Pahit Manis Sepanjang 2009

31 Dec

Oleh Farihad Shalla Mahmud dan Zaidi Mohamad
hiburanbh@bharian.com.my

Gembira, sedih, kontroversi dan sensasi sentiasa mewarnai pentas hiburan

BANYAK kisah sensasi dan kontroversi melingkari dunia artis tanah air sepanjang tahun 2009. Perkahwinan mengejut membabitkan dua selebriti negara kita iaitu juara Akademi Fantasia, Faizal Ramly dan Zizie Ezette mula dibongkar.

Begitu juga dengan ‘perbalahan’ membabitkan dua bintang pelapis, Remy Ishak dan Ummi Nazeera hingga mendapat liputan meluas di dada akhbar, majalah dan laman maya. Perpisahan Scha Alyahya dan Fahrin Ahmad September lalu masih diingati, malahan Fahrin Ahmad juga lantang mempertahankan dirinya hingga saat ini.

Nama Nora Danish, Fasha Sandha, Waheeda, Akhil Hayy, Farawahida dan komposer, Julfekar turut menjadi sebutan dan terus menggemparkan persada hiburan tempatan. Bersama Hip, kita menyorot kembali kisah kontroversi dan gosip ‘panas’ yang terus meniti bibir masyarakat. Malahan masih ada sisi indah yang dibanggakan termasuk kelahiran bayi ramai selebriti.

Disember

Pernikahan Zizie Ezette dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin seolah-olah menjadi penutup kisah sensasi dunia hiburan tanah air. Bagaimanapun, bila dan di mana sebenarnya pernikahan mereka itu sehingga kini masih menjadi rahsia.

Faizal Ramly atau Faizal AF4 tiba-tiba mengaku sudah berkahwin dengan Nur Ashikin Mior atau Ikin 12 pada Februari lalu. Bagaimanapun, ia menimbulkan tanda tanya kerana keluarga Faizal tidak tahu menahu perkahwinan mereka.

Sengketa Remy Ishak dan Ummi Nazeera sekali gus mengesahkan mereka sebenarnya berkasih. Remy diserang sekumpulan tujuh lelaki di Istana Budaya (IB) yang didakwa berpunca daripada perselisihan antara mereka.

Natasha Hudson bercerai dengan dengan usahawan dan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari. Sebelum itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Nessa Helena.

November

Nora Danish meninggalkan penggambaran drama Spa Qistina selepas melihat kelibat Fasha Sandha di lokasi. Nora mendakwa Global Station Sdn Bhd melanggar perjanjian, iaitu tidak ada babak yang menemukan mereka. Ini sebenarnya adalah rentetan daripada perceraian Nora dan Rizal Ashram Ramli kononnya membabitkan Fasha.

Oktober

Fasha Sandha mengumumkan hendak berkahwin. Mengumumkan beberapa lelaki sebagai calon suaminya, antaranya Rizal Ashram Ramli, dan ekuin kebangsaan, Qabil Ambak Mahamad Fahthil. Tapi semuanya tak jadi kenyataan.

Diana Danielle menarik diri daripada teater Natrah kerana tidak puas hati dengan bayaran. Tempatnya digantikan Maya Karin.

Isteri kepada Que Haidar, Linda Jasmine melahirkan bayi perempuan dinamakan Tengku Ratu Haidar pada 26 Oktober.

Juara program realiti, One In A Million musim kedua, Ayu Damit dikatakan bernikah secara senyap di Perak. Difahamkan Ayu kini sudah melahirkan anak.

September

Scha Alyahya dan Fahrin Ahmad membuat haluan masing-masing selepas 10 bulan menyulam cinta.

Pelakon Eja anak perempuan pada 3 September hasil perkahwinannya dengan Mohd Silahuddin Jamaluddin selama lebih 10 tahun.

Ogos

Selepas bercerai dengan Maizawati Zainal, Akhil Hayy bernikah dengan Waheeda pada 16 Ogos lalu di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.

Julai

Rita Rudaini dan suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak dikurniakan anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin pada 8 Julai. Mereka bernikah pada 25 Februari 2008 di Songkhla, Thailand. Pada 24 April 2009, Hakim Syarie Mohd Yunus Mohd Zin yang membuat keputusan perkahwinan mereka sah, tetapi memerintahkan melaporkan perkahwinan mereka kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP).

Mac

Penyanyi, Farahwahida tiba-tiba ‘menghilangkan’ diri sebaik saja menyertai Anugerah Juara Lagu ke-23 kerana dikatakan kecewa dengan Julfekar. Farawahida dan Julfekar saling tuduh menuduh tetapi sehingga kini tidak diketahui hubungan antara mereka.

Engku Aleesya anak sulung hasil perkongsian hidup Erra Fazira dan Engku Emran Zainal Abidin dilahirkan pada 30 Mac.

Januari

Selepas dua bulan menjadi ‘pelarian cinta’ dan buruan media massa, Memey buat julung kalinya tampil menghiasi muka depan B’Pop keluaran 11 Januari. Namanya menjadi sensasi selepas insiden tangkap khalwat dengan Norman Hakim oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di pejabat pelakon lelaki itu di Ukay Perdana, Selangor.

Dua jiwa satu hati

Januari

Ako Mustapha dan isteri Kartina Abdullah selamat diijabkabulkan di Taman Mawar, Sandakan Sabah 17 Januari lalu.

Pelakon drama, Sari Yanti bernikah dengan ahli perniagaan, Mohd Eddy Casmady Che Hussin pada pada 17 Januari lalu.

Pelakon dan penerbit Wendy Wong atau nama Islamnya Wani Wendy Wong Abdullah mendirikan rumah tangga dengan Yacob Chik. Wani menikahi ahli perniagaan itu selepas dua tahun memeluk Islam.

Februari

Linda Jasmine dan pelakon Que Haidar diijab kabulkan pada 14 Februari di Bora Ombak, Ampang.

Penyampai radio HotFM, Kartini Kamarul Ariffin atau Tini sah mendirikan rumah tangga dengan Nur Sulhi Jasmin pada 22 Februari.

Mac

Leina Hangat memilih lelaki Melayu, Mohd Zaipul Bahri Ghazali sebagai suaminya selepas bercerai dengan lelaki dari Eropah.

Nik Sayyidah atau dikenali sebagai Mek dinikahkan dengan Setiausaha Sulit Raja Perempuan Kelantan Kelantan, Mohd Hariff Ghazali.

Pelakon Yatt dan Abdul Mutalib Adul Shukor bernikah di kediaman keluarganya di Seremban 2, Negeri Sembilan.

April

Arni Nazira menamatkan zaman jandanya dengan Mohd Hazrie Wan Mokhtar Hazrie, 32. Mereka bernikah di Mukim Bukit Besar, Ahmad Awang di Masjid Abidin, Terengganu.

Mei

Didie Alias menamatkan zaman jandanya apabila bernikah dengan Norisyam Ismail pada 8 Mei di di Pejabat Kadi daerah Gombak Timur.

Diana Rafar dan Zamarul Hisham selamat dinikahkan pada 16 Mei di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pasangan yang turut mengabadikan majlis perkahwinan pada bulan ini ialah Adlin Aman Ramlie dan Emelda Rosmila. Pada majlis itu yang berkonsepkan adat Jawa itu, Emelda menerima wang hantaran sebanyak RM30 ribu.

Jun

Penyampai radio XFM, Nana atau Nurul Hana Che Mahazan dinikahkan dengan Muhammad Raqeem Brian,

Julai

Peserta Raja Lawak musim pertama, Johan selamat bernikah dengan pelakon, Ozlyn pada 25 Julai lalu.

Ogos

Pelakon Noniswara mendirikan rumah tangga dengan Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzwan di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.

Norman KRU dan Shireen Mardziah sah menjadi pasangan suami isteri selepas bernikah di sebuah masjid di Bukit Damansara.

Akhil Hayy dan penyanyi Waheeda bernikah tanggal 16 Ogos di Masjid Jamek Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, Selangor.

Komposer Ajai selamat dinikahkan dengan Norliza Ilyas di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Oktober

Pelakon Sharifah Sofea dan pasangannya, Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali selamat dinikahkan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

November

Duda paling hangat, Tam Spider sah menjadi suami kepada Aida Mustafa dari Pekan Nanas, Johor.

Disember

Vokalis kumpulan Kristal, Razlan mengahwini Nur Sheila Hasshim yang dikenalinya selama 14 tahun.

Dalam kenangan

Bapa Datuk Siti Nurhaliza, Tarudin Ismail meninggal dunia pada 15 Februari lalu akibat sakit jantung. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyang, Kuala Lipis.

Pelakon Shukery Hashim menghembuskan nafas terakhirnya akibat barah pankreas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira jam jam 1 petang, 10 Jun lalu.

Pengarah iklan dan filem terkenal, Yasmin Ahmad meninggal dunia selepas mengalami strok dan pendarahan otak.

Pelakon dan pelawak veteran, Param meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Dunia muzik tanah air, terutama industri nasyid kehilangan Ustaz Mohamad Asri Ibrahim yang meninggal dunia pada 13 Ogos kerana serangan jantung.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: