Pergi Muncul Juara Lagu

11 Jan

bhnews@bharian.com.my

AIZAT menjulang trofi AJL Ke-24, malam tadi.

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff dan Serimah Mohd Sallehuddin

KUALA LUMPUR: Lagu Pergi ciptaan Pete Teo dan lirik oleh Amran Omar menidakkan kekuatan 13 lagu lain untuk diangkat pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Lagu dendangan Aizat daripada filem Talentime itu menerima hadiah bernilai RM35,000 berserta trofi, yang disampaikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Seri Farid Ridzuan.

Sementara itu, lagu Dan Sebenarnya nyanyian Yuna dan karya bersama Yuna, Paan, Efry dan Aidil muncul naib juara seterusnya membawa pulang hadiah berjumlah RM15,000.

Tempat ketiga pula dimiliki lagu Bencinta ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Faizal Tahir yang juga penyanyinya. Hasil kejayaan itu, mereka berkongsi hadiah berjumlah RM12,000.

Kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik yang masing-masing menawarkan habuan bernilai RM10,000 setiap satu berserta trofi menjadi milik penyanyi Black dan Aizat menerusi lagu Kau Aku.

AJL24 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 mencipta kelainan apabila buat kali pertama sejak 1992, semua lagu dipertandingkan secara terbuka, tanpa mengikut pecahan kategori Pop Rock, Balada dan Irama Malaysia dan Etnik Kreatif.

Komposer terkemuka, Fauzi Marzuki mengetuai barisan juri yang turut dianggotai Hazami dan Dr Syed Ahmad Faizal Al-Attas atau Pacai (juri lagu), Dr Wan Zawawi dan Fatimah Abu Bakar (juri lirik) serta tiga juri kategori tambahan Datuk Siti Nurhaliza, Zainal Abidin dan Farid.

Lagu lain yang turut bersaing pada AJL24, Aku Skandal ciptaan dan lirik oleh Noh, nyanyian Hujan; Tak Mungkin Kerna Sayang (Ajai/Habsah Hassan / Alyah); Aurora (Estranged/Estranged); Bengang (Amir/Sheikh Qalam / Akim); Aku Rindu Sayang Kamu (Yuzai/Black); Rindu Terhenti (Aubrey Suwito/Tinta / Tomok), Pakai Buang (Edry/Stacy); Kau Aku (Aizat/Aizat); Situasi (Sam Bunkface/Bunkface); Cinta Adam dan Hawa (Azmeer/Loloq/Misha Omar) dan Masih Jelas (Aidit Alfian/Ad Samad/Hafiz).

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: