15-Nov-2009 | Oleh: Haswari Ali Seribu Warna Tutup Tirai 2009 Siti

15 Nov

Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Photography

KUALA LUMPUR,  16 NOVEMBER 2009:  Penghibur tersohor, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin menutup tirai 2009 dengan Konsert Seribu Warna Dato’ Siti Nurhaliza yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, kelmarin.

Konsert sempena sambutan ulang tahun ke-17 Hai-O Marketing Sdn Bhd itu sekali lagi menyaksikan kehebatan Siti beraksi di hadapan 6,000 penonton dengan persembahan yang memuaskan.

Seperti  yang dinyatakan Siti ketika di atas pentas, beliau berjanji akan tampil dengan 2 lagi konsert hebat pada 2010 bagi meraikan ulang tahun ke-15 pembabitannya dalam industri muzik tempatan.

“Satu konsert akan Siti adakan pada April tahun depan. Tapi paling hampir, ialah 1 Januari 2010 di mana Siti dan M. Nasir akan tampil dengan satu konsert besar di Esplanade, Singapura. Perbincangan masih dijalankan dan selepas malam ini Siti akan mula berfikir corak persembahan yang akan Siti persembahkan nanti. Terus terang memang Siti teruja,” katanya yang ditemui pada sidang media selepas menyanyi.

Penyanyi lagu Jerat Percintaan itu berkata, dia akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dalam setiap konsertnya. Bagi Siti, dia hanya akan berasa puas, jika dapat melihat penonton terhibur dengan nyanyiannya.
 
“Konsert Seribu Warna lebih santai jika mahu dibandingkan dengan Konsert Satu di Istana Budaya. Kerana dari segi pemilihan lagu, Siti banyak memilih lagu-lagu rancak.  Siti juga banyak guna visual sebagai perantaraan kepada penonton. Insya-Allah selepas ini sesiapa saja yang ingin menaja konsert Siti, tentu Siti akan menerimanya dengan tangan terbuka,” katanya.

Siti turut menghadiahkan peminatnya dengan variasi lagu popularnya seperti Ku Mahu, Nirmala, Di Taman Teman, Biarlah Rahsia, Bukan Cinta Biasa, Pendirianku, Seindah Biasa dan Ku Percaya Ada Cinta menerusi konsert selama 2 jam itu.

Menerusi persembahannya berkenaan, isteri Datuk Khalid Muhd Jiwa itu cukup berbangga apabila berupaya memberi peluang kepada 2 saudaranya, Saida dan Saerah, untuk beraksi bersama-samanya buat pertama kali di pentas.

Saidah dan Saerah turut diberi penghormatan membuat persembahan pembukaan, sebelum Siti sendiri mengambil alih dengan gimik pembukaaan yang gah dan bertenaga menerusi lagu Ku Milikmu yang digubah dengan sususan lagu popular superstar Beyonce, Crazy In love.

“Siti berpuas hati dengan komitmen dan persembahan Saida dan Saerah. Inilah platform yang terbaik untuk menampilkan bakat sebenar dan ujian yang perlu mereka lalui untuk bergelar penghibur. Secara keseluruhan, mereka lulus, bagaimanapun banyak yang masih perlu mereka perbaiki. Menariknya Siti memilih konsep pakaian yang sama dengan mereka,” katanya yang memilih fesyen rekaan Hatta Dolmat.

Kagumi bakat Anuar Zain &  Faizal Tahir

Konsert Seribu Warna bukan saja menyaksikan trademark Siti yang mampu menyanyi dan menari, tetapi juga  menghadiahkan satu tribute kepada Anuar Zain dan Faizal Tahir.

Siti menyampaikan versinya terhadap lagu Lelaki Ini dan Mahakarya Cinta. Koleksi foto kedua-dua ikon berkenaan turut divisualkan sebagai latar belakang kala dia menyanyi.

Menurut Siti, selain memiliki  kualiti vokal yang cukup baik serta lagu-lagu yang disukai ramai, kedua-dua penyanyi pujaannya itu punyai bakat cemerlang.

“Ini hanyalah rasa penghargaan Siti kepada kecemerlangan muzik mereka berdua. Lagipun Siti rasakan, cara seperti ini boleh dijadikan gimik dalam persembahan Siti.

“Siti akui, key nyanyian penyanyi lelaki kurang sesuai apabila dinyanyi penyanyi wanita. Sebab itu Siti pilih lagu yang sesuai untuk dinyanyikan mengikut suara Siti,” katanya yang bergaya dengan gitar milik Faizal Tahir ketika mendendangjan lagu Mahakarya Cinta.

Antara dialog Siti di pentas…

“Lagu ini disusun semula, khas untuk peminat yang mengalami kemurungan, kesedihan yang tidak dapat melihat persembahan Beyonce. Jangan risau, Siti ada di sini untuk menghiburkan anda semua.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: