Jarum Emas: Galak Album Kerohanian

24 Oct

Rap
TAHUN lalu hangat dengan Ayat-Ayat Cinta, awal tahun ini Ketika Cinta Bertasbih. Sebelum Ramadan lalu, boleh dikatakan kedua-dua album ini menepati cita rasa mereka yang gemarkan lagu pop bercirikan kerohanian.

Himpunan lagu menarik nyanyian Rossa, Kris Dayanti (KD), Ayushita serta Melly Goeslow sedikit sebanyak mengisi kekosongan daripada dimeriahkan dengan muzik indie.

Sekalipun kita ada album kumpulan nasyid yang tidak kurang hebat dan mendamaikan jiwa, tetapi dalam menangkis asakan lagu yang meruntun jiwa daripada Melly Goeslow dengan liriknya yang berseni, bukan nasyid cagarannya.

Bahasa yang indah sememangnya boleh membuatkan jiwa kita terpana. Umpamanya dalam Menanti Cinta nyanyian KD melalui album Ketika Cinta Bertasbih, ganti nama pada Allah, Tuhan adakala Maha Esa tetapi KD menyebut ‘penilai hati’.

Ramadan lalu Datuk Siti Nurhaliza tiba-tiba mencelah dengan album Tahajjud Cinta. Berbanding 13 album pernah dihasilkan sebelum ini, Tahajjud Cinta adalah percubaan pertama Siti dengan alunan suara kerohanian.

Bagi mengambil keberkatan, album ini dilancarkan pada Ramadan dan bertepatan dengan tarikh unik 09.09.09.

Bukan nak kata sejak album ini saya peroleh, ia menyenangkan halwa telinga untuk mendengar alunan Asma Ul Husna, Pintu Rindu, Batasku Asaku, Ku Percaya Ada Cinta, Ya Rasulullah, Ketika Cinta, Selawat dan Tahajjud Cinta sendiri.

Kandungan liriknya tidak kurang indah umpama rebah di dada malam dan tempat mengadu segala rindu. Cuma tertanya-tanya juga jarang pula kedengaran lagu dari Tahajjud Cinta ini berkumandang di radio berbanding Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih.

Selepas kemunculan Tahajjud Cinta, saya menantikan album seumpama ini dihasilkan penyanyi lain. Satu ketika dulu bila muncul album rock akan bertali arus syarikat rakaman menghasilkan album rock, begitu juga dangdut, nasyid dan kini album indie mewarnai dunia hiburan kita.

Tidak ada jaminan album indie boleh bertahan lama, tetapi album kerohanian seperti Tahajjud Cinta boleh menepati cita rasa pelbagai golongan dan tidak lapok ditelan zaman.

 

 

ADAM: Melodi halwa telinga, lirik santapan jiwa.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: