10-Jul-2009 | Oleh: Roslen Fadzil H1N1: Siti Ambil Langkah Berjaga-Jaga

10 Jul

[
Tonton video ]

Oleh Roslen Fadzil

KUALA LUMPUR, 10 JULAI 2009:  Ketika ini semua orang mulai bimbang dengan ancaman wabak Influenza A (H1N1) dan berfikir dua kali untuk ke luar negara terutama yang teruk dijangkiti virus itu.

Kebimbangan ini tercetus apatah lagi seorang pengacara TV terkenal telah disahkan menghidap penyakit itu selepas pulang dari negara jiran dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bagaimanapun, keadaan beliau semakin stabil.

Bagi Dato’ Siti Nurhaliza, beliau juga bimbang dengan wabak yang semakin menular itu dan berharap masyarakat akan sama-sama berusaha menanganinya dengan serius.

Dalam pada itu, Siti juga agak khuatir untuk terbang ke Jakarta, Indonesia, minggu depan bagi menjayakan Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) yang akan berlangsung pada 18 Julai ini.

Pengurus Siti, Rozi, berkata penyanyi itu bukan sahaja dicalonkan tetapi juga membuat persembahan bersama artis Malaysia seperti Faizal Tahir.

“Memanglah kalau ikutkan, buat masa ini Siti seboleh-bolehnya tidak mahu terbang ke luar negara tetapi apa boleh buat, semuanya telah ditetapkan dengan pihak penganjur lebih awal. Apa yang mampu dilakukan adalah semua delegasi Malaysia termasuk Siti  mengambil langkah berjaga-jaga kerana APM2009 tidak ditangguhkan.

“Antara langkah keselamatan itu ialah memakai topeng mulut dan hidung serta membuat pemeriksaan perubatan. Siti turut berdoa agar semuanya berada dalam keadaan selamat,” kata Rozie kepada murai.com.my.

Katanya, Siti tetap membuat persiapan terbaik dengan menyanyikan sebuah lagu tradisional di samping memperagakan fesyen rekaan Amir Luqman dan Rizman-Ruzaini.

Sementara itu, Rozi berkata, Siti juga akan terbabit dengan rakaman program hari raya untuk Astro Ria bersama Faizal Tahir dan Saiful Apek. Rakaman itu akan dibuat di studio FINAS hujung bulan ini.

“Selepas Konsert Satu di Istana Budaya (IB), Siti semakin sibuk. Ramai peminat menghubungi kami untuk mengetahui bila DVD konsert itu akan dipasarkan. Tunggulah nanti bila sudah siap, kita akan maklumkan. Bagaimanapun kita sudah pasti mengedarkan 2 album sebelum hari raya nanti iaitu album kerohanian daripada Siti dan sebuah lagi album duo membabitkan Siti Saerah & Siti Saidah,” ujarnya.

Klik di sini untuk menonton video sedutan Dato’ Siti Nurhaliza

Murai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: