Wangi Harum Di Malaysia

15 Oct

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap

BARU enam bulan di Kuala Lumpur, impak kehadirannya begitu terasa seantero arena seni. Sana-sini, namanya menjadi sebutan lantas membuatkan Wangi Julianda, 19, cukup pantas meraih publisiti.

Apa istimewanya dia ? Barangkali persoalan inilah yang sering berlegar-legar di minda segelintir individu khususnya bagi mereka yang belum mengenali gadis putih gebu ini.

Penilaian secara luaran, Wangi memang seorang gadis yang cantik, ramah, berkeyakinan, pandai membawa diri serta penuh sifat ‘sense of humour’.

Bahkan, dia juga mempunyai keazaman yang tinggi untuk menjadi penghibur sehingga mendorongnya mengatur langkah berani ke Malaysia dengan meninggalkan kampung halaman di Bandung, Indonesia, demi memburu impian sebagai penyanyi.

“Syukur, keputusan yang dilakukan saya tidak sia-sia kerana impian menjadi penyanyi menjadi kenyataan. Sepanjang berada di negara ini ada saja rezeki yang datang dan tawaran tidak pernah putus,” kata Wangi membuka bicara.

Sambung penuntut Sarjana Pengurusan, Universiti Padjajaran, Bandung, ini lagi, segalanya bermula apabila tercalon Top 30, Muzikal Drama, sebuah rancangan realiti Global TV Jakarta.

Di situlah bakatnya diperhatikan Cat Farish selaku pengasas dan ketua kumpulan The Fabulous Cats .

“Cat mengajak saya menyertai TFC yang kebetulan memerlukan seorang lagi penyanyi wanita ketika itu. Melihat kesungguhan dan kejujurannya, saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyatakan persetujuan.

“Apabila menyertai TFC, saya melihatnya sebagai satu bonus kerana bersandarkan nama besar kumpulan itu secara tidak langsung membuatkan nama saya mudah dikenali.

“Pada peringkat awal memang terasa kekok apatah lagi, saya tidak punya sesiapa di sini. Namun, perasaan itu cuma seketika kerana hubungan antara anggota TFC begitu mudah terjalin dan saya sedikit pun tidak berasa terasing.

 

 

“Selain sekepala, kebetulan kami berkongsi minat pada jalur muzik yang sama. Enam bulan bersama mereka nyata tiada sebarang perbalahan berlaku.

“Ini kerana TFC mengamalkan sikap terbuka dan semua anggota diberi hak bersuara. Saya berharap TFC akan tetap bersama sampai bila-bila,” katanya.

Ditanya, apakah dia tidak bimbang terkena ‘badi’ apatah lagi sebelum ini TFC sering dilanda masalah keluar masuk vokalis wanita?

Wangi memaklumkan, dia tahu apa sebenarnya yang berlaku dan pengunduran vokalis wanita TFC sebelum ini bukan kerana disingkirkan sebaliknya atas kerelaan hati mereka sendiri.

Mula menyanyi seawal usia enam tahun, Wangi yang mengagumi Datuk Siti Nurhaliza berkecimpung secara serius dalam arena seni suara ketika berada di sekolah menengah dengan mengikuti pelbagai pertandingan nyanyian.

Malah, sewaktu di Jakarta dia pernah menimba pengalaman berlakon dengan memegang watak tambahan dalam beberapa drama terbitan produksi negara itu.

“Minat berlakon itu ada cuma jadual kuliah yang ketat menghalang saya berkecimpung secara serius dalam lakonan,” katanya.

Berdasarkan sedikit pengalaman itulah yang membuatkan Wangi berani menyahut cabaran pengarah terkenal, Ahmad Idham untuk membintangi teater, Impak Maksima The Musical (IMTM) yang akan dipentaskan di The Esplanade, Singapura pada 17 dan 18 Oktober ini.

Bagaimanapun, Wangi serta semua pelakon dan tenaga produksi IMTM berangkat lebih awal ke Kota Singa itu untuk menjalani latihan intensif yang pertama di The Esplanade pada 12 Oktober lalu.

Diterbitkan Excellent Pictures dengan kerjasama Global Network Entertainment, IMTM yang buat julung kalinya dipentaskan di republik itu turut dianggap antara aktiviti terpenting dalam Kalendar

Pelancongan Singapura 2009.

“Saya memegang watak jahat sebagai Mimie dan berpasangan dengan Zed Zaidi (Ray) yang menjadi kekasih saya dalam pementasan ini.

“Semestinya saya berasa gementar menjayakannya apatah lagi ia membabitkan pelakon hebat dari Malaysia. Tambah berganda perasaan gementar apabila pementasan ini diadakan di Singapura.

“Mujurlah dengan sedikit asas lakonan, keyakinan diri juga semakin bertambah selepas mendapat tunjuk ajar dari Cat selain pengarah yang sudi memantau dan meluangkan lebih masa untuk menggilap lakonan saya.

“Sekali lagi saya mahu berterima kasih kepada Cat kerana dia jugalah orang yang bertanggungjawab membuka peluang kepada saya menyertai bidang lakonan di negara ini,” katanya.

Tinggal enam bulan saja lagi sebelum kontraknya bersama syarikat rakaman Metadome Sdn Bhd, tamat, seterusnya pulang ke Bandung bagi menyambung semula pengajiannya yang masih berbaki tiga semester.

“Saya mengambil cuti selama setahun untuk bersama TFC dan sebaik tamat kontrak saya bercadang untuk menyambung semula pengajian.

“Bagaimanapun, saya berharap dapat membuat pemindahan kredit daripada Universiti Padjajaran ke mana-mana kolej yang menerima subjek pengajian saya bagi membolehkan saya menetap dan meneruskan pengajian di sini.

“Kebetulan sekarang ini lagi sibuk dengan pembikinan album terbaru TFC iaitu Cinta Kosmik selain Cat merancang menerbitkan projek album solo saya termasuk anggota yang lain iaitu Zizi dan Adeep,” katanya.

>Profil

‘ NAMA PENUH: Wangi Julianda Indra Meida

‘ TARIKH LAHIR: 22 Disember 1989

3. KELUARGA: Anak sulung daripada dua beradik

‘ ASAL: Bandung, Indonesia

‘ PENDIDIKAN: Sarjana Pengurusan, Universiti Padjajaran, Bandung (kini

cuti semester sehingga 2010)

‘ LAGU RUNUT BUNYI FILEM NIANG RAPIK THE MOVIE: Syurga Seketika (duet

bersama Zizie AF7)

‘ ALBUM: Dibohongi, mengandungi sembilan lagu dihasilkan ketika berusia

enam tahun

‘ PENCAPAIAN: Top 14, Dream Band Sejawa Bali (2006); Top 25, Indonesian

Idol (2007); Top 30, Muzikal Drama terbitan Global TV Jakarta.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: