Rahsia Resipi Zaidah

26 Oct

Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my

APAKAH keistimewaan nama Restoran Djeumpa? Pasti pengunjung yang singgah ke restoran terletak di Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor itu menyangka perkataan Djeumpa bermaksud jumpa.

Namun, telahan itu tidak tepat. Djeumpa sebenarnya perkataan dalam bahasa Aceh, Indonesia yang bermaksud haruman cempaka.

Sebagaimana maksudnya, pemilik restoran, Zaidah Mohd Noor, 51, atau dikenali Chef Zaidah, menganggapnya sebagai ‘rahsia’ resipi setiap hidangan ciptaannya yang memiliki kelainan tersendiri dan bau yang mempesona bak haruman cempaka.

Pun begitu, menurut Chef Zaidah, ia bukan pula bermakna hidangan yang disediakan restoran yang dibuka sejak 5 September lalu itu menyediakan makanan dari Aceh, sebagaimana pemilihan nama restoran.

“Makanan di sini tiada kena mengena dengan masakan dari Aceh. Hidangan di sini, 70 peratus adalah makanan Melayu dan bakinya makanan Barat.

“Djeumpa sekadar keistimewaan pada hidangan yang ada. Misalnya, nasi ayam Djeumpa yang istimewa kerana hidangan sambal dan ‘harumannya’,” katanya yang juga pengacara rancangan masakan.

Yang menarik, hidangan istimewa di Restoran Djeumpa bukan saja hasil rahsia resipi yang dimiliki chef berpengalaman itu, tetapi turut mendapat sentuhan idea anak dan menantunya yang bersama-sama mengusahakan restoran.

Kira-kira 40 menu istimewa disediakan, antara yang menarik sebagai pilihan adalah nasi ulam, sup merah, bihun Siam Singapura, rojak Kateh, ikan bakar Djeumpa, mi rebus, nasi goreng kampung, laksa Johor, nasi lemak hijau, char kue tiau dan mi goreng kantonis.

Turut disediakan ialah hidangan Barat seperti stik ikan salmon, stik kambing, ‘chicken chop’, pasta ala Vongole, pasta masakan laut, ‘spaghetti cabonara’ dan aneka pilihan salad.

“Ketika ini, hidangan paling mendapat sambutan adalah sup merah Djeumpa. Ia sup istimewa ciptaan saya yang disajikan menggunakan kuah pekat kemerahan dan berlaukkan ekor lembu.

“Selain itu, saya mencipta kelainan pada hidangan nasi lemak. Biasanya nasi lemak berwarna putih, tetapi di sini ia berwarna hijau kerana menggunakan daun pandan yang diadunkan dengan nasi,” katanya yang membuka restoran berkenaan bersama anaknya, Zaireen Ahmad Ibrahim dan menantunya, Ramdzan Mahyuddin.

Tambah Chef Zaidah, pada waktu malam, turut disediakan hidangan snek atau makanan ringan sebagai pilihan pengunjung seperti aneka bubur, keropok dan pencuci mulut istimewa.

“Hidangan menarik yang menjadi pilihan pengunjung ialah rojak kateh. Ia masakan tempatan istimewa yang saya peroleh daripada Terengganu,” katanya.

Mengenai minuman, restoran ini turut menyediakan aneka pilihan yang menyelerakan kepada pengunjung, antaranya jus Djeumpa, jus timun, aneka minuman buah dan teh pelbagai rasa.

“Paling menarik, ada disediakan jus menggunakan telur burung puyuh, halia dan aneka rempah. Ia dipanggil jus seri cempaka. Minuman ini berkhasiat dan baik untuk kesihatan,” katanya.

Chef Zaidah berkata, restoran yang sesuai untuk kunjungan keluarga ini mampu memuatkan 110 pengunjung dan turut bersedia untuk tempahan perkahwinan, majlis hari jadi, tempahan korporat serta majlis keraian.

Restoran itu juga menyediakan ruang selesa dan dihiasi dengan deretan lukisan menarik di dinding seperti potret Mawi dan Datuk Siti Nurhaliza.

Menariknya, lukisan yang menghiasi restoran itu karya seni yang dihasilkan oleh suami Chef Zaidah, Ahmad Ibrahim.

Ikan Bakar Djeumpa

Bahan:
1. Bawang merah dan putih
2. Halia
3. Kunyit hidup
4. Lengkuas dan batang serai
5. Buah keras

Bahan B
1. Ikan talapia atau dowry
2. Daun salam
3. Santan
4. Marjerin dan kicap pekat
5. Air limau nipis
6. Serbuk lada hitam

Cara memasak

Bahan A ditumis. Gunakan 20 biji bawang merah dan 10 ulas bawang putih, setengah inci halia, kunyit hidup dan lengkuas, enam batang serai dan lima buah keras yang dikisar halus. Ketika ditumis masukkan sekali daun salam sehingga minyak naik.

Ikan hendaklah dilumur dengan sedikit garam dan goreng sehingga garing. Kicap, marjerin dan air limau nipis di masak sekejap saja.

Kemudian, ikan goreng tadi dipanggang menggunakan daun pisang. Apabila masak, bahan tumis dan kicap disapu pada ikan goreng berkenaan. Ia perlu disapu pada kedua-dua belah ikan itu.

MAKANAN
Nasi ayam djeumpa – RM9.50
Nasi ulam – RM10.50
Sup ekor – RM7.50
Bihun Siam Singapura – RM7.50
Rojak Kateh – RM4

MINUMAN
Kopi Djeumpa – RM2.80
Teh jasmin hijau – RM3.50
Jus tembikai susu – RM4.20

WAKTU OPERASI: Selasa hingga Ahad, dari jam 3 petang hingga 12 malam.

ALAMAT: Djeumpa Restoran, Kelab Oakleaf, Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: