Tumit Tinggi: Lelaki Kian Tua Makin Menjadi

19 Dec

xy@bharian.com.my

SUDAH seminggu artikel tu keluar kat surat khabar, baru TT terperasan. Menarik pada TT topik tu…Usia lanjut, siapa lebih takut? Lelaki atau wanita? Adalah komen lelaki dan perempuan kat situ, rata-rata kaum TT mengaku lebih takut apabila usia semakin menginjak lanjut. Emmm…

TT? Tak tahulah, dalam usia TT yang masih berpangkalkan angka dua (2) ni, TT rasa macam tak sabar nak gandakan angka tu… Tak sabar-sabar rasanya nak jadi wanita 40-an. TT tahu, pada usia tu kulit tak akan setegang sekarang atau ketika remaja (melainkan cucuk sana, cucuk sinilah, botox bagai), body mungkin tak ‘bergetah’ dah, walaupun TT tengok ramai wanita berusia sekarang jauh lebih bergetah dan mantap daripada anak-anak dara, tapi TT memang tak sabar nak sampai ke peringkat tu.

TT nak tengok apa jadi kat TT masa tu, di mana TT, siapa TT, bagaimana TT, dah berlaki ke TT masa tu, ada anak, berapa orang… Macam-macamlah. Tak terfikir pula buat masa ni, berapa banyak kedut, banyak ke sikit, badan dari M jadi XL ke XXL ke…

Tapi itu TT lah, rata-rata kaum TT yang TT jumpa memang takut apabila tahun berganti tahun..dari 1 di depan usia, jadi 2, jadi 3. Kebanyakannya lebih pada paras rupa, fizikal, takut kalau masa anak dara, 34-24-36, bila makin ‘tua’ jadi satu saiz je..40-40-40… Ada ke saiz macam tu? Hehe..pendek cerita, dulu gitar tua tong dram!

Takut bila jadi macam tu, suami lari, cari gadis muda yang sekarang ni ‘melambak-lambak’ di pasaran. Takut ya? Patut takut ke?

‘Tak taulah TT, lelaki ni bila makin berusia, lebih laku pulak.’ Itu kata seorang rakan lelaki TT, baru-baru ini. Suami orang ni ya. Ishhh…patutlah agaknya kaum-kaum TT gerun ya. Rakan TT ni, lebih tualah daripada TT, dalam 10 tahun macam tu. Lama dah TT kenal dia, dulu segaklah juga, slim, ‘sedap-sedap’ kata orang. Baru-baru ni TT jumpa, maaaaakkkkk….’Apa jadi?’..tu lah soalan pertama TT pada dia.

Slim? Memang ishhh..jauh dah panggang daripada api. Memang bapak orang, saiz pinggang tu macam dah ikut usia… Hehehe. Tapi tulah dia kata, lelaki bila usia dah mencecah 30-an, atau lebih tua, makin laku walaupun badan tak ‘seslim’ dulu… Masa muda pinggang twenty two or thirt two, sekarang forty two, tetap laku.

Emmmm..ye ke? ‘Mungkin sebab kita orang dah stabil sikit kot,’ tambah kawan TT ni. TT dah agak dah alasan ni. Memang itulah jawapan lazim spesies ni, lebih-lebih lagi kalau yang memegang title ‘suami orang’.

‘Know what TT, badan dah macam ‘anak gajah ni pun, senang sangat nak dapat perempuan. You tak perlu ‘kerja’ kuat…perempuan yang datang kat you!’. Adussss…sakit hati juga TT dengar. Macam ni ke spesies TT, senang sangat nak dapat. Excuse me….!!!! Perempuan senang nak dapat ke, you all tu yang tampal kat dahi…I am available..come to me come to me?

Tapi suka tak suka, TT sedikit sebanyak kena akuilah juga kata-kata rakan TT ni. Ramai TT jumpa yang perangai macam ni… ’serah’ diri pada lelaki berduit, tak kiralah muka tak lawa macam mana, badan macam anak gajah ke apa ke, janji poket lebat. Ishhh…tak sangguplah TT.

Memanglah, perempuan kena ikut cakap mak bapak…cari pasangan yang bukanlah berada tapi memadai kalau punya sedikit harta untuk jadi ketua keluarga. Tapi, pilih pun kenalah caranya bukan? Adalah ISO nya, bukan main redah je…

Orang kata, biarlah sedap mata kita memandang hati kita menerima… Macam lagu dari mata turun ke hati, biar ada perasaan kasih sayang cinta atau apa saja yang sewaktu dengannya… pada tuan punya badan, bukan duitnya.

Macam lagu Datuk Siti Nurhaliza..cintaku bukan di atas kertas, cintaku getaran yang sama… Walaupun TT sendiri selalu tukar lirik…Cintaku bukan di atas kertas, cintaku di atas wang kertas…opppssss…

Apa cerita Datuk Bung Moktar Radin dan Zizie Izette ya? Eh..TT dah lari topik ke? Ooopsss..terlebih sudahhh…

Anda mahu berinteraksi dengan Cik TT? Cik TT menunggu anda! Sila e-mel komen dan pandangan anda ke xy@bharian.com.my.

Berita Harian

2 Responses to “Tumit Tinggi: Lelaki Kian Tua Makin Menjadi”

  1. lisa January 17, 2010 at 12:41 pm #

    Apa nak dikata bila jiwa kembali muda remaja. Yang sebenarnya si tua bangka ni terasa ngeri & tambah seksa tengok muka berkedut si isteri tika bersama, sakit & ajalnya, kalau tengok dahi licin muka manis bak madu tika bersama, sakit & ajalnya terasa indah walaupun tubuh badannya sendiri pun gelember sana sini. Buat para isteri tak perlulah guna bapak botox ker, susuk ker dsb, cuma ingat…! hukum agama membenarkan si suami kahwin 4. 4 tu…tamak tu & jangan haraplah lelaki berlaku adil bak rasul sebab mereka manusia biasa yg tamak berbini tak kiralah berduit atau tidak sebab mereka tahu wanita tua tak cun lagi dah walaupun setiap buat facial muka & gerenti tak laku lepas menopaus, wanita muda mudah menyerah, ramai, sanggup dimadukan & sanggup menuang tuba sesama sendiri. Untuk wanita tua yg berpasangan dengan lelaki muda, tiba menopaus fikirkanlah amalan & diri sendiri anda pasti anda akan merasa lebih bahagia tanpa lelaki di sisi anda. Soal anak pula berilah contoh yg baik yg mereka tidak perlukan seorang bapa yg tidak berguna seperti tua bangka keladi sebab memalukan saja.

  2. lisa January 17, 2010 at 2:43 pm #

    Lihatlah contoh popular & terhebat gelagat wanita muda berlaki tua. Paling sensasinya Siti Nurhaliza & Memey. Bukan main gah mereka menunjukkan ‘kasih sayang’ itu. Terkedulah si isteri tua yg jugak cuma menjadi bekas isteri para lelaki idaman wanita muda di rantau ini. Apalah salahnya mereka tunjukkan kasih sayang & cinta berahi mereka itu di rumah saja buat apa nak riak sangat siap tunjukkan hadiah berharga lagi, anda dah menang jadi tak payah tunjuk2kan di dada akhbar & website. Sebagai wanita anda kena fikir mungkin anda juga akan mengalami nasib yg sama seperti bekas bini pasangan anda, itu tidak mustahil sebab lelaki boleh kahwin 4 atau beribu kali jika dok kahwin cerai kerjanya. Ingat tu..!bila datang ‘kemaruk’ cinta mereka, anda sujud di kakinya pun tak mampu kembalikannya kepada anda. Beruntung jadi lelaki, lagi tua lagi menjadi. Memang diaorang tak payah susah mencari sebab ia datang bergolek ke riba. Jika berduit lagi ramailah pilihan sebab ramai gadis datang menyerah kerana yakin lelaki tua adalah yg terbaik, matang & mantap untuknya. Dengan lelaki muda cuma boleh harapkan rupa je lebih tapi hampeh belaka. Lihat saja di IPTA ramai wanita dari lelaki jadi tak hairanlah wanita ini yg akan tanggung biawak hidup dalam rumahtangganya. Anda pun tahu masalah ini ‘tetap segar’ sepanjang zaman, kiamat tak kiralah iya. Bila datang ‘kemaruk’ nasihat pun umpama mencurah ke daun keladi, getahnya gatal melekat. Lelaki dianiaya wanita perkara remeh sebab dia ada ‘kuasa’ jadi masalah dimainkan, dimadukan, ditinggalkan dsb itu menunjukkan dia dayus sebab tak tahu guna ‘kuasa’ atau otaknya. Lelaki yg menggunakan kuasanya dengan memukul jugak dayus. Belajar2lah apa yg patut untuk menjadi lelaki yg baik, tahu guna kuasa & otak. Ingatlah wahai lelaki tua miang keladi, wanita muda pun bukan berkenan pun dok layan anda bila anda sakit terlentang di katil. Jangan cari bekas bini atau bini tua untuk menguruskan anda pulak, nak cari pun takpa jika anda tak tahu malu & dayus lagipun cepat sikit kojolnya bila tengok muka kerepot bini tua jadi bolehlah bini muda kahwin lain ker atau bolot harta benda anda dsb. Asam garam rumahtangga memang macam ni. Saya sendiri bersiap sedia jika tiba menopaus jadi saya tidak perlu bimbang & takut sebab saya sudah bergelar seorang isteri, ibu & mungkin nenek. Tiada apapun yg dapat membahagiakan saya selain telah melalui proses kehidupan sebagai wanita sejati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: