Dengarnya…: Rupa-Rupanya Lagu Ciptaan Orang Lain

1 Apr

Oleh Normah Becok

TIDAK lama dulu, ada sebuah lagu duet yang dinyanyikan secara berduet oleh seorang penyanyi baru bersama-sama penyanyi wanita yang terkenal dengan lagu rock.

Memang lagu itu agak ‘meletup’ juga sehingga berjaya tersenarai dalam carta lagu popular di beberapa stesen radio. Kawan-kawan Cik Normah pun ada yang boleh menyanyikan lagu itu dengan lancar.

Tetapi, Cik Normah tidaklah ‘gila’ sangat dengan lagu ini seperti mana Cik Normah sukakan lagu Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan beberapa lagi penyanyi berbakat Malaysia yang lain. Setakat dengar-dengar macam itu sajalah.

Khabarnya, lagu itu dicipta sendiri oleh saudara terdekat penyanyi lelaki yang menyanyikan lagu terbabit. Paling tidak, itulah yang dilaporkan dalam media massa.

Tapi baru-baru ini Cik Normah terdengar cerita, rupa-rupanya lagu yang dikatakan agak catchy itu dicipta oleh orang lain. Komposer asalnya difahamkan berada di Indonesia.

Saudara terdekat si penyanyi lelaki tadi dikatakan membeli lagu itu daripada pencipta asal, lalu meletakkan namanya sebagai komposer.

Entah benar entah tidak cerita yang Cik Normah dapat ini, hanya empunya diri dan Tuhan saja yang tahu. Tetapi, kalau benarlah seperti yang dibisikkan ke telinga Cik Normah, ‘sedih’ jugalah kalau boleh jadi macam ni.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: