Anita, Suami Elak Tempat Sunyi

20 Oct

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

KEJADIAN ngeri diserang empat perompak bersenjatakan parang, pada 11 September lalu masih segar dalam ingatan penghibur terkenal Anita Sarawak dan suami, Mahathir Abdullah, sampai hari ini. Nyata selepas lebih sebulan ia berlalu, Anita mengakui dirinya masih trauma setiap kali terkenang kejadian itu.

Katanya, sebagai manusia biasa, memang berasa trauma dengan kejadian yang menimpa itu. Sekalipun masih trauma, Anita tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Anita beruntung kerana suami sentiasa di sisi memberi semangat malah nampaknya Mahathir lebih kuat semangat berbanding dirinya kerana itulah kekuatan lelaki.

‘Takkanlah kerana trauma dengan kejadian itu, kami hanya berkurung dalam rumah dan tidak keluar berjumpa orang pula. Tambah pula musim raya ini, banyak undangan menghadiri rumah terbuka. Justeru, saya dan suami tetap tidak melepaskan peluang menghadiri rumah terbuka Aidilfitri NSTP kali ini.

‘Ini adalah agenda tetap saya dan suami saban tahun. Acara seperti ini juga boleh mengeratkan silaturahim sesama artis lama dan baru serta bertukar fikiran mengenai perkembangan kerjaya seni masing-masing,’ katanya.

Apapun, kata Anita, dia dan suami kini lebih berhati-hati dengan mengelak ke tempat sunyi dan kawasan yang sering terbabit dengan kejadian jenayah. Malah Anita dan suami cuba mengelak keluar rumah pada lewat malam.

‘Kami sering berdoa kepada tuhan semoga sentiasa dilindungi daripada kejadian tidak diingini seperti itu pada masa depan. Apapun, saya baru selesai menjayakan program Perang Kuali untuk Astro.

‘Keputusan pemenang program ini diumumkan Jumaat lalu. Jika tiada aral, saya akan buat untuk musim kedua nanti.

‘Selain itu, selepas tampil dengan single raya Maafkan, saya akan muncul dengan single kedua yang masih dalam perbincangan dengan Astro,’ katanya.

Keramahan Anita memang sudah diakui wartawan. Malah pada majlis rumah terbuka Aidilfitri NSTP di Hotel Hilton Kuala Lumpur itu, Anita bangga digandingkan dengan pelakon dan penyanyi Maya Karin.

Kata Anita, kali pertama berjumpa dengan Maya ialah beberapa tahun lalu. Ketika itu, mereka berlakon bersama dalam filem.

 

 

‘Saya masih ingat, Maya menyambut saya dan suami di lapangan terbang dengan sejambak bunga. Dia juga mengaku sebagai peminat saya. Saya kagum dengan Maya kerana dia kini mencipta nama sebagai pelakon berbakat besar dan menang anugerah.

‘Sampai sekarang, kejelitaan Maya tidak berubah. Selepas berkahwin, dia masih cantik seperti dulu dan bakat lakonannya semakin menyerlah di persada perfileman tanah air. Maya juga artis muda generasi baru yang saya minat,’ katanya.

Jika Anita kini mempertaruhkan single raya Maafkan, Maya pula berdebar menanti reaksi peminat menerusi filem terbarunya, Pisau Cukur arahan Bernard Chauly yang menjengah pawagam tempatan pada 5 November ini.

Kata Maya, setakat ini, maklum balas yang diterima cukup memberansangkan daripada pihak media pada tayangan malam gala filem itu baru-baru ini. Sebagai pelakon, sudah pasti saya juga berdebar menantikan kutipan filem ini nanti.

‘Demi kejayaan filem ini juga, saya dan pelakon lain akan turun padang untuk mempromosikan filem ini kepada peminat. Pada masa sama, Saya bersyukur kerana suami cukup memahami kerjaya seni yang diceburi dan sentiasa menyokong saya,’ katanya.

Mengenai pandangannya pada Anita, Maya berkata, dia sangat mengagumi Anita sejak dulu. Kehebatannya ketika beraksi di pentas bukan saja memukau penonton, malah dicemburui generasi muda seperti dirinya.

‘Saya kagum dengan tenaga yang dimilikinya hingga mampu beraksi hebat di pentas. Anita juga masih sihat dan aktif dalam bidang seni pada usia sekarang.

‘Selain itu, saya juga mengikuti perkembangan kerjaya seni Anita dari dulu sampai sekarang. Antara persembahan hebatnya yang pernah saya saksikan ialah ketika dia beraksi di Royal Albert Hall London yang disiarkan menerusi laman sesawang You Tube tidak lama dulu,’ katanya.

Seperti Anita, Maya berkata, dia juga tidak pernah ketinggalan menghadiri acara rumah terbuka NSTP saban tahun. Katanya, sesibuk manapun agenda seni, dia tetap pastikan dapat meluangkan masa sekejap pada acara ini.

‘Acara seperti ini juga membolehkan artis yang jarang berjumpa bertanya khabar masing-masing. Ia juga rumah terbuka Aidilfitri ketiga saya hadiri hari ini,’ katanya.

Rumah terbuka Aidilfitri NSTP diadakan setiap tahun sebagai meraikan pelanggan korporatnya. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Zainul Ariffin Mohammed Isa; Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior kamarul Shahid dan Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Mustapa Omar.

Majlis diserikan dengan kehadiran artis terkenal dan popular tanah air. Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa turut hadir walaupun perlu bergegas untuk memenuhi satu lagi majlis. Begitu juga pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira hadir bersama suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin; biduanita negara, Datuk Sharifah Aini; pelakon dan produser Datin Seri Tiara Jacquelina; Rosyam Nor; Azean Irdawaty dan Aznil Nawawi.

Tidak ketinggalan, produser terkenal, David Teo; Datuk Yusof Haslam; Norman Abdul Halim; penerbit kontroversi ….. Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman; Zaiton Mohd Jiwa dan pereka fesyen terkenal Calvin Thoo.

Tambah meriah dengan kehadiran artis muda, Linda Onn, Mawi, Ekin, Anuar Zain, Farid Kamil, Scha Al Yahya, Marsha Milan Londoh, Ummi Nazeera, Lufya, Lisa Surihani, Fazli Zainal, Iqram Dinzly, Fouziah Gous, Irma Hasmie, Faezah Elai, Awal Ashaari, Diddy AF, Mila, Aizat, Sheila Abdul, Nubhan, Dafi, Riz, Tania Hudson dan Nikki Palikat.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: