Tanpa Kehadiran Mereka Majlis Tetap Meriah

24 Dec


FASHA SANDHA,, Tengku Azura, Camelia dan Diana Daniell antara 10 artis yang tercalon dalam kategori Eh! 10 Yang Anggun. Turut kelihatan ialah Asiah Mion (kiri).

ACARA ulang tahun meraikan sedekad kewujudan majalah EH! baru-baru ini menjadi lebih manis dan dikenang dalam sisi yang lebih indah. Itupun, jika jelitawan tanah air yang turut diraikan hadir memberi sokongan seperti janji yang tersemat sewaktu awal kata dikota.

Bagaimanapun, daripada 10 yang tersenarai dalam EH! Yang Anggun, hanya Diana Danielle, Tengku Azura, Camelia dan Fasha Sandha saja yang mengotakan janji mereka. Begitu juga dengan kategori 10 Lelaki Disenangi Pembaca kerana tidak sampai separuh yang hadir.

Bertemu dengan pengarang majalah terbabit, Asiah Mion, dia mengakui agak ralat dan kecewa apabila penyertaan artis yang tercalon dalam dua kategori itu tidak seperti yang diharapkan.

Biarpun begitu, majlis yang diadakan di premis Centro, KL itu mencatat sejarah tersendiri kepada EH!.

“Saya terasa hati sangat dengan artis yang tercalon dalam 10 Yang Anggun. Sebenarnya 10 selebriti itu sudah memberi jaminan akan hadir pada majlis ini dan sebab itu juga mereka terpilih. Kalau tak boleh datang sepatutnya beritahu awal boleh kita cari alternatif.

“Sebelum disenarai pendekkan menjadi 10 selebriti, kita menapis mereka daripada jumlah 30 orang secara keseluruhan. Cuma Datuk Siti Nurhaliza dan Maya Karin yang memohon maaf kerana tidak dapat hadir akhir apabila komitmen lain perlu diutamakan.

“Siti contohnya, terbabit dengan persembahan hari lahir kerabat Pahang. Maya terikat dengan promosi Jom Heboh. Yang lain seperti Fazura dan Ella tidak memberi maklum balas. Begitu juga dengan Nasha dan Rozita Che Wan,” katanya dalam nada hampa.

Namun majlis ini tetap meriah terutamanya sebagai penghargaan kepada pembaca yang terus menyokong EH! sejak dulu.

Kata Asiah, matlamat majlis ini dibuat secara jelasnya untuk meraikan pembaca.

“Tanpa mereka, kami tidak mungkin terus kekal di persada menyajikan wadah fesyen, kecantikan, gaya hidup dan hiburan kepada mereka. Biarpun majlis ini berbayar dengan cetakan sebanyak 400 keping tiket, pembaca sentiasa tertunggu-tunggu kehadiran acara ini.

“Majlis ini memang khas buat pembaca. Jika tahun lalu, kita tidak melaksanakan acara tahunan ini kerana bekerjasama dengan Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFA), tahun ini acara ini datang lagi. Tiket berharga RM15 terjual lebih 300 keping itupun ada yang membelinya pada saat akhir,” katanya.

Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Awal Ashaari, Ainul Aishah, Yatt, Sherry Ibrahim, Imran Ajmain, Dafi dan ramai lagi. Dihoskan dua orang penyampai radio Suria FM, Tuah Zulqarnain dan Zizi, ia turut diselang seli dengan aktiviti membabitkan pembaca dan artis serta nyanyian.

Buat julung kalinya juga, Diana Danielle menunjukkan kemampuan vokalnya berpadu suara dengan lagu Hanya Di Radio bersama Imran Ajmain di hadapan khalayak. Kumpulan dari Singapura, Sleeq, Amylea, Ana Raffali dan Amanda Imani turut membuat persembahan sebelum Dafi melabuhkan tirai dengan nyanyiannya.

Bertemakan ‘Chic’, Ainul Aishah mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai pemenang Pakaian Terbaik kategori artis wanita. Untuk kategori lelaki, ia menjadi milik Iz Sulaini yang pernah memenangi kategori sedemikian pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008.

Untuk kategori wartawan pula, ia disandang wartawan Berita Harian, Hidayah Mohamed dan Haswari Ali dari portal hiburan, Murai.com.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: