Konsert Tutup Tirai 2009

16 Nov

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap

SETIAP kali menyaksikan persembahannya, terasa seperti kali pertama menonton aksinya di atas pentas.

Terpukau! Itulah gambaran yang paling tepat mengenai persembahan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 30.

Nyata, suara dan aksinya tidak pernah menjemukan walau seringkas mana pun persembahannya.

Sabtu lalu, bersaksikan 6,000 penonton di Stadium Malawati, Shah Alam, sebuah konsert dinamakan Seribu Warna Datuk Siti

Nurhaliza dijayakan penghibur kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini.

Konsert anjuran dan sempena sambutan ulang tahun ke-17 Hai-O Marketing Sdn Bhd, menyaksikan pemilik wajah jelita

bersuara lunak itu menyampaikan rangkaian lagu popularnya.

Ku Mahu yang menjadi lagu tema drama bersiri Spa Q, dipilih sebagai mukadimah persembahan Siti diikuti Ku Milikmu yang

digubah sedikit ‘arrangement’ muziknya dan digabung ‘intro’ lagu Crazy In Love (dipopularkan Beyonce Knowles dan suami,

Jay Z).

 

 

“Arrangement muzik Ku Milikmu ini sengaja Siti minta digubah sedikit. Manalah tahu ada yang di sini sudah beli tiket dan

kecewa dengan penundaan konsert Beyonce Knowles termasuk Siti juga.

“Jadi malam ini, jangan sedih dan bimbang, Siti sedia menghiburkan anda,” katanya diikuti gelak tawa penonton.

Persembahan diteruskan Siti dengan menyampaikan lagu Nirmala, Di Taman Teman dan Biarlah Rahsia.

Penyanyi berzodiak Capricorn ini turut mengotakan janjinya mendedikasi segmen tribute kepada dua penyanyi lelaki yang

cukup dikaguminya iaitu Anuar Zain dan Faizal Tahir.

Siti mendendangkan lagu hit Anuar iaitu Lelaki Ini dan Mahakarya Cinta (Faizal Tahir).

Kesudian Siti menyampaikan lagu artis tempatan sama ada yang baru mahupun lama menyerlahkan betapa Siti seorang yang

sentiasa merendah diri, walaupun pelbagai koleksi lagu hitnya lebih layak diperdengarkan dalam konsertnya itu.

“Kedua-dua penyanyi lelaki ini sangat saya kagumi. Faizal Tahir mempunyai peluang yang cukup cerah dan banyak

lagunya yang Siti suka.

“Manakala Anuar, penyanyi senior yang sangat Siti kagumi dan banyak lagunya terutama dalam album yang memuatkan lagu Lelaki Ini Siti suka,” katanya ketika diajukan hal berkenaan dalam sidang media sejurus konsert berkenaan.

Tampil ‘funky’ dengan busana warna-warni serta kelabu rekaan Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini, rangkaian lagu yang turut

disampaikan Siti adalah Bukan Cinta Biasa sambil diiringi tiupan seruling daripada Mohar, anggota kumpulan Mohram.

Penyanyi yang memiliki 14 album ini, antaranya Jerat Percintaan, Cindai, Transkripsi dan terbaru, Tahajud

Cinta meneruskan persembahan dengan lagu yang sering membuatkan arwah bapanya, Taruddin, menitiskan air mata iaitu,

Seindah Biasa.

Acara nyanyian 90 minit oleh Siti diakhiri dengan lagu Destinasi Cinta yang sebelum itu terlebih dulu menghiburkan

penonton dengan lagu, Tahajud Cinta yang cukup popular ketika ini.

Ketika ditemui sejurus selepas konsert, Siti mengakui, persembahan itu adalah konsert terakhirnya bagi 2009.

“Selepas Konsert Satu di Istana Budaya tidak lama dulu, Konsert Seribu Warna anjuran Hai-O adalah persembahan terbesar

Siti jayakan.

“Ia juga Siti anggap sebagai penutup tirai konsert bagi 2009,” kata Siti yang berpendapat konsert kali ini lebih

santai.

Katanya, selesai saja persembahan itu, barulah dia berpeluang memikirkan perancangan seterusnya untuk mengadakan

konsert bersama penyanyi yang cukup disegani di negara ini, M Nasir.

“Insya-Allah, jika tiara aral akan diadakan pada 1 Januari 2010 di Esplanade, Singapura. Gabungan Siti dan abang M Nasir

sebenarnya adalah di atas idea pihak pengurusan penyanyi itu sendiri, Beyond DBB.

“Tidak tahu lagi konsep persembahan yang bagaimana mahu ditampilkan, tetapi Siti pasti ia satu lagi konsert yang

mencabar buat Siti.

“Pun begitu saya kena berbincang dulu dengan abang Nasir kerana meskipun kami bergabung, kedua-dua kami mempunyai cara nyanyian dan persembahan yang tersendiri,” katanya.

Memilih untuk menggunakan khidmat pengarah muzik Aubrey Suwito, Siti juga merancang mengadakan konsert besar

bersempena ulang tahun ke-15 di persada seni suara.

“Saya impikan sebuah konsert yang besar untuk meraikan peminat juga bersempena ulang tahun kerjaya nyanyian Siti yang

ke-15 di persada seni suara.

“Memandangkan ulang tahun itu bakal disambut Siti pada April 2010, Insya-Allah konsertnya akan bertarikh sekitar bulan itu.

“Walaupun jarak antara satu konsert ke satu konsert tidak begitu jauh, Siti gembira kerana inilah peluang dan

masanya untuk menghiburkan peminat dan bertemu dengan mereka,” katanya.

Selain itu, sekitar November ini Siti juga terikat dengan rakaman album duet bersama teman baiknya iaitu penyanyi seberang, Kris Dayanti.

Sekadar mengimbas, konsert Seribu Warna yang bermula kira- kira jam 8.45 malam itu turut diserikan dengan persembahan

artis naungan Siti Nurhaliza Productions (SNP) iaitu, kakak dan adik Siti sendiri, Saida serta Siti Sairah selain

kumpulan Coda.

Saida menyampaikan lagu Di Curi Malam dan Sedalamnya Cinta. Manakala Sairah pula, cemerlang dengan persembahannya menerusi Hero Wayang dan Akhir Cinta.

Kedua-dua mereka menyampaikan lagu masing-masing secara medley. Selain turut berpadu suara menerusi Dokter Cinta yang

dipopularkan kumpulan wanita dari Indonesia, Dewi Dewi.

Saida dan Sairah yang muncul pada awal persembahan, kembali ke pentas untuk menyampaikan lagu sedang hit ketika ini, Hey

Ladies yang dipopularkan Rossa (Saida), Buaya Darat (Ratu) dinyanyikan Saidah, diikuti Pudar (Rossa) mengiringi

persembahan Siti.

Sairah berkata, dia dan Saida terharu kerana diberi peluang membuat persembahan dalam konsert berkenaan, namun mengakui

tetap gementar mengiringi persembahan Siti, kakaknya sendiri.

“Apabila sudah diberi peluang sebegini tentulah saya ingin memanfaatkannya dengan memberi persembahan terbaik.

Dengan ruang pentas yang lebih besar, barangkali di sini orang akan lebih nampak bakat saya.

“Terus terang, saya gementar walaupun menyanyi di konsert kakak sendiri maklumlah belum biasa membuat persembahan di hadapan ribuan orang,” katanya.

Terdahulu, tirai persembahan membawa penonton mengenali kumpulan baru tempatan, Coda yang menyampaikan lagu hit

mereka, Hanya Aku diikuti medley, Buai, Farewell dan Sinaran. Konsert berdurasi 2 jam 15 minit itu dihadiri ahli Hai-O dan selain orang tempatan, ia turut dihadiri peminat dari Singapura, Brunei dan Indonesia.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: