Dengarnya…: Canang Satu Dunia Diri Popular

23 Oct

Oleh Normah Becok

TERGELAK besar, Cik Normah dapat tahu hasrat seorang personaliti ini yang khabarnya akan muncul dengan album sulungnya. Bukan Cik Normah nak sekat minatnya tapi sebenarnya ada cerita menarik yang boleh dikongsi mengenai gelagat dan perangainya yang boleh tahan gedik.

Sebelum itu, Cik Normah tak nak sebut apa pekerjaan personaliti itu sebab nanti senang pula nak teka siapa dia. Biar kasi ‘suspen’ sikit baru gempak dan buat semua orang tertanya-tanya siapa gerangannya. Dalam keadaan pasaran album yang tidak menentu, dia masih sanggup dan mendapat kepercayaan orang untuk memiliki sebuah album.

Di sebalik terhasilnya albumnya yang bakal dilancarkan tak lama lagi, rupa-rupanya ada kisah menarik yang Cik Normah hidu daripada teman baru, Siti Muara. Album itu difahamkan dihasilkan dengan duit lelaki yang bergelar kekasih.

Sebenarnya sudah banyak duit dileburkan untuk album ini, malah siap ada rakan kongsi lagi. Lucunya, personaliti dan kekasihnya itu sudah memukul canang bahawa popularitinya di Malaysia memang hebat. Walhal, Cik Normah yakin, kalau sebut namanya secara terang-terangan pun belum tentu ada yang kenal.

Lainlah kalau disebut nama Datuk Siti Nurhaliza atau Faizal Tahir, barangkali, orang di luar negara ada yang mengenali mereka. Penyanyi sekarang pun boleh dianggap sukar nak buat persembahan, personaliti dan kekasihnya itu pula dengan yakinnya memberitahu peminat di Sabah, Sarawak dan Brunei sudah ternanti-nantikan kemunculannya.

Cik Normah bukan nak melemahkan hasratnya yang ingin bergelar penyanyi tapi janganlah yakin dan berangan tak tentu fasal. Semangatnya harus dipuji, tapi kalau cara tak kena, tiada gunanya juga?

Siti Muara beritahu lagi kalau nak dibandingkan kecantikan personaliti itu dengan rakan kongsi kekasihnya, memang jauh beza. Siti Muara siap sindir, cantik lagi rakan kongsi kekasihnya itu. Patut pun personaliti itu cemburu kalau rakan kongsinya duduk dekat dengan kekasihnya.

Pernah rakan kongsi yang cantik itu mencuri peluang untuk menjadikan personaliti itu sebagai duta sebuah produk, tapi yang menariknya lain pula yang jadi. Bukan personaliti itu yang menarik minat pihak produk sebaliknya rakan kongsi itu yang ditawarkan menjadi duta. Lebih baik rakan kongsi itu yang jadi artis, lagi bagus.

Cik Normah dapat tahu, ketika ini, rakan kongsi yang dimaksudkan itu seperti mahu menarik diri daripada terus bekerjasama menerbitkan album personaliti itu. Mungkin juga rakan kongsi itu sudah mula tahu warna sebenar personaliti yang memang suam-suam kuku itu, tapi berangan popular sangat. Tak kuasa Cik Normah!

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: