Selebriti Meriahkan ABPBH 2008

12 Apr

GENTING HIGHLANDS: Kedinginan puncak peranginan popular bertukar suasana apabila himpunan nama popular menyerikan dunia hiburan tanah air bersatu meraikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 di Arena of Stars, di sini, malam tadi.

Kehangatan kemuncak ABPBH 2008 dirasai sejak jam 7 malam apabila acara permaidani merah bermula, menyaksikan limpahan nama popular melangkah bergaya menuju ke dalam dewan. Sorakan peminat menemani langkah setiap personaliti yang memberikan sokongan untuk acara hiburan berprestij yang bertemakan Sentuhan Tenun.

Antara selebriti yang menyerikan acara tahunan yang memasuki edisi ke-22 penganjurannya itu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Mawi dan isteri, Ekin, Maya Karin, Faizal Tahir, Scha Al-Yahya, Nabil, Rosyam Nor, Fara Fauzana, Diana Danielle, Dynas Mokhtar, Aaron Aziz dan Aqasha.

Biarpun hanya menemui secara langsung dari jam 9 malam di TV3 dan Hot FM, populariti ABPBH 2008 menjadi daya penarik kepada peminat bersama meraikan detik gemilang itu seawal jam 6.30 petang apabila mereka mula berkumpul di luar dewan meraikan artis kesayangan masing-masing.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: