Dua Bekas Perdana Menteri, P Ramlee Dikagumi Penduduk

13 Jan

MASYARAKAT Kejaman juga mempunyai ramai idola dalam pelbagai bidang. Tidak mengejutkan apabila kebanyakan idola mereka bukan dari Sarawak, sebaliknya kebanyakan dari Semenanjung Malaysia lantaran akses kepada maklumat luar mudah masuk melalui Astro yang ada di hampir setiap rumah.

Malah, lebih lagi apabila mereka bukan setakat mempunyai Astro tetapi turut dilengkapi parabola yang menghubungkan mereka dengan siaran televisyen luar negara. Ada nama-nama yang disebut mereka agak janggal bagi kami. Pengetahuan mereka mengenai dunia luar cukup dikagumi dan langsung tidak menggambarkan senario sebenar mereka tinggal di pedalaman.

Bercakap mengenai pemimpin, dua nama bekas Perdana Menteri disebut oleh kebanyakan penduduk Kejaman di situ tak kira muda mahupun yang tua. Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi insan paling dikagumi di situ. Bagi wanita pula, nama Tan Sri Rafidah Aziz menjadi idola utama mereka.

“Tun Mahathir cukup dikagumi kerana kehebatannya ketika memimpin negara ini. Selalu kami menonton ucapannya di televisyen termasuk ketika Persidangan Negara Komanwel. Dia pandai dan hebat berbahasa Inggeris. Semua orang di sini mahu anak mereka jadi sepertinya,” kata salah seorang warga emas di situ, Pagang Tinyam.

Dalam bidang hiburan, nama seniman agung, Tan Sri P Ramlee dikenali semua. Malah, ketika berkaraoke, lagu P Ramlee paling kerap dinyanyikan selain lagu artis popular lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Awie dan Broery Marantika. Malah, nama raja gelek tanah air, Datuk M Daud Kilau turut digemari mereka.

Ketika berbual dengan beberapa golongan muda di situ, beberapa nama lain lagi disebut tetapi lebih kepada penyanyi luar negara termasuk Michael Jackson dan Britney Spears. Kegilaan terhadap muzik juga menular dalam jiwa remaja di situ apabila boleh dikatakan setiap hari kami mendengar mereka memetik gitar sambil menyanyikan lagu popular kumpulan Wali Band dari Indonesia berjudul Cari Jodoh dan Baik-baik Sayang.

(Bersambung esok)

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: