FFKL: Rekaan Kontemporari Sentuhan Tenun

1 Apr

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my

NIK ERWAN dibantu Ppengarah Eksekutif Euro Moda, Jasleen Kaur memilih fabrik yang sesuai untuk digayakan selebriti pada FFKLl yang akan berlangsung minggu depan.

Konsep muda, ceria dan berwarna-warni jadi pilihan Nik Erwan

APABILA Berita Harian mengusulkan untuk menganjurkan Fiesta Fesyen Kuala Lumpur (FFKL), pereka dan penenun khususnya, menyambut baik usaha itu sambil menyifatkan ia adalah satu usaha murni dalam mengangkat seni warisan fabrik negara ke peringkat yang sewajarnya.

Sekiranya usaha sebegini tidak di mulakan dari sekarang, sampai bila-bila pun jenama mewah daripada luar negara akan terus bertakhta di acara besar dan berprestij untuk diperagakan, maka mentaliti membanggakan produk luar terus bermaharajalela.

Mengambil contoh negara jiran, Indonesia yang amat berbangga dengan busana kebaya, masyarakat tempatan pula seharusnya bergembira sekiranya produk tenun diperaga pada sebarang acara berprestij seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Pereka Nik Erwan Nik Roseli, antara yang gembira terpilih untuk terbabit dalam FFKL, malah dikatakan tidak sabar menyaksikan ‘buah tangan’ pereka menemui media dan orang ramai pada acara berlangsung 7 dan 8 April depan.

Beliau menyifatkan FFKL sebagai landasan terbaik memperkenalkan rekaan dihasilkan kerana orang ramai dapat melihat pelbagai rekaan atau gaya yang diperagakan dengan sentuhan fabrik tenun seperti songket.


Nik Erwan

“Songket tidak seharusnya milik pakaian tradisional sebaliknya ia perlu dipermodenkan supaya mesra dengan pengguna muda dan orang luar negara. Kita tidak perlu kenakan songket dari hujung rambut ke hujung kaki kerana ia tebal dan sudah tentu sukar diterima ramai, apatah lagi kerana mahal harganya.

“Sebaliknya untuk mendekatkan fabrik itu dengan orang ramai atau masyarakat antarabangsa, ia boleh dihasilkan dalam bentuk gaun, seluar, jaket dan sebagainya. Sentuhan kecil pada bahagian poket dan korset umpamanya, mampu menyerlahkan pemakai,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Nik Erwan menghasilkan lima rekaan yang antaranya akan digayakan selebriti Sazzy Falak pada FFKL sementara Dynas, Mila dan Tinie untuk acara ABPBH. Fiesta berkenaan adalah yang julung kali diadakan, anjuran Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) selama dua hari bermula 6 April ini di pusat beli-belah One Utama, Bandar Utama, manakala Gala di Hotel One World, Petaling Jaya.

Nik Erwan berkata, rekaan yang menggabungkan dua dalam satu itu disifatkan sebagai cukup hebat dalam menguji sejauh mana kehebatan pereka menonjolkan fabrik kebanggaan negara untuk tontonan umum pada anugerah berprestij seperti ABPBH.

Disentuh mengenai konsep diketengahkan, katanya ia menjurus kepada gaya muda, menyeronokkan dan berwarna-warni kerana busana berkenaan bakal digayakan selebriti berusia pertengahan 20-an, secara tidak langsung ia dekat di hati golongan muda.

“Saya menggunakan songket berwarna-warni, justeru saya menggunakan banyak fabrik seperti sifon, sutera Thai dan satin daripada pelbagai warna seperti hijau, merah jambu, kuning dan hijau. Warna songket yang banyak perlu digandingkan dengan banyak warna supaya ia lebih seimbang.

“Inspirasi rekaan saya ambil menerusi pakaian tradisional iaitu cekak musang dan kolar baju Melayu. Cabaran paling besar saya hadapi ialah apabila saya perlu bermain dengan songket, taburan bunga perlu betul agar rekaan lebih seimbang,” katanya yang sebelum ini pernah terbabit dalam peragaan fesyen yang mempunyai tema khusus ketika menuntut di Universiti Tenologi Mara (UiTM), ‘Global Warming’.

Katanya, walaupun baru bergelumang dalam dunia fesyen kira-kira dua tahun lalu, beliau berasa bertanggungjawab dalam usaha memartabatkan songket supaya lebih dikenali ramai hingga ke arena global menerusi rekaan sedia pakai seperti jaket atau seluar pendek yang mana menjadi pilihan masyarakat luar negara untuk dikenakan, tetapi menggunakan fabrik songket.

“Ini bukan omongan kosong kerana saya kini juga dalam proses membuat koleksi yang ingin di letak di dalam web atau blog agar orang dari negara luar dapat melihat betapa eksklusif produk tenun tempatan. Besar harapan saya agar acara sebegini mampu menjadi landasan kepada pereka muda khususnya, melangkah ke satu tahap lebih tinggi.

Selain Nik Erwan, sembilan pereka fesyen yang terbabit dalam FFKL ialah Chandra Shegar, Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini, Hazwani Othman, Calvin Thoo, Amir Luqman, Aidawati Saidin, Nazreen Idris, Nik Erwan Roseli dan Zery Zamry.

Sementara itu antara penenun yang terbabit dalam FFKL ialah Manang Songket, Bibah Songket, Wan Hasnah Songket, Zaidah Songket, Atikah Songket TTDI dan Nur Atikah Songket. Acara itu mendapat tajaan daripada Secret untuk solekan dan dandanan artis serta peragawati, Euro Moda menaja fabrik, manakala R&R Craft dan Fruitale, penaja cenderamata.

Profil

Nik Erwan Nik Roseli

Umur: 25 tahun

Asal: Petaling Jaya, Selangor

Kelulusan: Diploma dalam Jurusan Grafik; Ijazah dalam Jurusan Rekaan Fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Pencapaian: Memenangi Anugerah Koleksi Terbaik pada Persembahan Akhir Peringkat Ijazah pada 2008

Menyertai persembahan MIFA pada 2008

Terbabit dalam Royal Of Art pada 2008

Menghasilkan pakaian untuk ramai selebriti termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Mendua Reality Television Gangstarz, Sharifah Aleya, Azura and Tinie (DJ Hot.fm), Dhanya Nambia (Ala Carte host), The Fabulous Cats, Mila dan Maya Karin.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: