Wajah Baru Bintang RTM

20 Apr

Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my

IBRAHIM dan tenaga produksi Bintang RTM bersama sebahagian daripada 30 peserta yang akan berentap tahun ini.

Datuk Ibrahim Yahya mahu terus jadikan RTM sebagai pentas melahirkan penyanyi berkualiti

SEJAJAR dengan pengstrukturan semula program RTM sejak awal tahun lalu, program Bintang RTM (BRTM) yang mula diperkenalkan sejak 1973 kini melakukan beberapa transformasi selepas mengikut kehendak penonton masa kini.

Program hiburan yang pernah melahirkan ramai popular tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Allahyarham Sudirman Arshad, Jamal Abdillah, Rohana Jalil, Juliza Adlizan, Liza Hanim, Misha Omar, Ramlah Ram dan ramai lagi adalah program hiburan tahunan yang berjaya mencungkil bakat dengan pakej yang lengkap.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya berkata, BRTM tahun ini bakal melahirkan penyanyi yang dilengkapi dengan segala aspek utama yang diperlukan di dalam industri seni.

“BRTM yang disiarkan bermula 5 April lalu adalah sangat berbeza daripada tahun sebelum ini. Kita cuba melakukan beberapa transformasi bermula dari sesi uji bakat yang diadakan sebelum ini.

“Saya yakin dengan kemampuan peserta dan dapat membuktikan bahawa RTM sememangnya pentas yang melahirkan penyanyi yang berkualiti dan disegani dalam industri ini,” katanya pada majlis sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Menerusi sesi uji bakat yang diadakan pada 10 Januari lalu di sembilan lokasi terpilih, penganjur berjaya mengumpul 1,436 peserta yang menghadiri sesi uji bakat.

“Bagi mendapatkan peserta yang betul-betul berkualiti, kami terpaksa melalui beberapa peringkat saringan. Daripada jumlah itu, seramai 569 layak untuk diadili juri profesional seperti Datuk Mokhzani Ismail, Mohd Asnawi Mutaal, Eddie Kismilardy, S Atan dan Johari Teh.

“Bagi pemilihan peringkat ketiga, kami memilih 117 peserta untuk ke peringkat seterusnya sehingga mendapat 47 peserta. Akhirnya daripada jumlah itu mereka dinilai lagi untuk mencari 30 peserta yang berkualiti.

“Tiga puluh peserta inilah yang akan bertanding di peringkat akhir dalam program khas yang diatur iaitu Aura Bintang RTM yang disiarkan sejak 17 Mac lalu. Program ini menyiarkan aktiviti orientasi dan persediaan mereka sebelum bertanding,” katanya.

“Pada peringkat pertama, peserta ini dinilai dari segi nyanyian saja di mana juri yang mengadili tidak tahu siapa peserta yang menyanyi di belakang tirai. Kami menggunakan pendekatan ini untuk mendapatkan peserta yang betul-betul berbakat.

“Selepas memastikan suara yang didengar itu berkualiti, mereka akan diuji dengan beberapa cabaran lain termasuklah penampilan dan imej mereka. Bakat sangat diutamakan dan imej serta penampilan jatuh nombor dua,” katanya.

Seramai 30 peserta ini mengadakan persembahan mereka bermula 5 April ini menerusi TV2 setiap Ahad jam 8.30 malam bagi peringkat suku akhir pertama yang menampilkan lima peserta akan bertanding sehingga peringkat suku akhir enam.

Penerbitnya, Norfadzilah Hashim berkata, setiap suku akhir pertama hingga ke enam akan dibahagikan kepada beberapa genre muzik yang harus dinyanyikan oleh peserta.

“Setiap minggu lima peserta akan menyanyikan dua lagu iaitu wajib dan pilihan. Wajibnya mereka akan mengikut tema seperti pop, malar segar, balada, pop etnik, dangdut dan rock, manakala lagu pilihan mereka bebas menyanyikan lagu yang diminati.

“Daripada lima peserta yang bertanding bagi setiap suku akhir hanya dua peserta saja yang layak masuk ke peringkat separuh akhir. Namun tiga peserta yang gagal itu masih berpeluang untuk bertanding sekiranya salah seorang mendapat undian SMS masuk untuk dibawa ke peringkat separuh akhir.

“Ini bererti enam episod suku akhir ini akan memperoleh 18 peserta bertanding di peringkat separuh akhir. Begitu juga pada peringkat separuh akhir di mana mereka akan memilih dan satu peserta SMS sehinggalah ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 21 Jun nanti,” katanya.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: