Datuk K Nafi Sertai Pas

6 Apr

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menafikan khabar angin beliau dan isterinya penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyertai Pas.

Sambil menyifatkan ia hanyalah andaian orang ramai, Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K berkata, khabar angin itu mungkin berpunca daripada kunjungannya ke pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, baru-baru ini.

“Merepek betul, ini semua khabar angin…Saya orang Umno dan menyokong penuh kepemimpinan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Khalid berkata kunjungannya dan isteri ke Pejabat Menteri Besar bertujuan melawat Nik Aziz yang dikhabarkan tidak sihat.

 

 

“Pada malam sebelum kunjungan itu, Siti membuat persembahan di Istana Kelantan dan pada malam itu, Nik Aziz tidak hadir. Jadi kami bertanyakan seorang pegawai istana mengapa beliau tidak hadir seperti dalam majlis sebelumnya.

“Kami mendapat tahu bahawa beliau (Nik Aziz) tidak sihat jadi kami bercadang melawatnya,” katanya. – Bernama

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: