Dengarnya…: Sekejap Tutup, Kemudian Buka

2 Dec

Oleh Normah Becok

Nik Sayyidah

CIK Normah paling pantang dengan golongan wanita yang suka mempermainkan tudung dan menghisap rokok. Itu antara dua perkara yang Cik Normah agak tidak suka untuk berbicara mengenainya. Biarpun Cik Normah tidak bertudung dan merokok, Cik Normah sedar perkara itu memang bersifat subjektif untuk disentuh.

Dalam soal bertudung, Cik Normah rasa apabila benar-benar bersedia baru akan mempertimbangkan berbuat demikian. Cik Normah tak mahu bertindak melulu dalam soal ini, biarpun hak bertudung itu satu kewajipan buat kita wanita yang beragama Islam.

Cik Normah sengaja memberi pembayang kisah ini kerana mahu merujuk kepada cerita yang ada kaitan dengan seorang pelakon comel ini. Kalau dulu, Datuk Siti Nurhaliza pernah ditegur dan dikritik mengenai perkara yang sama mengenai pemakaian bertudung. Penyanyi nombor satu negara itu dikatakan tidak bersungguh-sungguh untuk bertudung. Bagaimanapun, cerita itu sudah berlalu sepi.

Kembali balik kepada cerita pelakon comel ini yang Cik Normah tak segan silu mendedahkan namanya iaitu Nik Sayyidah atau lebih mesra dikenali dengan nama Mek. Kebelakangan ini, Cik Normah tengok pemakaian tudung Mek yang bermula dengan menutup cantik aurat sudah berubah kini hingga menampakkan rambut.

Cerita Mek lebih kurang Datuk Siti apabila tudung yang dipakainya kini sudah bertukar menjadi gaya berselendang ala mak Datin. Cik Normah kurang pasti kenapa Mek berbuat demikian dan terbaru Cik Normah perhatikan ‘gaya terbarunya’ itu semasa majlis pratonton Senario Episod 2: The Beach Boys baru-baru ini.

Malah sebelum ini pun, Cik Normah tengok Mek sesuka hati menanggalkan tudung dalam beberapa buah drama yang dilakonkannya. Cik Normah tahulah itu hak masing-masing, tapi kenapa Mek tergamak berbuat begitu dengan mempersendakan tudung yang dipakainya.

Itulah, kalau tak bersedia nak bertudung jangan nak menjerat diri pula. Tudung itu bukan barang mainan, ikut sesuka hati nak pakai dan buang begitu saja. Maklumlah, bukan saja Cik Normah, rasanya ramai lagi yang akan jadi sensitif apabila pemakaian tudung ini dibuat main-main. Iyerlah, kalau nak pakai, pakailah betul-betul. Jangan sekejap buka, sekejap tutup. Pakai tudung tapi masih nampak rambut. Macam mana tu?

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: