Siti Nafi Jadi Pengetua AF8

12 Jan

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
bhnews@bharian.com.my

Penyanyi sambut hari jadi ke- 31 tolak tawaran program realiti

KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menafikan beliau dilantik sebagai pengetua program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) seperti dilaporkan pelbagai pihak sebelum ini.

Penyanyi nombor satu negara itu berkata, beliau pernah ditawarkan jawatan itu tahun lalu tetapi menolaknya kerana belum sedia menggalas tanggungjawab berkenaan.

“Bagaimanapun, Siti teringin berkongsi bakat dengan sesiapa saja yang ingin bergelar anak seni, cuma bukan sebagai Pengetua AF,” katanya selepas pelancaran album CTKD dan sambutan ulang tahun kelahirannya ke-31 di sini, malam tadi.

Majlis turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa; Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Seri Farid Ridzuan dan penyanyi Krisdayanti (KD).

Sebelum ini, tercetus ura-ura Siti bakal dilantik Pengetua AF8. Tahun lalu, Astro memberi kepercayaan kepada wanita menerajui AF7 apabila memilih Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai pengetua.

Mengenai hadiah hari jadi, Siti berkata beliau menerima sebuah beg tangan jenama Luois Vuitton daripada suami.

“Hadiah ini cuma untuk menggembirakan hati, perkara lebih penting ialah kasih sayang daripada suami tercinta,” katanya.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: