Dermilab Labur RM3j

19 Oct

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
bisness@hmetro.com.my

DERMILAB Sdn Bhd (Dermilab), syarikat pengedar produk kecantikan dan kosmetik wanita seperti Kayla Beverly Hill dan K-Life, bercadang menambah 300 stokis dan pusat kecantikan di seluruh negara menjelang tahun depan.

Ketika ini, syarikat berkenaan mempunyai 67 stokis di seluruh negara dengan keahlian 2,000 usahawan berdaftar.

Pengasasnya, Datuk Normaziah Sheikh Mohammad, berkata, pusat stokis yang bakal dibuka tahun depan itu akan tertumpu di pusat bandar termasuk di Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

‘Penambahan stokis itu dibuat bagi membantu dan menarik minat lebih ramai usahawan pada masa akan datang yang secara tidak langsung menjadi sebahagian daripada strategik untuk meluaskan lagi pasaran perniagaan.

 

 

‘Sejak memulakan operasi pada 2008, kita sentiasa mencatat keuntungan memberangsangkan dan ia terbukti kerana pada tahun ini sudah mencapai sasaran keuntungan ditetapkan iaitu melebihi RM1 juta,’ katanya kepada Bisnes Metro selepas perasmian pejabat urusan Dermilab, baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurnakan penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin sambil disaksikan Datuk Hanffi Daud yang juga pengasas bersama Dermilab.

Menurut Normaziah, pihaknya akan melabur kira-kira RM3 juta dalam usaha syarikat mengembangkan lagi pasaran perniagaannya.

‘Kos pelaburan itu termasuk RM100,000 diperuntukkan untuk satu stokis atau pusat kecantikan baru. Tahun depan syarikat mensasarkan RM3 hingga RM4 juta keuntungan bakal diperoleh melalui pelaburan itu.

‘Pelaburan itu juga bakal menyaksikan lebih ramai usahawan tampil menjadi ahli dalam perniagaan berkonsepkan syarikat jualan langsung (MLM), ‘ katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau tidak menafikan Siti Nurhaliza juga bakal menjadi rakan kongsi syarikat itu pada masa akan datang.

Difahamkan, ketika ini, perbincangan sudah dilakukan antara kedua-dua pihak sejak setahun lalu, namun perkara itu belum dimuktamadkan.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: