Muzikal Terus Mengisi IB

14 Dec

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

AIZAT membuat persembahan pada majlis pelancaran program IB untuk tahun depan.

Penyumbang besar kepada kehadiran penonton ke panggung

BIARPUN timbul pertikaian mengenai kekerapan mementaskan karya muzikal, Istana Budaya (IB) akan terus memberi ruang kepada karya itu kerana mengambil kira faktor kemampuan menarik penonton daripada pelbagai lapisan umur ke panggung itu.

Hakikatnya, memang tidak dinafikan persembahan teater muzikal sentiasa menjadi penyumbang kepada kehadiran penonton yang tinggi. Tarikan teater muzikal begitu ketara apabila jumlah penontonnya tahun ini melebihi sasaran iaitu 145,357 berbanding 100,000 yang disasarkan tahun ini.

Sementara itu, Cuci The Muzikal dan Impak Maksima The Muzikal akan kembali memeriahkan kalendar program IB. Beberapa teater muzikal yang bakal mengisi kalendar program IB untuk tahun 2010 ialah Estet The Muzikal, Muzikal Che Det, Muzikal Satu, Kita We The Muzikal dan Muzikal Budak Kampung.

Ketua Pengarah IB, Juhari Shaarani berkata, salah satu sebab menapa pementasan muzikal menjadi pengisi ruang adalah kerana permintaan yang tinggi. Ia juga, katanya adalah satu lumrah dalam mana-mana panggung di kota raya besar dunia apabila muzikal selalunya mengisi kira-kira 70 peratus di mana-mana pentas teater.

“Teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGLM) mengubah tanggapan masyarakat terhadap teater. Kejayaan PGLM mencatat kutipan sebanyak RM2 juta menunjukkan penonton kita bersedia membayar harga yang tinggi untuk menonton muzikal.


PEMENTASAN Cuci The Musical membantu meningkatkan kehadiran penonton IB.

“Beberapa karya muzikal yang pernah dipentaskan juga akan dipentaskan sekali lagi di atas permintaan serta sambutan yang hangat. Selain itu, kita juga mengambil kira rungutan pihak produksi yang tidak dapat untung pada pementasan pertama.

“Pengulangan bukan saja bagi mengisi permintaan orang ramai tetapi juga supaya set, prop, muzik dan kostum dapat digunakan semula bagi mengelakkan pembaziran,” katanya pada majlis pelancaran Program Istana Budaya baru-baru ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie.

Tahun ini sebanyak 39 program bakal dipentaskan iaitu 25 di Panggung Sari, manakala selebihnya dipentaskan di Lambang Sari. Persembahan daripada kumpulan pementasan dari luar negara juga tidak ketinggalan untuk dibawa oleh IB berikutan kejayaan beberapa karya pentas bertaraf antarabangsa seperti Cats, Chang and Eng, Saturday Night Fever, Fame, Stomp dan The Sound Of Music yang menarik penonton berbilang kaum berkunjung ke IB.

Tahun 2010 juga IB membawakan muzikal agung yang dibawa dari Amerika Syarikat, West Side Story, bakal memperlihatkan koreografi tari serta gubahan muzik dari maestro muzikal dunia. Muzikal yang pernah memenangi anugerah dalam Anugerah Academy termasuk bagi kategori Filem Terbaik ini bakal dipentaskan pada 12 hingga 25 Mei dan Carmen pada 9 hingga 10 Januari.

Juhari berkata, selain teater muzikal dari luar negara yang berjaya menarik penonton ke IB, konsert daripada penyanyi popular tanah air juga antara tarikan utama. Konsert Jamal Abdilah dan Konsert Satu Siti Nurhaliza menyebabkan penonton memenuhi panggung IB.

Beberapa konsert yang dijangka menjengah Panggung Sari pada tahun 2010 nanti ialah Konsert Satu Masa yang membabitkan penyanyi rock terkemuka tanah air, Konsert Satu Suara menampilkan gabungan Faizal Tahir dan Aizat; Konsert Untukmu Wanita, Konsert Syahadah sempena Maulidur Rasul yang menampilkan pendakwah undangan dunia Yusuf Islam, Konsert Datuk Shake dan Konsert Irama Malaysia.

Siti Nurhaliza terbitkan konsert Faizal Tahir, Aizat

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang bertindak selaku penerbit Konsert Satu Suara, berkata, idea menerbitkan konsert itu tercetus kerana melihatkan bakat serta kelai nan muzik yang dibawakan oleh Faizal Tahir dan Aizat.

Idea yang lahir daripada kakak iparnya Rozie Abdul Razak juga mengambil kira kejayaan yang pernah dicatat dua penyanyi ini dalam jangka waktu singkat.

“Memandangkan Siti sudah biasa menerbitkan konsert sendiri, jadi terlintas kenapa tidak kita terbitkan konsert untuk penyanyi lain. Siti mengagumi bakat dimiliki dua penyanyi ini, lagipun Siti tidak mahu peluang untuk mereka mengadakan konsert dipersia-siakan.

Siti tidak mahu mereka terlambat mengadakan konsert seperti mana Siti dulu kerana masalah penajaan.

“Tanggungjawab untuk menerbitkan konsert ini memang besar. Kalau konsert sendiri mungkin Siti boleh bayangkan apa yang Siti mahukan, bagaimanapun Siti serahkan kepada Aizat dan Faizal untuk merangka konsert mereka. Siti hanya akan memberikan idea pada peringkat akhir nanti,” katanya.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: