Dengarnya…: Pengajaran Kepada Scha

29 Dec

PADA Sabtu lalu heboh kisah tiga selebriti muda iaitu Awal Ashaari, Scha Al Yahya dengan Juliana Evans ditahan di sebuah pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur. Heboh jugalah dunia hiburan apabila kisah penahanan mereka terpampang di surat khabar. Maklumlah sebelum ini ketiga-tiga selebriti ini mempunyai rekod yang bersih, jadi apabila tiba-tiba mereka ditahan kecoh jugalah dibuatnya.

Cik Normah sempatlah menjenguk ke beberapa laman sembang, habis teruk ketiga-tiga mereka dikutuk terutamanya Scha AlYahya. Selama ini Scha disangka gadis baik dan bersih, tetapi apabila berlakunya kes itu, macam-macam orang mengata.

Dalam Hip semalam, Cik Normah tengok muka Scha sugul habis. Kata Scha dia pergi ke sana kerana nak raikan ulang tahun sahabatnya dari Australia. Kenapa tak ajak raikan kat restoran mamak saja! Senang, selamat dan murah.

Kalau Cik Normah jadi Scha tentulah Cik Normah takut, ialah sedang kerjaya berada di kemuncak tup-tup nama dipalit dengan kisah hitam. Kalau dilihat pergi ke masjid tak apalah, ini ditangkap ketika berada dalam kelab. Apatah lagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian bakal berlangsung tak lama saja lagi, Cik Normah takut nanti perkara itu memberi kesan kepada undian Scha pula.

Berbalik kepada kisah Scha pergi ke kelab, dalam Hip semalam, Scha menyebut dia baru saja habis penggambaran Awan Dania. Tapi dari apa yang Cik Normah dengar sebenarnya malam itu Scha tidak terbabit dengan sebarang penggambaran. Betul atau tidak ada penggambaran Cik Normah tak pasti sebab itu apa yang orang sampaikan. Tapi apa motif dia berkata demikian? Adakah Scha nak beritahu yang dia langsung tidak merancang ke kelab kerana dia ada penggambaran tetapi dia terperangkap sebab undangan kawan?

Tak mengapalah Scha, hanya Scha saja yang tahu apa yang berlaku. Apa yang berlaku jadi pengajaran. Cuma, Cik Normah takut populariti Scha merudum hanya disebabkan sedikit masalah sosial. Maklumlah peminat kita ini selalunya sukakan artis yang baik-baik contohnya macam Datuk Siti Nurhaliza, jadi pandai-pandailah Scha jaga nama kalau mahu bertahan lama dalam industri.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: