Tiga Pendekatan Pikat Pelancong

10 Oct

Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
bhizar@bharian.com.my

MOHD Khalil mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Wira Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir (kanan) dan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Datuk Seri Wira Ahmad Said Hamdan (dua dari kanan) di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, semalam.

Sentiasa senyum, ucapkan selamat datang, menjaga kebersihan: Mohd Khalil

MELAKA: Rakyat Melaka diminta menggunakan tiga pendekatan iaitu sentiasa senyum, mengucapkan selamat datang dan menjaga kebersihan untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini, kata Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Beliau berkata, dengan status Melaka sebagai tapak warisan dunia yang diberikan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada 7 Julai tahun lalu, ia dapat menarik ramai pelancong ke negeri ini.

“Secara keseluruhannya, galakan terbaik untuk menarik lebih pelancong ke Melaka ialah kita perlu memberikan senyuman keceriaan, mengucapkan selamat datang dan menjaga kebersihan.

“Dengan status Melaka sebagai Bandar Raya Warisan Dunia, maka aspek sejarah perlu dipertahankan kerana ia juga boleh menarik kedatangan pelancong ke sini selain pencapaian status ini juga (sebagai tapak warisan dunia), harus dipertahankan supaya terus kekal menjadi milik kita semua untuk selama-lamanya.

“Harapan saya, semua pihak terbabit khususnya penduduk di Melaka terus memainkan peranan secara positif bagi memastikan negeri ini terus kekal berada di landasan tepat,” katanya pada majlis Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka sempena ulang tahunnya ke-71 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini, semalam.

Seramai 1,230 orang mendapat anugerah termasuk lima daripadanya menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri manakala 10 penerima dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira dan 75 individu lagi menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Turut hadir pada majlis itu penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza, yang menemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang menerima gelaran Jaksa Pendamai (JP).

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh, anggota Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Sementara itu, Mohd Ali berkata, keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup yang dinikmati seluruh rakyat negeri ini adalah berkat usaha gigih dan muafakat masyarakat di semua peringkat.

Beliau berkata, pencapaian membanggakan itu membolehkan kerajaan negeri mentadbir dan mengurus Melaka dengan aman dan selamat hasil kerjasama semua pihak.

“Dengan 32 petunjuk yang digariskan sebagai panduan, 27 petunjuk berjaya dicapai melalui skor terendah di antara negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

“Secara puratanya dalam 2009, ekonomi Melaka berada di tahap membanggakan walaupun turut menerima tempias disebabkan penurunan ekonomi global yang perlahan. Jangkaan ekonomi pada tahun ini mungkin menurun, namun permintaan domestik terutama dalam sektor perkhidmatan dijangka meningkat berdasarkan perkembangan terkini,” katanya.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: