Saring Penerima

25 Sep

KUALA LUMPUR: Sebuah badan penapisan perlu ditubuhkan untuk menyaring bakal penerima gelaran darjah kebesaran di negara ini supaya hanya individu yang berkelayakan saja dikurniakan anugerah itu, kata Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Moehamad Izat Emir.

Beliau berkata, langkah itu dapat memastikan individu yang memiliki ‘resume’ dan kriteria tepat dianugerahkan darjah kebesaran itu.

‘Jika gelaran itu mahu diberikan kepada seorang usahawan, laporan lengkap perjalanan perniagaannya dan personalitinya mesti dinyatakan dengan tepat bagi memastikan penerimanya terdiri daripada orang yang betul-betul berkaliber dan bukan juga seorang yang mempunyai rekod jenayah,’ katanya ketika dihubungi Bernama.

Moehamad Izat berkata, gelaran itu tidak boleh dijual-beli sewenang-wenangnya kepada golongan yang tidak layak serta tidak menyumbang kepada negara.

 

 

‘Kalau orang itu tidak memberi sumbangan apa-apa kepada negara atau masyarakat tetapi dia mendapat gelaran Datuk atau seumpamanya disebabkan dia ada duit untuk beli gelaran itu, ini tidak betul,’ katanya.

Moehamad Izat berkata, golongan muda juga boleh dianugerahkan gelaran ‘Datuk’ berdasarkan sumbangan besar mereka kepada negara seperti mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

‘Umur penting tetapi jika mereka berjaya membuatkan negara dikenali di serata dunia dan mempunyai rekod cemerlang, seperti pemain badminton Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Siti Nurhaliza, mengapa tidak,’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media berhubung saranan Jabatan Peguam Negara memutuskan sama ada ‘pembelian’ gelaran seperti Datuk dari luar negara atau ijazah doktor falsafah (PhD) ‘secara ekspres’ adalah perbuatan jenayah atau sebaliknya.

Laporan media itu memetik kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai berkata kegiatan membeli gelaran sosial semakin serius dan jika tidak ditangani, akan melahirkan satu generasi ‘ilmuwan palsu’.

Bagi bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abdul Rahman Arshad, berkata pengurusan universiti perlu memperketat saringan serta mewujudkan satu kaedah bagi membendung pengeluaran PhD secara palsu. -Bernama

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: