Marathon Program Raya Di Astro

15 Sep

Rap
KHUSUS meraikan Aidilfitri tahun ini, lima saluran bergabung untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Astro Ria dengan 18 program baru, Prima (12 program baru), Citra (tiga program baru), Warna (tiga program baru) dan Oasis (tiga program baru). Semuanya ada 39 program baru termasuk filem.

Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) menyusun strategi supaya pelanggan tidak terlepas menonton program istimewa Aidilfitri apabila marathon program raya bermula sehari sebelum 1 Syawal (19 September), seawal jam 5 petang.

Pengarah AESB, Zainir Aminullah berkata, Kempen 9 Hari program raya dengan tajuk baru itu berlanjutan selama sembilan hari termasuk pada malam raya.

“Kemeriahan sambutan raya ini menjadi lebih menarik apabila Astro membariskan himpunan program dan genre yang diwarnai dengan nama hebat dalam arena hiburan tanah air sepanjang 9 Hari Istimewa Tayangan Raya.

“Strategi disusun rapi demi memastikan kelima-lima saluran terbabit menyiarkan program yang sesuai untuk tontonan kumpulan sasaran masing-masing.

“Kami ingin meneruskan kesinambungan program hebat yang disiarkan sepanjang Ramadan dengan terus mengekalkan objektif utama di Astro iaitu memberikan hiburan berterusan,” katanya.

Malam raya pertama akan disiarkan filem Duyung, (Astro, jam 9 malam) dan Mega Raya Astro (Astro, 11 malam). pada raya pertama disiarkan telefilem Lemang Si Bujang Sepah (Prima, 12 tengah hari) dan Habibi Mawi Aidilfitri (Ria, 4 petang).

Raya kedua, Rumah Baru Bini Baru Baru Raya! (Prima, 12 tengah hari) dan Lantera Aidilfitri Datuk Siti Nurhaliza (Ria, 4 petang). Pada raya ketiga pula telefilem Cinta Meriam Buluh (Prima, 12 tengah hari).

Antara telefilem lain yang dijangka mendapat sambutan hangat ialah Takbirratulihram, Riuh Sebelum Raya, Takbir Terakhir, Mencari Katarsis, Baju Raya Mona, Pelita Terang Tang Tang, Doa Ibu, Pak Ngah 4D, D’Debab Raya, Kesempatan dalam Kesempitan, Mawi oh Mawi, Damak dan Dodol Si Dodol.

Tiga filem baru bakal ditayangkan di Astro Citra yang boleh didapati melalui pakej mustika, Senario The Movie: Episode 1, Los dan Faun dan Apa Kata Hati?

 

 

Di samping itu, program mingguan terbitan Astro turut menerbitkan episod istimewa sempena Aidilfitri seperti Kelab Pop Rayalah Pulak, Trek Selebriti Raya, Macam-Macam Aznil Raya, Jangan Lupa Lirik! Raya! Raya! Raya!, Deko Raya Eric, AC? Raya dan Perang Kuali Raya.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: