Penyanyi Baru, Lama Janji Persembahan Hebat

11 Apr

GENTING HIGHLANDS: Acara persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008), malam ini menjanjikan hiburan paling hebat apabila menggabungkan penyanyi baru dan lama diiringi kumpulan muzik orkestra.

Setaraf dengan majlis anugerah itu yang kini memasuki usia ke-22 tahun penganjurannya, tahap acara persembahan juga semakin meningkat.

Raptai penuh dan persiapan akhir malam kemuncak ABPBH 2008 berjalan lancar di Arena of Stars, di sini, semalam.

Penerbit Eksekutif ABPBH 2008, Jennifer Thompson, berkata sesi raptai dan latihan semalam membabitkan penyanyi undangan dengan sebahagian besarnya akan diiringi 35 pemuzik orkestra terlatih di bawah pimpinan pengarah muzik, Ramli MS.

Katanya, kesungguhan dan kerjasama ditunjukkan barisan artis lama dan baru yang terbabit dalam ABPBH 2008 ketika sesi latihan dan raptai penuh akan menyemarakkan kehangatan malam kemuncak, sekali gus mencatatkan satu lagi sejarah dalam kalendar hiburan tempatan.

“Biarpun kali pertama digandingkan dalam majlis berprestij, pengacara Adlin Aman Ramlie dan Sharifah Shahira mampu melakukan kejutan.

“Celoteh dan elemen drama yang ditampilkan dua pengacara popular itu juga mampu menghangatkan lagi pentas Arena of Stars.

“Hadir sama pada latihan pertama yang bermula jam 2 petang sehingga hampir tengah malam itu ialah Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Aizat, Diddy Hirdy, Faizal Tahir, Sarah Raisuddin, Farah Asyikin dan Ayu (One In A Million), selain Raja Pop, Jamal Abdillah yang buat julung kalinya beraksi dalam anugerah ini,” katanya selepas tamat sesi raptai itu.

Jennifer berkata, penghibur terkenal, Anita Sarawak dan juara Akademi Fantasia 6, Stacy diberi penghargaan muncul dalam segmen medley pembukaan persembahan.

“Ia diikuti segmen medley pop yeh yeh yang menggabungkan kumpulan Kristal, Datuk A Rahman Hassan, L Ramlie dan Jeffry Din,” katanya.

Penyampai anugerah yang menyertai raptai ialah gandingan suami isteri dan pasangan kekasih popular iaitu Mawi dan Ekin; Que Haidar dan Linda Jasmine; Lis Dawati dan Fauzi Nawawi serta Farid Kamil dan Lisa Surihani.

Anugerah berprestij itu turut menampilkan pelakon popular seperti Maya Karin, Nora Danish, Norish Karman, Rozita Che Wan, Ayu Raudhah, Umie Aida, Zizie Ezette, Eizlan Yusof, Amy Mastura, Fizo Omar, AG Hot-FM, Kieran, Saida dan Saerah sebagai penyampai trofi.

Buat kali pertama, Jennifer berkata, malam kemuncak ABPBH 2008 menampilkan lebih 30 penari mengiringi persembahan artis.

“Selain mengetengahkan artis dalam segmen persembahan malam ini, ABPBH 2008 juga tidak melupakan artis lama. Ia boleh dilihat menerusi gandingan artis baru dan lama dalam beberapa segmen persembahan, selain penyampaian trofi” katanya.

Malam kemuncak ABPBH 2008 itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan Hot FM selaku stesen televisyen dan radio rasmi, mulai jam 9 malam ini.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: