Lagu Klasik Alunan MPO

17 Nov

Rap
Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra/MPO), meneruskan kehebatannya dengan mempersembahkan konsert istimewa bertemakan ‘Irama Warisan Kita’ yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC pada 11 dan 12 Disember (Jumaat dan Sabtu), jam 8.30 malam sementara Ahad (13 Disember), jam 3 petang.

Persembahan ini menyaksikan MPO mempersembahkan lagu Melayu klasik yang bakal membuai perasaan penonton. Setiap lagu yang dipilih dimainkan dalam gubahan untuk orkestra penuh dan melangkau semua generasi dan era.

Khalayak bakal menikmati keunggulan MPO dan mengalunkan lagu klasik P Ramlee seperti Getaran Jiwa dan Tunggu Sekejap termasuk lagu tradisional seperti Seri Mersing dan Tudung Periuk. Tidak ketinggalan, lagu berunsur patriotik seperti Pahlawanku, Warisan dan Bahtera Merdeka yang pastinya meruntun perasaan.

Menghangatkan lagi acara persembahan, MPO turut menampilkan lagu malar hijau dekad 1990-an seperti Hijau dipopularkan Zainal Abidin serta Cindai (Datuk Siti Nurhaliza).

Konsert ini juga bakal menyaksikan buat julung kalinya kolaborasi antara MPO dan Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MPYO) yang akan mempamerkan bakat seni anak tempatan.

Persembahan ini akan dipimpin konduktor tersohor, Datuk Johari Salleh dan diwarnai dengan kehadiran penyanyi terkenal seperti Aishah yang cukup popular dengan lagu Janji Manismu serta Lah Ahmad, bekas penyanyi kumpulan VE.

Persembahan bakal dikendalikan dua hos berkaliber, Awal Ashaari dan Deborah Henry.

 

 

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: