18-Jul-2009 | Oleh: Haswari Ali Siti, Aizat, Ayu Menyerlah Di APM2009!

18 Jul

Teks oleh Haswari Ali & Thani Hasbullah
(yang melaporkan dari Jakarta, Indonesia)

 

JAKARTA, 18 JULAI 2009: Populariti Dato’ Siti Nurhaliza masih belum pudar. Buktinya beliau telah memenangi gelaran Artis Serantau Paling Popular pada Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) yang berlangsung di bandaraya kontroversi ini malam tadi tadi.

Siti menewaskan Aliff Aziz, Ahli Fiqir, Hady Mirza, Taufik Batisah, Faizal Tahir, Hujan, Meet Uncle Hussain, Afgan, Agnes Monica, Nidji dan kumpulan ST12 bagi kategori itu.

Acara yang berlangsung di Jakarta Convention Centre (JCC) di Senayan itu juga menyaksikan artis Malaysia, Ayu dan Aizat menjulang trofi masing-masing iaitu Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita & Lelaki).


Acara itu bagaimanapun dikejutkan dengan tindakan melampau anggota Slank, Kaka, yang tiba-tiba membuka jeansnya di pentas lalu lalu memusing belakang dan menunjukkan seluar dalamnya dengan tulisan “Bombers Kiss My ”’ ”  sebagai satu protes terhadap tindakan pengganas mengebom Hotel JW Marriot dan Ritz-Carlton, pagi semalam.

Perbuatan kurang sopan itu jelas telah ‘mencemarkan’ majlis anugerah serantau itu yang ditonton jutaan peminat di 4 buah negara Asean.

Sementara itu artis lain yang membuat persembahan termasuklah Reshmonu dengan lagu Oh Anok Anok, Stacy (Gagap), Dewi Sandra (I Love You), Aizat (Hanya Kau Yang Mampu), Ayu (Hanya Di Mercu), Bunga Citra Lestari (Pernah Muda), Afgan (Bukan Cinta Biasa), Hady Mirza & Taufik Batisah (KepadaNya), ST12 (Cari Pacar Lagi), Siti Nurhaliza (Cindai & Di Taman Teman), Didicazli (Impianku) dan Faizal Tahir (Bencinta).

 
Majlis tahunan itu telah dihoskan oleh pengacara 3 kotaraya iaitu Hj Aznil Hj Nawawi (KL), Aura Shai (Singapura) dan Nirina Zubir (Jakarta).

 
Berikut adalah keputusan APM2009…

 

1. Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)

– Afgan/Terima Kasih Cinta
– Aizat/Hanya Kau Yang Mampu – Pemenang
– Dirly/Sampai Ke ujung Dunia
– Lobow/Kau Cantik Hari Ini
– Nubhan/Ada Untukmu

2. Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita)

– Aura Kasih/Mari Bercinta
– Ayu/Hanya Di Mercu – Pemenang
– Cinta Laura/Oh Baby
– Nana/Lafaz
– Stacy/Aku Stacy
– Yuna/Dan Sebenarnya

3. Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/Kumpulan Baru Terbaik)

– D’Masiv/Cinta Ini Membunuhku
– Hello/Ular Berbisa
– Hujan/Pagi Yang Gelap
– Kotak/Masih Cinta  – Pemenang
– ST12/Puspa

4. Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu

– Be Te/Dewiq feat Ipank   –  Pemenang
– Bersamamu/Joe Flizzow feat Joeniar Arief
– Hikayat Cintaku/Glenn feat Dewi Persik
– Kepadanya/Taufik Batisah feat Hady Mirza
– Mantera Beradu/Malique feat M Nasir
– Sujud/Mawi & KRU

5. Artis Lelaki Terbaik

– Afghan/Confession No.1  – Pemenang
– Aizat/Percubaan Pertama
– Reshmonu/Harapan
– Taufik Batisah/Suria Hatiku
– Tompi/My Happy Life

6. Artis Wanita Terbaik

– Bunga Citra Lestari/Tentang Kamu – Pemenang
– Misha Omar/Misha Omar
– Mulan Jameela/Mulan Jameela
– Nikki/Hawa
– Dato’ Siti Nurhaliza/Lentera Timur

7.Duo/ Berkumpulan Terbaik

– Andra & The Backbone/Season 2
– Hujan/Hujan
– Kotak/Kedua
– ST1/Puspa
– Yovie & Nuno/The Special One – Pemenang

 

8. Lagu Terbaik

– Dia Milikku/Yovie & Nuno
– Laskar Pelangi/Nidji – Pemenang
– Matahariku/Agnes Monica
– Pagi Yang Gelap/Hujan
– Terima Kasih Cinta/Afgan
– Terserah/Glenn Fredly

9. Album Terbaik

– Confession No.1/Afghan – Pemenang
– Hujan/Hujan
– Kedua/Kotak
– Percubaan Pertama/Aizat
– The Special One/Yovie & Nuno

10. Artis Singapura Paling Popular

– Aliff Aziz
– Didicazli
– Fauzie Lily
– Hady Mirza
– Hyrul Anuar
– Imran Ajmain
– Merah
– Nurun Nuwarrah
– Sleeq
– Taufik Batisah – Pemenang
– The Sallys
– Zaibaktian

11. Artis Malaysia Paling Popular

– Aizat
– Anuar Zain
– Bunkface
– Estranged
– Faizal Tahir
– Hujan
– Mawi
– Meet Uncle Hussain
– Misha Omar
– Dato’ Siti Nurhaliza – Pemenang
– Stacy
– Yuna

12. Artis Indonesia Paling Popular

– Afgan
– Agnes Monica
– Bunga Citra Lestari
– D’ Masiv
– Gita Gutawa
– Hijau Daun
– Kotak
– Nidji
– ST12
– The Changcuters
– Ungu
– Yovie & Nuno – Pemenang

13. Artis Serantau Paling Popular: Dato’ Siti Nurhaliza

14. Lagu Paling Popular Singapura: Impianku (Didicazli)

15. Lagu Paling Popular Malaysia: Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)

16. Lagu Paling Popular Indonesia: Kuil Cinta  (Slank)

17. Anugerah Khas APM2009: Gigi

18. Anugerah Cinta APM2009: Dik Doank 

 

Murai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: