Siti Nurhaliza, Faizal, Nabil Saingi Mawi

11 Apr

KUALA LUMPUR: Siapakah yang akan bergelar Bintang Paling Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 malam ini – Mawi, Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Nabil, Aizat, Meet Uncle Hussain, Rosyam Nor atau Saiful Apek?

Keputusan dan pemenang bagi 16 kategori lain yang dipertandingkan akan diumumkan malam ini pada acara kemuncak ABPBH 2008 di Arena of Stars, Genting Highlands, dekat sini.

Artis dinobatkan Bintang Paling Popular 2008 akan menerima hadiah kereta Nissan Sylphy 2.0L (A) berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, selain barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre dan pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of The Golden Horses.

Siti Nurhaliza pernah mengungguli kategori tertinggi itu sebanyak enam kali, manakala Rosyam dan Saiful, masing-masing sekali dan juara Akademi Fantasia 3, Mawi, tiga kali termasuk kemenangan pada musim lalu.

Faizal dan Nabil dikatakan akan membuat kejutan kerana jumlah undian diterima agak mengejutkan, berikutan sokongan padu kepada mereka meningkat sejak beberapa bulan lalu, terutama Nabil sejak bergelar Juara Raja Lawak Astro musim kedua, manakala Siti Nurhaliza kembali memeriahkan persada muzik tanah air dengan lagu popularnya ketika ini, Di Taman Teman.

Mawi dianggap masih selesa dengan populariti sepanjang tahun lalu terutama mengenai kisah perkahwinannya dengan Ekin yang dibuat secara besar-besaran. Bagaimanapun, beliau menghadapi tentangan sengit dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular daripada Aizat yang melonjak menerusi dendangan Lagu Kita dan Hanya Kau Yang Mampu, sekali gus kemungkinan trofi itu bakal terlepas daripada tangan Mawi kali ini.

Siti Nurhaliza bersaing sengit untuk meraih gelaran tertinggi itu. Buat kali ke-12, beliau dicalonkan bagi kategori Penyanyi Wanita Popular, bersaing bersama Mila, Jaclyn Victor, Elyana dan Stacy.

Saiful yang kembali melakar nama menerusi filem Sifu & Tongga dan Cicakman 2 turut memberikan cabaran. Malah, ada pihak meramalkan Saiful bukan saja mampu membuat kejutan sekali lagi sebagai Bintang Paling Popular, tetapi berupaya mengungguli kategori komedi.

, di samping trofi Pelakon Filem Lelaki Popular yang pernah dimenanginya dua tahun berturut-turut.

Sejarah mungkin tercipta malam ini apabila sebuah kumpulan muzik akan meraih gelaran Bintang Paling Popular. Meet Uncle Hussain turut disebut pemenang bagi kategori utama itu berikutan populariti meluas yang diraihnya sejak tahun lalu dengan lagu, Lagu Untukmu dan La La La Kerjalah.

Majlis kemuncak ABPBH 2008 akan turut dipancarkan menerusi TV3 dan stesen radio rasmi, Hot FM bermula jam 9 malam ini.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: