Zani Cari Ruang

4 Oct

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN

Rap

LIMA tahun tidak beraksi di layar perak membuatkan si manis ini cukup merindu. Pun begitu, dia akur barangkali sudah tertulis rezekinya lebih meriah sebagai model berbanding bergelar anak wayang.

Lagi pula ini lanjutan daripada tempias pilihannya yang mahu mengukuhkan nama dalam arena peragaan hingga sanggup mengenepikan tawaran daripada beberapa pengarah.

Jelas Zahnita Hussein Wilson atau Zani, 24, cintanya terhadap kerjaya model yang diceburi sejak berusia 10 tahun sungguh mendalam, malah menjadi impiannya untuk melangkah lebih jauh, sekali gus memahat nama di peringkat antarabangsa.

‘Bukan tidak suka berlakon, tetapi mungkin saya lebih menyerlah sebagai model. Jujur, saya tidak berapa yakin berdiri sebagai pelakon, apatah lagi saya agak memilih orangnya dan tidak suka duduk lama di lokasi penggambaran kerana ia memenatkan.

‘Berlakon bukan kerja mudah dan tidak boleh bersandarkan kecantikan semata-mata. Perlu ada bakat jika mahu bertahan lama.

‘Bagaimanapun, itu tidak bermakna saya melupakan terus dunia lakonan. Dalam tempoh lima tahun ini ada beberapa tawaran tetapi saya tolak kerana watak diberi kurang sesuai dan stereotype. Kalau boleh saya mahu watak lebih berat, bukan lagi gadis manja, gedik dan mengada-ngada.

‘Jika ada tawaran menarik selepas ini, insya-Allah saya terima. Anak pun sudah besar, jadi tiada masalah jika saya perlu menghabiskan banyak masa di lokasi,’ katanya yang pernah membintangi filem Kuliah Cinta dan Gila-gila Pengantin Remaja.

Bagi merealisasikan cita-cita muncul sebagai supermodel seterusnya mewakili Malaysia ke pentas dunia, ibu kepada Zahrafeena Zackrey, dua tahun 10 bulan ini, menyertai pertandingan realiti, Malaysia Supermodel Search dan terpilih sebagai 10 finalis bagi kategori wanita.

Jika bergelar juara, wanita yang memiliki rupa seiras Datuk Siti Nurhaliza ini layak mewakili Malaysia ke China bagi berentap di kejuaraan dunia, selain berpeluang menandatangani kontrak dengan agensi peragaan terkenal dunia, Ford Models dan membawa pulang wang tunai RM50,000.

‘Syukur, daripada 36 peserta, saya terpilih ke final. Sudah dalam saya pasang angan-angan mahu melangkah ke pentas antarabangsa. Saya memulakan kerjaya sebagai model ketika berusia 10 tahun.

 

 

‘Ketika itu saya jadi model katalog Court Mammoth diikuti Metrojaya dan makin dikenali selepas menjayakan komersial Johnson & Johnson.

‘Ketika berumur 14 tahun saya dinobatkan sebagai juara Miss Maybelline 2000, di mana saya berpeluang mengabadikan wajah kulit muka depan majalah bersama Datuk Siti.

‘Melihat perjalanan karier, sampai masanya saya melangkah lebih jauh dan moga kemenangan berpihak kepada saya. Saya berharap sangat akan memenangi pertandingan ini.

‘Kalau ikutkan, saya tak ada banyak masa lagi kerana dalam bidang ini usia saya sudah agak lambat kerana di Paris gadis berusia 13 tahun sudah beraksi di pentas peragaan,’ katanya.

Zani berkata, mulanya suami tersayang, Abdul Zackery Ghouse, berat hati melepaskannya menyertai Malaysia Supermodel Search tetapi kini memberi sokongan penuh.

‘Suami dan anak adalah tulang belakang saya. Kerana restu merekalah saya dapat bertahan hingga ke final. Saya tidak pernah lupa tanggungjawab saya terhadap mereka dan kalau menang, saya akan pastikan Zahra tidak terabai.

‘Dialah permata hati dan penguat kasih saya antara saya dan suami,’ katanya yang berhasrat menambah zuriat dua tahun lagi.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: