DepanMata: 2.1.2010 Atau 10.1.2010?

5 Oct

Rap
SUSUNAN angka cantik bukan saja menambat perhatian peminat nombor ekor. Sebaliknya, ia kini menjadi satu trend untuk diabadikan sebagai tarikh penting dalam hidup seperti detik disatukan sebagai suami isteri.

Tahun lalu, ramai artis dan selebriti kita memilih angka 8.8.08 untuk berkahwin, tetapi tahun ini 9.9.09 juga angka yang cantik, namun memandangkan kita berpuasa, tidak ramai memilihnya untuk majlis pertunangan atau persan dingan.

Kalau Erra Fazira memilih 3.3.03 untuk detik pertuna ngannya dengan Yusry Abdul Halim, sahabat baiknya, Umie Aida, 36, memilih susunan angka 29.9.2009 untuk tarikh disunting ahli perniagaan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47.

Erra juga abadikan angka itu untuk wang hantaran dengan jumlah RM33,333.33, tetapi Umie tidak tahulah pula kerana jawapan diberi, ia belum dibincangkan lagi.

Mungkin juga keluarga Umie tidak mahu dedahkan, tetapi ramai sudah tahu Umie dapat rumah mewah berharga lebih RM3 juta di Mont Kiara.

Bertuah badan kerana Umie dilamar ahli perniagaan yang menjadi Pengerusi Eksekutif Fountain View Development Berhad dan juga Pengarah Eksekutif Prime Utilities Berhad.

Tapi ralat juga kerana Khairuddin tidak hadir di majlis itu. Jadi, tidak dapatlah media abadikan gambar mereka berdua. Hendak buat macam mana, tunang Umie ‘low profile’ dan ikut adat tradisi Melayu kerana pihak lelaki sememangnya tidak hadir pada majlis pertunangan, hanya mewakilkan keluarga untuk melamar wanita yang berjaya menambat hatinya.

Jalan alternatif, cari gambar lelaki yang berjaya mencuri hati Umie di Internet, tetapi hanya menemui syarikat diterajuinya manakala dalam sistem foto NSTP hanya menjumpai imej lama ketika menghadiri majlis menandatangani MoU antara Malaysia dan Thailand (2005), pelancaran Model Truk Cafe F1 (2004) dan juga mengiringi Ummi Hafilda Ali dan Azwan Ali di Mahkamah Persekutuan pada 1998.

Rupa-rupanya Khairuddin penerbit buku kontroversi 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.

Ingatkan masa pernikahan nanti dapatlah abadikan gambar mereka berdua, tetapi adik pengarah dan pelakon Erma Fatima ini dari awal lagi memaklumkan majlis pernikahannya nanti akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak.

 

 

Walaupun saya tidak dapat hadir di majlis itu, saya tumpang gembira dan melihat sinar bahagia di wajah Umie yang anggun dengan busana biru firus rekaan Bill Keith. Cincin Chopard yang disarungkan ibu Khairuddin, Balkish Ahmad, 70, ke jari manisnya menandakan dirinya kini sudah ber punya.

Tapi apabila ada pihak menggelarkan tunang Umie sebagai Datuk K, rasa kurang sesuai pula kerana nama khas itu diberi untuk buah hati Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Lebih baik beri gelaran lain seperti Datuk KAH ke atau Datuk KD ke.

Tapi banyak persamaan antara mereka berdua. Kedua-dua nya ahli perniagaan berjaya dan berasal dari utara (Kedah dan Pulau Pinang), sama-sama pernah berkahwin sebelum ber temu jodoh dengan artis dan sama-sama berkumis.

Umie juga tunaikan janjinya untuk tidak merahsiakan majlis pertunangannya apabila memaklumkan perkara itu menerusi SMS pada 24 September lalu atau tepatnya raya kelima.

Dalam teks bahasa Inggeris, Umie mengatakan saat Khai ruddin melamarnya sebagai isteri menjadi detik paling ber makna dalam hidupnya.

Detik ditunggu-tunggu untuk menyambut rombongan ke luarga lelaki ditetapkan 29 September.

Difahamkan, Umie dilamar dua minggu sebelum Khai ruddin menghantar wakil merisik pada 17 Mei lalu. Tempoh perkenalan mereka juga baru lima bulan, tetapi kalau hati sudah suka, apa lagi yang ditunggu.

Tarikh pernikahan dan persandingan pula belum dite tapkan, tetapi perancangannya pada Januari tahun depan. Mungkin Umie akan memilih angka 2.1.2010 atau 10.1.2010 pula.

Sebelum ini, pelakon Fasha Sandha, 25, dikatakan memilih 10.1.2010 untuk disatukan dengan buah hatinya, tetapi siapa gerangan lelaki yang berjaya menambat hatinya itu, Fasha memilih untuk berteka-teki atau biarlah rahsia bak kata Siti dulu mengenai siapa gerangan Datuk K.

Fasha dikatakan mahu umumkan dalam satu sidang media pada September, tetapi perkembangan terbaru, pengumuman itu mungkin dilakukan Oktober atau akhir tahun. Jangan nanti cerita perkahwinan Fasha berlalu bagai angin lalu.

Maklumlah, Fasha pernah dikatakan bakal berkahwin de ngan kerabat diraja dan kini Fasha ada dua calon pula. Seorang duda anak satu yang juga bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram dan seorang lagi ekuin negara, Qabil Ambak, 29.

Itulah, kalau menjadi artis, sering ditanya bila mahu kahwin. Apabila sudah kahwin, ditanya pula bila mahu menimang anak. Tapi artis juga bijak memberi cerita eksklusif kepada media seperti Ratu Rock, Ella sudi berkongsi cerita setiap kali hatinya berbunga apabila mempunyai kekasih hati.

Bercerita soal jodoh, seorang lagi ahli sahabat tiga serangkai – Erra Fazira, Umie Aida dan Zahida Rafiq – belum bertemu jodoh.

Jika Erra bahagia bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin dan anak perempuan, Engku Aleesya, Umie pula membilang hari untuk disatukan tidak lama lagi.

Selepas ini giliran Zahida pula nampaknya, tetapi ada gosip mengatakan Zahida sudah berkahwin dengan VVIP. Tidak tahulah sejauh mana kebenaran cerita itu.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: