23-Oct-2009 | Oleh: Razif Rosdi Saerah, Imran Mungkin Kahwin Mei 2010?

23 Oct

Teks & foto oleh Razif Rosdi

KUALA LUMPUR, 23 OKTOBER 2009: Sebelum ini gosip hangat memperkatakan penyanyi lagu Hero Wayang, Siti Saerah Taruddin, 26, atau Saerah bercinta dengan penyanyi dari Kota Singa, Imran Ajmain. 

Media dari Singapura juga turut membuat liputan besar-besar tentang perkara ini hinggakan ayah Imran Ajmain dilaporkan merestui sekiranya Saerah adalah suri kepada hidup Imran. Dalam hal ini,  Imran Ajmain turut memberikan penjelasan manakala Saerah lebih banyak mendiamkan diri. 

Ketika majlis pelancaran Konsert Seribu Warna kelmarin yang menampilkan Saerah sebagai artis undangan, adik kepada Dato’ Siti Nurhaliza ini telah membuat kenyataan yang mengejutkan termasuk Siti sendiri.

“Saya mahu kahwin tahun depan (2010). Saya dah janji dengan mak dan arwah abah, kalau boleh saya nak kahwin bila  umur saya genap 27 tahun iaitu pada 15 Mei 2010. Kalaulah saya tak dapat lagi calon suami dalam masa terdekat ini, saya akan serahkan kepada mak untuk carikannya,” ujar Saerah.

Pengakuan Saerah ini nyata mengejutkan Saida yang duduk di sebelahnya. Bagaimanapun, Saerah hanya mampu tersenyum apabila ditanya adakah lelaki yang bakal menjadi suaminya itu adalah Imran Ajmain.

“Saerah dan Imran memang rapat. Kami sama-sama berbintang Taurus. Saerah 15 Mei dan dia 26 April. Imran selalu mendengar luahan hati saya terutama ketika menghadapi sebarang masalah. Sebenarnya, cerita mengenai ayah Imran merestui hubungan kami belum sempat Saerah membacanya,” katanya.

Portal ini turut bertanya pandangan Dato’ Siti tentang perkara ini.

“Siti pun tak tahu tentang perkara ini. Saerah masih on lagi ke dengan Imran ke? Apapun, Siti terima dan doakan yang terbaik buat Saerah. Sebab sebagai kakak, Siti tahu Saerah lain sikit orangnya. Kalau Saerah selesa dengan Imran… teruskanlah,” kata Siti.

Murai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: