Dengarnya…: Majlis Kahwin Serina Di Asian Food Channel

11 Dec

SELEPAS penyanyi nombor satu negara ,Datuk Siti Nurhaliza menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, dan Raja SMS, Mawi menyunting wanita bernama Ekin, Cik Normah rasa tidak ada lagi perkahwinan artis kita yang layak digelar Wedding Of The Year.

Iyalah selepas kedua-dua artis itu berkahwin yang mendapat liputan meluas media hingga disiarkan secara langsung di kaca televisyen untuk memastikan peminat Siti dan Mawi tidak kempunan, Cik Normah rasa selepas itu tidak ada lagi perkahwinan artis yang sehebat dan gah seperti mereka.

Kadang-kadang bukan apa, rindu pula nak menghadiri majlis sebegitu. Walaupun terpaksa bersesak-sesak dan ada kalanya ‘disesah’ pengawal peribadi mempelai, tapi saat itu sebenarnya menyeronokkan dan meninggalkan kenangan manis kepada kerjaya Cik Normah.

Lebih setahun tiada pernikahan yang gah, nampaknya hujung tahun ini kita semua bakal menyaksikan satu lagi perkahwinan yang ‘meletup-letup’. Kalau nak tahu, tak lama lagi anak dara kesayangan chef terkemuka Chef Wan iaitu Serina, bakal menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki mat salleh bernama Salahudin Ghaffar, 33, awal bulan depan.

Cik Normah difahamkan, bapa pengantin iaitu Chef Wan tengah pening kepala nak menguruskan perkahwinan anak daranya itu. Mana tidaknya, saat hari bahagia Serina kian menjelang, Chef Wan pula masih lagi terikat dengan tuntutan tugas di luar negara. Selepas menyiapkan rakaman program Best Wan untuk saluran Asian Food Channel di Singapura, chef yang peramah itu terpaksa pula menyiapkan program Ekspedisi Chef Wan untuk TV9.

Jika rakamannya dibuat di sini tidak mengapalah juga, sekurang-kurangnya Chef Wan dapatlah juga lari untuk uruskan perkahwinan Serina, tapi rakaman program itu pula dibuat di luar negara kalau tak silap kata teman Cik Normah, Chef Wan berada di Thailand dan Vietnam.

Kata Chef Wan yang meluahkan perasaannya kepada teman Cik Normah, dia pening kepala kerana kad masih lagi belum sempat diedarkan, sekembalinya dia dari Vietnam nanti barulah dia dapat mengedarkan kad. Bukan itu saja dia juga pening kepala kerana sebanyak enam majlis berbeza akan diadakan nanti.

Katanya enam majlis berbeza itu ialah majlis merisik, bertunang, berinai kecil, besar, nikah dan sanding. Malam berinai besar pula kata Chef Wan yang menampilkan tema putih, bukan saja tanggungjawab besar nak mengahwinkan anak, Chef Wan juga menggalas tanggungjawab kepada negara kerana majlis itu nanti akan disiarkan selama satu jam di Asia Food Channel untuk program Perkahwinan Anak Chef Wan.

Selain disiarkan di seluruh Asia, program itu juga khabarnya akan dijual kepada kabel televisyen di seluruh dunia. Wah hebatnya, sebab itulah Chef Wan pening kepala kerana dia perlu mempromosikan adat serta budaya masyarakat kita di mata dunia.

Itu soal persiapan, soal belanja kahwin satu hal lagi. Memandangkan sebanyak enam majlis berbeza yang akan diadakan, peruntukannya nanti juga bukan calang-calang. Seperti diketahui, Chef Wan tak mahu perkahwinan anaknya ditaja, dia lebih senang keluarkan duit sendiri untuk majlis anaknya mungkin Chef Wan tak mahu terhutang budi kot.

Cuma majlis bertunang Serina saja akan ditaja oleh Kapas. Cik Normah dengar bajet yang dikeluarkan Chef Wan untuk majlis anaknya itu boleh tahan banyak jugalah, tapi Cik Normah tak berani nak tulis kat sini takut Chef Wan marah pula. Apa-apa pun Cik Normah ucapkan selamat berbahagialah kepada Serina dan Salahudin.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: