Kayla Beverly Hill, Klife Diperluas

18 Oct

Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my

DERMILAB Sdn Bhd, syarikat yang memasarkan produk jenama Kayla Beverly Hill dan Klife merancang membuka lima cawangan baru tahun depan dalam usahanya memperluaskan pasaran produk serta mengembangkan perniagaannya.

Pengarahnya, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed, berkata pembukaan lima cawangan baru yang dirancang di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu serta Sabah dan Sarawak dengan anggaran pelaburan RM100,000 bagi setiap cawangan itu juga adalah sebahagian strategi syarikat untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada stokis dan usahawan Klife.

Normaziah yang juga Pemenang Anugerah Wanita Ikon 2007 berkata, syarikat itu yang sudah melantik 67 stokis di seluruh negara serta melahirkan kira-kira 2,300 usahawan Klife, mahu menambah jumlah stokisnya dalam usaha memastikan perniagaannya terus maju dan berkembang.

“Dalam tempoh hampir setahun kami beroperasi, jualan kami mencecah RM1 juta dan tahun depan kami mensasarkan meningkatkan jumlah itu sekali ganda kepada RM2 juta,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian bangunan Dermilab yang dinaikkan taraf di Petaling Jaya, Selangor Sabtu lalu.

Perasmiannya disempurnakan penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Hadir sama Pengasas dan Pengarah Dermilad, Datuk Ir Hanaffi Daud.

Dermilab yang ditubuhkan pada Januari 2004 adalah syarikat 100 peratus milik Bumiputera di bawah Kumpulan Megapadu yang diterajui Hanaffi dan Normaziah.

Syarikat itu yang memulakan konsep perniagaan berbilang tingkat (MLM) pada awal tahun ini memasarkan rangkaian pro-

duk terdiri daripada makanan kesihatan, penjagaan kulit dan kecantikan

serta barangan keperluan harian.

Normaziah yang juga Pemenang Anugerah Wanita Ikon 2007 berkata, pejabat Dermilab yang diubahsuai membabitkan perbelanjaan RM800,000 itu bakal menjadi mercu tanda bermulanya era kecemerlangan dan kegemilangan bagi melahirkan usahawan syarikat itu yang terbilang.

Beliau berkata, bagi memastikan kelancaran transaksi perniagaan, Dermilab melaksanakan konsep perniagaan secara dalam talian untuk kemudahan seluruh usahawannya menjalankan perniagaan dengan lebih efisyen dan efektif.

“Kami mensasarkan menambah jumlah stokis kami kepada sekurang-kurangnya 300 menjelang akhir tahun depan,” katanya.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: