Hai-O Taja Tiket Konsert Siti Untuk Pelajar Kurang Upaya

11 Nov

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 tiket Konsert Hai-O My Choice Of Life diagihkan kepada pelajar kurang berkemampuan, rumah dan yayasan kebajikan untuk membolehkan mereka menikmati persembahan hebat penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza di Stadium Malawati, Shah Alam pada 14 November ini.

Penolong Pengurus Besar Hai-O Marketing Sdn Bhd (Hai-O), Tajudin Mohamed Ali berkata, semua tiket itu disumbangkan beberapa usahawan Hai-O berpangkat Crown Diamond Manager (CDM) yang mahu memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan turut menyaksikan konsert Siti Nurhaliza.

Katanya, antara badan kebajikan yang menerima sumbangan tiket itu ialah Rumah Bakti Ulu Klang, Rumah Yatim Baitul Kasih Bukit Rahman Putra Rawang, Rumah Yatim Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur, Rumah Anak Nurul Qanaah, Rumah Siratul Rahim Tengku Ampuan Rahimah Klang, Rumah Amal Cahaya Darul Kifayah, Rumah Anak Yatim Nur Hikmah, Yayasan Pembangunan Selangor Klang dan Asrama Yayasan.

“Lebih 1,000 pelajar ini akan berpeluang bersama 8,300 penonton menyaksikan Konsert Seribu Warna Siti Nurhaliza bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-17 Hai-O Marketing.

“Konsert bermula jam 8 hingga 10 malam ini juga mengumpulkan 300 usahawan CDM serta rakan kongsi mereka,” katanya selepas penyampaian tiket kepada rumah kebajikan di Balai Berita, semalam.

Hadir sama Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid. Tajudin juga menyampaikan 200 tiket konsert untuk warga kerja Berita Harian kepada Mior Kamarul.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: