FFKL Julang Nama Penggiat Fesyen

2 Apr

Oleh Shaidah Shafie
shasha@bharian.com.my

AMIR teruja menyiapkan busana dengan perincian fabrik tenun songket.

Amir teruja cabaran memartabatkan fabrik tenun warisan budaya

MENGHASILKAN busana tanpa ada sebarang panduan yang perlu diikuti adalah perkara lazim bagi kebanyakan pereka, tetapi apabila diminta menyiapkan beberapa busana dengan perincian tertentu berdasarkan tema khusus dan garis panduan lain yang harus diikuti, ia sudah menjadi tanggungjawab berat.

Begitu pun, tanggungjawab berkenaan dianggap istimewa kerana tidak semua berpeluang menggalas cabaran mempertaruhkan kreativiti dalam usaha memartabatkan fabrik tenun paling bernilai dalam khazanah tekstil di Malaysia.

Sehubungan itu, pereka Amir Luqman yang terbabit dengan Fiesta Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) menganggap pembabitannya dengan FFKL dianggap peluang sekali seumur hidup.

Sehubungan itu, Amir berpendapat beliau tidak mungkin mempersiakan-siakan kepercayaan diberikan penganjur untuk sama-sama memartabatkan kehadiran songket di dalam warna-warni dunia peragaan tempatan dan antarabangsa amnya.

“Saya bekerjasama dengan penenun dari Tenun Diraja Pahang dan berasa sangat perlu untuk mempertaruhkan ilham kreativiti saya sebaik mungkin bagi memperkuatkan usaha BHSB membawa songket ke persada dunia.

“Tindakan ini wajar diberi sokongan padu oleh seluruh penggiat fesyen kerana kita yang berada dalam industri ini boleh menjadi contoh menghargai fabrik tempatan kita khususnya fabrik tenun dan songket yang tidak boleh dibandingkan dengan fabrik lain kerana ia berada dalam kelas tersendiri,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Amir juga menganggap FFKL adalah landasan berkesan untuk menjadikan fabrik tenun dan songket sebagai gaya hidup untuk rakyat Malaysia khususnya kerana sebelum ini, songket lazim dikaitkan dengan samping walaupun ia boleh dipelbagaikan penggayaannya.

Untuk melaksanakan misi meletakkan fabrik tenun pada tempat sewajarnya, bermula dengan peragaan di FFKL, Amir menghasilkan busana yang diilhamkan daripada potongan kebaya.

“Potongan kebaya amat cantik pada pandangan saya. Begitupun, saya memberi nilai tambah kepada busana yang saya reka dengan menyuntik konsep ‘art’ yang membuatkan pemakai kelihatan menyerlah di atas permaidani merah selain sesuai untuk dibawa ke khalayak antarabangsa.

“Busana istimewa ini menduga akal sebenarnya kerana saya perlu meletakkan perincian songket pada bahagian yang betul. Jika tersilap letak, ia tidak akan menyerlahkan fungsi songket yang digunakan,” katanya.

Amir berkata, memandangkan FFKL adalah peragaan fesyen pertama yang menampilkan tema khusus, iaitu mengetengahkan fabrik tenun, beliau menyediakan rekaan dengan inspirasi high fashion supaya boleh diterima pada peringkat antarabangsa.

“Saya suka mencadangkan FFKL dijadikan acara tahunan kerana acara berkala seperti ini akan sentiasa mengingatkan penggiat industri ini selain membuatkan masyarakat tertunggu-tunggu hasil yang ke seterusnya.

“Malah, seperti acara peragaan lain yang kerap diadakan, FFKL boleh berdiri sendiri menjadi acara tahunan dalam usaha memperkukuhkan kewujudan fabrik tenun dan songket di mata dunia,” katanya.

FFKL yang julung kali dianjurkan Berita Harian mengangkat tema Sentuhan Tenun khusus mengetengahkan fabrik tenun warisan budaya.

Selain Amir, sembilan pereka fesyen yang turut sama-sama bergabung kreativiti mengilhamkan busana daripada perincian songket ialah Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini, Hazwani Othman, Chandra Shegar, Calvin Thoo, Aidawati Saidin, Nazreen Idris, Zery Zamry dan Nik Erwan Roseli, manakala penenun yang bekerjasama ialah Manang Songket, Bibah Songket, Wan Hasnah Songket (Sri Gamelan Songket), Zaidah Songket, Atikah Songket TTD, Tenun Diraja Pahang Felda Chini 05, Terengganu Songket, Perusahaan Tenun Pulau Keladi, Nur Atikah Songket serta Tenun Corak Tun Razak.

FFKL yang akan berlangsung pada 6 dan 7 April ini di pusat beli-belah One Utama, Bandar Utama dan Hotel One World, Petaling Jaya turut mendapat tajaan Secret untuk tatarias solekan/dandanan bagi artis/peragawati terbabit, Euro Moda Sdn Bhd dan Fruitale, R&R Craft serta Leesa Formula menaja cenderahati.

Profil

Amir Luqman

Umur: 21

Pencapaian:

Peserta akhir Piala Seri Endon 2005

Pemenang tempat ketiga Piala Seri Endon 2004

Peserta akhir Star KL Fashion Week Designer Award 2005

KL Fashion Week 2006 – Berjaya Times Square

Pereka batik termuda yang ditampilkan dalam buku Batik Inspiration dijual di seluruh Asia dan Amerika Syarikat.

Stylo Fashion Festival 2008 – Pavilion Kuala Lumpur

Ahli Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (MODA)

Ahli Persatuan Pereka Fesyen Bumiputra (BDA)

Isetan Young Designer Promo 2006

Penata gaya Ratu Universe 2008 Dayana Mendoza untuk rakaman televisyen.

Artis yang pernah menggayakan busana rekaan Amir antaranya Datin Sri Tiara Jacquelina, Datuk Siti Nurhaliza, Kavita Sidhu, Ida Nerina, Datin Natasha Hudson, Krisdayanti dan Rossa (Indonesia) dan Erra Fazira.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: