Dengarnya…Kahwin, Jangan Asyik Cakap Saja

7 Oct

Oleh Normah Becok

SEJAK mencanangkan diri kononnya akan menamatkan zaman anak daranya tidak lama lagi, Cik Normah lihat nama pelakon Fasha Sandha kerap menjadi tajuk muka depan sebuah akhbar tabloid.

Daripada apa yang Cik Normah baca sebelum ini, pelakon yang sarat kontroversi ini mengatakan dia akan berkahwin dengan lelaki yang terbabit dalam sukan berkuda walaupun sebelum ini heboh kononnya akan berkahwin dengan bekas suami kepada pelakon comel, Nora Danish. Kononnya, Fasha akan membuat sidang media khas untuk mengumumkan perkahwinannya itu. Ala-ala penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi.

Bagaimanapun, Fasha tidak pula menyatakan bila tarikh sebenar pengumuman itu. Sebaliknya hanya menyebut kemungkinan besar penghujung bulan ini atau menyerahkan semua perkara itu kepada Tuhan. Pendek kata Fasha saja nak bermain tarik tali dengan media. Iyalah dengan cara mengumpan cerita perkahwinan saja yang mampu membuatkan dirinya kembali terpampang di akhbar atau majalah.

Namun, di sebalik pendedahan Fasha itu, janganlah pula sampai memakan diri. Cik Normah dapat tahun perkara ini mengundang maklum balas daripada pihak keluarga si lelaki. Kata kawan Cik Normah, keluarga lelaki itu memberitahu bahawa apa yang dikatakan Fasha semuanya tidak benar. Keluarga sebelah pihak lelaki memang tak selesa apabila cerita itu tersebar di media. Lebih mengejutkan, wanita yang menelefon kawan Cik Normah itu turut mengeluarkan kenyataan yang si lelaki itu juga tidak mempunyai niat langsung untuk mengahwini Fasha. Katanya, hubungan lelaki itu dengan Fasha hanyalah kawan biasa. Kawan Cik Normah tanya juga dia, kalau betul kenapa ada kenyataan yang dikeluarkan kononnya dia mengaku yang akan berkahwin dengan Fasha. Dan jawapan yang diterima, kenyataan lelaki itu sudah dimanipulasikan.

Hmmm, dalam hal ini, Cik Normah tak tahu mana satu betul. Tapi kalau betul si lelaki itu tak akan berkahwin dengan Fasha, buat sajalah kenyataan rasmi. Tak apalah Fasha. Mungkin, kalau betullah nak kahwin, Cik Normah harap impian itu akan menjadi kenyataan.

Kalau betul sudah bertemu dengan lelaki pilihan hati, kahwin sajalah Fasha, Tak payah nak buat pengumuman macam-macam, sebab Cik Normah tak rasa ada orang nak ambil kisah pun.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: