Soseh Soseh: PRO Suka Desak Wartawan

26 Oct

Rap
SEMEMANGNYA tugas seharian rakan setugas SS banyak berurusan dengan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman (PRO) yang selalu meminta jasa baik rakan SS promosi artisnya. Lebih-lebih lagi sebelum album dipasarkan.

SEMEMANGNYA tugas seharian rakan setugas SS banyak berurusan dengan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman (PRO) yang selalu meminta jasa baik rakan SS promosi artisnya. Lebih-lebih lagi sebelum album dipasarkan.

Tapi rakan SS cukup bengang dengan seorang PRO ini yang disifatkannya suka mendesak. Tidak cukup dengan itu, siap keluar kata-kata yang kurang sedap didengar hingga membuatkan rakan SS naik angin.

Kata rakan SS, dia bukan makan gaji dengan PRO itu, kenapa sampai begitu sekali sikapnya seolah-olah dia yang bagi gaji rakan SS ini. SS cuba sabarkan rakan SS dengan memintanya menceritakan lebih lanjut apa yang berlaku.

Katanya, PRO ini meminta bantuannya mempromosikan artisnya yang juga kumpulan muzik dari seberang. Kalau SS sebut nama kumpulan itu, mungkin ramai yang tidak tahu sebabnya bukan Sheila On 7 (SO7), Peterpan, Dewa 19 atau Keris Patih.

Tapi yang membuatkan rakan SS geram apabila PRO itu mengeluarkan ayat yang kurang enak kepada rakan SS. SS difahamkan, bukan rakan SS itu tidak mahu tolong siarkan berita kumpulan muzik itu tetapi cerita mereka sudahpun disiarkan dalam akhbarnya beberapa minggu lalu.

Jadi rakan SS minta PRO itu bersabarlah sikit. Artis itu pun bukannya popular sangat hendak cerita mereka disiarkan sampai 10 kali dalam sebulan. Lainlah populariti mereka setanding Datuk Siti Nurhaliza. Sekarang, cerita Mawi pun dah jarang keluar dalam akhbar. Inikan pula artis yang baru hendak menapak.

SS sendiri pun tak kenal kumpulan muzik itu, apatah lagi lagu mereka. SS tahulah PRO itu melakukan kerjanya tetapi janganlah paksa orang. Tahulah rakan SS itu bila masa terbaik dia akan siarkan lagi cerita pasal artis dia tu. Berturut hari hendak muka mereka keluar dalam akhbar, bagus sangat ke? Hendak cerita pasal apa, takkan asyik hendak pukul canang pasal album.

Rupanya PRO itu sudah sakit hati dengan rakan SS kerana tidak mahu siarkan cerita artisnya. Tanpa fikir panjang, dia tuduh rakan SS itu makan gaji buta. Amboi sedapnya mulut! PRO itu bukan baru kerja tetapi dah lama dan sepatutnya dia dah faham macam mana wartawan bekerja.

Kalau beginilah cara kerja PRO itu memang SS tidak hairan kalau dia asyik bertukar dari satu syarikat ke satu syarikat. Bukan SS mahu buat perbandingan kalau PRO senior, memang tahu bagaimana hendak minta tolong. Kadang-kadang walaupun hanya propa tapi kalau menggunakan bahasa yang baik, tentu orang tidak keberatan membantu.

 

 

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: