Dua Artis Jadi Tumpuan

11 Oct

Oleh AMIR MAMAT

MELAKA: Dua artis tersohor tanah air mencuri tumpuan tetamu pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena hari jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh, di sini, semalam.

Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Rosyam Noor terpaksa berdepan ratusan peminat mereka sewaktu perjalanan masuk dan keluar dewan, menyebabkan laluan utama menjadi sesak.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak mengganggu kelancaran istiadat berkenaan yang turut dihadiri penerima anugerah lain, termasuk menteri serta orang kenamaan.

Siti Nurhaliza mengiringi suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa untuk menerima tauliah Jaksa Pendamai (JP), manakala Rosyam pula menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM).

 

 

Rosyam berkata, beliau sangat menghargai sokongan peminat, khususnya di negeri ini, sehingga membolehkannya menerima anugerah yang sungguh bermakna itu.

‘Saya teruja dengan penganugerahan ini. Terima kasih kepada Tun Mohd Khalil, Datuk Seri Mohd Ali serta seluruh peminat saya di bumi bersejarah ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak ada pada kedudukan sekarang,’ katanya.

Pada istiadat berkenaan, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendahului senarai dengan menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar turut menerima anugerah sama.

Sementara itu, artis 1960-an, Jeffrydin akan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk pada sesi kedua istiadat berkenaan hari ini.

Pada sesi kedua itu juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan turut dianugerahkan DGSM.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: