KD Tidak Akan Rujuk

24 Oct

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Penghibur terkenal Indonesia, Kris Dayanti (KD) tidak akan rujuk semula dengan bekas suaminya yang juga komposer terkenal, Anang Hermansyah, dengan alasan sudah tiada lagi cinta di hatinya.

‘Cinta saya sudah tiada, namun rasa hormat terhadapnya tetap saya junjung tinggi. Walaupun diceraikan dengan talak satu, saya tidak mahu kembali bersama.

‘Perkahwinan adalah soal kesepakatan dan kerjasama. Andai sama-sama sudah tidak bisa patuh, apa ertinya perkahwinan.

‘Kita seharusnya melangkah ke hadapan untuk mendapatkan kehidupan lebih baik,’ katanya ditemui media selepas sidang media sempena pelancaran album, Aku Wanita Biasa yang diadakan di Borneo Baruk Club, Jalan Kia Peng, di sini.

 

 

KD yang berada di ibu negara sejak Rabu lalu turut memaklumkan tuntutan cerainya terhadap Anang sudah disahkan Pengadilan Agama Jakarta Selatan (Jaksel) pada 22 Oktober lalu. Dia diceraikan dengan talak satu.

Sebelum ini, Anang pernah melafazkan talak terhadap KD pada 19 Ogos lalu. Bagaimanapun demi menghormati Ramadan KD hanya memfailkan penceraian itu pada 28 September lalu.

Penyanyi jelita yang melakar populariti menerusi lagu Menghitung Hari itu turut mengulangi kenyataannya bahawa dia tidak pernah curang terhadap bekas suaminya seperti diuar-uarkan.

Sekali gus, dia menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan usahawan ternama dari Timur Leste yang didakwa menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangganya dengan Anang.

‘Saya tidak pernah selingkuh (curang). Seperti sebelumnya, saya tak faham kenapa orang sering mengambil kesempatan terhadap kisah peribadi saya. Mereka mengaitkan saya dengan orang itu dan orang ini.

‘Saya seorang yang terbuka. Dengan sesiapapun saya selalu memanggil mereka dengan gelaran sayang, tapi keramahan saya itu mungkin disalahertikan,’ katanya.

Dua bulan menyepikan diri bukan bererti dia cuba lari daripada kenyataan. Sebaliknya, KD mengakui dia terkejut dengan apa yang berlaku dan enggan memberi komen kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.

Pada sidang media itu, KD yang tubuhnya kelihatan susut memberitahu sehingga kini belum berkesempatan menemui anak, Titania Aurelie Nurhermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah.

‘Saya belum diberi kesempatan. Tambahan pula, saya sendiri tidak dapat ke mahkamah untuk mendengar sebutan kes perceraian kerana terikat dengan persembahan di sini,’ katanya mengakui amat merindui anak-anaknya.

KD sempat menghiburkan peminatnya di Malaysia dalam sebuah ‘showcase’ diadakan sebelah malam di Borneo Baruk Club.

Lapan lagu disampaikan yang turut dihadiri artis tempatan juga teman rapat antaranya Datuk Siti Nurhaliza dan Misha Omar.

Harian Metro

One Response to “KD Tidak Akan Rujuk”

  1. Amran February 7, 2010 at 8:58 pm #

    Krisdayanti taakan merujuk???? kerana sudah melakukan dosa selingkuh tak perlu merujuk harusnya dibuang jauh jauh.Jikalau menikah lagi tetap selingkuh.Isteri dibuang suami dan anak2 akan menerima balasan dan gelap masadepan.Umur sudah lanjut berangan angan anakdara sunti.Anang sungguh baik hati memaafkannya.Krisdayanti good to be a pornstar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: