Siti Cari Penaja Konsert Solo

26 Mar

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

Rap

MENJANGKAU 15 tahun pembabitan dalam bidang seni suara pada 1 April ini selepas kelahiran album sulungnya, Jerat Percintaan pada 1996, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 30, kini merancang pelbagai atur cara bersama peminat termasuk akan mengadakan konsert amal anjuran Yayasan Nurjiwa.

Konsert dijangka diadakan di Istana Budaya pada Jun ini, selama tiga hari. Bagi melaksanakan hasratnya itu, Siti sedang mencari penaja untuk bersama menganjurkan konsert itu yang bakal membuka lembaran sejarah kepadanya kerana julung kali dia mengadakan konsert solo di IB.

Sebelum ini, Siti beberapa kali muncul di IB, namun penampilannya itu demi menjayakan persembahan teater dan menyerikan konsert artis ternama lain. Terkini, Siti baru saja muncul dalam teater Muzikal Sirah Junjungan – Tahajud Cinta, arahan Erma Fatima.

“Saya belum pernah buat konsert menyanyikan lagu sendiri di IB. Konsep konsert sudah ada, tetapi pengisiannya belum tahu lagi. Pun begitu saya teringin membuat persembahan seperti konsert Celion Dion yang saya saksikan di Las Vegas, Amerika Syarikat dan konsert saya di Albert Hall London.

“Bukan hendak meniru keseluruhan konsep persembahan Celine Dion. Ikut ‘standard’ sayalah, tetapi persembahannya dijadikan inspirasi untuk konsert ini yang penonton boleh ingat sampai bila-bila.

“Untuk persembahan selama satu setengah jam itu saya memilih 25 hingga 30 lagu hits dan terbaik daripada semua album. Mungkin ada terpaksa disampaikan secara medley kerana batasan waktu dan mungkin juga ada segmen nostalgia. Sebahagian kutipan tiket konsert akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa,” katanya. Sebagai meraikan 15 tahun kejayaannya dalam dunia seni, Siti akan keluarkan biografi bergambar yang mengandungi gambar eksklusifnya dulu dan kini. Biografi itu akan dihasilkan dalam bentuk istimewa untuk disimpan peminat. Untuk itu Siti sedang mengumpul bahan.

Siti yang kembali berseri dan bersemangat bekerja selepas bapanya, Tarudin Ismail menyahut panggilan Ilahi hampir dua bulan lalu, aktif semula memenuhi pelbagai undangan nyanyian dan menyambung promosi album Lentera Timur.

Klip video lagu Cinta Ini yang disisipkan dalam album itu sudah ditayangkan di televisyen dan minggu ini Siti akan merakamkan klip video lagu kedua, Di Taman Teman.

“Ada cadangan menerbitkan album pop, tetapi biarlah saya selesaikan satu persatu dulu. Terlintas juga di hati menerbitkan album edisi khas seperti album kerohanian untuk Ramadan.

” Ramai artis Indonesia melakukannya. Kalau saya tidak buat pun mungkin artis di bawah SNP (Siti Nurhaliza Productions) akan membuatnya.

 

 

“Tersentuh hati ketika menyanyi dalam Sirah Junjungan. Puas dapat sama menjayakan teater itu kerana ia memfokuskan perjuangan Rasulullah s.a.w. Kehidupan Baginda sebagai anak yatim dan paling terasa apabila tiba bahagian Rasulullah wafat yang diceritakan narator teater itu, Mazlan Tahir.

“Begitu kerdilnya kita dibandingkan dengan kekasih Allah itu. Sewaktu saya berdiri di pentas IB, bermacam bermain di fikiran dan seolah-olah ternampak arwah abah. Deras air mata saya menitik,” katanya.

Hari ini (Khamis) genap 40 hari pemergian bapanya. Siti dan suami, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa pulang ke Kuala Lipis mengadakan kenduri tahlil.

“Emak (Siti Salmah Bachik) tinggal di sana ditemani adik, Mohd Ali dan sepupu saya. Walaupun puas mengajaknya tinggal bersama kami di sini (Kuala Lumpur) tetapi emak lebih selesa di rumahnya sendiri. Kalau datang KL pun seminggu saja. Selepas ini jika saya ke luar negara, saya akan bawa emak bersama,” katanya yang mula bersenam di gimnasium untuk mengekalkan berat badan.

Selain itu Siti akan membuat persembahan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, 12 April ini di Arena of Stars, Genting Highlands dan Anugerah Kajai, awal April ini. Pun begitu Siti mengambil keputusan ‘berehat’ daripada menyertai Anugerah Juara Lagu ke24.

Di samping itu selepas dua tahun tidak menjayakan Minggu Setiausaha, tahun ini Siti tampil membuat persembahan menghiburkan bos dan setiausaha di Pusat Konvensyen & Pameran, Matrade, MECC, Jalan Duta anjuran Hotel Quality City Centre Kuala Lumpur (HQCCKL), 22 April ini.

Sehari sebelum itu, Kris Dayanti muncul membuat persembahan sama. Mereka tidak dapat disatukan pada hari persembahan kerana kesibukan jadual dua diva itu.

“Termasuk tahun ini sudah enam kali saya bekerjasama dengan HQCCKL kerana mereka bertolak ansur dan faham cara kerja saya. Setiap tahun mereka menjemput saya.

“Dua tahun tidak menyanyi di pentas Minggu Setiausaha, rindu pula. Persembahan ini berlainan dengan persembahan makan malam kerana ia dibuat waktu siang.

“Saya akan pastikan mereka yang datang terhibur dan rasa berbaloi berserta sajian antarabangsa yang enak. Buat masa ini saya tak boleh menceritakan keseluruhan corak persembahan pada hari itu. Datang tengok sendiri. Seperti pada tahun sebelumnya, ada peminat yang bukan setiausaha pun mengambil peluang datang ke majlis ini.

“Hari itu saya menyanyi ‘live’ bersama lima hingga enam pemuzik dibawah pimpinan Jenny Chin. Saya biasa bekerja dengan Aubrey Suwito tetapi tahun ini dia sibuk dengan OIAM (One In A Million) dan projek lain. Jangka masa persembahannya dari 45 minit hingga sejam dan akan menyanyikan dalam 9 hingga 10 lagu. Ada segmem nostalgia,” katanya.

Harga meja untuk seorang, RM580++ (VVIP), RM480++ (VIP), RM380++ dan RM280++.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

4 Responses to “Siti Cari Penaja Konsert Solo”

  1. Mr Nair March 27, 2009 at 10:57 am #

    hajah pakai skop pala macam nak lucut……dah perasan
    abis2 lawa lah tu…..asyik2 gambar bercekak pingang

  2. gemoks March 27, 2009 at 4:04 pm #

    abis duit je…..recycle lah ct oooii….slow2 lah hajah….
    makin meluat org tengok….ingatkan dah insap

  3. Genius.YYY March 27, 2009 at 5:01 pm #

    dah insap ler tu, tu yg skg ni nyanyi lagu nasyid jer, satu kapal ngan amy search

  4. gemoks March 30, 2009 at 3:43 pm #

    rasa nak muntah baca petua budak sekolah…macam
    anak dgn bapak tua….petua yg sungguh sengal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: