Anugerah MTV Untuk Siapa?

4 Aug

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap

ANUGERAH MTV Asia 2008 (MTVAA 2008) dianjurkan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni Asia malah lokasi penganjurannya juga di negara benua itu seperti Singapura dan Thailand sebelum ini.

Tahun ini Malaysia diberi penghargaan buat kali pertama menjadi tuan rumah selepas tiada penganjuran tahun lalu kerana masalah tertentu.

Selayaknya artis negara Asia dan tuan rumah menikmati keistimewaan pada majlis gemilang itu dan bukannya artis antarabangsa yang sudah berjaya menakluki pasaran dunia.

Tapi inilah yang berlaku di majlis MTVAA 2008 yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang, Sabtu lalu apabila artis antarabangsa diberi keutamaan dalam setiap aspek.

Tidak sekadar mendapat layanan kelas pertama, tujuh kategori khas diwujudkan untuk mengiktiraf mereka. Se dangkan jika kategori itu tidak diwujudkan pun bukanlah satu masalah besar.

Paling ketara, acara persembahan didominasi penghibur antarabangsa. Ini jelas dapat dilihat sepanjang MTVAA 2008 berlangsung.

Walaupun Asia diwakili sembilan negara, hanya beberapa artis dari negara tertentu saja diberikan peluang membuat persembahan. Sementara 70 peratus daripada persembahan malam itu mendapatkan khidmat artis antarabangsa.

Persembahan pembukaan MTVAA 2008 menyaksikan ta rian energetik daripada kumpulan JabbaWockeeZ, juara program realiti America’s Best Dance Crew yang terkenal dengan imej bertopeng.

Kemudian persembahan disusuli aksi panas kumpulan wanita popular dari Amerika Syarikat, Pussycat Dolls yang membawakan lagu Buttons dan single terbaru mereka, When I Grow Up.

Diselangselikan dengan penyampaian anugerah, Super Ju nior dari Korea mengambil tempat menghiburkan penonton dengan lagu Mirror dan Thirst diikuti OneRepublic yang menyampaikan lagu popular mereka Stop And Stare dan Apologize.

Sementara kumpulan baru dari Ireland, The Script mem pamerkan nyanyian yang hebat menerusi lagu The Man Who Can’t Be Moved.

Kemunculan Leona Lewis juga dinanti-nanti kerana klon Mariah Carey ini antara artis Britain yang berjaya mencipta nama di Amerika Syarikat. Leona membawakan lagu Bleeding Love dan Better in Time.

Kira-kira 6,000 penonton yang memenuhi Arena Of Star dikejutkan dengan gimik persembahan kumpulan The Click Five diiringi paluan kompang pada awal persembahan lagu Empty.

Gabungan persembahan artis Asia yang menamakan mereka sebagai Project E.A.R (East Asian Revolution) turut me ninggalkan impak yang mendalam kepada penonton.

Menggunakan bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Tagalog dan Thai, persembahan menampilkan anggota Ahli Fiqir (Singapura), Pop Shuvit (Malaysia), Saint Loco (Indonesia), Slapshock (Filipina), Silksounds (Thailand) serta Thaitanium (Thailand) adalah persembahan paling meriah malam itu.

Malangnya mereka perlu berkongsi pentas dan tidak per sembahan solo, lebih-lebih lagi penyanyi Malaysia sebagai penghargaan kita kepada tuan rumah. Artis Asia yang turut membuat persembahan ialah kumpulan Electrico yang mem bawakan lagu Save Our Souls dan Stefanie Sun (Singapura) dengan lagunya Ni Guang.

MTVAA 2008 yang menampilkan Jerad Leto dan Karen Mok sebagai pengacara, berakhir dengan persembahan

kumpulan Panic at the Disco dengan lagu popular mereka, I Write Sings, Not Tragedies dan Nine in the Afternoon.

Sebagai tuan rumah, kita juga hanya mampu berbangga dengan satu anugerah, Artis Pilihan Malaysia. Jika Datuk Siti Nurhaliza mengungguli kategori itu selama empat tahun berturut-turut bermula 2002 sebelum kemenangan bertukar tangan kepada Mawi dua tahun lalu, kali ini sekali lagi berpindah tangan kepada penyanyi muda yang mencipta nama di Taiwan, Nicholas Teo.

Nyata keputusan itu mengejutkan ribuan peminat setia Siti. Masakan tidak, ramai menjangkakan jika bukan Siti yang menang tentunya anugerah itu menjadi milik Faizal Tahir mahupun kumpulan Pop Shuvit berdasarkan populariti yang mereka cipta di negara ini.

Nyata tuah menyebelahi Nicholas, juara program realiti Astro Talent Quest 2002 dan menggilap bintangnya di Taiwan sekali gus berjaya menembusi pasaran yang diiktiraf sebagai antarabangsa.

Nicholas dalam ucapannya berkata, kemenangan itu tidak dijangkakan kerana menyedari calon yang berentap dalam kategori Artis Pilihan Malaysia hebat-hebat belaka.

“Saya bangga jadi rakyat Malaysia. Bagi saya Taiwan dan Malaysia sama saja. Kemenangan ini sebenarnya begitu mengejutkan kerana menyangkakan ia akan menjadi milik penyanyi pujaan saya, Datuk Siti Nurhaliza.

“Malah saya sendiri akui kurang popular di Malaysia melainkan di kalangan orang Cina dan peminat di Taiwan. Kejayaan ini saya lihat sebagai batu loncatan untuk me lebarkan sayap ke peringkat yang lebih luas. Masa terdekat ini saya akan jayakan sebuah drama di Taiwan.

“Diharapkan dengan kemunculan album kedua nanti selain berjaya di Taiwan, bakat saya juga diiktiraf di negara ini. Apapun, saya gembira dengan kemenangan ini dan ia peng iktirafan terbesar pernah saya terima,” katanya.

Anugerah Artis Pilihan Indonesia pula disandang Yovie & Nuno, yang popular dengan lagu Menjaga Hati. Kemenangan ini juga sama sekali tidak disangka kerana menewaskan band yang lebih ‘senior’.

“Kalau dibandingkan kami dengan Peterpan atau Padi, siapalah kami untuk bersaing dengan mereka. Namun, kami bersyukur kerana peminat begitu mendukung kerjaya kami. Buktinya malam ini kami menang.

“Jika album pertama dulu penghasilannya agak rumit, namun saat meluncurkan album ketiga kami sudah bersedia dengan pembaharuan yang dibawakan.

“Nyata usaha ini tidak sia-sia kerana penjualan album ketiga kami mencatat jualan yang cukup membanggakan dan ter tinggi jika dibandingkan dengan album pertama serta kedua,” kata Yovie.

Kumpulan antarabangsa OneRepublic yang memenangi anugerah khas Best Hook-up, menganggap kolobrasi yang dilakukan bersama Timbaland melalui lagu Apologize mem bawa tuah kepada mereka.

Vokalisnya Ryan Tedder berkata, mereka senang sekali dapat bekerjasama dengan penyanyi rap/ hip hop terkemuka itu.

“Kombinasi antara kami menjadikan lagu itu cukup kuat meskipun ia sebuah lagu yang dihasilkan secara suka-suka. Namun, kami tidak menyangka menjadi hit dan digemari ramai,” katanya.

Selain Artis Pilihan Malaysia dan Indonesia, MTVAA 2008 turut menyediakan tujuh lagi anugerah khusus bagi penggiat seni suara Asia dari Singapura, Hong Kong, Korea, Cina, Taiwan, Filipina dan Thailand.

MTVAA 2008 yang juga julung kali Malaysia menjadi tuan rumah, mempertandingkan 16 kategori, sembilan khusus untuk artis rantau Asia manakala tujuh anugerah khas diberikan kepada penyanyi antarabangsa.

Pun begitu, kategori antarabangsa lebih menyerlah dan tuah menyebelahi Linkin Park yang diumumkan pemenang Artis Pilihan Antarabangsa di Asia.

Turut menerima pengiktirafan, 30 Seconds To Mars (Bin tang Video Pilihan), Leona Lewis (Artis Harapan Pilihan), Radiohead (Anugerah Inovasi), OneRepublic+Timbaland (Gandingan Terbaik) serta Muse (Artis Paling Berkarisma).

Ia turut mengiktiraf Karen Mok sebagai penerima trofi Anugerah Inspirasi dan kumpulan The Click Five yang menjadi kegilaan remaja wanita khasnya menerima Anugerah Artis Paling Menyerlah.

Senarai Pemenang

Artis Pilihan Mainland China – Lee Yu Chun

Artis Pilihan Hong Kong – Leo Ku

Artis Pilihan Indonesia – Yovie & Nuno

Artis Pilihan Korea – Super Junior

Artis Pilihan Malaysia – Nicholas Teo

Artis Pilihan Filipina – Chicosci

Artis Pilihan Singapura – Stefanie Sun

Artis Pilihan Taiwan – Show Lo

Artis Pilihan Thailand – TOR + Saksit

Anugerah Khas

Artis Pilihan Antarabangsa – Linkin Park

Bintang Video Pilihan – 30 Seconds To Mars (Jared Leto)

Artis Harapan Pilihan – Leona Lewis

Anugerah Inovasi – Radiohead

Gandingan Terbaik – OneRepublic + Timbaland

Artis Paling Bekarisma – Muse

Anugerah Gaya – Panic At The Disco

Anugerah Inspirasi – Karen Mok

Anugerah Artis Paling Menyerlah -The Click Five.

Harian Metro

Leave a comment