Pencarian AF8 Sudah Bermula

31 Dec

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

WALAUPUN ada yang berpendapat Akademi Fantasia (AF) patut dihentikan tidak memberi jaminan kepada pelajarnya, Astro tetap meneruskan penerbitan program yang pernah menjadi fenomena satu ketika dulu untuk musim kelapan yang akan menemui peminatnya tahun depan.

Misi pencarian peserta musim kelapan bermula Januari ini di lima lokasi iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, sebelum AF8 menyingkap tirainya pada Mac nanti.

Pemilihan peserta yang benar-benar memiliki bakat nyanyian dijanjikan juri tahun ini supaya tidak timbul pertikaian seperti kata pepatah rumah siap pahat berbunyi sekiranya mereka tersalah pilih peserta yang tidak boleh menyanyi.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, pihaknya kali ini akan membuat tiga peringkat saringan pada sesi uji bakat nanti bagi memastikan pelajar yang dipilih boleh menyanyi dengan baik kerana AF mementingkan vokal.

“Kita juga mementingkan personaliti dan komitmen mereka. AF adalah platform untuk pelajar menyerlahkan bakat mereka sementara tugas guru pula membantu untuk menyerlah lagi bakat pelajar. Bagaimanapun pada akhirnya nanti, ia bergantung kepada inisiatif pelajar itu sendiri,” kata Azlin.

Juri yang bakal terbabit pada sesi uji bakat AF8 terdiri daripada Lah VE, Deja Moss, Syafizawati Shariff, Dr Fazley Yaakob, Azhari Othman, Fairuz Hussein, Shahrolbahri Shaarani dan Shaiful Rizal Kamarudin.

Tahun ini juga, sekali lagi AF membuka penyertaan kepada peserta berumur 18 hingga 45 tahun dan penyertaan turut dibuka kepada rakyat Singapura. Seperti mana tahun lalu, penyanyi berpengalaman yang tidak mempunyai kontrak dengan syarikat rakaman juga berpeluang mencuba nasib.

Mencari wajah baru

SETIAP kali uji bakat diadakan, pasti ada orang yang sama datang mencuba nasib sekali lagi. Bertanggungjawab menjadi juri untuk saringan awal selama tiga tahun berturut-turut, Syafizawati atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi, berkata, walaupun tidak menolak orang yang sama, tetapi tetapi berharap dapat melihat wajah baru datang ke sesi uji bakat kali ini.

Katanya, dia mahu mencari pelajar yang mempunyai cita-cita dan memiliki komitmen tinggi terhadap dunia nyanyian selain mempunyai ‘jenama’ tersendiri bukan meniru gaya penyanyi sedia ada.

“Memang bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai juri untuk peringkat awal kerana kami berisiko dipersalahkan jika tersilap memilih pelajar.

“Bagi saya mereka yang tidak pandai menyanyi boleh diajar, yang penting adalah kesedaran sivik. Mereka perlu mempunyai semangat serta ketekunan untuk memperbaiki kelemahan. Jangan terlalu berharap disuap setiap hari sebaliknya berusaha untuk berlatih sendiri.

“Tahun ini saya berharap lebih banyak muka baru kerana setiap tahun kebanyakan muka yang sama hadir uji bakat. Jadi kalau boleh saya mahu melihat kelainan untuk tahun ini. Ingin saya nasihatkan kepada mereka yang mahu menghadiri uji bakat supaya menyediakan lebih banyak lagu sebagai persediaan,” katanya.

Lokasi dan Tarikh Uji Bakat

1. Stadium Nasional Bukit Jalil – 8,9,30 dan 31 Januari

2. The Zon, Johor Bahru – 16 & 17 Januari

3. Redbox Gurney, Plaza Gurney Pulau Pinang – 16 & 17 Januari

4. Hotel Promenade Kota Kinabalu – 22 & 24 Januari

5. Hotel Merdeka Palace, Kucing – 23 & 24 Januari

Lagu Peserta Wanita

1. Gagap – Stacy

2. Jika Kau Ubah Fikiran – Mila

3. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah

4. Dan Sebenarnya – Yuna

5. Di Taman Teman – Siti Nurhaliza

6. When You’re Gone – Avril Lavigne

Lagu Peserta Lelaki

1. Situasi – Bunkface

2. Hujan – Sudirman

3. Ada Untukmu – Nubhan

4. Berdendang Dalam Tangisan – Jamal Abdillah

5. Fikirlah – Aizat

6. I’m Yours- Jason Mraz

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: