11-Sep-2009 | Oleh: Razif Rosdi Siti Komen Tentang KD, Tahajjud Cinta

11 Sep

Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Bonie Shariff & SNP

KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2009: Penyanyi handalan negara Dato’ Siti Nurhaliza pernah membuat pengakuan mempunyai hubungan sangat akrab dengan diva sensasi Indonesia, Krisdayanti (KD). Baru-baru ini KD telah diceraikan talak 3 oleh Anang dan pastinya Siti sebagai kawan turut bersedih dengan apa yang menimpa mereka.

Adakah Siti orang yang pertama mengetahui berita perceraian KD itu?

Dalam pada itu, Siti terus unggul mewarnai kariernya sebagai penghibur dengan menghasilkan album studio terbaru Tahajjud Cinta yang berkonsepkan kerohanian. Ikuti temubual bersama Siti tentang pelbagai isu ketika majlis pelancaran album itu di Teeq Brasserie, Rooftop, Lot 10, Jalan Sultan Ismail. petang semalam.

MURAI: Apakah komen Siti tentang perceraian KD dan Anang?
SITI: Sebagai kawan, Siti sedih tapi insya-Allah Siti akan sentiasa berada di sisinya. Susah senang KD, Siti akan tetap tolong KD. Siti doakan agar KD boleh teruskan kehidupan dan perjuangan seninya. Siti harap dia berusaha kuat dalam cabaran yang diterimanya. Tentang hal dalaman, Siti tak mahu campur tangan kerana itu hal rumahtangganya.

MURAI: Adakah Siti antara orang terawal yang tahu tentang penceraian KD?
SITI: Siti tahu pun melalui gosip yang tersebar. Bila dapat tahu, Siti terus SMS KD untuk mendapatkan pengesahan. Siti pun tertanya-tanya, biar betul? Tapi Siti tak tanyalah lebih-lebih, cuma minta KD banyak bersabar. Sebagai kawan, Siti tetap akan bersama KD. Mungkin ini hari dia, esok lusa kita tak tahu pula hari siapa. Harap-harap KD tabah.

MURAI: Benarkah gosip sebelum ini mengatakan Siti pernah hadiahkan beg jenama LV bernilai RM17, 000 kepada KD sebagai tanda persahabatan?
SITI: Ala.. itu cerita lama. Ya, memang betul Siti pernah beri. Itu pun hanya sebagai buah tangan dan tanda persahabatan.

MURAI: Kenapa baru sekarang Siti baru nak buat album bercorak kerohanian?
SITI: Sebenarnya, dah lama Siti nak buat… tapi selepas mengikuti Konsert Sirah Junjungan yang dianjurkan oleh Kak Erma Fatima tidak lama dulu, Siti dapat semangat Siti untuk buat album sebegini.
 

MURAI: Kenapa hanya 8 lagu saja dalam album ini?
SITI: Mengikut perancangan awal, hanya 7 lagu saja akan dimuatkan dalam album ini. Tapi setelah dibincang dan dinilai, Siti ambil keputusan untuk jadikan 8 lagu. Inilah 8 lagu terbaik yang telah dipilih. Dengan jumlah itu juga telah lulus untuk menyertai AIM (Anugerah Industri Muzik Malysia) akan datang.

MURAI: Apakah lagu yang paling mencabar Siti?
SITI: Dah tentunya Asma Ul Husna. Untuk lagu ini, Siti perlu tahu tajwid dan sebutan yang betul. Kalau salah sebut, salah maknanya nanti. Memanglah kita biasa dengar tapi untuk sampaikan ia perlu diperiksa dengan teliti.

MURAI: Kenapa lagu Audi Mok bertajuk Ku Percaya Ada Cinta dijadikan single pertama album ini?
SITI: Lagu ini dipilih disebabkan konsep dan melodinya yang unik. Lagi pun lagu ini sesuai untuk diputarkan di radio. Untuk lagu lain terutama sekali Asma Ul Husna agak panjang dan mungkin Radio IKIM yang paling sesuai.

MURAI: Apakah perbezaan menyanyi lagu kerohanian dan balada?
SITI: Banyak beza. Untuk lagu ketuhanan, feel lebih tumpu kepada Yang Maha Esa. Bila Siti nyanyi, terasa betapa kecilnya diri kita. 

MURAI: Apakah harapan Siti untuk Tahajjud Cinta?
SITI: Siti tak mahu bagi rating yang tinggi untuk album ini. Siti cuma berharap ia akan dapat lepasi sasaran cukuplah. Insya-Allah, kami akan juga cuba pasarkan album ini ke Indonesia. Siti dapat buat album ini dah satu rahmat dan  kegembiraan.

MURAI: Jadi, adakah Siti akan terus fokus menyanyi lagu-lagu bercorak sebegini?
SITI: Kalau perlukan Siti nyanyi lagu bercorak begini pun Siti tiada masalah.

Sementara itu, ketika majlis pelancaran petang semalam, Siti sempat meraikan anak-anak yatim dari Yayasan Seni Karya Prihatin, Melawati. Siti turut mendendangkan lagu terbarunya iaitu Ku Percaya Ada Cinta dan menyanyi secara ramai-ramai bersama artis naungannya iaitu Saerah, Saida dan Coda menerusi lagu Seloka Hari Raya dan Cahaya Aidilfitri.

Murai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: