Sepanjang pertandingan yang bakal berlangsung pada 17 hingga 29 Julai itu, Noryn akan menyertai lima kategori iaitu muzik kontemporari, R & B/Jazz, komposisi asli, Broadway dan terbuka. Lagu bakal didendangkan seperti Big Spender, Sayang di Sayang, One Moment In Time dan At Last.

Sebelum terbang ke Los Angeles Noryn menjelaskan dia melakukan banyak persediaan termasuk bertanyakan kepada mereka yang pernah menyertai pertandingan itu seperti Syafinaz Selamat, Deja Moss dan Dina mengenai bagaimana WCPA dikendalikan.

“Agak mengejutkan kerana saya difahamkan peserta hanya diberikan satu minit saja untuk mendendangkan lagu di pertandingkan. Dalam tempoh singkat itu mereka tidak hanya menilai vokal tetapi turut mengambil kira penampilan, personaliti dan dan cara kita berinteraksi.

“Perkara ini benar-benar membuat saya rasa bimbang memandangkan lagu yang saya dendangkan mengambil masa panjang untuk ‘panas’ sekali gus mampu menonjolkan ke mampuan vokal.

“Untuk itu pihak pengurusan saya sudah membuat minus one khas dan setiap lagu disusun semula bagi menonjolkan kemampuan vokal,” katanya.

Kalangan penyanyi yang pernah menyertai pertandingan itu turut menasihatkan Noryn agar mendendangkan lagu Ing geris agar corak penyampaian mudah difahami juri.

Turut bersama Noryn ke pertandingan itu, bintang muda Ikhwal Hafiz Ismail (Iqwal), artis budaya Istana Budaya dan dua orang model ternama Tengku Norazura Tengku Awang (Azura) dan Zainab Abdul Aziz (Zeia) yang menyertai kategori peragaan.

>Profile

NAMA SEBENAR: Norazmahwati Abdul Aziz

PANGGILAN: Noryn Aziz

USIA: 32 tahun

TARIKH LAHIR: 26 November 1976

TEMPAT LAHIR: Shah Alam, Selangor

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Kolej Muzik Antarabangsa

(ICOM)

ALBUM: Fantasi O Realiti dan Alam Maya

PENCAPAIAN: Artis Baru Terbaik Wanita di Anugerah Planet Muzik (2007), Mewakili Malaysia di Festival Muzik Antarabangsa Jazz di Indonesia, Singapura dan Vietnam

Harian Metro

Siti Rindu Buat Konsert

25 Jun

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap

KEMUNCULANNYA dinanti, suaranya dirindui. Tidak hairanlah kemunculannya di majlis program Laman Santai di Istana Budaya, Sabtu lalu, menjadi tumpuan peminat.

Sebaik saja pengacara majlis, Raja Azura dan Sharifah Shahira mengumumkan namanya, hadirin terus bangun lalu berlari untuk mendapatkan posisi selesa di bahagian hadapan dengan harapan dapat melihat raut wajahnya secara dekat selain merakamkan fotonya untuk dijadikan kenangan.

Begitulah penangan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 29, yang berasal dari pekan kecil, Kuala Lipis, Pahang.

Sumbangan dan kehebatan kerjaya nyanyian yang dibinanya sejak 12 tahun lalu menyaksikan wanita cekal ini layak dikurniakan gelaran Datuk.

Sekalipun, ada yang meramalkan populariti Siti terjejas apabila berumah tangga, dakwaan itu sama sekali tidak benar.

Buktinya, Siti masih punya pesona dan membuatkan pe minat sentiasa teruja untuk mengikuti perkembangannya. Begitu juga wartawan yang hadir tidak melepaskan peluang mendapatkan cerita terbaru daripadanya.

Siti berkata, meskipun rumahtangga menjadi keutamaannya kini itu tidak bermakna kerjaya nyanyian dilupakan.

“Kehidupan sekarang ini lebih seimbang. Kalau dulu asyik bekerja, sekarang keluarga adalah keutamaan saya. Sedikit pun tidak menyesal kerana itu memang keputusan yang saya lakukan sendiri. Bagaimanapun, nyanyian tidak pernah di lupakan.

“Misalnya sekarang, saya sedang menghasilkan album fu sion. Semua sepuluh lagu yang dimuatkan dalam album ini saya ambil daripada komposer yang terbabit dalam Kem Cipta Ekspres anjuran MACP (Music Authors Copyright Pro tection) di Port Dickson, Januari lalu.

“Antaranya Adnan Abu Hassan, Fauzi Marzuki, S Atan dan Zubir Ali. Sewaktu acara itu berlangsung, saya diundang untuk mendengar semua lagu yang dihasilkan khusus untuk saya yang mana kesemuanya lagu baru berkonsep Irama Malaysia.

“Ternyata lagu yang dihasilkan bagus dan menepati selera saya justeru saya memutuskan untuk menggunakan 10 lagu yang terbaik memandangkan saya memang punya peran cangan untuk menghasilkan album tradisional.

“Kemungkinan besar lagu yang dimuatkan lebih daripada 10. Insya-Allah, ia akan berada di pasaran penghujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya.

Siti juga optimis lagu-lagu yang dimuatkan dalam album itu mampu memenuhi selera pendengar walaupun membariskan komposer lama.

“Walaupun ramai komposernya orang lama, lagu yang mereka hasilkan untuk Siti sesuatu yang segar bersesuaian dengan kehendak pasaran.

“Malah saya akan kembali menggunakan kepakaran Adnan selepas 10 tahun tidak bekerjasama. Abang Adnan seorang komposer yang hebat dan masih saya hormati sehingga hari ini.

“Sekian lama tidak menggunakan lagunya bukan kerana ada sengketa sebaliknya perubahan yang cuba dilakukan dalam setiap album mendesak saya menimba pengalaman dengan komposer berlainan.

“Untuk album tradisional ini, kebetulan lagu abang Adnan sangat bersesuaian dengan konsep yang cuba saya kete ngahkan dan saya begitu teruja untuk bekerja sekali lagi dengannya,” katanya.

Kehadiran Siti dalam program Gema Suara Seniman yang diadakan di perkarangan Istana Budaya, Sabtu lalu, secara tidak langsung membuktikan keprihatinannya terhadap usa ha persatuan itu.

Apatah lagi sebelum ini ketiadaan Siti di majlis pelancaran Hari Seniman menimbulkan tanda tanya sehingga timbul dakwaan kononnya artis muda sepertinya kurang prihatin.

“Mengenai Hari Seniman, saya sendiri bertanya kepada Kak Rozie (pengurus Siti) apakah Seniman tidak mengundangnya ke majlis itu kerana tiada sebarang jemputan diterima.

“Justeru tidak adil jika saya diumpamakan seperti itu (tidak prihatin). Malam ini misalnya, selain kelapangan dan pem babitan saya sebagai salah satu cara menghargai usaha persatuan itu,” katanya.

Dalam ramah melayan pertanyaan wartawan, Siti rimas diajukan soalan berhubung anak. Ternyata sejak berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006, Siti belum diberikan rezeki menimang cahaya mata.

Menyorot kehidupan peribadinya, waktu senggang Siti dipenuhi dengan aktiviti memanjakan diri ke spa dan ada kalanya memasak di rumah.

Ditanya, apakah perkara paling dirinduinya saat ini, tanpa berselindung Siti teringin mengadakan konsert selepas kali terakhir ia diadakan di Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005.

“SNP Production dan Yayasan Nurjiwa ada merancang untuk mengadakan sebuah persembahan amal ekslusif se belum bulan puasa namun sehingga kini ia masih dalam proses perbincangan.

“Kalau ikutkan hati, saya teringin mengadakan konsert sebagai tanpa penghargaan kepada peminat yang tidak pernah jemu menyokong saya biar dalam keadaan apa sekalipun.

“Namun, faham sajalah buat konsert bukan senang, banyak perkara perlu diambil kiri lebih-lebih lagi soal tajaan. Insya Allah, jika menemui penaja sesuai saya berhasrat mengadakan konsert secepat mungkin,” katanya.

Pada persembahan malam itu Siti menyampaikan empat lagu antaranya Ku Mahu dan Biarlah Rahsia. Siti tidak keseorangan kerana turut ditemani kakak dan adiknya yang turut diundang menjayakan majlis itu.

Kakaknya, Saidah yang menyertai Akademi Fantasia musim keenam (AF6), menyampaikan lagu Nuri dipopularkan oleh Ella sementara Sairah memilih Aku Bukan Untukmu (Ros sa).

Selain Siti, Saidah dan Sairah, kumpulan Coda yang ber naung dibawah SNP Production (Siti Nurhaliza Production) antara artis yang membuat persembahan.

Artis lain, Jaclyn Victor yang membawakan lagu Hindustan, Piya Tu & Dum Maro Dum serta Satu Harapan manakala rocker terkenal, Amy Search menghangatkan suasana dengan lagu Tiada Lagi, Kerja Gila dan Isabella.

Dua artis veteran dari Singapura, R Ismail dan Rokiah diterbangkan khas untuk memeriahkan majlis dengan lagu Gurindam Jiwa dan Hati Ke Hati.

Pelakon veteran Datuk Aziz Satar pula menggeletek pe nonton dengan persembahan sketsa sambil menyanyi. Sua sana malam itu turut diserikan dengan terian Makyung oleh Kumpulan Makyung Sri Nilam Istana Budaya.

Powered by Harian Metro

SOSEH SOSEH: Siti pindah rumah bekas isteri Datuk K?

14 Mar

SETIAP wanita mengimpikan hidup bahagia dalam kehidupan serba serbi sempurna. Apabila berkahwin, mahu punya anak serta punya mahligai indah bersama suami bahagia hingga akhir hayat.
Kalau dalam filem Hindustan, kita akan kagum dengan mahligai indah keluarga kaya yang ditampilkan hingga memasang angan-angan memiliki rumah seperti itu.

Dalam hal ini, SS cemburu dengan penyanyi Datin Seri Siti Nurhaliza. Ada yang kata Siti dihadiahkan rumah mewah bernilai jutaan ringgit oleh suami tercinta tapi dinafikan oleh Siti.

Terbaru, SS dengar Siti akan berpindah ke rumah mewah yang pernah dihuni suami dan bekas isterinya. Mungkin Siti dan suami rasa lokasi rumah itu paling sesuai. Suami sukakan rumah itu. Maklumlah, rumah mewah itu dulu dibina suami untuk isteri tercinta tetapi jodoh mereka tidak panjang.

Demi kasih pada anak-anak dan menghargai pengorbanan bekas isteri selama ini, rumah itu diserahkan kepada bekas isteri.

Tapi SS dengar, apalah gunanya mahligai indah itu kalau ia sunyi sepi tanpa gelak tawa anak-anak. Mereka kini makin dewasa dan belajar di luar negara. Ini juga tentunya peluang paling baik untuk pasangan ini berpindah ke rumah ini.

Malah SS difahamkan, bekas isterinya sudah berpindah dan menyewa rumah lain. Kalau benarlah cerita yang SS dengar ini, memang bertuah Siti. Dulu Siti dikatakan pernah meluahkan rasa kagumnya ketika pertama kali menjejakkan kaki ke rumah itu.

Tapi kini penyanyi Ku Mahu itu boleh tinggal di rumah itu. Sudah tentu suami Siti cuba memberikan apa yang diingini isterinya. Tambahan pula, anak juga rapat dengan ibu baru dan mereka boleh tinggal bersama-sama.

Kalau cerita ini tidak benar, SS minta ampun banyak-banyak dengan Siti tapi sumber SS ini beriya-iya mengatakan berita ini bukan rekaan semata-mata.

Siti, Mawi bakal gegar pentas ABPBH

13 Mar

KUALA LUMPUR: Pemenang enam kali Anugerah Bintang Paling Popular, Datin Seri Siti Nurhaliza dan penyandang anugerah sama untuk 2005 dan 2006, Asmawi Ani (Mawi) bakal menggegarkan pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH07).

Kedua-dua penyanyi popular itu antara 17 artis yang diumumkan penyelaras ABPBH07, Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi) untuk menghiburkan peminat di acara berprestij itu yang bakal berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang pada 30 Mac ini.

Menarik apabila di majlis pengumuman pengacara, penyampai trofi dan persembahan artis ABPBH07 diadakan di Hotel Palace Of The Golden Horses di sini, semalam, Datuk Jalaluddin Hassan turut disenaraikan untuk menyanyi.

Turut serta mengadakan persembahan penyanyi utama kumpulan Search, Amy, Anuar Zain, Atilia, Awie, Bob, Dynas, Ella, Fasha Sandha, Fousiah Gous, Hattan, Heliza, Liza Hanim Meet Uncle Hussain dan Ramli Sarip.

Sementara itu 26 artis popular terbabit sebagai penyampai trofi untuk 16 kategori dipertandingkan iaitu AC Mizal, Afdlin Shauki, AG, Anne Ngasri, Awie, Datuk Yusni Hamid, Diana Danielle, Erra Fazira, kumpulan Estranged, Fauziah Latiff dan Hans Isaac.

Turut diumumkan pelakon muda Iqram Dinzly, Isma Halil Hamzah, Leya, Nabil, Ning Baizura, Noorkhiriah, Nora Danish, Noryn Aziz, Nurul, Rashidi Ishak, Rozita Che Wan, Sharifah Shahira, Syamsul Yusof, Zainal Din Zainal dan Zul Zahya.

Seperti tahun lalu, Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Raja Azura masih dikekalkan sebagai pengacara majlis.

Di majlis sama Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) Datuk Manja Ismail dan Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Sadik Habib, menyampaikan hadiah kepada pemenang Peraduan Gemilang Bersama Bintang bagi siri satu, dua dan tiga.

Bagi siri satu pemenangnya, Farah Wahida Mohd Zain diikuti tempat kedua, Md Amin Mohamad dan Nora Hamid tempat ketiga. Siri kedua dimenangi Nor Khalilah Mohamad, Ahmad Farid Mustamir Neguib dan Wirna Ilyana Mohd Arshad sementara siri ketiga pemenangnya Nor Razmi Che Hat, Mohd Ferdaus Sari dan Annis Fadzreen Mohd Razzib.

Pememang utama menerima hadiah berupa berjalan di permaidani merah dan menyaksikan ABPBH07 bersama artis popular. Mereka turut menerima barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM5,000 dan pakej percutian ke Bali untuk dua orang.

Pememang tempat kedua menerima hadiah berupa perakam video cakera keras tajaan JVC Sales & Services dan tiket menyaksikan ABPBH07 dan tempat ketiga menerima produk L’Oreal bernilai RM300 dan tiket VIP ke ABPBH07.

Menanti Yang Berhormat

8 Mar

HARI ini warganegara kita membuang undi selepas kali terakhir empat tahun lalu. Masing-masing akan ke pusat pembuangan undi yang diaturkan termasuk mereka yang balik kampung menjalankan tanggungjawab itu.
Artis kita juga tidak terlepas daripada tanggungjawab itu. Namun seminggu dua lalu, saya tertarik dengan pembabitan mereka dalam kempen pilihan raya umum. Ramai yang tahu artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nur Camelia, Ani Mayuni, Datuk DJ Dave, Norman KRU dan Jaafar Onn antara yang meluangkan masa bagi memastikan calon mereka berjaya meraih undi sebanyak mungkin.

Paling banyak kedengaran ialah Siti yang ke beberapa tempat termasuk Senawang, Rembau di Negeri Sembilan dan Gambang, Kuantan di Pahang.

Pastinya mereka seperti gula pelaris atau pemanis untuk menarik perhatian dalam usaha berkempen. Melalui gambar yang ditunjukkan jurugambar di pejabat, saya percaya mereka didekati kerana populariti mereka sebagai insan seni.

Inilah antara gunanya orang popular seperti mereka. Mencipta nama dan meraih populariti dalam karier seni, kemudian ‘berguna’ untuk usaha kerajaan. Hal ini bukan baru di dunia, mana-mana negara pun menggunakan populariti artis dalam usaha berkenaan.

Shah Rukh Khan dan Amitabh Bachchan pernah berkempen untuk pilihan raya di India, begitu juga Hollywood secara terang-terangan Oprah Winfrey menyokong penuh calon Demokrat, Barack Obama.

Dalam keadaan kepentingan populariti ini, kita nampak betapa perlunya tenaga artis. Di sinilah gunanya populariti yang bukan saja untuk mengukuhkan kedudukan sebagai artis tetapi lebih daripada itu.

Cuma ketika memperkatakan mengenai pilihan raya dan artis, saya teringat dengan tulisan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh di dalam kolumnya, Jarum Emas yang menyentuh mengenai wakil rakyat di kalangan artis. Sudah 12 kali pembuangan undi dibuat tetapi tidak pernah sekalipun kalangan artis yang menjadi calon.

Tidak mengapa, mungkin suatu hari nanti. Kita tunggu hari itu! Tidak mustahil untuk kita melihat situasi itu, cuma lihat masa dan keadaan sebagaimana kita menyaksikan ‘terminator’ Arnold Schwarzenegger yang menjadi Gabenor California daripada seorang pelakon dan ahli bina badan.

Bagaimanapun, populariti bukan kriteria utama untuk menjadi calon. Bak kata Maya Karin, ia (populariti) bukan satu jaminan meraih undi, sebaliknya artis yang ingin menjadi calon atau yang terpilih ini harus mengambil peluang untuk memperjuangkan nasib orang ramai dan persada seni tanah air.

Begitu juga dengan Norman yang menyifatkan artis yang bercita-cita menjadi wakil rakyat, seharusnya memahami apa yang mahu diperjuangkan. Benar kata-kata usahawan muda ini, ia bukan setakat mencipta manifesto tetapi pelaksanaannya juga seiring dengan apa yang dilaungkan.

Mungkin sesetengah pihak masih memandang rendah terhadap masyarakat artis seperti yang dikatakan oleh Norman tetapi saya percaya tidak semua melihat artis hari ini sebelah mata. Lihat saja kewibawaan Siti menjulang dunia seni, malah Norman sendiri yang melebarkan cabang seni bukan hanya di atas pentas sebaliknya ke dunia ‘showbiz’ sebenar.

Kalau mengikut populariti, Siti calon paling layak untuk kita wakilkan sebagai calon. Namun perlu diingat, ia tidak semudah disangka kerana populariti bukan jaminan utama seperti kata Maya tadi. Memang pengaruh Siti tidak disangkalkan begitu besar tetapi wakil rakyat bukan sekadar naik pentas dan berucap di depan khalayak.

Entah-entah yang datang mendengar ucapan bukan kerana ingin mendengar mandat atau apa yang cuba diperjuangkan tetapi lebih kepada melihat artis dari dekat. Bukan ingin mempertikaikan tetapi hakikatnya itu tidak boleh kita nafikan.

Saya percaya, Siti mampu berbuat begitu dan saya setuju dengan pendapat Norman. Cuma mungkin bukan buat ketika ini. Bagaimanapun anganan ini diharapkan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Tidak hanya memperjuangkan warga seni tetapi menaikkan martabat lapangan seni yang selama ini dipalit dengan jenama negatif.

Kita perlu sabar menanti wakil rakyat daripada kalangan insan seni. Tidak mustahil, selain Siti, Norman juga antara contoh orang muda yang perlu dilihat kerana nampaknya pemuda bujang ini berbakat ke arah itu.

Tiada niat jadi YB

8 Mar

Oleh Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

ImageShack
Rap

SELEPAS 50 tahun negara merdeka, kita belum mempunyai wakil rakyat di kalangan artis sedangkan pengaruh artis terhadap masyarakat sememangnya cukup besar.
Buktinya dalam kemeriahan kempen Pilihanraya Umum ke-12, sebilangan artis turut turun padang dan sanggup berpeluh ketiak membantu calon masing-masing. Antaranya Datin Seri Siti Nurhaliza, Datin Seri Normala Samsudin, Norman Abdul Halim, Betty Banafe, Latiff Ibrahim dan Herman Tino.

Dalam kesibukan Siti Nurhaliza membantu suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa berkempen, namanya turut disebut-sebut sebagai calon paling layak menjadi wakil rakyat bagi mewakili golongan artis sekali gus memperjuangkan nasib mereka dan juga industri seni.

Bagaimanapun, penyanyi yang kini popular dengan lagu Ku Mahu itu menegaskan buat masa ini dia tidak ada niat untuk menceburi politik tetapi pembabitannya dalam kempen pilihan raya ini hanya membantu teman-teman suaminya yang bertanding.

“Saya tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang politik sebaliknya hanya membantu menjayakan kempen. Apapun, saya mahu terus membantu dan berbakti dengan cara sendiri melalui Yayasan Nurjiwa dan juga pertubuhan amal.

“Berpolitik bukan bidang saya dan memang saya tidak berminat buat masa ini. Sebagai rakyat Malaysia, saya menjalankan apa yang baik untuk agama, bangsa dan negara. Apapun, terima kasih sajalah atas cadangan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam artikel Siti Layak Jadi YB? yang disiarkan Harian Metro semalam, Pegawai Eksekutif KRU Berhad, Norman Abdul Halim mengatakan artis menjadi wakil rakyat sebagai satu cadangan yang cukup baik dan berpendapat Siti Nurhaliza calon paling layak.

“Siti Nurhaliza antara calon yang sesuai kerana jauh lebih matang berbanding usianya,” katanya.

Siti yang mempertaruhkan album terbarunya, Hadiah Daripada Hati mengakui jadualnya cukup sibuk sepanjang musim pilihan raya ini.

Katanya, apa yang dilaluinya itu sebagai pengalaman baru dan cukup teruja dengan apa yang dilakukannya kerana berpeluang mendekati peminat dengan cara berbeza berbanding sebelum ini.

“Kehadiran saya hanya membantu menjayakan kempen dan kebanyakan kawasan yang saya pergi adalah kawasan sahabat suami. Apalah salahnya jika saya turut turun padang menemani suami. Saya bukan berkempen sebenarnya tetapi sekadar membantu dan memberi sokongan moral.

“Apapun, ia satu pengalaman yang cukup menyeronokkan kerana saya dapat bertemu ramai orang dari seluruh pelosok kawasan.

“Ia juga pengalaman baru buat saya kerana biasanya berjumpa peminat kerana menyanyi, tapi kali ini berbeza,” katanya.

Pada hari akhir kempen semalam, Siti lebih sibuk lagi berada di dua loaksi di sekitar Kuala Lumpur.

Malam tadi sebagai penutup kempen, Siti berada di Selayang, Selangor dan untuk hari mengundi hari ini, Siti mendaftar di Bangunan Yayasan Selangor, Kuala Lumpur mengikut alamat kad pengenalan di Cheras.

Antara lokasi lain yang dihadiri Siti ialah Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Pekan di Dewan Majlis Daerah Pekan (MDP) serta majlis ramah mesra warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama pemimpin di Kem Batu 10, Pekan pada 3 Mac.

Siti juga hadir di majlis jamuan rakyat bersama Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Kampung Paya, Permatang Tok Gelam, Teluk Air Tawar di Butterworth untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada 5 Mac. Lokasi lain di Tampin, Rembau dan Gemas.

Siti ubat rindu peminat

4 Mar

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

SELEPAS memegang status isteri dan tampil dengan imej bertudung, Zoom In@ RTM adalah penampilan pertama Datuk Siti Nurhaliza di kaca televisyen.
Kali terakhir, penyanyi nombor satu tanah air ini muncul di kaca televisyen ialah ketika menjayakan Konsert Fenomena dan Zoom In@ RTM, tidak lama dulu.

Justeru tidak hairanlah, Zoom In @ RTM bersama Siti yang disiarkan secara langsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, malam kelmarin memang dinantikan peminatnya.

Secara peribadi, Siti sendiri mengakui dia cukup gembira dapat menghiburkan peminatnya pada malam itu.

“Maklumlah, saya sudah lama tidak muncul di kaca televisyen. Saya difahamkan auditorium sesak pada malam ini dan ramai peminat tidak dapat masuk ke dalam auditorium.

“Saya berharap, peminat juga berjanji memberi sambutan yang sama bila saya membuat persembahan lagi di auditorium pada masa akan datang,” katanya.

Apapun, persembahan Siti pada malam itu memang tidak menghampakan penonton yang membanjiri auditorium sejak awal lagi.

Ternyata, repertoire lagu yang disampaikan yang juga dipetik daripada bingkisan album terbarunya, Hadiah Dari Hati memenuhi cita rasa peminatnya terutama ahli kelab peminatnya, Siti Zone yang membanjiri auditorium pada malam itu.

Siti membuka tirai persembahan dengan lagu Destinasi Cinta, sekali gus turut menceritakan kerjaya nyanyiannya juga bermula di RTM, selepas menjuarai juara Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) 1995.

Lagu Mulanya Cinta turut mengingatkannya ketika beraksi dalam pementasan Teater Muzikal P Ramlee di mana dia berlakon memegang watak Azizah dalam muzikal berkenaan.

“Saya tidak pernah berlakon dan ia pengalaman cukup manis dalam hidup saya.

“Saya juga masih teringat babak dalam teater muzikal P Ramlee itu. Saya percaya, peminat dapat merasakan detik indah itu menerusi lagu yang disampaikan.

“Ia membuktikan kasih sayang saya dan peminat tetap utuh sejak dulu,” katanya.

Bagi Siti, kejayaan yang dikecapinya hari ini tidak bermakna tanpa sokongan peminat setia yang tidak pernah jemu memberi sokongan dari belakang.

Justeru, tidak hairanlah, dia menjemput beberapa peminatnya untuk sama-sama menari dengannya di pentas menerusi persembahan secara medley, dua lagu lama, Tunggu Sekejap dan Sejakku Bertemu Padamu.

Dalam pada itu, gandingan Siti dan pengacara popular Aznil Nawawi benar-benar serasi dan menyemarakkan suasana pada malam itu.

Justeru, ia turut menafikan suara sumbang yang mengatakan kemunculan Aznil pada malam itu mengaburi persembahan Siti.

Apa yang penting, gandingan Siti dan Aznil memang serasi terutama ketika berduet lagu Horey Horey dipopularkan Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang juga idola Siti sendiri.

Sesungguhnya, Siti tetap diva pada malam itu dan ia diakui Aznil yang mengatakan dia takut untuk menyanyi di hadapan penyanyi popular berkenaan.

Aznil meneruskan persembahan dengan Aku Cinta Padamu (lagu Siti) dan Professor Klon yang juga lagu tema filem Cicak Man.

Sekalipun sudah berstatus Datuk, isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini tetap merendah diri seperti dulu dan lebih selesa dipanggil Siti saja.

Ia dapat dilihat ketika dia meminta artis undangannya, pengacara dan pelawak Shamsul Ghau Ghau, Louisa Chong dan Aznil memanggilnya Siti saja sepanjang menjayakan sketsa bersama mereka.

Pada masa sama, penyanyi ini turut menyelitkan tip berguna buat mereka yang ingin menjadi anak seni sepertinya iaitu kejayaan tidak dapat dicapai tanpa disiplin, sabar dan berwawasan (visi).

“Saya suka mengakhiri persembahan dengan lagu rancak dan saya harap lagu inilah yang anda mahu,” katanya.

Lagu merdu lain yang disampaikan Siti pada malam itu, Biarlah Rahsia, Love You Inside And Out, Cintamu, Eslilin (lagu dari seberang yang pernah dimuatkan dalam album tradisionalnya sebelum ini), Melawan Kesepian dan Ku Mahu.

Selain itu, penampilan artis Siti Nurhaliza Productions (SNP), kumpulan lima anak muda berbakat yang menggelarkan diri mereka Coda turut menghiburkan penonton pada malam itu dengan dua lagu, Menanti Sebuah Jawapan dan lagu sendiri, Buai.

Selain itu, pemuzik yang mengiringi persembahan Siti pada malam itu ialah di bawah pimpinan Helen Yap.

Siti curi tumpuan 1,000 warga ATM

4 Mar

KUANTAN: Kehadiran penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza pada majlis ramah mesra warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama pemimpin di Kem Batu 10, di sini, semalam, mencuri tumpuan lebih 1,000 pegawai dan anggota.

Ini kerana, penyanyi itu yang datang bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut meluangkan masa berbual dan merakam gambar bersama peminat di kalangan warga tentera.

Siti Nurhaliza dan suami dijemput khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Pekan untuk memeriahkan majlis itu.

Siti ketika ditemui berkata, dia teruja menghadiri majlis pemimpin BN bersama rakyat sepanjang tempoh kempen pilihan raya umum kali ini kerana secara tidak langsung dapat mendekatkan dirinya dengan peminat.

“Jika sebelum ini, saya sibuk dengan persembahan pentas di kota tetapi dengan mengikut pemimpin yang menjelajah kawasan ditandingi bagi menemui pengundi dapat mendekatkan saya dengan peminat terutama di luar bandar.

“Peluang menghadiri majlis sebegini digunakan sebaiknya untuk menemui peminat pelbagai lapisan masyarakat selain tanda penghargaan kerana menyokong kerjaya seni saya selama ini,” katanya.

Menurutnya, beliau akan mengundi buat kali pertama pada pilihan raya umum kali ini berikutan baru mendaftar sebagai pemilih.

“Saya tidak berpeluang mengundi sebelum ini kerana terlalu sibuk menguruskan bidang seni selain jadual pentas yang ketat.

“Namun, selepas berumah tangga, baru saya ada masa untuk mendaftar dan akan mengundi,” katanya.

Kelmarin, Siti Nurhaliza mengejutkan penduduk Taman Gemas Indah, Gemas, Negeri Sembilan apabila menghadiri kenduri kampung bersama pemimpin bagi kerusi Parlimen Tampin.

Respirasi Muzik: Siti hilang bisa

4 Mar

Rap
ALBUM: Hadiah Daripada Hati
ARTIS: Datuk Siti Nurhaliza

TRANSKRIPSI yang dihasilkan lebih dua tahun lalu dianggap album paling bagus pernah dihasilkan Datuk Siti Nurhaliza oleh kebanyakan peminat mahupun pengkritik .

Maka tidak hairanlah mengapa Transkripsi dipilih memenangi anugerah Album Terbaik di majlis Anugerah Industri Muzik awal tahun lalu.

Tahun ini Siti kembali dengan album baru. Lebih menarik apabila penyanyi popular itu menggunakan judul, Hadiah Daripada Hati (HDH).

Ramai yang menunggu album ini. Bagaimanapun sebaik ia dipasarkan reaksi diberikan peminat dan pemerhati industri muzik tempatan kurang memberangsangkan. Kata mereka HDH tidak cukup mantap dan lebih ‘mengharukan’ apabila ia dibandingkan dengan Transkripsi.

Perbandingan antara karya terbaik dan buah tangan baru daripada Siti Nurhaliza tidak boleh dielak kerana pada pendengar, Transkripsi menjadi penanda aras apatah lagi Siti sendiri bertindak selaku penerbit bersama Aubrey Suwito, Audi Mok, Azlan Abu Hassan, Greg Henderson, Jenny Chin dan Sharon Paul.

Seperti judulnya, album ini dirasakan sesuatu yang dihasilkan dengan kehendak dan cita rasa Siti sendiri lalu dihadiahkan kepada peminat.

Mengekalkan majoriti lagu berentak balada, kebanyakan susunan muzik dihasilkan kedengaran agak ringan. Begitu juga dengan cara penyampaian. Siti tidak terlalu berusaha menampilkan kemampuan vokalnya sebaliknya penyampaian lebih bersahaja.

Mungkin album ini seperti memberitahu Siti semakin berubah dari sudut cita rasa muzik dan sesuai dengan usia kematangannya.

Begitupun album HDH bermula dengan baik apabila menampilkan lagu rancak Ku Mahu berentak Salsa ciptaan Audi Mok.

Lagu menarik dalam album ini datang daripada pencipta seberang, Pongky Barata iaitu Melawan Kesepian dan Kerana Dirimu ciptaan Cynthia Lamusu.

Memuatkan 11 lagu baru, Siti turut merakamkan semula lagu yang dinyanyikannya dalam teater muzikal, P Ramlee… The Life, The Loves & The Inspiration yang menyaksikan kemunculan pertamanya di pentas lakonan. Tidak dilupakan lagu Hati yang menjadi lagu tema kepada filem patriotik, 1957: Hati Malaya.

Depan Mata: Siapalah nak mengaku!

3 Mar

Oleh Hartati Hassan Basri

Rap
GOSIP mengenai kehidupan artis cukup mudah menarik perhatian umum. Cerita skandal artis jelita dengan orang kenamaan, salah laku artis A dengan B dan macam-macam lagi.
Ianya jadi bahan menarik untuk dipaparkan dalam ruangan gosip bukan saja melalui media cetak malah laman web yang cukup popular dengan ruangan gosip. Tapi apabila namanya gosip, ia tidak diketahui kesahihahnya, maka cerita yang dipaparkan tidak boleh secara terang-terang.

Apabila ditanya artis itu mengenai kesahihan cerita dipaparkan, siapa yang akan mengaku salah laku diri sendiri. Apa yang boleh mereka katakan, itu semua fitnah dan mereka menjadi mangsa gosip.

Antaranya gambar aksi lucah seorang pelakon baru dan terbaru, babak panas di ranjang membabitkan dua pelakon terkenal yang kini jadi jajaan di Internet.

Pelakon jelita yang kini mengecapi populariti sebagai pelakon, Rozita Che Wan baru setahun jagung berjinak-jinak dengan dunia seni. Tapi kisah peribadi pelakon berstatus janda anak dua ini tidak kurang hebatnya.

Rozita sering dikaitkan dengan gosip kononnya diintai lelaki bergelar Datuk, menjalin cinta dengan artis kacak dan terbaru dikatakan berkahwin dengan Tan Sri R.

Tapi semua gosip itu ditepis Rozita dengan bijak mengatakan dia tidak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul kerana dia tidak mengenali orang yang digosipkan dengannya.

Turut menjadi sasaran gosip, pelakon popular yang jelita, Fasha Sandha. Terbaru Fasha dikatakan mengganggu rumahtangga artis wanita. Sebelum itu Fasha pernah dikaitkan dengan Yusry Abdul Halim. Tapi dengan tenang, Fasha menyatakan dia tidak bersalah dan menjadi mangsa gosip.

Itu belum lagi cerita mengenai Datin Seri Siti Nurhaliza yang dikatakan sudah lali dengan gosip hingga perlu memberi penjelasan mengenai cerita yang tidak berasas. Mawi pula antara artis lelaki yang turut menjadi sasaran gosip.

Apakah semua gosip itu hanya cerita rekaan? Apakah ia tidak bertitik tolak daripada satu asas yang benar? Kenyataannya, tidak mungkin orang mengada-adakan cerita yang tiada. Bak kata pepatah, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

Tapi cerdik pandai hari ini ada jawapannya mengatakan zaman sekarang pokok bergoyang walaupun tiada angin kerana ada beruk yang goncang.

Kalau kita lihat semula, mungkin cerita yang disebarkan itu tidak seratus peratus benar, tetapi asasnya tetap ada. Cuma yang seinci jadi sejengkal tapi seperti dikatakan tadi, tidak mungkin orang memperkatakan sesuatu yang tidak ada atau sengaja mengada-adakan cerita.

Mungkin artis A tiada skandal dengan artis B tapi sebenarnya dia dengan C. Contohnya seperti yang berlaku kepada Erra Fazira. Pelakon dan penyanyi popular itu dikatakan ada hubungan intim dengan pelakon Hans Isaac tetapi akhirnya kebenaran terjawab, Erra menjalin cinta dengan orang lain.

Contoh lain, gosip Siti dengan Datuk K kira-kira dua tahun lalu. Puaslah Siti menafikan cerita yang diperkatakan itu. Walaupun sudah disebut nama penuh Datuk K, Siti mengatakan dia tidak mengenali nama yang disebutkan.

Tapi akhirnya selepas puas media memburu kebenaran siapa gerangan Datuk K, akhirnya kebenaran itu terjawab juga. Banyak lagi cerita yang bertitik tolak dari gosip, akhirnya kebenaran terjawab juga seperti apa yang berlaku kepada penyanyi Azharina.

Penyanyi Elegi Sepi itu dikatakan menjadi isteri ketiga usahawan dari negeri Pantai Timur tapi dinafikan sekeras-kerasnya. Tapi apabila gambar penyanyi itu bersama suaminya disebarkan, penyanyi itu tidak dapat mengelak lagi dan mengaku sudah berkahwin tapi terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Sebenarnya itulah harga yang harus dibayar seorang artis. Apabila melangkah kaki ke dalam dunia seni, sekaligus memegang status artis, mereka harus bersedia menjadi tontonan umum. Banyak mata yang melihat setiap kali mereka melangkah. Makin popular artis itu, lebih mudah dia dikenali orang.

Walaupun nun jauh di luar negara, jangan disangka tiada siapa tahu. Begitu juga kalau dalam bilik tertutup jangan ingat tiada siapa melihat. Kalau bukan mata manusia yang melihat, kini ada mata lain dipasang di mana-mana iaitu CCTV.

Cerita bawah kain ini memang cepat menarik tumpuan seperti semut dengan gula. Untuk mengelak menjadi bahan cerita, paling penting menjaga tingkah laku dan penampilan diri sebaik mungkin. Kalau masih menjadi sasaran gosip, mungkin ketika itu memang benar dia menjadi mangsa gosip.

Tapi ada pula artis yang bijak kerana menggunakan pengaruh orang tertentu untuk menyelamatkan dirinya daripada menjadi sasaran gosip. Jadi apa-apa cerita gosip mengenai dirinya akan ditapis terlebih dahulu.

Penduduk terkejut Siti Nurhaliza hadir majlis kenduri kampung

2 Mar

GEMAS: Lebih 1,000 penduduk di Taman Gemas Indah, di sini, terkejut selepas mendapati tetamu khas yang dijemput pada majlis kenduri kampung penduduk bersama pemimpin, malam kelmarin adalah penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Penyanyi itu dijemput khas calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Tampin, Datuk Shaziman Abu Mansur yang juga rakannya dan suami bagi memeriahkan majlis bersama penduduk.

Siti berkata, beliau terharu dengan sambutan penduduk dan berterima kasih kepada penganjur yang sudi menjemputnya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Sambutan yang saya terima sungguh meriah, macam calon yang bertanding pula. Saya berterima kasih kepada Datuk Shaziman yang sudi menjemput kami, malah malam ini (kelmarin), saya dapat menikmati masak lemak cili padi,” katanya ketika ditemui.

Isu Faizal, tudung Siti

28 Jan

MALAM tadi berlangsungnya kemuncak Anugerah Juara Lagu 22 (AJL22) di Stadium Putra, Bukit Jalil tanpa kehadiran Faizal Tahir untuk membawakan lagu Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta.

Rabu lalu, program One In A Million musim kedua (OIAM2) menjalani rakaman untuk disiarkan di 8TV pada Jumaat dan bukan secara langsung sebagaimana biasa.

Dua perkara ini disebabkan tindakan Faizal yang disifatkan pendek akal kerana membuka baju dan tali pinggang ketika menjayakan konsert anjuran 8TV pada 13 Januari lalu, hingga mencetuskan kontroversi.

Sebagai pengajaran kepada Fazial dan tanda 8TV peka dengan isu ini, stesen yang bertanggungjawab melahirkan Faizal melalui OIAM tahun lalu, menghukum Faizal menjalankan kerja sosial selama enam bulan. Tidak cukup dengan itu, pengurusan Faizal, 8 Unit menyekat hasil royalti penjualan album dan pertunjukan pentas Faizal.

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) pula menggantungnya daripada muncul dalam sebarang program siaran langsung berbentuk hiburan selama tiga bulan, berkuat kuasa 15 Januari. 8TV pula tidak dibenarkan membuat siaran langsung mahupun tertunda bagi konsert dan semua program hiburan selama tiga bulan.

Sebenarnya ramai menanti kemunculan Faizal di AJL22 kerana lagu Mahakarya Cinta dikatakan punya peluang cerah untuk menang. Malah ramai yang menanti apa agaknya yang akan dilakukan Faizal kalau lagu itu diumumkan juara kategori balada atau juara keseluruhan.

Sebelum ini apabila dua lagunya diumumkan berjaya ke AJL22, Faizal menunjukkan tanda gembiranya dengan aksi meluncur dan isyarat tangan yang disifatkan ramai orang sebagai keterlaluan. Ternyata menjelang kemuncak AJL22, Faizal sudah melakukan aksi yang lebih berani.

Pelbagai pro dan kontra diperkatakan orang mengenai hukuman diterima Faizal. Ada mengatakan ia keterlaluan kerana ada artis lain yang melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah tetapi tidak dihukum.

Hujah mereka lagi, membuka baju bukan satu kesalahan besar dan tidak menyalahi hukum agama pun berbanding ada artis wanita yang bangga mendedah aurat yang sah-sah salah dari segi hukum agama malah ada yang sanggup berbogel.

Ketika isu ini hangat diperkatakan pada Sabtu dan Ahad lalu, saya berada di Bandung, Indonesia mengikuti rombongan ntv7. Berita mengenainya sampai juga ke Bandung apabila ada yang mengirimkan SMS. Heboh juga perkara itu diperkatakan apabila berbual dengan Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Datuk Amrin Awaluddin.

Selain isu Faizal, AJL22 juga dinanti-nantikan untuk melihat kemunculan pertama Datin Seri Siti Nurhaliza di pentas, selepas pulang mengerjakan haji di Makkah.

Sebelum ini penampilan Siti dengan imej bertudung sudah ditatap peminat melalui akhbar bermula dengan penampilan Siti menghadiri majlis ulang tahun Chef Wan bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, kemudian gambar eksklusif Siti khusus untuk muka depan Rap pada 10 Januari sempena Awal Muharam.

Tidak ketinggalan gaya Siti ketika hari jadinya yang ke-29 pada 10 Januari tapi Harian Metro tidak diundang, tiadalah cerita dan gambarnya dipaparkan dalam akhbar ini. Kemudian Siti dan suami hadir di majlis Cipta Ekspres anjuran MACP Port Dickson, Negeri Sembilan pada 16 Januari lalu.

Apa jadi bualan orang ialah gaya tudung Siti yang direka pereka terkenal, Datuk Bernard Chandran dan juga Radzuan Radzwill. Ramai memuji Siti nampak manis bertudung.

Terbaru, saya menerima kiriman e-mel daripada pembaca mengenai satu lagi fesyen tudung Siti ketika menghadiri pembukaan rasmi Restoran & Kedai Roti The Loaf di Pavilion, Selasa lalu.

Tapi semua itu penampilan Siti ketika menghadiri majlis bersama suami tetapi AJL22 menjadi medan pertama untuk Siti muncul di pentas.

Siti kembali ke pentas Juara Lagu mempertaruhkan lagu Destinasi Cinta selepas dua tahun berehat. Kali terakhir Siti berentap di AJL pada AJL19 menerusi lagu Kau Milikku yang menjadi juara kategori Pop Rock.

Seorang lagi artis kita yang baru pulang dari Makkah, Sheila Rusly juga turut mendapat perhatian pembaca apabila mula bertugas mengacara Apa-apa Aje di TV3, Khamis lalu. Ramai memuji Sheila nampak manis dan anggun bertudung.

Dalam pada itu, ada pembaca membuat perbandingan mengenai penampilan tiga artis wanita kita yang bergelar hajah, Deja Moss, Siti dan Sheila.

Tapi, itulah harga yang perlu diambil artis kerana segala kelakuan dan penampilan mereka menjadi tumpuan.

Wang hadiah untuk terbit album kedua

28 Jan

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Wang kemenangan ini akan kami gunakan untuk menerbitkan album kedua,” kata anggota kumpulan Estrange selepas lagu ciptaan mereka menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke 22 (AJL22) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Kemenangan itu bagaimanapun sudah dijangka awal oleh peminat memandangkan lagu ‘Itu Kamu’ mendapat komen positif juri pada peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 2007 yang berlangsung November lalu.

Ia dianggap kemenangan berganda buat kumpulan Estrange kerana sebelum itu mereka menjuarai kategori Pop Rock. Selaku juara kedua-dua kategori itu mereka membawa pulang wang tunai RM37,000.

Turut bertanding kategori Pop Rock, Farhana ciptaan Denai dan lirik ditulis Andi Rahman bersama RD Razi dan dinyanyikan kumpulan Jinbara, Janjiku (Taja & Tass/Taja & Tass/ Sofaz), Sembunyi (Aidit Alfian/Loloq/Misha dan Andy-Flop Poppy), Angan Dan Sedar (M Nasir/Loloq/Mawi) dan Destinasi Cinta (Lin Lin Zhen/PSNN/Datin Seri Siti Nurhaliza).

Sementara Azlan Abu Hassan mengulangi sejarah tahun lalu apabila lagu ciptaannya Izinku Pergi dan lirik ditulis Sulu Sarawak dan didendangkan bintang Akademi Fantasia musim pertama, Sahri menjuarai kategori balada.

Izinku Pergi menewaskan empat calon lain bagi kategori Balada iaitu Ceritera Cinta ciptaan Ross Ariffin dan lirik ditulis Habsah Hassan dan didendangkan secara duet oleh Jaclyn Victor bersama bekas anggota kumpulan V.E, Lah, Kasih Tercipta (Ajai/Shuhaimi Baba/Bob), Mahakarya Cinta (Audi Mok/Shah Shamsiri/Fiq) dan Harapan (Hazami/Hazami/Fazli Zainal).

Juara Etnik Kreatif pula dimenangi lagu Samudera ciptaan Johan Nawawi, lirik nukilan Ahmad Fedtri Yahya dan didendangkan Nora menewaskan lagi dua saingannya iaitu Dirgahayu (Eddie Hamid/Hairul Anuar Harun) dinyanyikan Ramlah Ram dan Kasihnya Balkis (Adnan Abu Hassan/Mohariz Yaakub). Juara setiap kategori menerima hadiah wang tunai bernilai RM12,000.

Walaupun lagu Ceritera Cinta tidak memenangi lagu terbaik, kekecewaan Jaclyn terubat apabila memenangi kategori Vokal Terbaik menewaskan saingan terdekatnya Bob atau nama sebenar Yusry Zaid Yusuf.

Persembahan terbaik pula seperti dijangka dimenangi Mawi yang mendendangkan lagu Angan dan Sedar. Menarik apabila juara Akademi Fantasia musim ketiga itu turut melakukan silap mata dengan menukar baju diatas pentas. Pemenang anugerah khas menerima hadiah berupa wang tunai RM10,000.

Lagu bertanding tahun ini diadili juri terdiri daripada komposer Fauzi Marzuki, Helen Yap, Amran Omar, Arab, Farihin Abdul Fatah, penyanyi dan guru vokal; Syafinaz Selamat, Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah dan Pengurus Besar Sukan, Hiburan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan selaku ketua juri.

Siti, Mawi berentap lagi

23 Jan

Oleh Nor Akmar Samudin dan Ramlah Zainal
am@hmetro.com.my

BAHANG Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH07) kian terasa dengan pengumuman senarai lima terbaik untuk 16 kategori yang dipertandingkan di Hotel Palace of Golden Horses, semalam.

Antara kategori yang menjadi tumpuan, Penyanyi Wanita & Lelaki Popular, Pengacara TV Wanita & Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita & Lelaki Popular.

Apakah pada ABPBH kali ini, Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin masih mampu mempertahankan gelaran Penyanyi Wanita Popular sekali gus membuka ruang kepadanya untuk mengungguli trofi Bintang Paling Popular pada edisi kali ini.

Namun jika diukur kepada kemenangannya yang lalu, ketika itu Siti masih belum berpunya tetapi kini dia sudah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa. Sejak itu juga Siti sudah mengurangkan aktiviti seninya demi tumpuan kepada rumah tangga.

Sekembalinya daripada mengerjakan fardu haji baru-baru ini, Siti tampil dengan imej bertudung. Namun berdasarkan pencapaian lalu, apa jua perubahan yang berlaku kepadanya, sokongan peminat terhadapnya tidak pernah goyah. Barangkali imej barunya itu lebih mendapat perhatian peminat.

Siti juga baru hadir dengan album barunya, Hadiah Daripada Hati.

Apabila bercakap mengenai Bintang Paling Popular, tidak dapat dielakkan Mawi adalah saingan terdekat Siti. Populariti Mawi juga ternyata belum goyah kerana dia baru saja dipilih menjadi duta Pelancongan Korea. Pemilihannya itu berdasarkan popularitinya sebagai artis nombor satu negara.

Selain Siti, kategori itu turut menjadi rebutan Jaclyn Victor, Misha Omar, Adibah Nor dan Mila. Bukan hendak merendahkan kedudukan Mila di sisi empat penyanyi senior itu namun hakikatnya Mila yang juga juara Akademi Fantasia 5, sukar untuk menandingi kehebatan mereka.

Jika dilihat daripada tiga artis senior itu, Jaclyn paling memberikan cabaran buat Siti. Dia antara penyanyi yang berjaya mengharumkan nama negara termasuk ke pertandingan Asian Idol di Indonesia.

Untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular, adakah Faizal Tahir yang banyak mencetuskan kontroversi kebelakangan ini mampu merampas trofi itu daripada Mawi yang memenanginya pada tahun lepas. Apapun usah perlekehkan pendatang baru itu kerana naib juara One In A Million itu sangat berbakat.

Walaupun begitu, adakah kontroversi yang dicetuskan menyekat peluangnya untuk merangkul gelaran Penyanyi Lelaki Popular? Barangkali tuah juga menjadi milik Faizal kerana mendapat undi simpati peminat.

Penyanyi lain turut bersaing, Hazami, Adam AF dan Anuar Zain. Tidak disangkal lagi, dari segi kekuatan vokal dan kualiti album yang dihasilkan tahun ini, Anuar Zain adalah pencabar terdekat Faizal dan Mawi. Keupayaan Hazami sebagai penyanyi, komposer dan guru vokal juga tidak pandang ringan.

Tetapi kerana anugerah ini berdasarkan populariti, usah terkejut jika trofi itu sekali lagi menjadi milik Mawi.

Debaran seterusnya kepada lima calon kategori Pengacara TV Lelaki Popular, AC Mizal, Ally Iskandar, Aznil Nawawi, Wahid Senario dan Azwan Ali. Tidak dinafikan sejak Aznil mengendalikan AF selama lima musim kedudukannya sebagai pengacara nombor sukar digugat. Adakah pengunduran Aznil daripada program realiti itu, bakal mempengaruhi undiannnya kali ini?

Aznil juga dicalonkan untuk satu lagi kategori, Penyampai Radio Lelaki Popular (Era).

Artis lain yang turut bertanding bagi kategori sama, AC Mizal (Era), Faizal Ismail (HotFM), Khairil Rashid (X-Fresh) dan Kieran (Era).

Adakah ketiadaan Halim Othman, membuka ruang kepada Aznil untuk membawa pulang trofi itu. Segalanya tidak mustahil kerana meskipun wajahnya tiada lagi di AF namun suaranya terus berkumandang di Era setiap hari mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Sehingga kini belum ada pengacara lelaki yang dapat menggugat Halim yang menang kategori itu selama enam tahun berturut-turut.

Pengacara TV Wanita Popular pula membariskan Cheryl Samad, Fara Fauzana, Fauziah Ahmad Daud, Raja Azura dan Sharifah Shahira. Adakah Fara berjaya mempertahankan gelarannya atau pun akan menjadi milik Raja Azura. Pengacara mulut becok itu cukup laris tahun ini dan menyerlah menerusi program Gedik Santai.

Perhatian juga terarah kepada kategori Artis Baru Lelaki Popular. Melihatkan fenomena yang dicetuskan bakat baru, Dafi, tidak mustahil trofi itu menjadi miliknya. Biarpun ramai yang mengkritik vokalnya namun wajah comelnya mampu meraih perhatian peminat remaja.

Artis lain bertanding untuk kategori sama, Diddy, Fiq, Kaer Azami dan Bard R1.

Di antara calon Artis Baru Wanita Popular, adakah Fauziah Ghouse yang baru saja menang Anugerah Shine Pantene (SMS) menerusi Anugerah Skrin mampu mengulangi kejayaan kerana kemenangan kali ini juga berdasarkan undian peminat.

Saingannya, Farah Asyikin, Heliza, Julia Ziegler dan Mila. Sungguhpun begitu, Mila berpeluang mengungguli kategori ini kerana dia juga mendapat sokongan padu peminat sejak dalam AF lagi.

Berdasarkan senarai lima terbaik kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, semuanya berpeluang untuk menang iaitu Afdlin Shauki, Pierre Andre, Rosyam Nor, Rusdi Ramli dan Saiful Apek.

Agak sukar meramalkan siapakah bakal menang kerana sepanjang tahun lalu, mereka semua antara penggiat seni yang aktif menerusi hasil karya masing-masing. Di kalangan semua, Pierre calon paling muda namun sudah menyerlah sebagai pelakon, pengarah dan penulis skrip.

Jika dinilai kepada pencapaian pula, Rusdi sudahpun diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20). Tetapi sekali lagi ingin ditegaskan tuah mereka yang bertanding dinilai berdasarkan populariti. Siapa tahu hasil penat lelahnya selama ini bakatnya mula dihargai peminat.

Bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular menyaksikan saingan sengit antara Erra Fazira, Fasha Sandha, Maya Karin, Sharifah Amani dan Vanidah Imran.

Tidak ketinggalan Pelakon TV lelaki pula menyaksikan pencalonan Aaron Aziz, Arash Mohamad, Datuk Jalaludin Hassan, Fahrin Ahmad dan Rosyam Nor. Adakah Aaron Aziz yang dilihat cemerlang menerusi beberapa dramanya tahun lalu seperti Emil Emilda mampu menggugat Rosyam Nor yang memenangi trofi itu pada tahun lalu.

Manakala Pelakon TV Wanita Popular pula mencalonkan Dynas, Eja, Fasha Sandha, Rita Rudaini dan Rozita Che Wan.

ABPBH07 akan berlangsung pada 30 Mac di Arena Of Stars, Genting Highlands.

Kes Datuk K ditangguh

18 Jan

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menangguhkan permohonan pengurusan kes saman malu terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K yang difailkan seorang remaja pada 5 Mac depan.

Tarikh itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mariana Yahya dalam kamarnya bagi membolehkan pihak defendan menjawab kembali isu dan fakta yang dipersetujuinya bersama plaintif, Muhammed Kasheef Harris Sivapatham.

Plaintif yang diwakili peguam Goben Singh dan Suraj Singh sebelum ini menyerahkan isu dan fakta sama kepada defendan bagi membolehkannya menjawab semula mengenai perkara itu.

Suraj dan Goben serta peguam Gubachan Singh yang mewakili Datuk K, bagaimanapun tidak hadir sebaliknya diwakili peguam Raj Preet Kaur untuk mendengar keputusan dalam kamar.

Pada 13 April lalu, Muhammed Kasheef memfailkan saman malu terhadap Datuk K kerana mendakwa ahli perniagaan itu menahannya secara salah, mencederakan serta memfitnahnya sebagai pengedar dadah.

Plaintif mendakwa kejadian itu berlaku di rumah Khalid di No 3, Jalan Wangsa 13, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada 17 Mac 2007, jam 11.30 malam hingga 1 pagi, 18 Mac 2007.

Dalam writ saman itu, Muhammed Kasheef dari No 7, Jalan Kelab Ukay 11, Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, mendakwa pada tarikh itu, dia menerima dua SMS daripada anak defendan, iaitu Mohamed Adib Khalid, 19, meminta dia datang ke rumahnya.

SMS itu dipetik plaintif seperti berikut: ‘Bro, please pick up. My dad wants to see you’ dan ‘Bro, tolonglah aku… angkat phone… my dad cakap kalau kau tak datang dia hendak hentak aku, pls bro’.

Muhammed Kasheef, 19, yang juga rakan Mohamed Adib, mendakwa suami penyanyi Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin cuba merosak dan mencerca reputasi baiknya di kalangan masyarakat dengan menuduhnya penjenayah, tidak berwatak baik, tidak layak bergaul dengan anak defendan, penipu dan tidak boleh dipercayai.

Plaintif mendakwa, defendan dengan niat jahat dan secara melulu menuduhnya pengedar dadah dan memaksanya mengaku sebagai pengedar dadah.

Muhammed Kasheef mendakwa defendan mengeluarkan perkataan ‘kamu ambil dadah’, ‘kamu drug dealer (pengedar dadah)’ terhadapnya yang disifatkannya sebagai fitnah dan dusta.

Hijrah Siti

10 Jan

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

ImageShack

Insaf, rasa kerdil di Tanah Suci

KEPUTUSAN dibuat Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 29, tampil mengenakan selendang di kepala selepas pulang dari menunaikan ibadat haji pada 27 Disember lalu, menerima reaksi pelbagai daripada peminat.

Ada yang menyambut baik keputusan dibuat dan memuji Siti kelihatan manis bergaya begitu. Apatah lagi ia sesuai dengan statusnya yang kini bergelar hajjah dan isteri.

Tidak kurang ada yang meluahkan rasa tidak puas hati kononnya Siti tidak memenuhi janji dibuat sebelum berangkat ke Tanah Suci pada 13 Disember lalu mahu bertudung litup selepas kembali ke tanah air.

Siti tampil buat pertama kali di hadapan umum dengan imej barunya ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi ke-50 pengacara masakan terkenal, Redzuawan Ismail atau Chef Wan, Isnin lalu.

Sempena Maal Hijrah yang disambut hari ini, secara tidak langsung perubahan dilakukan penyanyi yang muncul dengan album terbaru, Hadiah Daripada Hati itu ialah untuk menjadi insan lebih baik berbanding sebelum ini. Esok pula (11 Januari) Siti akan meraikan ulangtahunnya yang ke-29.

Siti menegaskan, dia bersedia menerima apa saja maklum balas diberikan umum membabitkan penampilannya sekarang sama ada positif dan juga negatif.

“Saya tahu ada pihak berasa kurang senang dengan memberikan pelbagai komen dan pandangan peribadi mereka membabitkan perubahan imej ditampilkan ini.

“Begitupun, saya senang tampil secara sederhana. Saya tidak mahu melakukan perubahan drastik. Biarlah perubahan dibuat dilakukan secara perlahan-lahan,” katanya.

Siti yang tetap ceria dan sedia berkongsi pengalaman menunaikan ibadat haji buat kali pertama berkata, dia bersyukur kerana segala-galanya berjalan dengan lancar.

“Saya amat bersyukur kerana ibadat dapat dilakukan dengan sempurna dan teratur. Tiada perkara tidak diingini berlaku. Inilah pengalaman paling manis dalam hidup yang pernah saya lalui.

“Bayangkan melihat jutaan manusia bersama-sama berada di Tanah Suci membuatkan saya berasa insaf dan kerdil. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar,” katanya.

Sepanjang bercerita, jelas kelihatan mata Siti berkaca dan senyuman gembiranya sentiasa tergambar di bibir. Katanya, impiannya untuk menunaikan ibadat haji dengan membawa ibunya, Siti Salmah Bachik akhirnya terlaksana.

“Selain itu saya juga gambira apabila suami, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa dan abang, Saiful Bahri turut bersama. Di sana saya menetap di Hotel Intercon.

“Banyak juga pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Contohnya saya terkejut apabila bangun awal pagi untuk melakukan ibadat di Masjidil Haram, saya tengok ramai orang tidur di kaki lima hotel.

“Melihat akan peristiwa itu membuatkan saya insaf. Apabila kita berada di Tanah Suci, semua manusia tarafnya sama di sisi Allah. Tiada beza darjat dan keturunan,” katanya.

Apapun kata Siti, dia tidak berkesempatan bertemu dengan mana-mana artis tempatan yang sama-sama mengerjakan haji kali ini. Begitu juga dengan rombongan yang bertolak bersama-sama dengannya tiada pegawai kerajaan yang dia nampak kecuali kebanyakan mereka adalah ahli perniagaan.

“Saya terus ke Makkah dan hanya tinggal di Madinah selama dua malam. Begitupun ada satu peristiwa menarik berlaku. Saya terserempak dengan penyanyi dangdut popular Indonesia, Inul Daratista. Waktu itu saya mahu pulang ke hotel sementara Inul pula baru keluar dari hotel yang sama.

“Saya tidak menyedarinya pada awal tetapi melihat wajahnya dari dekat baru saya perasan itu Inul. Kami terus saling bertegur sapa kerana gembira dapat bertemu. Inul pula sempat merakamkan gambar kami bersama,” katanya.

Selain berubah dari sudut penampilan, Siti juga kelihatan sedikit susut. Kata Siti, dia tidak menghadapi masalah kesihatan di sana.

“Cuma apabila berada di Tanah Suci, tidak banyak perkara yang difikirkan kecuali untuk beribadat sepenuhnya. Makan pun hanya sekadar untuk mengisi perut,” katanya.

Penyanyi berasal dari Temerloh, Pahang itu juga tidak banyak membeli barang kecuali tiga helai jubah untuk kegunaan peribadi.

Siti juga menegaskan, penampilannya itu akan dikekalkan termasuklah apabila mengadakan persembahan untuk Anugerah Juara Lagu Ke-22 yang bakal berlangsung pada 27 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Selepas itu penyanyi yang kini popular dengan lagu Ku Mahu, akan memberikan tumpuan penuh pada kerja promosi album Hadiah Daripada Hati.

Selepas 12 tahun dalam bidang seni pencapaiannya cukup hebat. Sehingga kini Siti menerima lebih 140 anugerah. Antaranya Anugerah Industri Muzik (22 anugerah), Juara Lagu (17), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (13), Anugerah Era (11) dan Anugerah Planet Muzik (11).

Siti juga mendapat pengiktirafan di luar negara seperti Anugerah Muzik Indonesia, Festival Muzik Shanghai, MTV Asia dan juga Voice of Asia 2002 merangkul Juara Grand Prix.

Profile

Nama Penuh: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin

Tarikh Lahir: 11 Januari 1979

Bintang: Capricorn

Keluarga: Anak kelima daripada lapan beradik

Tempat Lahir: Kampung Awah, Temerloh, Pahang.

Status: Berkahwin

Suami: Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa

Hobi: Menonton VCD dan membaca majalah

Warna Kegemaran: Hijau dan pastel

Makanan Kegemaran: Masakan kampung, Thai dan masakan ibu

Minuman Kegemaran: Minuman panas

Muzik Kegemaran: Pop, Alternatif, R&B, Tradisional

Artis Pujaan: Ziana Zain, Celine Dion, Allahyarham Sudirman & P Ramlee

Anugerah: Johan Setia Mahkota (JSM), Paduka Mahkota Perak (PMP), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), Setia Ahmad Shah (SAP) dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP yang membawa gelaran Datuk)

Kelibat Siti tidak muncul

7 Jan

KEMUNCULAN kali pertama Datin Seri Siti Nurhaliza selepas pulang dari menunaikan haji di Makkah pastinya dinanti-nantikan peminat untuk melihat perubahannya selepas bergelar hajah.

Apakah penyanyi yang terkenal dengan lagu Biarlah Rahsia itu kini bertudung? Lebih-lebih lagi ketika pelancaran album terbarunya, Hadiah Daripada Hati beberapa hari sebelum pemergiannya ke Tanah Suci pada 13 Disember lalu, mengenakan skaf menutupi sebahagian rambutnya.

Penampilannya itu, secara tidak langsung menguatkan lagi khabar angin kononnya Siti mahu memakai tudung selepas pulang dari Makkah.

Namun harapan peminat dan wakil media untuk melihat penampilan terbaru Siti tidak kesampaian ketika majlis sidang media dan showcase Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) di Jusco 1 Utama, Bandar Utama Damansara, Sabtu lalu.

Penyanyi tersohor itu dijangka hadir kerana turut berentap dalam kategori pop rock menerusi lagu Destinasi Cinta tetapi tidak tampil pada hari itu, hanya menyaksikan fi nalis lain, Ramlah Ram, Aishah, Nora, Fazli Zainal, Faizal Tahir, Sahri dan Andy Flop Poppy.

Siti dikatakan tidak hadir kerana mahu buat kejutan pada hari kemuncak AJL22 pada 27 Januari nanti dan hanya diwakili kakak iparnya, Rozie Abdul Razak petang itu.

Pengurus Besar Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan, berkata dia hanya dimaklumkan Siti sedang berehat dan tidak pasti apakah benar dakwaan kononnya Siti tidak menghadiri majlis itu kerana mahu membuat kejutan berhubung penampilan terbarunya pada 27 Januari nanti.

“Memang benar Siti sudah pulang dari Makkah tetapi saya hanya dimaklumkan Siti tidak dapat hadir kerana dia mempunyai hal lain selain sedang berehat. Maklumlah Siti baru pulang dari menunaikan haji. Barangkali beliau masih kepenatan.

“Jika ditanya soal persiapannya untuk menghadapi AJL-22, mungkin kami sudah mendapat sedikit gambaran mengenai persembahannya. Tapi kalau penampilan beliau, kami sendiri ternanti-nanti apakah perubahan yang dialaminya, adakah beliau sekarang sudah bertudung,” katanya.

Mengenai kegagalan penyanyi asal lagu Izinku Pergi, Kaer yang disahkan tidak akan bertanding di peringkat akhir nanti dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada rakan seperjuangannya, Shari, Azhar berkata, penyanyi itu masih berada di Jakarta melanjutkan pelajarannya.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Kaer melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Jakarta dan begitu sibuk dengan pengajiannya. Sebab itulah pada peringkat separuh akhir lalu, dia meminta rakan baiknya, Sahri menggantikan tempatnya.

“Kebetulan pihak pengurusan Kaer, pencipta lagu itu, Azlan Abu Hassan dan TV3 sudah mempersetujui jika lagu itu layak ke fi nal, tanggungjawab itu tetap akan dilaksanakan Sahri,” katanya.

AJL22 kali ini membawakan tema unik ‘Music Magic’ sebagai satu kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya. Acara berprestij itu akan dilangsungkan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Januari, jam 8.30 malam.

Lebih istimewa, penonton boleh menyaksikan detik-detik terakhir persiapan AJL22 selain melihat aksi selebriti popular dengan gaya dan busana mewah di ‘hamparan permaidani merah’ melalui rancangan khas ‘AJL X-klusif’ jam 7.30 malam.

“Tema ‘Music Magic’, saya kira amat bertepatan kerana muzik mampu mempengaruhi kehidupan kita. Bahkan muzik yang dihasilkan datangnya dari sebuah imaginasi dan khayalan penggubah lagu lalu diterjemahkan ke dalam bentuk lagu,” kata Azhar.

Tidak hanya tema yang meriah, AJL22 juga menggandingkan empat pengacara berbakat besar iaitu dua pengacara program Muzik Muzik, Cheryl Samad dan Faizal Ismail serta Ally Iskandar dan Fara Fauzana.

Pun begitu, ada yang menyifatkan pembabitan pengacara yang terlalu ramai memungkinkan tumpuan program yang pada asalnya ringkas dan padat menjadi meleret-leret sekali gus mengundang lebih banyak kesilapan.

Bagi Pengurus Besar Pengurusan Jenama TV3, Farisha Pawanteh, gandingan ramai pengacara bukanlah kali pertama dilakukan kerana ia dilakukan pihaknya dalam pelbagai program besar sebelum ini tanpa sebarang masalah.

“Mereka yang terbabit dengan AJL22 semuanya berpengalaman dan berbakat maka kami yakin mereka mampu melaksanakan tugas ini dengan baik.

Yang penting, kami mahukan suasana yang lebih meriah.

“Pihak penerbitan juga semestinya memainkan peranan mereka untuk membahagikan tugas pengacara sebalik mungkin sepanjang siaran langsung yang mengambil masa dua setengah jam itu,” katanya.

Majlis petang itu turut diserikan dengan persembahan daripada fi nalis AJL22, Fazli Zainal dengan lagu Harapan, Jinbara (Farhana Bumi Kenyalang), Sofaz (Janjiku), Faizal Tahir (Mahakarya Cinta) dan Nora (Samudera). Turut diadakan acara cabutan nombor giliran peserta pada malam kemuncak nanti.

Jinbara yang mempertaruhkan lagu Farhana Bumi Kenyalang ciptaan Denai dan lirik Andy Rahman menjadi peserta pertama diikuti Nora lagu Samudera (Johan Nawawi/ Ahmad Fedtri Yahya), Fazli (Harapan-Hazami), Siti Nurhaliza (Destinasi Cinta-Lin Li Zen/PSSN), Faizal (Mahakarya Cinta-Audi Mok/Mohd Shariza Shamsiri), Aishah (Kasihnya Balqis-Adnan Abu Hassan/Moharis Yaakup), Misha Omar dan Andy Flop Poppy (Sembunyi- Aidit Alfi an/Loloq) dan Sofaz (Janjiku-Taja/Tass) kelapan.

Sahri (Izinku Pergi- Azlan Abu Hassan/SuluSarawak) mendapat giliran tempat kesembilan, diikuti Mawi (Angan dan Sedar- M. Nasir/Loloq), Jaclyn Victor dan Lah (Ceritera Cinta-Ross Ariffi n/Habsah Hassan), Estranged (Itu Kamu-Estranged/ Rachael Lawrence), Ramlah Ram (Dirgahayu-Radeen Sri/ Hairul Anuar Harun) dan Faizal (Kasih Tercipta-Ajai/Shuhaimi Baba) sebagai peserta terakhir.

Beberapa peserta turut ditemu bual mengenai persiapan mereka menjelang AJL22.