Jari Disusun, Maaf Dimohon

19 Sep

Rap
JARI disusun, maaf dimohon. Kehadiran Syawal yang mulia ini biarlah disambut dengan hati yang bersih, justeru kesempatan ini kami di Rap, Meja Hiburan Harian Metro ingin memohon kemaafan kepada pembaca budiman yang tidak pernah jemu memberi sokongan saat mula sampai kini.

Usahlah disalah tafsir, tidak terlintas untuk menampilkan diri atau mencari glamor, sebaliknya sekadar penghargaan sempena sambutan lebaran kali ini.

Semoga pembaca setia lebih dekat dengan kami dan terus memberi sokongan padu agar segala kekurangan dapat diatasi untuk manfaat bersama.

Jika sebelum ini sesi fotografi khas Aidilfitri Rap pernah menampilkan artis popular tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Erra Fazira, Maya Karin dan Rita Rudaini.

Buat julung kalinya, sesi fotografi khas tahun ini diserikan dengan penampilan tiga bintang muda yang cukup menyerlah di persada seni tanah air, Lisa Surihani, Diana Danielle dan Juliana Evans.

Menyentuh destinasi raya, Pengarang Hiburan Harian Metro (HM), Adam Salleh akan meraikannya di kediaman ibunya, seniwati Raja Hamidah Raja Saat di Kampung Klang Gate Baru, Kuala Lumpur.

Penolong Pengarang Hiburan HM, Hartati Hassan Basri berkata, dia dan suami, Azizi Othman serta tiga anak lelaki, Ameerul Eiman, 13, Ameerul Hakim, 11, dan Ameerul Afiq, 4, beraya di Ipoh, Perak kemudian sebelah petang atau malam raya pertama bergerak pula ke Teluk Intan, Perak.

Bagi Nor Akmar Samudin, hari raya disambut serba sederhana dan persiapan lebih kepada tiga cahaya matanya.

Sejak berkahwin hampir 13 tahun lalu, dia dan suami (Ahmad Fuad Sungip) bergilir beraya di kampung masing-masing dan tahun ini giliran beraya di rumah keluarganya di Sungai Siput (U) Perak.

Seperti tahun sebelumnya, Ramlah Zainal bersama suami, Amir Shah Osman dan anak, Nur Lovelyana Shah, 3, meraikan hari raya bersama keluarganya di Gemas, Negeri Sembilan. Pada hari raya keempat, barulah, dia sekeluarga beraya dengan keluarga di sebelah suami di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

 

 

Kata Norhadiani Baharom, tahun ini buat pertama kalinya dia meraikan Aidilfitri di kediaman keluarga mentua di Seremban bersama suami, Mohd Juzzie Firdaus Aziz dan anak, Muhammad Danish Farhan, 3 tahun.

Manakala Norhayati Nordin berkata, tahun ini dia dan keluarga meraikan Aidilfitri di Melaka. Apapun, katanya, dia dan suami memohon maaf kepada semua ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan yang mengenali mereka.

Aidilfitri kali ini lebih meriah buat Wan Asrudi Wan Hasan dan isteri, Zulaiha Ilias apabila kehadiran ‘si kecil’ (Emir Ziyad) yang kini sudah berusia lapan bulan. Seperti biasa, dia sekeluarga menyambut hari raya di Skudai, Johor Bahru dan Pasir Puteh, Kelantan.

Elrafaei Sapi pula meraikan Aidilfitri kali ini penuh bermakna bersama isteri, Norhasniza Ya dan anak, Muhammad Eldanial yang turut menyambut hari jadi setahun pada 20 September ini. Destinasi raya di Besut, Terengganu dan Ipoh, Perak.

Sakini Mohd Said yang berasal dari Pulau Pinang pula baru lima bulan bertugas sebagai wartawan HM. Bagaimanapun, tahun ini dia memutuskan untuk beraya di Kuala Lumpur saja.

Esme Johari Wahab yang baru sebulan menyertai meja hiburan HM, beraya bersama keluarga di rumah ibu bapanya di Cheras pada raya pertama dan raya kedua bersama keluarga mentua di Bentong, Pahang. Pada raya ketiga atau keempat beraya di Seremban di rumah keluarga angkat.

Walaupun sekadar wartawan pelatih, Saidah Sabtu turut merasakan kemeriahan sambutan hari raya bersama Rap, Harian Metro. Seperti tahun sebelumnya, Saidah akan menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Rawang dan Selayang sebelum berkonvoi dengan keluarga pulang ke kampung di Melaka dan Pahang pada hari raya kedua atau ketiga.

Wartawan Hiburan Metro Ahad (MA), Shakilawati Abdul Rahman berkata, tahun ini, gilirannya beraya di Baling, Kedah bersama suami, Shahril Izwan Mokhtar dan dua anak, Balqis Qistina, dua tahun lima bulan dan Iman Waiz, lima bulan. Pada raya keempat, dia dan keluarga akan kembali ke Kuala Lumpur untuk beraya bersama keluarga mentua.

Seorang lagi wartawan MA, Firdaus Sahat menyambut Aidilfitri di Gopeng, Perak sebelum beraya ke kampung ibu dan bapanya di Merlimau, Melaka.

Tidak ketinggalan, jurugambar Rap, Hasriyasyah Sabudin yang meraikan hari raya di kampung halamannya di Baling, Kedah, tahun ini.

Wartawan hiburan HM yang tidak dapat hadir pada sesi fotografi ini ialah Rudy Imran Shamsudin yang bercuti selama setahun setengah kerana menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Begitu juga, Pengarang Selebriti Metro Ahad, Abie Abdullah kerana menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.

Pada kesempatan ini, seluruh warga kerja Meja Hiburan HM/MA, unit penyunting dan grafik turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada seluruh keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai serta pembaca setia akhbar ini.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: